Wednesday 10 September 2008

Baca buku ni sebelum ia di-jenakakan

hai kawan kawan.apa bikin di pagi hari?saya tengah relek jap dari mengaji ni,jadik saya ingat saya tulis blog la skejap dengan pedoman sebagai inspirasi saya.

Selain ngaji,buku feveret saya of all time yang lain termasuklah buku Watchmen.
Walaupun saya suka sangat buku ni,saya tak penah terpikir nak tulis pasal buku ni kat dalam blog ni sebab saya yakin memang dah belambak orang lain rekomen kat lu orang suruh baca buku ni.Memang komik mesti baca la kira.

Tapi di sini saya tanak crite panjang lebar la pasal buku ni sebab kalau nak crite pasal tafsiran buku ni bleh jadi esei 5000 perkataan.Tapi yang saya nak crite skang cuma adalah desakan gua supaya lu orang pigi la baca buku ni sebelum buku ni diperlawak bodohkan dalam panggung wayang nanti.Mungkin lu orang ada dengar ada cerita ala ala "Heroes" nak kluar panggung...crite itu sebenarnya bukan ala ala "Heroes"...
Crite ni sebenarnya ditulis oleh Alan Moore,tetapi kerana dia tidak mahu terlibat langsung dengan produksi filem Watchmen, dan juga kerana ceritanya V for Vendetta juga dipersendakan,dia memilih supaya kredit pereka cipta cerita watchmen ni cuma diperkenalkan sebagai Alan Smithee.
Panggilan Alan Smithee ni untuk orang-orang yang nak cover malu la dari satu production.


Alan Moore yang bengkek sebab risau cerita dia jadik macam 300

Gua tatau kalau filem ni nanti boleh bla ke tak,tapi supaya kredibiliti Watchmen sebagai karya yang bernas dan mendalam ni kekal,lu orang baca la dulu Watchmen sebelum Watchmen membaca kamu.

Issue pertama Watchmen.Gua E-bukukan tuk lu orang.Takdahal punya beb.


2 comments:

Melayu Minimalis said...

Gua pelik tengok orang takda komen kat ini post. Gua dulu masa budak2 ada beli Watchmen, yg original limited series. tapi terlalu heavy untuk gua, so gua baca Keith Giffen punya Justice League saja, senang faham.

Anonymous said...

topik tak sensasi la..
tapi gua yakin 100 tahun akan datang nanti komik ni buat sejarah sebagai komik pertama dikaji bak buku sastera.lu nak jual watchmen original lu tu?

Dari mana?

Analytics