Monday, 9 March 2009

Kepupusan Bahasa: Revolusi, Pilihan Semulajadi Atau Genocide Kebudayaan?


Wa percaya bahawa kalian semua sudah pun didesas-desuskan dengan isu mahupun protes terhadap penggunaan BI dalam pembelajaraan Sains dan Matematik beberapa hari ini. Keadaan yang menjadi semakin tidak terkawal dan meruncing ini agak memalukan juga, tidak begitu? Lebih-lebih lagi apabila politikus-politikus dan juga menteri-menteri memberi ulasan yang diluar konteks yang seadanya dalam hal ini. 

Ada yang menyatakan isu yang dibangkitkan ini melibatkan dasar politik yang menjadi strategi dan juga cetakan biru untuk penentangan kerajaan kita. Sengsara wa dibuatnya. Sebelum ini kita sudah pun membicangkan permasalahan ekonomi bersifatkan rempit, dan isu kali ini tidak tersasar jauhnya daripada tersebut, atau mentaliti lembu mengamuk yang buta akan keadaan sekeliling dan taksub kepada satu haluan sahaja, asalkan 'merah', kita lenjan. 

Dalam kemurungan pencapaian intelek pemuda-pemuda negara kita, ramai yang menafsirkan bahawa kelemahan untuk memahami keilmuan Sains dan Matematik, yang rata-rata dibincangkan di dalam penulisan bukan BM menjadi faktor penyebab utama. Dan keghairahan untuk berdiri sama tinggi bersama-sama ahli ilmuan terkemuka dan pencapaian negara-negara maju di atas pentas dunia telah membawa kepada polisi pendidikan pasca-1999 ini, kononnya jika para-para ilmuan kita 
lebih cekap untuk menimba ilmu-ilmu dalam bahasa Inggeris, mungkin hari ini kita telah pun mempunyai beberapa roket sains ke bulan, jentera penjuang Melayu bersatu dan sebagainya.

Persoalan di sini timbul apabila kegagalan untuk memantapkan penguasaan ilmu Sains dan Matematik bukan dari hasil usaha untuk mengubah, ataupun memperbaiki penguasaan terhadap keilmuan terhadap subjek itu sendiri?

Ataupun permasalahan yang lebih lagi releven ialah, jika kita mahukan anak-anak jati kita fasih berbahasa Inggeris, mengapa kita tidak memperbetulkan kecacatan di dalam penyampaian ilmu bahasa Inggeris tersendiri?

Kesanggupan kerajaan untuk meletakkan BM di dalam ancaman kepupusan bahasa merupakan aspek yang juga perlu dititikberatkan. Walaupun daripada pandangan linguistik, tidak akan ada bahasa maju atau mundur, akan tetapi, sesebuah bahasa itu akan boleh berada pada kedudukan yang diabaikan, atau tidak berkelebihan. Dan apabila kita bercakap tentang bahasa yang mundur, ia seoalah-olah menggambarkan bahawa sesebuah bahasa itu tidak boleh dimajukan. Apa yang pasti, ianya dibantu, bermakna kita menolongnya untuk berada dikedudukan yang mempunyai kelebihan dan ianya akan maju dan mencapai relevensi yang amat diperlukan.

Genocide etnik merupakan kelupusan kebudayaan dan peradaban. Kita boleh bandingkan gambaran itu dengan kehidupan seseorang, contohnya, secara berperingkat ñ bermula, bertransaksi dan juga berakhir. Jika dia berakhir atau berkubur setelah melalui kehidupaan yang indah dan penuh bermakna, maka ini tidak menimbulkan masalah. Jika dia mati dibunuh, dan kita tidak membantunya semasa dia berada di dalam bahaya atau ancaman, ini merupakan satu nafas agenda yang berbeza. Implikasi ini sama dengan peradaban dan penglestarian sesebuah bahasa.

Apa yang bermakna di dalam kepupusan bahasa ialah bukan kepupusan itu tersendiri. Sebaliknya apa yang dibawa oleh kepupusan atau kematian itu. Apa bila sesebuah bahasa itu tidak bermaya, semua permikiran disebaliknya, semua pandangan dunia yang dipegang oleh pengguna BM akan juga turut tidak berkemampuan (Sila rujuk Noam Chomsky - Philosophy of Cognitive Science). 
Ini hanya akan membawa kepada kepapaan peradaban rakyat Malaysia secara rata, dan juga keupayaan untuk memahami dunia sekeliling mereka.

