Pandangan dari Alhambra ke Albaicin
harini abang jack nak cerita kan pasal Granada lah. Bak kata orang kat sana, "Granada, *long pause* de puta madre!" maksud nya Granada, lost bai. Walau pun sesetengah daripada anda mungkin tahu maksud sebenar de puta madre itu adala pu*i mak. Tapi selepas ulang alik cop passport dekat sana lebih kurang 4 kali, selama 4 bulan, korang akan tau maksud maskud disebalik percakapan. Kiranya macam slang atau pon twang lah...
Mana dia granada ni? Tempat ni letak nya di andalusia spain. Kalau tak tau kat mana tu, cuba bukak peta dan belaja tengok peta. Aku rasa malaysian tak suka sangat tempat ni pasai tempat ni agak panas lepas tu masa aku tinggal kat sana dua bulan jual kari, memang hujan 2 kali je. Kiranya masa musim panas hujan sebulan sekali lah. Masa bulan sejuk pulak tempat ni memang sejuk, tapi memang lost lah view dia masa musim sejuk. Kiranya boleh nampak "topi salji" atau pun snow cap di atas Sierra Nevada.
Kiranya granada ni di kelilingi oleh banjaran banjaran yang tinggi lah. lepas tu, sierra nevada ni kiranya banjaran yang tertinggi di penisular iberia. Boleh kata macam banjaran titiwangsa dekat penisular negara kita ni lah.
Ape dia sejarah tempat ni? Sebelum kejatuhan ketangan kuasa kuasa islam, tempat ni dibawah naungan raja raja castilla. Lepas beberapa kurun, tempat ni jatuh ketangan kuasa kuasa islam afrika utara. Kiranya, orang orang bukit dari Banjaran Atlas cross tangier lepas tu hampir dapat seluruh peninsular iberia ni lah kira. Adalah dalam beberapa dekad dan zaman diorang kat negara ni. Boleh kata dah nak sampai france, lepas tu taklepas kene sekat dekat negara basque dan andorra.
Lepas tu, ada member aku sorang kat sana. Dia memang dah tua, keje dia mengecat bangunan dan tampal simen. Bini ada dua, tapi tinggal ngan mak bapak dia. Nama dia Paco. Dia tanya, apa beza france, england dan Spain. kata nya...,
"dari segi tradisi dan cara hidup, negara ini telah berjaya menanam semangat nasionalis dan sayang kan negara walhal negara seperti france dan england telah hilang budaya klasiknya kerana negara ini pernah dijajah oleh islam. Jadi kalau bukan kerana islam, negara spain tidak lagi macam ini" aku dan member aku hembus asap rokok dan berkata "como eso, tio?" atau pun dalam bm "ye ke bai?"
So apa ada kat Granada ni? tempat ini memang tempat re-chil (relax dan chill) lah kira. Nak kenyang murah sini. Kalau kau order apa apa air tak kira todi ke, tanik ke, air potong ke atau air tapai, mesti dapat tapas free. Sebab sini memang cara adat dia macam tu. Kiranya kalau korang pegi la bodega semata mata nak makan tapas, baik korang simpan duit korang dan pergi ke granada dalam masa 3-4 tahun. Dah la benda benda kat la bodega tu tak sedap.
Lepas tu, granada ni memang tempat untuk bawak tunang atau scandal kat sana. Pasal kalau bini, mesti diorang dah stereotype kan tempat tempat seperti Paris, london, bermuda dan pulau ketam sebagai tempat honeymoon. Karang takbawak kang terus cerai pulak, baru je beberapa hari kahwin, nak tst pon tak lepas nanti.
Selain itu, tempat ni memang macam dekat palestin zaman zaman dulu. Pasal kat sini ada 3 quaters. Satu tempat untuk orang lokal (spanyol;dimana semua nya orang kristian) orang arab (dimana terdapat orang yahudi dan islam). Jadi kalau yang rasa dah meleleh air otak memikirkan keseronokan yang telah ditarik selepas membaca post ini, tetapi risau tentang makan minum, jangan risau, dekat sini memang banyak pak pak arab. Jadi nak carik makanan halal senang.
Selain tapas, dekat sini ada kebab paling best kat dalam dunia yang aku telah makan. Kebab paling bes adalah kebab "shawarma de pollo, con queso, con champinon, con huelvos" nak tau apa tu? kebab ayam letak keju, letak cendawan lepas tu letak telor. GILA BAI, aku yang tulis ni je naik lapar dan teringin nak makan walau pun baru je lepas makan Ikan parang masak asam pedas yang ama aku baru lepas masak.
No comments:
Post a Comment