Saturday 14 March 2009

Bahasa jiwa bangsa atau kemajuan jiwa bangsa.

Bahasa jiwa bangsa atau kemajuan jiwa bangsa.



Sememangnya dewan bahasa dan pustaka (DBP) telah gagal untuk memartabatkan bahasa melayu dalam semua aspek.. Buku bahasa melayu apa yang paling popular aku tanya kat korang? Dalam kepala aku hanya dua sahaja yang aku tahu. 1. 50 dalil kenapa anwar tak boleh jadi PM 2. SHIT yang ditulis oleh saudara Shanon Ahmed. Buku buku itu pun ditulis pada 98/99.. Sudah 10 tahun.


Setelah menjalani research dengan menalifoni saudara muzil di jabatan ECONOMIC PLANNING UNIT (EPU) di jabatan perdana menteri, aku mendapat tahu bahawa RM 350 juta telah di alokasi kan kepada (DBP) tiap tahun.


Setelah 30 tahun di-mandat kan untuk mengagungkan bahasa melayu, apa yang telah kita dapat? Mungkin kita dapat melahirkan ahli ahli politik yang pandai berpidato seperti mahathir, anwar, najib (hihi) dan lain lain dari upacara tahunan seperti Piala Perdana. Mungkin kita telah melahirkan penyair atau penyajak seperti A Samad Said. Mungkin kita telah melahirkan punulis lirik lagu seperti Ramli Sarip, Ajai, Pak Ngah dan lain lain.


Astronaut yang dilahir kan disini juga disebabkan project sukhoi dan bukannya kita terbang dengan pesawat angkasa kita sendiri. Kaum melayu di afrika selatan lebih patut disanjungi kerana mereka hanya mengunaka tongkang pada zaman dahulu untuk ke afrika.


Siapa lagi hero negara, cerita sikit? P Ramlee? Aku pun bajet dia ke sekolah orang putih pada usia mudanya..


Dengan zaman yang serba lain ini, atau lebih dikenali sebagai era global, kita harus lebih risau bagaimana hendak survive daripada merisau kan tentang budaya. Tak kisah sama ada lu tau cakap minang,ngomong jowo, kecek klate atau cakap mcm orang melaka. Dengan peratusan 18% ekuiti yang di pegangi oleh bumiputra, 44 bukan bumi


putra dan selebihnya dipegangi oleh pelabur luar negara, sudah tentu bahasa omputih menjadi pilihan di arena perniagaan di malaysia.


Sudah tentu subjek bahasa ingeris SPM sudah mencukupi jika anda mendapat c5 untuk paper 1119. Namun ini mungkin cukup untuk dikalangan profesi profesi seperti marketing, secretary boss, front desk di hotel hotel. Apa pula profesi seperti auditor, engineer, contactor, mechanic (term bahasa melayu yang technikal aku pernah dengar adalah 'minyak hitam'), saintist, doktor dan lain lain?.


Ambil industi kewangan sebagai satu contoh... Mampus beb kalu sekarang baru nak translate jargon jargon seperti cashflow, margin, depreciation, clawback, redeemable & convertible prefernce shares, amortization, quick ratio, current ratio (nisbah arus; pasal electric current = arus eletrik)...heavy dan dah lambat sangat jek..untuk generasi akan datang? Sorry man, 30 tahun dah bagi masa...apa masih kurang? Lebih lebih lagi dunia kewangan sememangnya global dan memeningkan kepala.


Kalau sekarang A samad said baru nak translate buku buku harry porter,hoi jek baru aku tahu kenapa orang melayu menagih blog blogmelayu seperti di sini.


Walaupun sekarang orang masih sibuk menyuruh orang belajar mandrin, tetapi anak anak cina dihantar untuk belajar ingeris eropah. Sama juga dengan anak anak russia,dihantar belanja ke luar negara untuk belajar ingeris. Di afrika, latin amerika dan india. Semua sama. Kita patut bersyukur dengan modul bahasa ingeris yng di ajar...gila bai form 4


dah blajar pasal sonnet dan puisi robert frost...heavy. Mungkin yang kurang adalah konfident dalam percakapan...itu sahaja...kalau master part tu mesti kaw tim punya...


