Saturday, 26 July 2008

Majalah Monocle: Satu Langkah Depan Dalam Informasi Gaya Hidup




Apa khabar semua? Harap korang semua tengah rehat dan menikmati hari minggu anda. Ni aku nak chit-chat sikit pasal satu diskoveri aku. Aku jumpa member aku ni, top boy gak ah mamat ni, sharp cat. Aku gi minum kopi ngan dia. Dia ni memang semua pakar ah. Kira 'si-fu' gak dalam informasi terkini. Jadi, aku tanya dia. 

"Aku nak la, kalau ada satu majalah ni, yang boleh mencantumkan informasi-informasi terkini dalam politik, budaya, ekonomi, keadaan dunia dan juga cakap pasal rekaan terkini. Jadi aku tak payah beli majalah GQ, Economist, dan Wallpaper, sebab ini boleh mengeringkan dompet aku"

Dia, relek je blad, Hembus asap rokok kata. "Monocle bai. Majalah tu ko kena check-it-out"

Aku terus gi ah kedai kecik depan rumah aku, diorang jual majalah ni. Pergh, bai. Aku tengok beberapa muka surat je, aku dah suka akan cara penulis penulis diorang punya stail. Majalah baru diorang, ada 'main cover' tulis 25 most livable cities. Aku pun nak tahu ah, sebab sejak aku dah bebaik ngan tunang aku, kita ada plan nak hijrah tempat lain. Dunia dah global bai, takkan tinggal satu kota je, betul tak. Hidup pun cuma skali.

Jadi aku baca la sebab-sebab kenapa 25 kota ni diorang kata paling boleh bla la kira (termasuk Singapore siot) , dan diorang bagi dalil diorang dari sudut-sudut keadaan negara, 'urban planning', transportasi awam dan macam- macam lagi. Diorang juga cakap pasal penduduk-penduduk, diorang gembira ke tak, Kadar inflasi dan sebagainya. Tak pernah aku tengok majalah yang bagi konteks dalam banyak sudut. 

Majalah ni juga ada cerita tentang negara- negara lain, kalau kita nak bercuti ke, tapi diorang bagi tempat-tempat yang paling kaya dalam konteks rekaan dan nilai sesuatu tempat tu, mengikut keadaan masing-masing. Ada satu video ni pasal "Things to Improve your life", semua boleh bla baiii..


Aku harap korang dapatkan majalah ni dan baca sendiri, Ada banyak benda yang kita tak leh mampu yang diorang suruh kita cuba, tengok dan sebagainya, tapi dengan cari ini, aku rasa diorang bagi kita satu aspirasi untuk bekerja keras dan menikmati keadaan dunia sekarang dengan cara yang paling 'top'.

Ok bai, setelah aku bincang ngan tunang aku, kita dah buat keputusan mana nak membesarkan anak-anak kita kalau kita dah kawin. Korang pulak? Takkan hartamas je!

Yang kreatif,
Kwaidan 'i think i love my wife' Tarmizi

3 comments:

HELLO said...

ive seen the mag bro,unfortunately theres no naked girls lah...

ami___ said...

suka majalah monocle, lagi2 kalau selvan decide nak wat clearance dgn harga murah rm5.. tapi setakat ni semuanya still harga rm15 lagi..

a8jnme said...

ye ami__ , selvan masih lagi di takuk harga rm15 walaupun isu lama itu ada belambak kat store dia..kdekut tul..

Dari mana?

Analytics