Apa yang dipetakan di sini mungkin berunsur pemeliharaan akan tetapi ianya sama sekali bukan bersifatkan chauvinistic, atau xenophobic.

Solusi untuk penguasaan BI sudah pun tersedia maklum dan kegagalannya harus tidak diabaikan dan dikaitkan dengan agenda lain. Terdapat juga segelintir penuntut dan para ilmuan Sains dan Matematik negara kita yang sudah berjaya untuk menempatkan diri mereka di Ivy Leagues dan mencipta nama di dalam bidang-bidang tersebut, yang mana menjadi bidang untuk titik pengukur dunia baru, berani, dan moden. 

Sebetulnya, mari kita bincangkan bagaimana kanak-kanak di kawasan-kawasan felda dan pendalaman memperoleh sumber ilmu untuk menuntut Bahasa Inggerris. Mari kita pastikan kegagalan diri kita yang menjadi punca untuk kecapi sesuatu dan perbaikinya. Bukankah mempelajari sesuatu ilmu yang disempitkan di dalam cabang yang tertentu sahaja, tanpa memahami pemahaman akar umbinya adalah satu kerugian?

Wa tak mahu kanak-kanak masa depan hanya tahu bertutur bahasa Inggeris apabila membincangkan teori Axiomatic, dan tidak dapat memahami sepatah dua perkataan apabila membaca Samuel Beckett mahupun sejarah perang dunia kedua.

Yang benar,
KT bergabung dengan penulis yang beliau tak nak namanya diberi.

15 comments:

Anonymous said...

penguasaan ilmu itu tersendiri lebih penting daripada medium penyampaian nya, bukan begitu encik kwai?

bukan chikaro lu pernah blajar kat russia kan.. goyang ar ah wei nak cari reference books dalam bahasa inggeris kat russia. atau kat jepun. atau kat germany.

senang je kan, kalau lu bengap sains ke matematik ke, lu cakap german pun hitler cakap lu bodoh.

mr. hafis said...

haha.
desperated, desperated.

mak gua cikgu sekolah. dia cakap cikgu yang ajar s&m dapat lappy baru sorang satu.

gua nak kejar tender tu lah.

tender buku teks pun nak jugak.

tender tukang bagi kursus kat bakal cikgu yang ajar s&m pun jugak lah.

banyak betul tender. boleh kaya tak gua?

p/s: s&m buat gua teringat metallica pulak.

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Yang peliknya Melayu ini, PPSMI nak ditentang tapi penguasaan Bahasa Melayu di kalangan orang Melayu itu pun tidak segah mana.

Di pantai timur dengan logat Terenganu dan Kelantannya, di Utara dengan loghat Utaranya. Dan yang kelakarnya, ada kes di negeri Kelantan di mana pengajaran B.Melayu


dan kenapa selepas 6 tahun ia dijalankan, baru timbul isu nak memberhentikan PPSMI?


Saya lebih suka melihat PPSMI ini sebagai satu cabaran bagi kita untuk mempertingkatkan penguasaan B.I dan Matematik sekaligus.

Mungkin ada kelemahannya, tetapi tak sepatutnya ia perlu diberhentikan.

Janganlah kita cemas dengan PPSMI ini. patut kita cemas dengan kebangkitan pemikiran sempit dan ekstrimis di kalangan orang Melayu sekarang ini.

Sekian, salam sayang dari celah pokok petai.

Anonymous said...

permasalahan utama bukan bahasa inggeris tu

tp Malaysia lembap nak mampos terjemah semua buku2 baru ke dalam BM, itu MASALAH UTAMAnya

mcm aku, seorang arkitek tersohor bile nak cari buku2 Zaha HAdid mampos takkan dpt dlm BM kat BAsheer ke Page One ke, tp kalo pg Jepun ke Russia ke sure ada dlm bahasa ibunda mereka.

Aku pg Popular book store pun ada terjemahan bahasa Cina buku2 senibina.

so apa masalah sebenarnya? bukan ilmu tu tp TERJEMAHAN la bai!

pg booth Pusat Terjemahan Negara pun buku2 yg tajuk sensasi je yg diterjemah, aku cari buku senibina haram takde!

chaihhhhhh!!!!!!!!!

Anonymous said...