Apa apa pun jgn la kau layan permainan politik maupudaripada umno,pkr atau pekida..semuanya kaki buku buku sejarah, buku perang, buku falsafah, buku antropologi, buku buku psaikologi, buku sosiologi, jurnal jurnal orang terkenal, autobiography ahli politik yang dah mati katak, dan buku buku avant garde- tak salah baca buku tu semua. Tetapi adakah diorang baca maths,science dan subjek subjek teknikal yng telah ditulis dan dikaji oleh orang yunani dan arab pada suatu masa dahulu.?


Pendek kata, kalau malaysia tak masuk wold cup bola, ada kah harusnya kita mencipta world cup takraw. Competative advantage adalah penting untuk semua individu. Apa lagi? Asah lah geng apa yang ko tunggu lagi? Bangla, nepal dan pendatang asing pon tau cakap melayu, apa la nak takut, bahasa hilang? Poooodah cit!


Banyak yang mengata budak budak di kampung sedang sengsara membelajar sains dan matematk dalam ingeris? SYABAS! AKHIRNYA, kita akan melihat anak anak muda yang berkualiti dalam masa hadapan. aku dah muak tengok orang dapat 9A ke atas untuk SPM

Antara agama, budaya dan kemandirian. Aku pilih kemandirian dahulu. Lu bai, macam mana?


Jack Lingam

11 comments:

errk, kenyang said...

Antara agama, budaya dan kemandirian.

