Friday 5 September 2008

APAKAH MAKSUD GAMBAR GAMBAR INI??????







Gambar 1.
Soalan: Apakah sedang berlaku dalam gambar ini?

Jawapan: Nampak cermin kereta aku? nampak divider jalan? Jalan belah aku menuju arah Flamingo dan jalan sebelah kanan dalam gambar tu menuju arah bertentangan. Tapi kenapa kereta Kembara tu menghala arah yang sama dengan aku tapi pada jalan yang salah?


Gambar 2
Soalan: Dalam gambar ini, apa pula yang sedang terjadi?

Jawapan: Dalam gambar ini, kite boleh nampak terang benderang kereta perdana ni punya number plate, yang bawak ni pun makcik. aku nampak aku tak tipu.pastu kat depan tu ada nampak taka da kereta dah datang arah dia. Die sempat lagi kasi signal pusing kanan macam die di jalan yang betul. Tengok kat side mirror aku, nampak lagi kereta dari belakang datang nak buat perangai yang sama. 1 minit sebelum ni, Van polis buat perangai sama. Kalaulah aku sempat angkat gambar, sigh.


Gambar 3
Soalan: Yang ni lagi clear la eh evidence orang bawak kereta tak pakai otak?

Jawapan: Tepat sekali! Tak kan aku nak explain benda sama 3 kali ek?


Gambar 4
Soalan: Ni apa pulak?

Jawapan: Ni ada makcik sorang ni pegi buat illegal U-turn. Tak lepas pulak akhirnya die block jalan orang mengakibatkan jam yang melampau lampau lagi.


Renungan dan Kesimpulan:

Ni lah benda yang berlaku. Aku saksikan ngan mata aku sendiri masa jam kat Ampang. Aku tak nak cakap aku terkejut benda ni berlaku sebab aku memang tak terkejut. Sebab memang aku expect benda ni dari pada pemandu pemandu malaysia. Tapi apa itukah yang kita mau? Di label sebagai pemandu yang tak berotak?

Bukan apa, aku berani cakap ni sebab aku memang percaya aku betul. Tidak susah, kita dilarang memandu di atas jalan yang trafik nye bertentangan ngan kita. Kenapa aku tau aku betul? aku malas nak jawab. Cubalah korang buat benda sama masa test lesen, pastu call aku, lulus ke tak?

Logiknya simple je. Kalau dah jam, jam la,ikut la turn. Macam abang Kwai pernah cakap dulu, Ramai rakyat Malaysia tak percaya proses, inilah buktinya, prosesnya senang,tunngu sampai turn kau corner kat trafik light,tapi tidak sabar. Kalau tak nak lekat dalam jam, takyah keluar rumah masa rush hour. Aku terpaksa keluar rumah masa rush hour sebab kakak aku masuk hospital, ada tak aku pegi buat perangai yang kurang senonoh macam dalam gambar? Tidak, aku ikut turn je. Ya aku faham. Nak balik rumah dari kerja sebab nak buka puasa ngan keluarga. Alhamdulillah, masih ingat keluarga. Tapi tak cukup ingat. Ko buat perangai bodoh camtu, accident, memang forever ko takkan berbuka ngan keluarga kau.

Kalau accident, salah siapa? (Sapa buat lawak dengan jawab salah mereka dan keluarga mereka kat sini memang kena tempelang ngan aku). Yang aku tak tahan benda ni bila dah masuk newspaper, nak kasi keluar headline yang sayu seperti "Ibu bergegas pulang hendak berbuka dengan keluarga, NAHAS" buat kasi nampak cam bukan salah die padahal clearly tu salah dia.

Setiap tahun kita ada kes kes accidentyang mengarut ngarut je. Bawak di jalan salah, speeding tahap tak masuk akal dekat jalan yang speed limit 40km/h (ada sebab apa pasal die 40km/h ko tau?) Mabuk tahap lost terbalik bawak kereta memangla kereta tu terbalik. Tapi bila kita nak belajar bab bab ni? Belajar pasal buat duit nak. Pasal teknik main awek lagi power nak. Last call benda ni kita buat bodoh je sebab kite fikir "AAHHHHH AKU TAU LA APA AKU BUAT! KO KE AKU BAWAK KERETA?"

Aku tak kisah pun ko ke kucing kau ke yang bawak, masalahnya cara ko bawak kereta tu membahayakan orang lain. sama cam makcik makcik kat atas tu, ko accident korang sorang je mampos pastu kereta korang je rosak, aku tak kisah,masalah kereta aku telribat bermakna aku dalam masalah jugak!

ALA BRO,, TAKKAN LA TAK BIASA, INIKAN KUALA LUMPUR!!

itulah sikap primitif ramai rakyat Malaysia, suka ambil things lightly.

Aku pun dah tatau nak tulis apa lagi, aku nak panaskan enjin kereta sebab nak gi angkat awek kesayangan aku sorang untuk berbuka puasa sekali. Harap harap aku yang bawak kereta mengikut undang undang tidak terjebak dalam masalah pemandu yang tak berotak.

Terima kasih

Shafi'e Hamdan.

Ps: Bebudak "arty" yang bawak SLR camera ke hulur kehilir kat tengkok korang, tangkap la gambar camni sikit. Bukan susah. aku tangkap guna camera Handset je. Ni korang asyik asyik tangkap gambar Member yang candid tengah lepak kat Pavilion so boleh letak kat Facebook. Bila orang puji cakap interest photography last call tangkap gambar guna auto mode, Aperture ngan shutter speed satu haram tak faham cara guna.




14 comments:

Anonymous said...

lain kali kalau gua bwk camera gua tangkap gambar yg sama

Jack Lingam said...

haha

lola said...

err makcik kah si driver itu? eii menyusahkan org je makcik tu!

