Friday, 13 March 2009

Bahasa Pasar 101: Sailang


Secara Am-nya, maksud Sailang adalah kekasih kau dirampas oleh orang lain dalam waktu yang amat singkat.

Firdaus: "Oooooh lawanya pengantin perempuan. Bagaikan Jasmin Hamid zaman 90an la bro"
Ramli: "Eh...bukan dulu chikaro ni couple ngan Daud dulu ke? Sampai dah nak tunang semua.."
Firdaus: "Tau takpe, tapi balak lama dia tetiba ada hal, terus dia jumpa mamat handsome ni, mamat ni sailang awek ni tak sampai 4 bulan dah nikah dah."
Ramli: "Aku bajet mamat ni mesti baca blog Playboy Melayu Terakhir"
Firdaus: "Tau takpe. Sailang baeknya"

Sekian.
KT

14 comments:

cHoki2BeSt said...

kewl..new stuff..it bites but hells yeah..gud info

mr. hafis said...

sailang ka?
gua biasa guna silang.
ramai gak kena silang ngan gua.
ehem, ehem.

Shaira Amira said...

siap promote. haha

Jack Lingam said...

sailang menyailang,
cinta di kenang,
perasaan menjadi buntuuu ooo woo..

Lagu Jamal Abdillah dan Fauziah md Daud.

Faisal Zakaria said...

silang beb silang.

aku nak kawin besok woi.
kat bangi. jemput datang.

jack lingam said...

abis la lu beb... baik lu baca PMT dulu bai...

mr. hafis said...

to faisal.
bangi padang mana wey?

poooot said...

Sailang bukan street term yang orang selalu guna bila nak berjudi(casino) and menang ke?

sailang = bunuh orang.

Faisal Zakaria said...

Bandar Baru Bangi Seksyen 5.
Ada satu je wedding situ. Lu datang ah, cakap lu member abang long Faisal Zakaria.

Hahaha.
Ilek Jack. Gua dah lepas dood.

Anonymous said...

bai camni aku pon nak bukak blog ah. boleh dapat jemputan kahwin

tynaizat said...

handsome. hahaha.

FacEbOokz StaLkEr said...

kalau lu pandang dia...wa sailang pakwe lu...miahahahahahaha..

FacEbOokz StaLkEr said...

uikkss...biaq betiq nie...harharhar

Anonymous said...

sailang is from mandarin...means i put all my thing when i lose

Dari mana?

Analytics