Saturday 5 July 2008

Siapa nak kaya 5 Tahun lagi?


Sejak dua menjak menceburi alam kewangan yang semakin merosot ini, abang jack nak kasi info dalaman sebagai teman.


kalau nak hidup senang dalam masak 5-10 tahun akan datang, abang jack nasihat kan supaya semua ceburilah bidang Pertanian (bukan kelapa sawit atau pun getah). Sekarang ni banyak tanah kat negara tercinta ni tengah murah, kos amik bangla kerja pun murah, tapi pada awal awalnya kena lah menceburi sendiri baru tahu apa itu baja dan apa itu racun.


menurut analis yang dok kira kira value rumah atau pun tanah "valuation analyst" harga rumah di klang valley ini akan stabel sahaja, tetapi harga rumah rumah baru akan naik pasal kos naik. Jadi, apa yang risau kan adalah orang orang negara luar sama ada yang hitam atau putih yang berkocek dalam akan cari harta di negara kita. yang jack risau ni adalah orang orang kita sendiri nanti akan di pinggirkan kerana tak mampu nak bayar duit rumah sewa, pasal mesti naik tinggi punya dan juga mentaliti orang malaysia yang double standard kepada orang yang berkulit putih. Tetapi, sejak minggu ini, KLSE pon turun. Jadi prospek untuk mereka berjinak kat negara kita ni kurng sikit. tak tau la bila la nak naik balik, mahu 6- bulan atau setahun lagi baru stable naik 12++ balik.


Bukan apa, sekarang dari kepala seorang yang bukan asalnya dari negara malaysia, yang dapat gaji dalam $ atau gbp (kalau tak tau gi skolah), akan beli harta kat sini pastu bagi sewa, harga mesti mahal bai, cam ne nak diri kan umah tetanga macamni? tak kan kita nak pindah pi negara orang lain? kang kalau kita semua balik ke pulauan masing masing etc pulau riau, jawa, dan ada segelintir yang kena balik mongolia pasal tak dapat tanggung kos yang sedia ada ni, mesti kita kena tindas macam kita tindas orang orang yang datang berkerja di negara kita ni. jadi baik baik lah sesama manusia.


Berbalik kepada, pekara yang awal, bisnes yang panas sekarang adalah bisnes agro. jadi kita semua akan kembali kepada zaman agraria (sapa suruh tak baca buku sejarah). Pasal isu makanan dunia sekarang memang heavy. Jadi, jangan la korang nak ikut sangat apa yang orang lain tanam, kalau orang tanam buah naga, ko pon tanam buah naga, kalau orang tanam buah kelentik, ko pon tanam buah kelentik. Aku suruh ko bela kambing, kambing pon ko ternak. Cuba buat research sebelum apa apa. Pikir jauh (long term) dan jangan ikut orang pasal ini semua masa depan anak lu bai. Pastu jangan pikir nak kaya cepat pasal industri pertanian ini time frame dia memang lama, tapi kalau pokok kacukan durian dengan rambutan yang korang buat tu menjadi, pasti korang akan keluar forbes dalam masa 10 tahun.



11 comments:

Anonymous said...

bagus lah lu. good info!

Anonymous said...

"bapak tanam sayur, tanam padi, anak pun nak tanam sayur, padi..."

does that sound familiar to us? perhaps it wasn't uttered exactly so, but it was something along the lines that our bapa permodenan metioned in the wake of industrialised malaysia years back.

given the fact that malaysia had its economic glory when we were on our peak of agriculture industry, one could only ponder why there was the need of such discouragements from our government.

of course the technology shift is not all bad, not at all... but can we actually be proud of it? my bet is that we have a mutual agreement of disagreement. that is unless, you'd say proton makes better car than audi does.

that being said, we are losing ourselves to the agriculture industry that has been evolving for centuries and has always been multipurpose in nature.

and not just that, we don't even know what is the use of technology.

Anonymous said...

also, dem bastards can shove that cursed 12xx index up their ass...

Unknown said...

To a certain extent..Pak Lah's Agro push was a lucky prediction on his part. The vast rise of food has directly affected our agro industry but our focus should not only be on food. Considering that the oil price is also an issue and the demand for bio-fuels is constantly increasing with research..it'll also be a wise move on our part to focus on that part of the industry! papehal lu memang visionary ah bro!

Jack Lingam said...

the main problem is the root and the theory of economics. I bet you lot have heard about the "Comparative advantage" when you did your a levels. The problem with malaysia is that we are too focused on the expansioning heavy industry and we forget about what we have before such as agro, paddy (which was very successful; 2 harvest in one year). from the theory of comparative advantage- we assume that by exercising such practices, other countries will be focusing on other industry. Let say heavy industry (a) food industry (b). In other words. if malaysia practice A, singapore will practice B. Such practice is impractical in such global world, where movement (labour, input, output) are rapid and global.

in other words, rather having a focused economy, its better to have a very divesified income based economy (kata malaysia boleh; boleh apa? buat satu atau buat semua?).

