Saturday, 5 July 2008

Cikgu Sitar: Mr Ravi Shankar

Asyik main gitar atau pun main dengan gergaji ala "amiina (bukan altantuya)". Apa apa pun abang jack nak perkenal kan sebuah instrument yang macam gitar tapi bukan gitar. Nama alat ni adalah sitar. Sitar ni instrument yang pernah di dominasi oleh pemuzik pemuzik kelasik Hindustan sejak zaman 400. Kiranya, alat ni memang dah lama dah. Apa apa pun, kenapa nama benda ni sitar? mengikut al kisah zaman raja raja persia, dalam bahasa persia ia bermaksud 30 tali. Kira nya sitar ni ada banyak tali lah. Gila bai, 30 tali? aku rasa jimi hendrix pon mati lambat sikit sebab nak belajar main instrument ini. Pasai main benda ini perlukan kesabaran dari segi mental dan rohani.

Salah seorang otai yang main benda ni adalah ravi shankar (bukan ravi si penggunting rambut di area kelana jaya; mamat tu dah meniggal dah). Ravi Shankar ni di lahir kan pada tahun 1920, bulan april hari bulan tujuh. di sebuat negeri yang di beri nama Benares. Kiranya, mamat ni memang seorang Pioneer dalam bermain alat ni. Dia ini juga belajar main musik di sebuah sekolah yang di beri nama
Maihar gharana, Sekolah Musik Kelasik di india.



Otai tak otai, mamat ni pernah menjadi seorang guru kepada seorang ahli pemuzik pop di britain (bak kata orang di malaysia; oldies), the beatles. Siapa kah gerangan mamat ini? nama dia george. George harrison. Gila bai, mamat ni pun terkejut beruk bila ada orang famous cam si george ni nak belajar main sitar. Kiranya, macam pak ngah pun terkejut bila Tiesto suruh Pak Ngah buat sample rebana atau pun kompang.

Musik mamat ni memang layan bai, lebih lebih lagi pagi ahad macam hari ni bila korang tengah malas dan sambil memikirkan nasib keluarga.

Oh ya, selain itu, mamat ni memang dapat banyak award, kira nya dapat jadi "Ahli Mangku negara India" pada tahun 1999. Selain itu, mamat ni juga bapa kepada Pemuzik yang kutip hadiah kategori jazz tak lama lalu, Norah Jones



Apa apa pun korang carik la torrent si Ravi ni. Bagi aku mamat ni memang main sitar boleh bla la kira, tade cam metalicca try main.

Jack Lingam

1 comment:

f a r a h said...

aku ade juga sorang kawan yg tengah blajo sitar ni. dia ade band yg agak terkenal gak di daerah klang. tapi hanya seumur dengannya je la yg tahu band die ni. ntah aku tak bleh bayangkan kalau die maen sitar ni. sure terguling sebab asal aku tgok dorang ni pform kt mane2 gigs, die seorang yg feeling maen gitar. smpai guling2 atas stage..haha
gile syokk. zip zieller.

*www.myspace.com/zipzieller - rock n roll.

Dari mana?

Analytics