Thursday 26 June 2008

TUNZA 2008- Harapan Alam Sekitar Terletak di Tangan Si Kecil





Rio de Janeiro, 1992- Di suatu persidangan penting, ketua-ketua dunia berkumpul dan berbincang tentang hal-hal dunia yang kritikal. Setelah berjam-jam membangkang, menjerit, dan memecahkan kepala, terwujudnya Agenda 21. Agenda ini menyatakan bahawa kaum muda kita mesti aktif dalam keputusan mengenai isu-isu alam sekitar, dan kementerian setiap negara mesti menyediakan pentas dan arena dimana suara mereka boleh didengar.

Tunza International Childrens Conference adalah hasil daripada agenda tersebut. Setiap 2 tahun, UNEP akan mengatur suatu persidangan untuk budak berumur 10-14 supaya mereka dapat berbincang dan mencari keputusan tersendiri dalam topik penjagaan alam kita. Setiap persidangan ini akan diadakan di sebuah negara lain yang giat dalam aktiviti alam sekitar.



TUNZA 2008 (Creating Change) telah beraksi di Stavanger, Norway dan berjaya mengumpulkan 700 penyerta dari lebih dari 100 negara berlainan. Negara-negara lain dimana persidangan ini pernah diadakan adalah seperti Great Britain (dua kali), Kenya, Canada, US dan Malaysia (iya! dua tahun lepas... mesti ko tak tau). Seterusnya South Korea akan memainkan peranan host.


Gempa bumi di China, ribut taufan di Manila, harga beras dan minyak yang menaik tanpa belas kasihan. Ini semua adalah petanda bahawa dunia kita tengah stress menempuh keperluan kaum manusia yang tiada tahapnya. Siapa yang akan menolong jika bukan kita sendiri dan suatu cara terbaik adalah dengan memujuk kesedaran dan keinsafan pada diri kita. Jikalau anda tertarik pada idea menjadi seorang environmentalist dan hendak terlibat di dalam persidangan ini teruslah mengunjungi www.UNEP.org/TUNZA dan mulakan sebuah perubahan.

Sekian,
Wazir Suleiman (I'm Back!!!)

1 comment:

Jack Lingam said...

msia dak dak skolah mana represent bai? skolah menengah sungei way ke skolah menengah taman dato harun? aku rasa sure dak dak alice smith atau skolah skolah prebet...im just curiouso

Dari mana?

Analytics