Thursday, 7 May 2009

semua salah kerajaan?: Pak cik sebelah


Salam fren? apa cerita. ini hari agak hectic gak ah. Pagi pegi pusat sains hantar proposal "not for profit private equity fund" untuk dapat surat kata sokong daripada board Pusat Sains Negara. Tgk ah cam mana. kalau dapat memang mandi kucing untuk 3 minggu berturut turut ah. 

 

Pastu wa gerak MIHAS pulak beb. Wa rasa lu orang patut pegi pasal banyak produk makanan baru tuk di rasai. Tapi lu kene carik satu booth kat khemah J, dia jual ikan salai ngan daging salai. pergh bai, rasa lain beb, dia bakar guna pokok maple. kalau macam kak suzy punya rasa kelat kelat gak. Menurut En. Zohri, dari Beranang, kalau kat malaysia selalu nya guna pokok getah atau daun pokok nipah. Tapi kata nya produk nya di bakar guna pokok maple. memang bau daging tu  macam bau deck skateboard Maple yang kau beli kat Sg. Wang beb. wangi je bai.

 

Anyways, check da scene out ah bai kat MATRADE.  Masuk pon free, lu bawak ah chikaro lu ke, tunang lu ke, mak lu ke, bini lu ke, adik perempuan lu ke, akak lu  ke atau bini lu ke sana lunch hari sabtu ni. wa cakap sama lu, lu kenyang beb. kalau kau nak carik duit pulak kat negara yang time bomb open market yang akan letup kejap lagi (lancau gila, Malaysian punya equity participation makin berkurang beb untuk Foriegn direct investment kat negara ini? are we being vacated in our own backyard?), lu gerak ah sana pasal banyak gak local product yang agak menarik. Tetapi malang nya orang tak pandai buat marketing. Lu jadi ah diorang punya distributor, pastu jual kat facebook ke jual kat blog ke? BARU real, aku tengok ada sorang dua je sukses jual baju kat blog, semua pon ikot. bukan salah. takde orang lain ke nak exploit benda jual benda? Lu tak yah ah nak angan angan bukak giant, tesco atau jusco kau sendiri. Benda benda camni dah tak relevan dah untuk masa akan datang. nape marketing kebanyakan business nye kantoi beb? iye ah bai semua dulu nak angkat finance, engineer dan doktor pasal kata marketing tu keje yang senang boleh belajar sendiri. tetapi untuk khatam supaya cara berfikir seperti seorang marketing officer yang sharp memang lah payah beb dan akan membuat lu seasoned sebelum lu jadi champion marketeer.

 

Tapi kalu lu nak jadi Leninist Marketeer, lu kena belajar marketing guna otak bai, ia merangkumi pelbagai benda bukan sahaja cara pemikiran sesuatu komuniti/market. Banyak la lagi, costing (cara nak mark-up), advertising (logo, slogan, propaganda), pitching (cara nak kelentong) apa lagi? lu cite ah pasal ari ni aku bukan nak cite ni.

 

Anyways, aku bukan nak cerita benda atas atas tu bai ari ni. saja je bagi renungan ringan ringan tuk para pembaca blog yang di sanjungi ramai ini. anyways ape cite semua beb. seperti yang aku cerita tadi, siang tadi aku gerak ah MIHAS kat Matrade. Kat sana banyak ah benda benda yang menarik. tapi bisnes bisnes artificial seed memang banyak gak ah kat malaysia. kesian pulak, tengok bila ada 10 company yang buat benda sama, selain itu market telah di pegang oleh giant giant seperti Nestle, Meggi, F&N, Boh. payah beb cam tu.

 

Pastu malam nye pulak ada la lepak ngan pak cik sebelah yang sedang mengalami tegangan hidup pasal recession yang melanda syarikat syarikat prebet multinational giant yang ada kat malaysia. Contoh, western digital, panasonic, motorola, intel. pergh satu syarikat berapa riban orang kerja beb. itu tak kira riban riban orang yang lain kalau syarikat ni lingkop. Domino effect beb atau chain errection. eh chain reaction.  dia pon datang ah kat aku.

 

P: amacam lingam? u kerja tak esok?

 

L: kerja la uncle macam biasa le.

 

P: Hmm bagus ah, ko tu masih muda maintain je lah. 

 

L: tau takpe. pakcik ape cerita? business spa ok? bila nak bawak masuk doll doll baru? 

P: haih kau ni, aku mana ada bukak pusat kesihatan. kepten kat sana pun bini aku. aku bagi capital je. Hmm pak cik ingat nak bukak business baru lah. ingat nak bukak restoran ke, bukak kedai alat alat solek perempuan pon ok kot. satu hari dapat 200, satu hari tu cukup lah. 

 

L: hmm memang. tapi pakcik nak dapat 200 tu bukan senang. Restoran yang kat Bangsar pun banyak lingkup nak bayar sewa RM20,000 sebulan.

 

P: pergh itu lah, nak mintak loan kat bank bank GLC ni bukan nye senang dah la lembab. process nye lama sangat. ari tu kawan uncle mintak loan kat SME bank kene tunggu 1.5 tahun untuk dapat loan. ada lagi sorang, kat agro bank, mula mula mintak collateral tanah 20 ekar, pastu ada guarantor pulak, member pakcik mintak 7 juta je. macam macam la dia mintak.