TTB, sempit sangatkah pemikiran orang melayu yang ingin bertutur dalam bahasa ibunda sendiri?

kalau betul nak titik beratkan penguasaan bahasa inggeris, kenapa tak titik beratkan pembelajaran bahasa inggeris?

apa kerajaan sudah berpuas hati dengan mutu pengajaran BI yang sedia ada pada hari ini, dengan UITM melahirkan tenaga pengajar BI yang mutunya di bawah par?

obsesi terhadap jumlah dan bukan kualiti harus diguna pakai.

mungkin kita tidak tahu belajar bahasa inggeris bukan sahaja tertumpu kepada grammatical structures sahaja tapi banyak lagi kursus yang boleh diperluaskan contohnnya pembelajaraan ESP, EGP, EAP dan sebagainya.

hal ini hanya dibangkitkan selepas tempoh percubaan 5 tahun yang diberikan oleh pihak-pihak, institusi dan pertubuhan yang prihatin terhadap penglestarian bahasa melayu ini.

ternyata jumlah pelajar yang mendapat keputusan baik jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan sebaliknya. ini bukan masa yang sesuai, lebih-lebih lagi apa bila kosistensi BM masih lagi goyah.

kelak bahasa ibuda kita mungkin akan ketinggalan dari semua aspek, lebih jauh ketinggalan daripada hari ini.

Anonymous said...

AJ, kalau tuan sudah sedar akan permasalahan itu, mengapa tidak belajar BI yang lebih tekun?

kalau tuan belajar matematik dan sains di dalam BI sekali pun, 'register analysis' dalam bidang tersebut akan jarang dijumpai jika dibandingkan dengan bidang falsafah dan penulisan konseptual di dalam bidang architecture.

DBP memang tak boleh harap sangat. bukan sahaja kekurangan sumber penterjemahan, malahan BM tidak melalui proses pembaharuan yang kerap sebagaimana sesebuah bahasa itu perlu lalui dari tahun ke tahun.

institusi kerajaan memang tak pernah nak fikirkan perkara-perkara asasi seperti ini. apa yang mereka tahu buat kerja macam mat rempit. masa parlimen, usul yang dipersoalkan rata-rata berkaitan dengan konsesi projek dan pengaliran wang.

ini adalah kecacatan pucuk pimpinan dan politik negara secara amnya.

satu lagi, saya faham bahawa kita berada di era pasca-modenisme, tetapi mengapa hanya mendongak terhadap arkitek di era ini dan bukan kritikan terhadap konsep yang disusulkan terhadap mereka?

itu masalah IPTA kita jika dibandingkan dengan Architectural Association, contohnya.

sebagaimana diulaskan oleh saudara TTB, saya rasa sistem yang diterima pakai oleh kerajaan kita hari ini yang sebenarnya agak sempit.

permasalahan difikirkan tanpa mengira kesan jangka masa panjang. kita mahukan revolusi tetapi kita tidak sedia untuk membawa diri kita kehadapan.

kalau ya pun nak jadi oppurtunist, fikirlah kesan baik dan buruk.

Anonymous said...

"obsesi terhadap jumlah dan bukan kualiti harus diguna pakai."

TERBALIK KOT MEMBER

Anonymous said...

anon,

aku takde masalah dgn BI. aku cukup fasih dan koleksi buku senibina aku semua dlm BI dan habis baca dah

masalahnye aku kesian kan kawan2 aku yg lemah sgt BI spai mintak aku tolong translatekan utk mereka falsafah2 para arkitek AA yg ko sebutkan tu

pada aku bahasa senibina paling mudah difahamai pasal ia berbentuk form making, sama mcm Math dan Sains yg seperti bro KT katakan 2+8 = 10 bangsa apa pun kita tetap nampak benda yg sama.

aku tak menentang guna BI dlm sekolah, tp dlm masa yg sama terjemahan buku ke dlm BM juga harus cargas!

barulah sejajar....

Anonymous said...

wa pun sokong ide lu untuk sejajarkan tahap untuk kedua-dua bahasa. wa tak boleh bayangkan kalau kita tinggalkan jiwa bangsa kita semata-mata untuk melacurkan diri kita di persada dunia.

wa taknak kata untuk meningkatkan daya saing sebab dalam tempoh 5-6 tahun percubaan PPSMI telah terbukti sebaliknya.

wa sokong proses pembelajaran yang lagi efektif untuk BI. wa sokong provisi untuk tahap kemajuan BM harus bergerak secara sejajar dengan permodenan supaya ia menjadi lebih releven di hari ini dan masa akan datang.

