Thursday 31 July 2008

Blog Boleh Bla: What I Saw Today

Untuk citarasa aku, kamera untuk aku adalah alat paling tidak menarik hati aku la dalam bab bab seni ini. Akan aku bincangkan segment seni dalam blog ni tak lama lagi, tapi seniman-seniman kegemaran aku termasuk Mark Rothko, Joseph Beuys, Ron Mueck dan ada la beberapa lagi , akan aku ingatkan nanti. Aku tak minat sangat jurukamera sebagai seni, tak tahu kenapa. Aku ada sebab- sebab aku tapi aku rasa itu adalah alat paling mudah untuk orang rasa diorang kreatif? Paham tak?

Sejak kebelakangan ni, ramai chikaro suka bawak kamera digital dan pergi ke disko-disko untuk menangkap gambar perempuan dan lelaki berpakaian tak senonoh, berpakaian yang sukar aku nak bawak jumpa ibu bapa aku dan kata, "Ayah, ni bakal isteri Kwaidan, ayah" sambil dia hisap rokok menthol, leggings kempam, dress ala vintage dan juga way-farers. Ew. Abang Kwai tak minat cam tu, abang Kwai lebih suka perempuan yang berpenampilan 'elegant' dan 'dark'

Walau bagaimanapun, aku nak tunjuk ko blog ni. Aku dulu ada idea nak buat cam ni, sebab aku pun suka gak lukis- lukis ni. Dari tangkap gambar pakaian orang, baik lukis diorang betul tak, saya rasa lukisan ringkas atau sketch tidak begitu popular berbanding dengan dulu, sebab skarang ko tau la, era fotoshop kamera digital ni, semua chikaro dan lelaki nak buat gaya hidup diorang cam poster. Jari tengah buat korang, Ibu jari untuk orang yang masih berjalan membawa kertas, pensil dan melukis apabila melihat sesuatu yang menarik perhatian korang. Lukisan adalah satu alat komunikasi peribadi yang menggunakan anggota tangan dan minda. Apa yang kau lihat, adalah lain apa yang orang lain lihat, jadi kalau lukisan ko buruk ke, cantik ke, aku rasa itu unik kerana setiap orang berlukis dengan cara yang berbeza. Untuk aku, kalau gambar, dia telah ditetapkan suatu situasi, tarikh , tempat, cuaca dan waktu. Kalau lukisan, dia bersuara banyak lagi. 

So apa pendapat you all huh? Mahu mulakan blog lukisan  dari pergambaran sahaja? Hidupkan semula roh-roh pensil dan pen dan art block? Cuma berkongsi pandangan saje. Tu lah, rakyat kita, susah nak kritik dan bagi pendapat. Kalau negara maju lain, skolah seni diorang, lecturer kutuk bukan main lagi, ko pun kena relek ah.Tapi kalau kat kl, lecturer sound ko terus "Jumpa kat luar Bar Blonde ar beraniiiii!"

Sekian

Kwaidan Tarrr

1 comment:

Unknown said...

tapi... abg kwai, saya tak pandai melukis :[

Dari mana?

Analytics