Wednesday, 11 June 2008

Kebebasan Lu Bersuara

Selamat pagi kotaraya kotorku.
Pastikan cukai lu orang terbayar,kasihanla menteri-menteri manja kita tu semua,camaner diorang nak gi makan angin tanpa mengepau periuk nasi kita.
Artikel pertama gua tulis kat blog ni dulu adalah pasal Hunter S. Thompson,tokoh jurnalis gonzo yang berpengaruh berani kepada aliran media massa,media massa yang kini ditawan oleh bapak-bapak ayam di parlimen.Gua harap dari membaca artikel 'Gonzo je!' semangat jurnalistik lu orang semua semakin meluak-luak sebab dalam masa beginila rakyat perlu lebih bangkit bersuara.Kalau Hunter tak cukup membakari semangat kebenaran dalam diri lu,gua kenalkan lu kepada Spider Jerusalem,Semangat Hunter S. Thompson yang telah diilustrasi,didakwatkan dan dihidupkan kembali dari mati.


Di sebuah bandar di Amerika,bau busuk daripada najis najis si mereka yang mentadbir negara mencemari kesucian penduduk kotaraya dan isi kandung media massa,tetapi dengan kata-kata kesat daripada Spider,kebenaran semakin disedari rakyat yang buta dan melopong.

Spider Jerusalem adalah watak yang digunakan oleh Warren Ellis untuk meluahkan pandangannya terhadap politik semasa dan juga jangkaannya akan konteks sosio-politikal masa akan datang melalui komik "Transmetropolitan."
Komik ni memang layan.Gua terpegun dengan naratifnya yang direk dan ikhlas.Tapi gua jadi takut sebab gua terpikir pasal jangkaan George Orwell dalam ceritanya '1984' yang menjadi nyata.Gua cuak kalau jangkaan Warren Ellis ini pun menjadi kenyataan sebab memang isu-isu yang ada dalam komik ni adalah realiti.Cuma efeknya teramat menakutkan.
Gua cuma ada isu ke-tujuh komik ni(isu ketujuh ni ada introduksi yang ditulis Darren Aronofsky,terima kasih pada Ngan sebab bagi pinjam kat gua),jumlah yang ada adalah 10 isu.Akan gua kumpulkan kesemuanya.Tapi sebelum gua beli kesemua 10 isu tuk buat koleksi,gua tengah download siap-siap sebab gua tak sabar sangat nak baca semua.
Isu pertama telah gua E-bukukan tuk lu orang.
klik majalah dibawah tuk layan saiz sepenuhnya,
selamat membaca.

5 comments:

Kwaidan Tarmizi said...

yo ayman.

this shht is hawt. blog of the week award coming right at you son!

Anonymous said...

tapi kan bro, wa masih tak faham arr asal menteri menteri dapat elaun bersuka ria (entertainment). selalu nye tauke tauke biznez arr yang belanja si menteri menteri dayus ni semua.

Citizen Kopak said...

it is them who decide on the policies.
Thus they administer policies in their favour.
At the nation's expense of course.

Anonymous said...

ari ni riot kat kl. jaga jaga

Anonymous said...

ada isi penulisan ni...tak sesia kau pegi skolah.keep it up..the style n the substance.especially the substance.

Dari mana?

Analytics