Saturday, 26 July 2008

Kereta Hybrid: Bukan Back To The Future

Ok bai, hari ni aku nak cerita sikit pasal kereta hybrid. Bukan apa, since kereta hybrid dah mula masuk kat Malaysia, aku rasa berpatutan lah kalau aku cerita sikit pasal benda ni. Mana tau kalau ada antara korang dah sakit isi minyak dalam GM's Hummer H3 tu ingat nak ganti kereta ke.

Apa kereta hybrid tu bai?

Kereta hybrid takde lah beza sangat dengan kereta-kereta lain. Kereta hybrid bukan macam kereta DeLorean dalam filem Back To The Future 1,2 dan 3 yang guna kuasa nuklear pastu boleh terbang jumpa mak ko masa muda-muda sebelum dia kahwin dengan bapak ko. Tu semua tipu ok? Ko still kena isi minyak gak. Beza dia kereta hybrid ni ada enjin dan motor ah senang citer. So far kereta hybrid cuma ada petrol je tapi diesel punya coming soon.

Tapi bai kalau kena pakai minyak gak baik takyah. Baik aku bawak Hummer H3 aku tu, chikaro pun basah bila tengok.

Hakelah...ko cerita macam dah bo je. Lek la dulu. Cerita dia camni, ko memang kena pakai minyak gak. Tapi kuantiti petrol yang diperlukan kereta hybrid untuk bergerak lagi kurang dari apa yang ko pakai sekarang ni. Oleh sebab kereta hybrid menggabungkan petrol dan kuasa elektrik, kapasiti enjin dia tak sebesar kereta-kereta konvensional yang lain. Ni yang buat kereta-kereta hybrid lagi efficient dari segi kegunaan petrol. Enjin dalam kereta hybrid akan 'hidup' bila diperlukan je. Cam kalau ko lenjan kat KESAS Highway sebab dah terlampau senak perut sangat, time tu ah dia pakai enjin. Time-time ko tak perlu sangat power cam time ko cruisin dalam town, pusing-pusing carik parking kat Hartamas atau sekat dalam jam, kereta hybrid guna motor elektrik dia tu. Time-time camni lah kegunaan petrol paling intensif untuk kereta-kereta bukan hybrid.

Habis tu kalau battery dia habis camana bai? Boleh ganti battery Eveready tak? Duracell mahal sangat ah...

Ko gile ke? Ko nak sumbat kat mana? Yang tu ko takyah risau la. Setiap kereta hybrid yang ko tengok semua tu ada generator kat dalam. Generator ni kegunaan dia untuk charge battery dengan menukarkan tenaga kinetik dari enjin dan tenaga haba dari brek kepada tenaga elektrik sambil ko bawak. Kalau ko tengah sekat dalam jam tib-tib battery habis, jangan panik, enjin yang guna petrol tu akan 'hidup' secara automatik pastu dia akan chargekan battery. Bila battery ko ada cukup 'juice' enjin akan 'mati' pastu ko pakai balik motor. Semua penukaran berlaku secara automatik, ko cuma bawak je.

Asyik cerita pasal minyak je, apa lagi yang best pasal kereta hybrid?

Kereta hybrid selain dari kurang makan petrol, terkenal jugak dengan status sebagai mesra alam. Kuantiti karbon dioksida yang keluar dari ekzos kereta hybrid, mengikut kajian, adalah antara yang terendah. So setiap kali ko bawak kereta, takde lah rasa guilty lelebih sebab ko tak contribute sangat kepada global warming macam si Hamidi yang bawak kereta Proton Knight tahun 1988 dengan straight-pipe kat sebelah ko tu. Dunia ni kena jaga gak bai walaupun ko takkan hidup sampai 1000 tahun. Plus kereta-kereta hybrid memang senyap ah time guna kuasa elektrik. Takde bunyi langsung. Ko boleh guna kereta hybrid sneak up belakang member ko yang tengah jalan kaki pastu main geletek-geletek ngan dia pastu cabut.

Tapi bai tak on ah bawak kereta hybrid. Takde power...

Memang kebanyakan kereta hybrid di Malaysia takde power. Kereta hybrid bukan untuk ko 'park and display' depan Suzi's Corner, Heritage Row, Hartamas Square dan sebagainya. Kereta hybrid pun bukan untuk attention-seekers, orang takkan pandang ko sebelah mata pun kalau ko bawak kereta hybrid sebab kebanyakannya buruk cam tenuk. Kereta hybrid hanyalah untuk orang-orang prihatin terhadap alam sekitar, nak kurangkan kegunaan petrol sambil kurangkan pencemaran dan sebab tu aku rasa kereta-kereta hybrid boleh bla.

Armaya Maaroff

5 comments:

Jack Lingam said...

wah,, aku rasa kalau maya karin baca post ko ni sure dia basah bai....

Anonymous said...

hahahahaha masalahnya anak maarof ni nak ke maya karin ahaha ceyy dah dah jgn kembang plak nanti tlinga merah

a. maaroff said...

hahahaha anonymous ko memang terrer

Madu Warna Biru said...

cemana nak beli keta neh? haih kat mana?

PinkCherry said...

A chic-friendly explanation! I like ;p

Dari mana?

Analytics