Wednesday, 30 July 2008

la guerre du feu: une film tres incroyable!


bai, aku nak cerita sikit pasal cerita perancis ni yang di bikin oleh direktor perancis yang lari ke quebec (sebuah kawasan di kanada yang berbahasa perancis).. apa apa pun cite ni takde kena mengena dengan filem yang aku nak cerita kan ini.


Cerita yang aku nak cerita ni tajuk nya la guerre du feu; perang pasal api; the quest for fire. korang penah tak tgk cerita 10,000 bc lepas tu korang kluar wayang tanya kembali kepada diri korang. WEI? APA LANCAU SIAL MAMAT NI BUAT FILEM YANG NAK TEST PENGETAHUAN SUBJEK SEJARAH YANG AKU BELAJA MASA FORM 1-2? gila bai, wa rasa filem 10k bc tu memang saja je bai nak buat duit dengan cara senang tanpa memikirkan tentang masa hadapan manusia yang menonton filem itu. kiranya story dia memang tak boleh bla laa bukan apa. banyak sangat la direktor yang buat filem tu mimpi time tido waktu maghrib...memang benda yang bukan bukan ah..aku rasa dia buat filem 10,000 bc tu memang saja nak buat testing kat software cgi yang diorang baru dload kat torrent memana... tetapi cerita itu agak mengarut..

walau apa pun wa bukan sini nak kondem cerita 10,000 bc kerana aku percaya bahawa imiginasi sesorang adalah berbeza samaada yang dah lepas (pre sejarah;pre-histori ) atau pun masa hadapan..

ini dia aku perkenal kan cerita yang serupa seperti cerita 10,000 bc tetapi tak mengarut dan agak straight foward.. bayang kanlah cerita yang macam 10,000bc tetapi selesai post production pada 1981. gila bai memang jauh ah zaman berlalu boleh kata 25 tahun kot.. rasa nya idea CGI tu pon tak de agi dan komputer memang orang orang sekaya sultan brunei aja yang mampu nak beli...

apa apa pun cerita ni setting dia time zama paleolitk. kiranya api tu adalah sebuah bahan keramat dan orang yang semi beruk masih bergaduh gaduh untuk mendapat kan api. Walaupun perangai orang yang semi beruk ni sebijik macam manusia zaman sekarang. memang lost jugak ah bila tengok filem yang tanpa bahasa ni.. direktor ni berjaya mengatur gerak geri si manusia semi beruk ni sehingga penonton yang tonton filem ni faham bai... kiranya filem ni penuh dengan aksi (bukan ganas; tetapi gerak geri badan yang pure action lah..susah bai..bkan cam filem melayu, kadang kadang terlebih aksi).

itu lah yang aku rasa special sangat cerita ni bai.., cara watak watak ni berkomunikasi pon cam pakcik dalam iklan ubat batuk cap ibu dan anak all the way ah..kalu lu kaki ubat batuk lu mungkn paham la apa si manusia semi beruk ni cakap apa bai.. tetapi aku memang tgk gerak badan si manusia semi beruk ni je tuk faham kan.. gila bai kadang kadang bukan senang nak tengok filem filem yang cam gini..tak pecaya cuba kau geladah bilik mak lu, bini lu atau pun chikaro lu..dan ko gi ah try tgk ah filem arobik.. lu duduk sampai bila pun lu tak kan paham apa paula abdul nak try explain dgn gerak badannya itu...

tetapi filem ni memang bagus tuk pembikin pembikin filem muda yang risau tak cukup sen tuk buat filem filem yang bertaraf dunia..pasal filem ni lu tgk mmg basik jugak ah tetapi lost baiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

apa apa pun filem perang pasal api ni dapat memberi inspirasi kepada pembikin pembikin filem tuk cerita pasal orang orang asli di malaysia,, aku dah bosan dgr atau tengok cerita pasal rumah panjang yang nak kene roboh lepas tu ketua rumah panjang dan bini bininya mati kena tembak pasal gaduh ngan tauke balak.. lepas tu pulak anak si ketua rumah panjang ni jadi anak yatim piatu. Pastu time nak balik keluar ke dalam bandar, si tauke balak dan bini nya sedang ronda ronda dalam hutan yang tebal di sarawak.. tiba tiba dia pulak nampak seeokor babi hutan sedang menyeret sebuah bakul dan pada masa yang sama ada dgr bunyi bayi menangis.. rupa rupa nya bayi tu anak si ketua umah panjang..tetapi si tauke balak tu tak tau..dengan godaan si bini tauke balak tu untuk bela si anak ketua sampai la dia besar.... 21 kemudian.... ha korang pasti tau apa akan jadi selepas ni kan.. lu pikir pikir ar sendiri..
APA APA DLOAD AH CITE NI BAI KAT TORRENT TORRENT MANA MANA!


Jack "so on ke tidak kopi ni? dah sehari dah tunggu reply" Lingam

1 comment:

Melayu Minimalis said...

aku pernah tengok Quest For Fire ni. yang aku ingat boleh nampak bontot Rae Dawn Chong. Bosan dowh. Takda skrip.

Kita memang boleh blah la.

Dari mana?

Analytics