Tuesday, 5 August 2008

Artis Ultra-Modern



Hello semua, abang Kwai baru balik cuti, dan tengah buat selidik tentang percutian abang Kwai. Nanti lepas habis selidik, abang Kwai akan bagi satu post pasal mana nak gi cuti best. Ok , hari ini aku nak cakap pasal imej original dan kekurangan faktor itu di arena muzik sini. Zaman sekarang, syarikat rekod tidak akan bagi banyak peluang berbanding dengan zaman dulu, faktor-faktor utama termasuk pertandingan, ekonomi, citarasa pelanggan dan banyak lagi. Lagu- lagu dalam carta arena pop sekarang pun agak 'generic' dan hampir semua kugiran yang keluar di pasaran, aku tak minat. Kugiran baru kalau aku minat, mesti aku akan letak dalam blog punya. Antaranya tahun ni termasuk Yeasayer, Bon Iver (ada dalam single minggu ini) dan Lil Wayne.

Lil Wayne, secara ringkas adalah seorang artis hip hop dari New Orleans dan dulu dia terkenal dengan geng dia 504 Boyz (macam Top Boyz tapi lain skiet) dan dia ni dapat iktiraf artis paling rajin, tahun lepas je dia telah buat macam 200 lagu tak silap, dengan arena 'mixtape', di mana satu lagu , tak kisah lagu atau beat sesiapa, ko rap dan ko edarkan kepada orang untuk dengar. Artis ni boleh dikatakan pada pendapat aku la, sama taraf ngan para lagenda hip hip hop seperti 2pac, Nas, Jay Z, Biggie, Big L atas kriteria-kriteria beliau yang tersendiri. Ini hanya penerangan ringkas, kerana aku suka korang selidik sendiri dan bagi pendapat.


Lagi satu aku betul- betul gemar pada tahun 2008 ini adalah kugiran dari New York, Yeasayer. Bunyi diorang ada sedikit irama- irama etnik dan dicampurkan dengan melodi dan harmoni 70an, Enya dan juga hip hop skit. Mereka ni memang original dari segi rupa, citarasa, oh well, nak kata original gila takde la kan, sebab siapa original sekarang pun? Susah gak nak jadi ori waktu time ni, jika tidak ko nampak cam sakai. Sakai pun tak se-original sakai dulu. Kugiran ini baru keluar album pertamanya tahun ni, dan aku rasa bagi diorang membesar cara artistik dan mereka boleh cipta lagenda tersendiri.


Aku bagi korang dua klip untuk lihat, Lil Wayne dan Yeasayer. PERHATIAN:
Sudut blog ini agak inter-aktif. Aku nak korang bagi dua artis 'current' dalam tempat comment dan bagitau aku kenapa diorang penting pada zaman sekarang, atau apa yang boleh bla tentang diorang. Baru best skiet. Aku pun nak tahu apa para pembaca aku dengar. So ok? Tulis k? Cunz.


Yang agak demam,
Kwaidan Tarmizizi

6 comments:

Anonymous said...

Chromeo & MGMT.

aku rasa these 2 bands kick ass bai...especially Chromeo. check'em out yo!

Anonymous said...

aku minat ramlah ram dengan a ramlie brooo.

KAK MELAH U MEMANG MELETOPZ!!

Anonymous said...

ye saya.

cantik nama band ni.sopan.

nodadosa said...

gua ada la minat n follow 2-3 band/artis.. tapi lu tanya knapa derang penting zaman skarang, gua takleh nak state plak opinion.. hoho dem~

Jack Lingam said...

alamak.. rasa nya banyak reader yangtak paham soalan lah bai...

contoh jawapan--

wa minat hujan ah bai..dah la sempoi pastu dapat gi perform kat uk (bukan ulu kelang) bai

lagi satu contoh

wa minat gila oag bai pasal dia perform tak pakai kasut atau selipar.. gila cam grunge siot

hehehe jgn terasa

nadja said...

saya minat utada hikaru sebab lagu-lagu dia memang sangat menenangkan walaupun saya tak tahu berbahasa jepun.

Dari mana?

Analytics