 

L: saya tahu pakcik. tapi nak buat macam mana? follow procedur je kot.

 

P: tapi bukan ke procedur ada untuk menyenang kan hidup orang.

 

L: iye lah, tapi ini buat perniagaan pakcik, bukan pateri logam kat litar. nak kasik pinjam duit tinggi kos dia pakcik, senang senang pulak orang nak bagi duit. bukan itu je, nak buat decision memang lah perlahan. nak tau apa sal? berapa kerat sangat golongan professional kat malaysia ni yang ada dalam sektor kerajaan dan jika di kompare kan dengan golongan sektor prebet. pergh, ratio nya sememang nya lebih tinggi kepada sektor prebet. 

 

pak cik tu pun senyap je. lepas tu dia cite pasal pengalaman dia kat jepun. aku pun dengar. namun hakikat nya sememang nya golongan professional agak kurang dalam sektor kerjaan. oleh sebab itu la bai, panel panel masa dalam decision making punya meeting mata lelap dan buat decision yang tak pikir panjang. menyebab kan low quality decision making practice. kenapa beb ramai masuk prebet sektor? konon boleh belaja cara orang asing buat kerja. ramai sangat melayu nanti banyak sangat politik, gossip. keje tempat melayu tak boleh buat nakal nakal, boleh gi drink ngan collegue, boss. boleh ponteng semayang jumaat. susah nak cite pasal benda avantgarde. kalu kat gomen, setiap isnin kene keje pakai tie coporate, klau keje gomen ari khamis kene pakai baju batik atau seniority kat gomen sana lain macam. dan banyak la ulasan ulasan. pergh memang penting untuk lebih kan golongan professional dalam gomen sektor bai, asal? cuba kau bayangkan shariah punya council di ketuai oleh blogger di sini beb? memang hancus ah dan memang non-compliant punya body ah beb. so bai? camne na perbetulkan gomen sektor ini beb yang banyak di kritis dan di titis oleh masyarakat kita sendiri? kata bersatu kita teguh bercerai kita lobos. so bai, demi masa depan anak anak dan cucu kita? what say u? apa kata kita masuk gomen sektor demi bangsa dan negara?  iye ah beb, lu sakit tekak mana boleh elok kalau lu bau minyak cap kapak je beb. got to get in deep bruv. Innit?

 

Ada beran ke beb? (Farid Kamil, 2007) tekan sini 

 

Jack " 1.16" Lingam

 

4 comments:

Faisal Zakaria said...

best siak keje gomen sape cakap tak best.
gua pun tak tau gua keje prebet. tapi gua tengok orang keje gomen cambest je.

amacam gomenizers?
komen ar skit ennn.

AJ (gomen di perak lg hancussss) said...

keje gomen?

my mom so really want me to masuk gomen coz as usual the reason is :

STABIL

pada aku taklah stabil sebnarnya, sekali 916 jadi kenyataan kena rembat kuar gak bai been replaced by other kronies.

ok ok masalah tentang decision making ni mmg satu seni la JL. pasal nak wat decision yg sharp tp cepat mmg kena practise bertahun2 lamanya. aku pernah bekerja bersama top developer kat malaysia. masa on site mmg sharp la decision PM, tp bila masuk je bab financial top managers kena wat decision, dan yg kool nya satu manager di India satu di China semua decision wat kat satu web portal derang, pastu derang tak puas hati terus je rejek PM td nye decision perghhhh gempak gak.

tp kalo masuk plak very huge sum mmg lembap la decision derang, berbulan2 gak nak approved VO tu walopun in the end profit kat derang gak contractor makan tulang je la, consultant apatah lg mkn habuk je la

nak masuk gomen? aiseh wa dah open my stylo biz la JL, maybe kalo hancus di tgh jalan wa pikirkan la idea lu tu JL, dan kalo derang tanya "kenapa nak masuk gomen?" wa akan jawab sebijik mcm lu punya tulisan td, so wa dah print posting lu dah hafal siap2 ni


hehehehehe

Munzir CK said...

kerja gomen nampak rileks. minum pagi, lunch, minum petang. mmg kaki minum jela. keje pun mcm ada takde je kan.

maaf aku bukan keje gomen.

tapi co. tmpt aku keje byk projek ngn gomen. selagi ada la peruntukan dalam bajet kewangan tiap-tiap tahun, mmg ada la projek masuk.

tapi mmg btul la dorg ni nak buat decision mmg lambat. nak tunggu awarded letter pun lambat. tak tau la masalah apa kan, bajet kewangan yang dah di peruntukan tu agak byk dah. tapi payment masih slow. haha. gomen gomen.

mungkin jugak ada betulnya JL ckp. kurang pekerja professional menyebabkan sektor gomen ni jadi slow, inefficient. haih.

Anonymous said...

beb..aku cdgkan MARA buat kilang utk graduate obersee....bg industri yg mnarik minat student....industri ini msti di sekular kan...bebas politik..916 ke 999 ke...g mati...kira utk negara r.klo ak personnaly,gaji dun giv a damm,janji ckup makan sudah....yang penting industri tu kene dgn ape yg ak blajar dan minat...contoh internal combusition...boleh2 la bdk2 yg bkesedaran mcm aku bayar blk kpd msyrkt....persetankan gaji...keje bia bernafsu

Dari mana?

Analytics