Thursday 28 August 2008

Kepentingan Sarapan: Amat Penting?

Tak elok makan waktu subuh

Amacam semua, blog hari ni tak panjang, tapi sempena bulan kemerdekaan, aku nak bagitahu korang sikit tentang apa yang aku perhatikan oleh rakyat tanah air kita. Kita ni malas nak sarapan pagi, ye lah, suka lepak sampai lewat, dan kerja keesokan hari. Kita korbankan masa untuk kita sarapan pagi, dan cuba tidur lebih sikit, supaya kat tempat kerja nanti kita tak nampak la macam orang kalah bisnes. Tapi tahukah anda, yang tidak bersarapan adalah punca kepada


a) kegendutan ( ye, perut kita cam enjin la basically. Malam ko bagi rest, tapi esok kalau ko tak sarapan, ko terus makan lunch, enjin tu tetiba je dinyalakan, habis la lintang pukang. Tu yang ko rasa perut kembung, cepat ngantuk dan sebagainya. Ko bagi perut ko kejutan lalu dia tak mampu menghadamkan makanan tengah hari ko dengan betul)


b) darah tinggi ( macam punca pertama, ko bagi badan ko menggelabah, lagi la tekanan naik, betul?)


c) kolestrol tinggi ( ye, sebab perut ko kosong, jadi bila tengah hari, mesti ko nak bedal benda- benda mengenyangkan seperti mee kuning, nasi kandar dan sebagainya, sigh, perut kosong ko letak kolestrol tak baik-ye kolestrol ada bagus dan tak. Apa lagi, boom!)


Jadi, semperna bulan merdeka, amalkan sarapan, dan serious tak tipu hari ko akan berjalan dengan lebih lancar. Ingat, amalkan makanan yang berkhasiat seperti banyakkan gandum, roti coklat (brown bread), bijirin- bijirin dan kurangkan makanan yang berlebihan garam dan sebagainya. Sama- sama kita menjadi warganegara sharp cats! Jangan jadi tak berkhasiat lalu kreativiti kita tersekat atas makanan- makanan tak elok, lalu kita jadi bebal dan conform kepada suapan Barat.


Blog ini mungkin boleh menjadi inspirasi untuk korang mulakan hari anda dengan sarapan!


Sekian,

Kwaidan 'kerja banyak sial/esok presentation' Tarmizi

12 comments:

Anonymous said...

bro nasik lemak ngan rendang ngan telur goreng cuukup tak tuk sarapan?

Anonymous said...

tak pun mee hun goreng dgn telur mata pastu ada sambil sikit dengan ayam cincang.

aku rasa breakfast menu kl memang for champs ah, cumanya malam tu kalau bleh kurangkan lah lepak sambil menghentam makanan.. karipap dengan susu sebelum tidur mesti hindari sama sekali.

Anonymous said...

tosai garing 2 pastu pekene teh tarik pastu rokok sebatang..pegi kerje...seeenyyuuuummmm....kolestrol nanti cerita...

Anonymous said...

semperna bulan puasa, amalkan sarapan seblum... ops. kantoi la gua cengini.

Anonymous said...

sblum subuh.

xkantoi lah.

cumanya nak tanya sikit, kalau kita sarapan yang macam abg kwai lukis atas sketch paper tu... magic mushroom...

macam mana ya?

Anonymous said...

bro kau dah checkidout kedai bakery baru kat kawasan rumah kau? pagi tadi awek cun tu kasi aku roti free(promote).rasa die bole tahan dowh.

Anonymous said...

mcmane kalo puasa?
kalon subuh pun x elok mkn mkne nye kne mkn pg?

Anonymous said...

heh. aku rasa apa penulis nak cite bila dia tunjuk gambar babi guling tu ialah, jangan makan benda berat berat masa waktu subuh, sebagai contoh, nasik lemak rendang, baryani dan apa apa yang sekutu dengan pasal ia adalah lebih kurang sama mcm makan babi guling sekor kot? btul ke abang KT"?

*aku ingat korang budak budak arty kalau isi tersirat dalam gambar pon lu orang tak boleh baca macam mana? u (reader; poster sharp bai), suck man!

Ayman Aiseyman said...

i love breakfast but im usually not hungry enough, so how?

Kwaidan Tarmizi said...

aku bagi semua sorakan 'u suck' saje je.
dan kepada blogger yang letak gambar babi tu, ko memang tak kelakar. sure dulu travel banyak cities, tapi dah washed out.

love u though. :)

aficiozado said...

ade member aku cakap, breakfast, treat yourself like a king, dinner, treat yourself like a slave.. lebih kurang camtu la die cakap.. dinner takleh makan banyak2.. breakfast kene makan banyak2.. lunch pun sedang2 je..

Anonymous said...

member kau sure king of sparta siot

Dari mana?

Analytics