Amacam semua? Setelah membaca buku di atas selama dua setengah hari dan membuat kajian-kajian lain, aku bersedia untuk memberi sedikit sebanyak tentang buku ini. Aku tahu blog ini adalah tentang benda-benda yang boleh bla la kira, tapi dari tajuk buku ini, dan penulis buku ini, yang sebelum ini menulis buku SKINNY BITCH, (yang telah dijual sebanyak 2 juta cetakan)..Hmmm...Adakah buku ini boleh bla?
*Tiba-tiba Aku mendapat panggilan telefon*
Word up muh-brotha! Apa cer? Ini abang G yo, yang temubual bersama ko dan FZ hari-tu. Aku bengkek sikit la bro, sebab aku try nak temubual Jack Lingam but he's so busy dating and work, yo! That's not tight!
......Apa kau nak bai? Aku tengah nak review buku ni.
Word? Cun! Apa kata kalau aku temubual kau tentang buku itu, dan kau bagitahu aku sedikit sebanyak , yo! That sounds tight, G! I TOLD YOU IM'MA BE BIG ONE DAY!!!
....Semangatnya ko, Ok-lah. Aku tahu ko ni lonely. Perangai je hip hop tetapi sensitif kalah Balada- Balada meleleh di tanah air kita.
So, Mr KWAIDANN YO! Bagitahu kami sedikit sebanyak tentang buku ini, dan siapakah buku ini ditargetkan, uh huhhh!
Secara dasarnya, Skinny Bastard merupakan satu spin-off kepada buku pertama Rory Freedman dan Kim Barnouin iaitu Skinny Bitch. Mereka merupakan pejuang-pejuang prinsip mereka, iaitu memakan makanan yang asli, organik, tidak diproses, tidak diawetkan dan anti memakan produk-produk haiwan, atau haiwan. Mereka ni vegan la kiranya. Kalau ko tak tahu vegan tu apa, ko google. Tapi explanation yang simple, vegan ni tak makan apa apa haiwan atau produk haiwan, hanya bergantung kepada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan tumbuhan- tumbuhan lain yang boleh membekalkan gizi yang seimbang. Apa yang dikeluarkan oleh binatang seperti susu dan telur pun diorang tak makan
Are you serious, dawg?! No KFC? No Burger King?! Gila ah. Aku tak mahu kenal diorang.
Dari awal buku ini, penulis- penulis cunz ini akan menjelaskan kepada pembaca tentang keburukan makanan- makanan yang diamalkan oleh orang ramai. Mereka pula memberi dalil- dalil yang padu, akan kadar kegendutan, kanser dan penyakit jantung di dunia ini. Mereka memfokuskan keburukan makanan-makanan yang diamalkan oleh orang ramai mengikut bab. I,e: Keburukan daging, keburukan susu, keburukan bahan-bahan pengawet dan sebagainya.
Memang lost. Bab tentang keburukan penyembelihan ayam dan daging tersebut memang akan membuatkan ko rasa janggal sebentar sehingga hendak muntah.
Susu atau produk dairy juga telah dilabelkan oleh mereka sebagai pembunuh orang ramai dan juga pembunuh kemaluan lelaki ( kebanyakan kes kanser prostat disebabkan oleh produk dairy ).
Mereka juga mempamerkan atlit-atlit sukan yang mengamalkan makanan vegetarian/ vegan tetapi badan mereka masih sasa dan kuat. Jadi mereka mensyorkan bahawa kita tidak perlu memakan daging merah untuk menaikkan tubuh atau otot kita.
Jadi, ko nak rakyat Malaysia mengamalkan makanan vegan la bro?
Aku tampar ko kang. Ko sama one sided, too conclusive, over sensitive seperti kebanyakan orang aku tahu. Sigh. Aku tak syorkan kaum lelaki tanah air mengamalkan makanan vegan, tapi buku ini at least bagitahu orang tentang kepentingan tumbuh- tumbuhan dan buah- buahan. Misalnya ko gi mamak, banyak doh lelaki dan juga pompuan order 'maggi goreng satu, tak mahu sayur'. Ini satu tabiat yang tak bagus, dan juga makan di mamak dengan kerap juga merupakan amalan yang amat jijik.
Kadar kesihatan di Malaysia merosot gila teruk. Kita merupakan negara Asia Tenggara yang pertama dalam kegendutan, dan kadar diabetes, darah tinggi kita juga melambung tinggi setiap hari, penyakit jantung etc..
HA! Diorang cakap rokok penyebab penyakit jantung, tapi tahukan anda di IJN, satu banci telah dibuat bahawa 53% kes jantung merupakan pesakit- pesakit yang TIDAK MEROKOK?
Lu fikir la sendiri.
Malaysia pula juga mempunyai gizi yang mencampurkan lebih daripada satu protein dalam makanan. Contoh, nasi kandar, campur etc. Ramai yang letak ayam dan daging, atau ayam dan sotong dalam satu pinggan. Tahukan anda ini amat merbahaya kerana dengan mencampurkan dua jenis binatang, ia boleh melebihkan kadar intake protein dalam sehari, dan jika badan kita satu hari dah tak larat mencernakan protein-protein tersebut, gout la ceritanya lepas tu.
Di Malaysia juga, terdapat kes tentang reban ayam di atas, dan bawah kolam tersebut mempunyai ikan keli, dan ikan keli tersebut diberi makanan tinja ayam yang jatuh dari atas tersebut. Sigh...
Kalau kita fuck-up gizi makanan diorang, lepas tu kita sembelih diorang dan makan. memang hidup ini macam cycle bai. Tuhan dan buat haiwan- haiwan ada kategori diorang masing masing, harnivor, karnivor etc. Ko gi tukar la, letak hormon untuk diorang besar cepat la. Satu hari nanti, balasannya tetap akan kena kepada orang yang memakannya.
Iaitu rakyat-lah.
Konklusinya, tengok orang keliling kita. Ramai yang semakin gendut, ramai yang mempunyai kencing manis, banyak yang panas baran, (kadang kala panas baran dan terlalu emosi dan sensitif terjadi atas ketidak seimbangan kimia dalam badan, yang juga terjadi akibat gizi yang tidak baik, seperti banyak bahan pengawet, MSG dan sebagainya) .
Kita perlu ubah dan tidak perlu ubah secara drastik. Mungkin dengan kadar membaca, kita tahu betapa pentingnya tumbuh- tumbuhan asli, dan kebaikannya, dan kita boleh tukar skit cara kita. Kurangkan nasi sikit, lebihkan ulam- ulam, kurangkan gula yang 'refined', amalkan gula- gula asli seperti gula perang atau madu.
Gua bukan doktor bai, tapi ramai orang lately acting weird siot sebelah aku. Or is it just me?
*Bunyi berdengkur*
....guys , you see what i mean? dia yang call, dia lak tertidur.
Sekian,
Kwai 'awek 8tv cuteeee' Tar
3 comments:
buku tuk lediboi
whoever that was, u ain't no paratrooper. i bet you have led such a miserably fucked up life to walking in somebodys shadow. you might as well kill yourself and your family for your worthless, undesirable and unwritten life...
yr a fuccen guilt and embarrassment to this place.
pebende
Post a Comment