Sunday, 21 September 2008

15 Benda Tentang Shaf Hamdan Yang Mungkin Korang Nak Tahu (kalau tak nak tahu buat buat baca je la)

Aku buat ni sebab kene tag ngan blad aku si Kwai tu, aku rindu gila kat dia. Rindu style blad cam bebudak hitam dalam video clip tu la bukan style lelaki bengkok, ko ni pon.

1) Aku pernah suatu ketika dahulu, percaya aku ni seorang playboy melayu terakhir. Kasi awek mana mana aku ayat, tapi sekarang, aku dah insecure ngan diri. sigh

2) Salah satu kenangan paling manis aku ngan member member ialah zaman aku menuntut ilmu di prentauan. Aku ngan blad aku si Kwai tu berjaya mengharungi musim sejuk selama 2 minggu dengan duit poket aku ada £15.45 dan si Kwai ada £20.00. Rumah si Kwai pulak heating rosak (maknanya rumah sejuk cam peti sejuk lepas tu takde air panas). Aku bukak boiler rumah die, banyak lebah keluar. Aku pun dah panic sebab aku ada allergic ngan sengatan. Ada banyak kali aku ingat nak rebus air kat dapur pastu bawak masuk toilet tapi tak pernah aku buat.

Namun begitu, kitorang tak fail untuk makan sedap dan bergelak ketawa macam laughing hayena.

3) Aku masih ada mak bapak.cAku ada bapak yang dah melalui mid life crisis 2 kali (setakat ni) dan mak yang sangat mithali.

Bapak aku dulu pernah nak jadi fighter pilot tapi sebab mata semakin rabun die tak lepas. Jadi sekarang die cakap kat aku "ayah still imagine ayah ni fighter pilot.kekadang bawak kereta tu rasa cam bawak kapal terbang".

Mak aku dulu penyanyi band. Mak aku lawa dulu. sekarang pun lawa lagi.

4) Aku dulu sekolah asrama. Di situlah aku kenal Jacky L. Aku masuk asrama aku pukul 4 petang tapi sunyi sepi je. aku tanya cikgu yang bawak aku gi bilik aku asal sunyi sepi sekang? Die jawab "4 petang budak semua buat activity sukan". Die bukak pintu bilik aku, aku tengok Jacky tengah berdengkur atas katil.

5) Favourite song aku, 5ive dengan judul Closer to me. Tiap kali aku dengar tu memang tangkap leleh.

6) Antara crush terawal aku ialah pelakon Susan Lancaster. Aku rasa die lawa gila. Apa jadi die sekang? Aku google image die tak jumpa. 

7) Aku gadget freak. Aku suke teknologi. Lagu 50 cent ngan Justin ayo technology pun aku suka gak.

8) Kaset pertama aku beli dalam hidup aku, Shaggy album pertama. Aku suka lagu Mr Bombastic. Aku beli kaset tu ngan duit raya aku.

9) Aku pernah terpotong jari aku ngan pisau baru beli masa aku umur 6 tahun. Jari aku hampir putus, dah tergantung dah. Mak aku panic tanya apa jadi? Aku jawab aku main ngan serai.

10) Macam abang MM, aku juga suka kasut warna putih. Aku start suka sebab aku tengok si Craig David pakai warna putih cam smart gila.

11) Tiap pagi, bila aku bangun, tanpa gagal aku akan pergi masuk bilik mak aku and then golek golek ngan dia atas katil sambil cerita cerita.

12) Masa aku kecik, aku suka gila si Rahim Maarof. Aku rasa die rocker. Ada satu video clip die die masuk jail. Aku ingat die memang bebetul masuk Jail, so aku ajak mak aku gi melawat dia.

13) Aku pernah salam tangan dan duduk lunch and cerita pasal situasi politiks dengan Mr. Robert Mugabe, President negara Zimbabwe.

14) Aku pernah naik Ferari member. Tak sedap ah naik kereta tu. Baik Proton perdana.

15) Aku rasa kakak aku perempuan melayu yang paling cantik kat dunia ni. Bukan sebab die kakak aku jadi aku cakap ni. Aku memang rasa die cantik.

Terima kasih.

Aku tag Armaya Maarof

2 comments:

f40 boys said...

bai baiiii naik ferrari duduk passengers seat memang tak leh bla ah do.

orang yang suka naik ferrari pastu cakap best bila duduk kat atas seat tu ada satu jenis manusia je yang ske.

Shafi'e Hamdan said...

Terima kasih tuhan ku

ada jugak orang comment post aku yang ni akhirnya....

Dari mana?

Analytics