Saturday 5 July 2008

Era Baru Malaysia - Pre depression






Assalamualaikom sedara dan sedari. Hari ini kita nak cerita kan sedikit pasal zaman zaman. Sekarang ni makin banyak dengar term term modernism la, post modern lah ultra modern lah, dan macam macam lagi. Pikir pikir balik, dunia mengalami zaman modern sejak US dan russia sedang berperang beku "cold war" ia itu pada zaman 1960-an. Tetapi demam modern tak pernah hilang sejak dari pada itu. Keluar lah term term post modern, dan macam macam lagi term term yang diguna kan untuk mendiskripsikan sebuah benda itu, sama ada bangunan atau pun kapal.


Sejak awal tahun 1990 an lagi seluruh dunia telah mengalami sesuatu resesi (recession) yang agak teruk. Tetapi sesiapa yang baru saja lahir pada tahun 1980 an atau akhir tahun 70 an dan yang lahir pada tahun 90-an tentu tak terasa impak benda benda ini kerana kita semua masih kecil dan sedang sibuk menenen susu, melompat bagaikan beruk jumpa bunga dan merengek bagaikan seekor bangau yang tidak dapat berdiri satu kaki.


Apa apa pun, kesesakan ekonomi telah membawa pelbagai perubahan visual dari segi design sebuah bangunan sama ada rumah kampung atau pun bangunan 60 tingkat.


Cuba lihat bangunan Komtar di penang yang di bina pada tahun 1986. Kira kira kalau nak bina bangunan komtar lagi sebijik kat Selangor ni harga dia sama tak kalau dengan jumlah kos Pembinaan komtar pada tahun 1986. Kalau dikirakan, mesti tidak sama walaupun tanah kerajaan di gunakan.


Mengapa sedemikian? harga minyak, simen ytl dan konkrit yang telah naik telah mengubah imiginasi seseorang arkitek yang berjaya. Cuba bayangkan kalau harga simen dan harga kongkrit dan harga cermin sama dengan harga 1986 (time buat komtar) tentu design KLCC berbeza dengan apa yang ada sekarang.


So, sejak akhir akhir ini ekonomi telah merosot bagai nak rak, KLSE pon jatuh mendadak dari pada 12++ kepada 11++ yang amat merisau kan pakar pakar ekonomi negara. Dengan harga simen dah naik 60%-70%, dan harga konkrit pun sama (pasai guna besi). Adakah design design yang berciri konkrit dan cermin ala ala postmodernism atau pun design design yang berciri kan konkrit ala ala Bauhaus (german) harus di renungkan kembali (review)


Mungkin kah untuk menampung beban dan menggelakkan "the great depression" seperti di USA pada awal tahun 1920-an kita harus mengadakan rombakan semula dari segi pembinaan bangunan dengan mengunakan plastik atau pun polimer polimer yang lebih murah berbanding konkrit dan besi?


Apa pendapatan anda?

1 comment:

Ayman Aiseyman said...

hai sahabat terima kasih habaq kat gua pasai benda leguni.
skang gua dah ready dan steady nak susah susah dahulu nanti nanti baru bantai kuih bahulu.

Dari mana?

Analytics