yaa...aku juga memileh kemandirian.
budaya kurang pada aku,
agama tetap tiada kompromi, walaupon aku bukan pengamal tegar.

```````````````

aku up 1 sample...
gaya pembelajaran
concious in cognitive
dari adik aku.

+adik aku pandai menyebut "dont fuck with me" sambil mengejar adik aku yang lebih kecil, gurau kejar mengejar membawa penyapu.
penyebut umor 6 tahun.
yang dikejar umor 4 tahun

aku dan isteri mengulas.
-sebutan mantap. tiada pelat. us english.
-penggunaan pada ketika yang sesuai.
-konotasi bahasa marah.

mak aku cakap...
ni yang malas beli box set Chucky nih.
kejor kejor pukol orang lain.


dan aku tanya apa yang dia sebut...
dia pon tak tau makna.




relevan ke apa yang aku up ni.

Anonymous said...

perghh kecik2 dah pandai DFWM. kalo anak aku dah lama aku sebat kofkofkofkofkfokfof

ok ok back to the topic, aku rasa mmg BI is the very important for every human being la atas planet ni, senang gak la kalo nak g travel ke, nak masuk tempat org ke kan, nak tempah tiket AirAsia g london ke

dan aku berpendapatan bahawasanya mmg DBP lembap gak la bila masuk bab2 terjemahan ni sama la ngan Institut Terjemahan Negara, cuma bile kita ngajor bebudak Math n Sains dlm BI ni byk gak kontra nye dr Pronya, cam aku ni pun lahir dr produk math n Sains dlm BM tp leh je excel di masa depan.

bila aku dah mcm terer sikit ckp BI barulah aku perasan yg bila aku membuat presentation dlm BM menterjemahkan semula ayat2 gila bahasa senibina aku dpt rasakan ianya lebih indah dan padu, dlm konteks Malaysia lah.

so ini membuatkan aku sedar mmg BM hari ini semakin tipis kualitinya, nak2 ditambah dgn penggunaan bahasa BM SMS "apa brg jmla lpak @ mmak Maulana pkena tea trk scwn 2"

so aku rasa sedih la jika BI diteruskan juga diajar dlm M&S pasal nnt semua pihak pasti LAGI MALAS nak terjemah bahasa2 power2 ke dalam BM. last2 yg tinggal esok hanyalah bahasa BM SMS.

sedih sedih

kemandirian mmg le kena power beb nak2 globalisasi ni tp budaya kena kuat kalo tak kita akan hanyut bersama gloablism itu sendiri yg pasti akan memamah semua hidupan atas nama Global Village. pokok pun kena ada akar power kalo tak angin tiup kencang terbang bai, even lalang pun tak terbang kan?

Anonymous said...

AJ , antara langkah pertama utk menterjemah segala2 maklumat/info/ilmu yg lu / orang lain perlukan ke dalam Bahasa Malayu/Malaysia yang indah ini adalah belajar bahasa asing itu dulu bukan?

:)

kene ada ijazah penterjemahan kat malaysia negara tercinta ini rasanya.. ke dah ada? :p

wah2 + metalzone lu nnt gua hantar ok? jgn marah aa lama gua simpan hoho

Anonymous said...

masalah ni bukan belajar bahasa apa. kalau lu slack dalam bahasa, lu blajar la bahasa apa pun slack jugak. written and communicative aspects are innate. you either work hard towards it if you're stupid, or you shall be stupid for the rest of your life.

persoalan utama kali ni pengajian dan pembelajaran ILMU HISAB DENGAN SAINS.

sorry lah sekolah aku dulu budak-budak ramai jugak yang boleh cope up dua dua bahasa, tak jadi masalah. yang mana masuk ivy leagues, masuk lah. jumlah ramai, stastik pula menyokong jumlah kemasukkan pelajar hari ni ke universiti-universiti teratas berkurangan bukan sebaliknya.

cuma apa yang dicapai selepas tu yang parah. lu pergi VW Group, BMW Autobavaria, lu ingat tak ramai ke orang melayu yang jaga r&d.

yang mana dapat lepaskan perasaan untuk bantu negara, dorang terlepas lah.

kepada yang balik malaysia kononnya pasal nok tolong negara yang bermasalah. apa platform yang kita dapati disini? duit untuk kerajaan salurkan kepada institusi-institusi untuk menjalankan R&D sudah cukup ke?

paling-paling top class grads pun kerja dengan petronas, proton, atau syarikat-syarikat yang bersejajaran dengan nama kerajaan. nak buka company sendiri baik cerita struggling company yang kena buy out dengan dimandatekan oleh minister-minister semua. kalau masing-masing nak jaga kepentingan sendiri susah la bai.

pendek kata, lu nak ajar M&S dalam BI ke, apa ke, sukatan subjek BI itu sendiri tak boleh cetek. ajar la English for Special Purposes. serious ah jack L, benda yang kau bising sini nampak cam kau tak tahu cam mana orang mengajar Second Language kat luar negara tanpa nak kompromi bahasa sendiri?