Anonymous said...

ko buat pe gi flemingo? main bowling ke main awexs..hehe

Anonymous said...

mana lagi nak bawak kete primitif selain kat kl?gile power...

Melayu Minimalis said...

aku dulu tiap2 hari lalu jalan tu masa tinggal ampang...

takpa beb, janji kita ikut peraturan tak apa. makcik tu gerenti takda blog, dia tak tahu sure ramai pembaca tgh menyumpah dia.

akibatnya mesti dia kena sial dari blog kau. mana tahu dia accident, lepas tu sedar diri ke apa kan?

Anonymous said...

uish jangan lah sampai cam tu. i don't think they ever intended to turn into other people's fate, kismet nor karma which ever you will. its written just so that other people would be aware of unethicality and consequences.

seriously man, driving in kl is really that bad. the road itself is a mess everywhere, thus all these sort of counter-road-cultures from rempit to drunk drivers to car-crash sexual fetishism. soon enough maybe for the last one.

the calls for good practices must always be propagated.

@pan said...

familiar la jalan ni, mmg orang bawak ikut nafsu

haha pasal owner dslr camera tu mmg aku setuju sangat, takat automode baik takyah

Al Hadi said...

pemerhatian yang sangat best. dan komen yg sgt tepat ttg bebudak yang usung DSLR tu. keep it up!

dsrwcxf said...

haha betul lagi sokong. sekarang ni budak2 semua nak pakai slr. kehulu kehilir amik gambar kawan tersengeh-sengeh, lepas gelak-gelak gambar sendiri pastu delete. yelah trend la katakan.haha

itulah kenyataan pemandu negara membangun, orang bandar tapi haih, mentaliti dunia kelas ke-28. seburuk-buruk mesir pun xpelah sebab negara ni mmg slow sket, ni plak negara sendiri..haih

sokong sokong

Jack Lingam said...

iye ke bai? wa rasa pemandu di negara ni ok bai.. tetapi wa rasa system highway kita yang agak kelam kabut membuat kan manusia yang biasanya kurang sabar menjadi lebih rakus..

cuba la lu bayangkan bai.. lu bawak kereta lane tengah, pastu kereta lu right handdrive.. tiba tiba pulak kat jalan kuching dari tasik perdana ada pulak jalan melencong ke jalan sultan ismail dari right lane (lane laju)

bayang kan satu lagi situ asi di universiti, lu keluar dari highway yang dari penchala link nak masuk balik federal highway.. bayang kan bai, lu turun memang curam gila, lepas tu lu nak kontrol brek pon memang payah, lebih senang kalu lu bawak laju ala paling busuk pon lu bawak 80 la turun fly over tu.. turun turun lu masuk lane paling pelahan.. dah la dari2 lane terus masuk satu..

bayangkan satu situasi lagi, di jalan yang kat depan zouk tu, jalan satu lane nak masuk pusat bandar, jalan 2lane nak gi ke luar pusat bandar.. cam ne tu?

bleh ke korang bersabar hari hari naik kereta cam ni?

oh ya lagi satu contoh, lu keluar dari roundabout jalan duta ke jalan kuching masuk terus lane kiri, jalan pelahan cam lancau, sume orang dah lambat nak pegi keje, motor banyak gila menyelit kat belakang, lu bagi signal kanan pastu lu bagi signal tangan sekali/.. lu belok kanan sikit je memang lu dah kene hon tak pasal pasal, pastu si cina tu pulak stare kok kat kau pastu ketuk otak dia berkali kali sebagai methaphore yang menyatakan lu tak pakai otak, padehal lu dah kasik signal sampai ulur tangan, jalan depan masih jam, lu nak gi Jln sultan ismail tetapi lu kene sangkut naik lencongan PWTC..

cam ne orang tak give up dengan tak peduli pasal pemandu lain bai?
memang bawak kete kat KL bikin lu panas hati dan mental bai..so automatik konsen konsen tentang hidup atau mati orang lain telah padam secara automatik..

salah sapa? pak cik wa samy velloo pasal dia ingat buat highway cam korek pasir kat sungai sipot

ignoran manusia dan self conscious (tetiba) kahkah kah...

Shafi'e Hamdan said...

memang ah kuala lumpur bukan bandar yang dirancang,asal ada lot kosong tibai buat benda cam highway building etc.

then again, sabar tak sabar, takkan nak bawak kereta dijalan yang bertentangan

tak pun bawak kereta tahap laju kalah ambulance yang nak gi selamatkan orang
padahal yang bawak kereta laju ni nak pergi 7/11 nak beli rokok je

bawak masa mabuk sampai membahayakan orang lain.

aku pun pernah experience tempat tempat yang kau guna sebagai contoh tu, planning dorang memang salah

yang aku nak ketengahkan ni case case yang tak pakai otak bebetul cam benda yang aku sebut kat atas

semua orang buat highway cam race track,ye lah jalan kosong memang sedap tekan minyak kereta rasa smooth je cruising, tapi last call kereta yang laju ni terbalik 30 meter depan kereta kau, amacam? ada can lu nak break tak? aku rasa kalau break kereta lu sekali melayang

bayangkan kalau ko bawak kereta rilek rilek sedap sebab lu tau jalan lu tak jam tapi jalan sebelah jam. dan dan tengah sedap nyanyi lagu akon tetiba ada kereta datang dari arah bertentangan.

panic tak panic?
aku dah pernah kena, peluh sejuk bai keluar.

Rmywvs said...

kalau eksiden, ampang puteri kan dekat. sebab tu diorang bawak kereta bersimpang spiur.

Anonymous said...

Nape kereta abg nampak sama macam kereta MM? Ehem ehem.

Dari mana?

Analytics