Jack Lingam said...

please take note that, rubber and oil palm are not agro. I consider them as a heavy industry inputs even though we grow them.

agro to me - products that go through ur belly

Anonymous said...

susah bai

capital tak cukup

gua dah buat sket dulu
buat sayur...sekali cina tanam sayur....ber hektar ladang....kalau dia tau dia rugi(competition dr kita)....dia racun semuanya...dia tanam lain

tak pun....jenis yang seludup sayur thailand....ber kontena datang

skang maintain mushroom jer

rnd untuk rubber ngan oil dan makin bagus....so aku ada sket

diversified portfolio la konon hahaha

tapi yang susah dari segi competitiveness.....pertanian ni mmg long term...kalau takat baca buku mmg hanyut

panjang nak share ni....adios

Jack Lingam said...

ehehe.. jawapan seperti apa yang aku dugai selama ini. ini lah jawapan pertama yang orang nak buat bisnes zaman sekarang. bermentaliti ah long. bukan kita yang bagi duit. tetapi, sebagai orang yang meminjam duit...

1. susah
apa yang susah bro? kalau idea lu boleh bla, memang bank bank seperti agro bank pon boleh bagi. sekarang ni agro bank ada bagi capital setinggi 50 juta. tapi idea korang kena la bagus bagus, seperti bela ayam hutan dalam reban, kandang lembu yang berairkond. dll.. yang penting idea lu memang boleh bla...

2. loan?
bro bank bank skarang tak mau bagi loan sahaja,... nak bagi lu bayar caruman je? bank skrang lebih gemar mengambil ekuiti/share dalam kompani... apa takut sangat bagi ekuiti kat bank? dia ada connection, dia boleh provide consultation, dan macam macam lagi buat benda yang korang rasa boleh buat tetapi korang sebenar nya tak tau nak buat..

apa apa pon aku akan tulis kan sebuah artikel tetang ekuiti ni dgn lebih mendalam..akan bersambung

Anonymous said...

aku tau susah sebab aku dah buat

sebab susah....so aku buat kecik2....lepastu skang baru aku expand 2,3 rumah mushroom...ni pun cukup makan

banyak problem..dari segi penyakit,supply habuk kayu

tengok macamana ko buat

aku bukan nak duit....aku nak guidance....jabatan pertanian pun tanya aku balik camana?

cina banting la jadi tempat rujukan aku....terlampau expert sampai pegang bag je dah tau berapa kali lagi boleh kluar mushroom

tapi nak kene selalu beli barang dari dia baru korek rahsia

banyak faktor lain lagi....kalau banyak kluarkan product tapi tak jual?kita bukan ada persatuan yang tolong jual macam chinese.....kluar la banyak mana pun kat kebun dia...mesti bleh jual

aku dah biasa deal dengan dia org...so boleh la kawtim....orang lain? yang baru nak start tu

seblum ni buat cili....dia org control market price...sebab dia buat large volume....kalau harga rendah dia org boleh untung lagi

on paper lain bro....agriculture ni sangat la volatile....banyak duit pun blom tentu boleh buat

Anonymous said...

banyak sangat cartel kat malaysia nih
memang susah kalau nak jadik player baru

Anonymous said...

setahu aku agro ni memang shortage kat malaysia pasal bukan volatile bai... pasal kita dah chow dari industry ni sejak zaman maha lagi..itu silap dia.. memang teknologi sekadar kacukan dan improve gene gene benih tu memang biasa je..tetapi teknologi sistem perairan, sistem tanah dan banyak lagi sistem yang kita tak fokus untuk berupaya mencipta teknologi sendiri..itu pasai la kos mahal sampai ayam pun kita import dari china bai..selain itu, mungkin kita ni mempunyai mentaliti cepat kaya dan mungkin kita punya idol atau benchmark untuk orang kaya adalah seperti bill gates, pemain bola, penyanyi dan lain lain yang aku telah berkali kali tegas kan dalam post post aku. memang susah nak resist benda benda cam ni...bkan tak bleh jadi kaya cam bill gates atau pemain bola.. mereka pon dulu tak kaya cam skarang..mula mula main youth squad, reserve, dan pastu bila dah jadi raja timbang bola cam titus james palani baru la duit memancut mancut..ini kalau duduk kat ladang pun dah tak tahan macm mana?

apaapa pon fokus je bai..gerenti boleh punya...

jawapan ke pada erm.. ko try buat research lagi la sal cendawan. wa tanam pokok dam dalam almari kat KL ni ok je..tapi selepas 3 kali try ah baru 3 pokok naik..tapi wa paranoid ngan polis jadi aku tebang dan daun buat air teh..hehe

kartel? bkan kartel bro, broker..bli kat cina murah jual sini mahal.. itu semua kerja broker

Dari mana?

Analytics