takkan lu nak expect cikgu-cikgu BI yang dah dinaikkan gaji makan gaji buta lepas tu cari duit lebih lagi buka tuition center pasal dah tak tahu sangat buat apa dengan masa terluang?

alang2 dah bayar gaji, ajar lah apa yang sepatutnya diajar. UITM pula tahu mass produce tenaga mahir je. betul mahir tak tak, aku tak tahu.

kerja apa-apa pun kena buat dengan betul la, kalau tak taik ayam jugak ah. sukatan pembelajaran walau macam mana pun kena updated.

belajar bahasa encryption pun tak kisah kalau lu sharp. kalau tak sharp lu berak kepala lu kat bawah ke, lu berak menyirap ke, bila lu cakap sama je cam keluar taik dari mulut tu.

substance.

Jack Lingam said...

masalah ni bukan belajar bahasa apa. kalau lu slack dalam bahasa, lu blajar la bahasa apa pun slack jugak. written and communicative aspects are innate. you either work hard towards it if you're stupid, or you shall be stupid for the rest of your life. --> CUNZ

persoalan utama kali ni pengajian dan pembelajaran ILMU HISAB DENGAN SAINS.

sorry lah sekolah aku dulu budak-budak ramai jugak yang boleh cope up dua dua bahasa, tak jadi masalah. yang mana masuk ivy leagues, masuk lah. jumlah ramai, stastik pula menyokong jumlah kemasukkan pelajar hari ni ke universiti-universiti teratas berkurangan bukan sebaliknya.---> ilek ah bai, budak yang blaja S&M dalam bahasa ingeris sejak darjah satu baru je tingkatan satu tahun ni. belum apa apa lu nak tarik..tunggu 2 generasi la. 5 tahun kau dapat tgk apa. tanam durian pon belum tentu dapat buah dalam 5 tahun.

cuma apa yang dicapai selepas tu yang parah. lu pergi VW Group, BMW Autobavaria, lu ingat tak ramai ke orang melayu yang jaga r&d. --> berapa ramai? lu amik contoh VW dan BMW agak mikro beb. Kita amik contoh makro. Filipina dan India. dua dua pengeksport tenaga kerja orang gaji. satu hu ha hu ha bahasa indonesia lagi satu kompromi dwi bahasa ingeris dan tagalog walaupon ingeris dia ringan ringan. gaji maid indon RM 500 dan filipin RM 800. kenapa orang malaysia sanggup bayar RM 800 tuk pinoy? ajar anak anak majikan bahasa ingeris. OK la. melayu atau malaysia tak suka buat kerja remeh temeh mcm kerja buat highway selain kau jadi Project Manager atau bawak lori, atau kerja kat pam station atau kerja di restoran restoran mamak. lain la kalau lu bukak restoran sendiri. Sebagai contoh, restoran kelantan di SS5 kelana jaya. Mungkin owner dia DON kat kelantan. Kita buat contoh dengan Indonesia dan India. dua dua masalah sama. Populasi tinggi dan juga pengeksport tenaga kemahiran. India, konsep dwi bahasa. mungkin kadang kadang accent dia macam scouse kalau kau telipon HSBC UK plc punya hotline. Si indo ni pulak. Sama saja. Hidup bahasa hidup ni hidup tu hidup merah putih mati penjajah (walaupun segelintir loyalis belanda yang cabut pada awal awalnya). banyak jugak graduan graduan inginur di sana yang tak ada kerja pasal kerja tak banyak. bila tak ada kerja. cabut la negara lagi. tapi bila kau tahu bahasa indonesia saja. mana lu nak cabut? malaysia la apa lagi. aih gaji pon ciput kat KL ni. apa lagi bila kau indonesian. haih. Yang si india pulak mmg pandai cakap omputih. pandai mana aku tak tau la. yang penting si putih paham. gajki pon kurang dari pada orang putih tapi masih tinggi dan berbaloi untuk kerja keras. paling busuk dapat 10 kali ganda apa yang kalau dapat lakuan di luar negara dari pada apa yang kau dapat di negeri sendiri. bak kata pepatah. hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri? apa laciau. paling paling pun lu jadi alkoholik kat negara orang tapi apa dahal..duit kocek tu ada la jugak tuk bagi mak mak atau anak anak.. huiyo.silikon valley bapa banya komputer saintis dari india? -- pendek kata bahasa ni sememangnya pasport yang boleh di perolehi tapi mmg kena stadi kaw kaw. enn? so dengan belajar benda benda teknikal dalam bahasa asing adalah satu cara untuk belajar vokab vokab yang stupefiant dengan agak cepat. tak kesah la lu nak jadi arkitek atau jadi surface engineer. btol tak abe linguih?

yang mana dapat lepaskan perasaan untuk bantu negara, dorang terlepas lah. -- tak paham joi

