Saturday 16 May 2009

GM x Segway PUMA

Apa cerita readers BBLK? Ya aku tau aku dah lama tak post. Pertama sekali, syabas kepada Kwai dan Jack kerana kerap berkarya ko dua memang cool cats cats cats. Tidak lupa gak kepada Faizal Zakaria, selamat datang.

Anyways, aku rasa hari ini aku nak start light, cerita pasal projek PUMA. Aku pasti ko semua kurang-kurang pun pernah dengar pasal benda ni, jadi sini aku nak bagi lowdown sket.

Sebelum aku citer pasal PUMA, aku rasa aku patut citer sket ah pasal Segway untuk readers yang tak sure benda ni apa. Segway Personal Transporter ni adalah kenderaan persendirian yang direka oleh Segway ah sapa lagi. Basically benda ni memang hot ah kat negara-negara barat sampai Karl Lagerfeld pun ada design satu untuk Chanel blad.

PUMA (Personal Urban Mobility and Accessibility) adalah sebuah kenderaan berkuasa elektrik dua tayar macam Segway Personal Transporter tu. In fact projek PUMA ni hasil collabo Segway dengan General Motors.


PUMA direka untuk dua penumpang dan mampu bergerak selaju 56 KM/sejam. Ia juga mempunyai range dalam 56 KM. So kalau ko drive top speed je memanjang ko dapat bawak benda ni selama sejam je ah. Tu pun aku bajet optimistik.


Projek PUMA menggabungkan pelbagai teknologi termasuk dynamic stabilisation, electronic acceleration, komunikasi antara kenderaan, dan autonomous driving and parking.

Teknologi yang diaplikasikan bertujuan untuk pemanduan dalam bandar, mobility freedom so kepada ko yang takde kereta tu takyah berharap kepada public transport dan jugak mengurangkan pencemaran. Ye ah ko tau ah kan majoriti orang drive sorang je lastu time ko drive dalam bandar ah kereta ko paling inefficient dan dan paling banyak CO2 emission. Plus benda ni kecik so secara langsung mengurangkan congestion. Sebab size dia, aku rasa ko lalu pedestrian walkway pun tadahal bai.


Armaya 'Maverick' Maaroff

6 comments:

joegrimjow said...

beli satu
buat balik
konpem ramai teruja!

Shafi'e Hamdan said...

cool cats cats cats cats cats (echo)

HAHAHAHHA

good times blad

AJ (GUMA) said...

wa dah agak revolusi ni akan dtg jugak secara mass market nnt

yeah come on we embrace!

Melayu Minimalis said...

kalau bawak pi dataran gempak tak?

los macheteros said...

hahahaha memang tak dpt arr..
sapa2 ada yang ada idea tuk buat lap dgn benda haram kat dataran merdeka ni baik mintak maaf dulu dgn orang2 tersayang..
dengan minat ampun buat kali terakhir.

real supermotard ghetto said...

pergh, yang first tu sbijik sua macam mesin memotong rumput. lain2 tu cam jamban utk OKU ada la gak. apa2 hal this is just as gay as picnic basket.

Dari mana?

Analytics