kepada yang balik malaysia kononnya pasal nok tolong negara yang bermasalah. apa platform yang kita dapati disini? duit untuk kerajaan salurkan kepada institusi-institusi untuk menjalankan R&D sudah cukup ke? --> aku tak tau la siapa siap yang balik nak tolong negara selain abg. iz. yang pasal institusi institusi tu sememangnya beyond kontrol kami. ala GDP per kapita 9000 dan populasi 25 juta dan banyak setan setan yang tak deklare income tax dan cukai cukai lain mana lu nak compare dengan si jerman atau si jepang. nasib baik la banyak bangsa asing nak invest kat negara ni.. tapi kalau bahasa omputih yang agak hampeh mcm mana nak bagi kerja kat orang kita? serupa je angkat chief singapore hongkong manage kilang lepas tu orang kita jadi operator. lepas tu ekonomi palat nak take over pon agak payah. last call kena redundan. pe cite?

paling-paling top class grads pun kerja dengan petronas, proton, atau syarikat-syarikat yang bersejajaran dengan nama kerajaan. nak buka company sendiri baik cerita struggling company yang kena buy out dengan dimandatekan oleh minister-minister semua. kalau masing-masing nak jaga kepentingan sendiri susah la bai. ==takpahm jek

pendek kata, lu nak ajar M&S dalam BI ke, apa ke, sukatan subjek BI itu sendiri tak boleh cetek. ajar la English for Special Purposes. serious ah jack L, benda yang kau bising sini nampak cam kau tak tahu cam mana orang mengajar Second Language kat luar negara tanpa nak kompromi bahasa sendiri?-- hoho memang., phonetics mmg kene onform, gramar alamak itu pon aku kantoi, conjugation. asal bunyi sedap ok la. mat salleh nak gelak gelak la, asal tambah innit kat belakan pun cukup. yang penting lu paham apa yang orang tulis atau sebut dan orang paham apa yang kau sebut atau kau tulis. cukup. ada mutual understanding dah la. lu nak jadi mcm sonnet 18 bukan masalah wa atau masalah negara. tu mmg extra la bak kata orang putih..--> kompromi apa?

takkan lu nak expect cikgu-cikgu BI yang dah dinaikkan gaji makan gaji buta lepas tu cari duit lebih lagi buka tuition center pasal dah tak tahu sangat buat apa dengan masa terluang? == gaji buta? apa cikgu kau ajar macam mana sial??

alang2 dah bayar gaji, ajar lah apa yang sepatutnya diajar. UITM pula tahu mass produce tenaga mahir je. betul mahir tak tak, aku tak tahu.-- cikgu kau ajar kau apa lagi? takkan duduk melopong suruh buat kertas kerja? itu memang lu kena sound guru besar la. apesal la suka sangat tengok banyak sangat A. Patut nya tgk banyak mana yang dapat kerja sharp cats ke apa OK la en? itu mmg tipikal lah. lu kena cakap kat hishammudin beb.

kerja apa-apa pun kena buat dengan betul la, kalau tak taik ayam jugak ah. sukatan pembelajaran walau macam mana pun kena updated. --mcm biasa la. ahli ahli PIBG sememangnya tak boleh paranoid bila tgk result melosot. tapi kalau dah dapat 21 A tapi hantu mcm mana. ingat belajar sampai SPM JE KE DATOK?

belajar bahasa encryption pun tak kisah kalau lu sharp. kalau tak sharp lu berak kepala lu kat bawah ke, lu berak menyirap ke, bila lu cakap sama je cam keluar taik dari mulut tu. --> tak paham jek.

substance. -> kemandiriian.

yo bai bila nak taxi guna JL punya staile??

Anonymous said...

gila sial lu bagi satu satu karangan untuk kontes ide aku dengan eat your own words.

masalah pelajar bengap kat malaysia ni lu ingat tak meruncing ke? 50% graduan IPTA sepatutnya tak layak menerima sijil graduasi. tu sebab IPTA kita tak laksanakan tata-tertib plagiat yang sepatutnya dilaksanakan oleh setiap institusi di seluruh dunia. lu tanya Hishamuddin asal kena jadi macam ni?

lu tahu kenapa pelajar semua plagiat walaupun dorang boleh tulis dalam bahasa inggeris ke, bahasa malaysia ke, sama ada bahan rujukkan dalam BI atau inggeris PASAL DORANG BENAK BAHASA. dorang tak boleh nak construct sendiri penulisan mereka dari akal fikiran mereka, yakni penggunaan motor kognitif. dah kalau benak lu pendekkan cerita, cut & paste saje ah.

kalau lu bising nak cerita baca robert frost pun dah heavy, asal lu tak kesiankan masyarakat barat ke, canadian ke, mana-mana negara yang memulakan pembelajaran sastera di peringkat tadika?

kau tak payah nak bandingkan dengan sistem tadika kita ah, bandingkan sistem pre-school dorang dengan pengajian rendah kita pun dah cacat. aku taktau ah asal semua orang nak fikir buat duit je selain daripada fikirkan kepuasan diri sehari-hari yang mana kepuasan belajar apa yang belum kita ketahui, perbaiki apa yang salah, ilmu baru, dll.

aku tak tahu sama ada kementerian pelajaran malaysia lupa pembelajaran bahasa ni bukan saja sekadar belajar MATH & SCIENCE dlm bahasa inggeris. kat KL je ah kau bleh jumpa mamat lepasan sekolah menengah yang teruja baca buku George Orwell, orang lain baca Animal Farm untuk tadika lah beb.

semua contoh lu kasi untuk pekerja isap kote yang tolong bayarkan bil air jejaka k.l tu tak releven. nak isap kote tak perlu ilmu hisab atau fizik momentum.

apa yang aku nak cakap tadi, kalau kau ajar Maths dalam bahasa kod pun takdehal janji kau faham isi utama dalam Maths. asas pemahaman bahasa lu dah ada. motor lu ok.

modul pre-school kat india, dorang dah start baca karya ramayana, mahabharata, etc. dorang baca untuk memahami teks dan subteks isi tersebut bukan macam orang minat P. Ramlee atau mengaggung-agaggungkan. idolisme merupakan penyakit rata-rata remaja malaysia. ini salah. nak beli kasut sebab kanye west pakai. nak buat band postrock pasal explosions in the sky semua orang layan baiiii kat kl.

semua orang nak lepaskan batuk kat tangga susah la. kononnya jalan singkat la buat benda ni semua. takkan ada jalan singkat.

kalau nak pandai biar otak kiri dengan kanan sama sharp. kalau tak pakai kote lu dah la untuk jadi competitive.

aku rasa kau tak pernah ambil perhatian bahawa apa yang aku dengan institusi aku nak sampaikan

Matematik - PENTING
Sains - PENTING
Bahasa Inggeris - PENTING
Bahasa Malaysia - PENTING

Emir said...

aku dalam proses membuat satu buku bertajuk 'A Malaysian Truth: Buku Panduan orang Gila'. Penulis dia: sape sape yang nak tulis, all is welcomed. Kira buku ni satu koleksi compilation short stories, cerpen, puisi, sonata, theori sains, masalah matematikal, ape ape lah, asalkan dalam bm.

untuk full information click:

http://www.facebook.com/home.php?#/group.php?gid=138762190614&ref=nf

Aku memang suke kalau JL dgn KT contribute skali. Korang yang kasi inspirasi untuk projek buku ni. Kalau buku ni siap memang generasi kite sharp. Ayman Aiseyman akan jadi salah satu editor/auditor buku ni gak.

Kwaidan Tarmizi said...

@Emir

cadangan bagus. aku dan JL tentu amat gemar untuk menyokong benda-benda local dan bertemakan komedi bagiku

http://playboymelayuterakhir.blogspot.com jangan lupa kunjungi blog ini juga.

sila berada dalam hubungan (keep in contact?)

KT.

Jack Lingam said...

CUN TAPI KAU KENE PASSING AH CHIKARO CHIKARO LU KAT KAMI BAI>> AMACIEAMMMMMM?


aku on je? bila kau nak? berapa banyak aku boleh kontribute?

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Selagi adanya entiti-entiti seperti puaka tanah, saka harimau, pelesit, hantu stokin dan toyol di dalam masyarakat Melayu, selagi itulah BM terus unggul kerana BM merupakan bahasa perantaraan masyaakatdengan makhluk2 tersebut.

Gila apa cakap english dengan toyol?

Anonymous said...

ek eleh lu org....

wa rasa BM still the most very important language to learn for all knowledges, in Malaysia Context la. mcm kalo lu pg France study kan lu kena jalani kursus bahasa France selama say 1 atau 2 tahun kan? tak pulak mereka dihantar ke kursus BI yg lebih sharp? haaaaaa

so pada aku pengajaran M&S dlm BI tetap seharusnya di dalam BM pasal mmg itu bahasa ibunda, nak tak nak semua tenaga pengajar mesti mahir BM dlm konteks every technical M&S language.

walopun apa yg Tun M impikan adalah sesuatu yg amat bagus untuk dihayati tetapi proses execution nye yg begitu lemah menyebabkan ianya bagai satu eksperimen besar yg 50-50 resultnya dimana kita memperjudikan nasib kanak2 sekolah yg akan sentiasa inginkan 20A1

pagi td telah kuar di radio bagaimana pelajar sekolah mengakui bahawa bahasa SMS telah mempengaruhi mereka dlm menjawab soklan2 exam yg akhirnya memudaratkan result.

dan yg lebeh bes gadis yg dpt 20A1 tinggal di rumah nelayan tanpa teknologi canggih langsung, maka ini dapat dilihat bagaimana kelajuan tahap broadband tidak memastikan anda cemerlang di masa depan.

yela tau la walo dpt 20A1 tak juga jamin cemerlang di masa depan tp sekurang2nya ada asas yg cukup baik bagi gadis itu kan? semuanya hanya study dlm BM

Dari mana?

Analytics