DBP setakat nak kemaskini perkataan-perkataan baru di dalam kamus dewan memang tak membantu apa-apa. kalau nak wujudkan perkataan pinjamaan dari BI biar siapkan dengan struktur morfologi yang lengkap contohnya infleksi prefix dan suffix.

kita guna perkataan moden, tapi syarat untuk penggunaan suffix '[i]-sasi' dalam modenisasi (modernization) tidak dinyatakan. penggunaan struktur morfologi yang salah ini berluasa dalam media kita.

kalau benda yang paling mudah macam tu kita tak ambil berat apakah lagi menyediakan penterjemahan buku akademik, atau menyediakan penulisan-penulisan yang berstandard.

sudah lah penggunaan BI kita hanyalah sekadar Malaysian-BI, salah satu dari beratus-ratus lagi variasi BI yang lain.

dalam pertuturan dan juga penggunaan apa yang lagi penting ialah cognitive logical dari language processing.

cuba tengok seminar pembentangan kertas kerja, pensyarah-pensyarah luar terutamanya dari europe, jepun, korea yang mempunyai tahap penggunaan BI agak terbatas tidak menjadi masalah. apa yang lagi penting isi kandungan dan subjek utama penyampaian tersebut.

secara cognitive-nya, apa-apa persoalan yang timbul difikiran kita lebih responsif jika dibahasakan (dalam minda) dengan bahasa ibunda masing-masing yang mempunyai lebih banyak pengaruh dalam pembentukkan logikal, abstrak mahupun pandangan dunia kita.

Anonymous said...

mr. AJ,

IMO, neither zaha hadid nor post-modernist architecture transcends all culture. in fact, it is the cause of artisan, the theory of aesthetics as well as proportions' premature deaths.

it shuts all the cultural endeavour in the hope of building a monumental structure that speaks for every diversified beliefs, faiths, values or nations.

and for that particular reason, the idea is deemed to be paradoxical to post-modernism's very own relevency and its belief...

that is the era of individualism.

and i hereby demand something more of that, i want pure forms rather than form making.

the kaaba, the pyramid, tatlin's tower, musikerhaus, louis i. khan's capitol buildings..

those, to me, are what equate to architecture that trascends all cultures, values, and through time.

Anonymous said...

TIPU TAPI BENAR lu crack ar mattt... apehal lak lu nak citer pasal variasi bahasa, variasi dialek dan variasi loghat..

lu taktau ke kalau lu nak citer hal tu masalah variasi english yang lagi berbeda.. stakat BM beza dia tak dinyatakan dalam linguistic rules ar weh. tu tahap loghat/dialect je. cuba lu wiki english variations, dialects, accents baru lu faham kot.

lu ingat mat cockney leh faham ke mat soho kalau dorang cakap loghat masing2. alamak wei, cari ar isi substantial skit stakat ratah petai je kencing dengan cum busuk je ar

Anonymous said...

Anon,

people like zaha or gehry YUP they are making monumental architecture, against any name like Khan (also did maaaa in Dhaka?) but the best thing is their architecture speak for globalism, where if me from KL meet sumbody from UK we will look and experience the exact same building with the exact same feeling. i bring my culture, UK guy bring his culture. in the ZAha building we will perceive it base on our culture but then agree in its contextual rite.

takkan la wa nak bring traditional malay house kan? while the UK guy bring his craft house?

that is the best way for globalism

same wif bahasa, yes u can have English where ever u want, BUT our bahasa takleh lah dibiarkan just like that. utk ambil semua ilmu dlm dunia ni perlukan kepakaran memahami bahasa dahulu sebelum ilmu itu. sama cam solat, kita baca al-Fatihah pastu baru cari translasi kan? tp nak mengajar solat tu ada ke dlm Arab? dalam BM kannnnnn

once kita dah pandai bersolat baru kita dilepaskan untuk meneroka dlm bahasa Arab itu pula maksud2nya

same wif Math n Sains, memula bajar la dlm BM, pastu barulah diajar lak dlm BI ha kan lebeh bagus

pastu buku2 Math n SAins yg lates2 kena la cepat2 terjemah dlm BM, leh la bebudak tu nak folo up ke

Kwaidan Tarmizi said...

AJ.
Ko arkitek study/kerja kat mano?
KO CUNZ

Anonymous said...

pegi mampos BM,pegi mampos BI.Meh kita berkomunikasi melalui minda.Orang putih panggil bende tu "telepathy"..Mari.....

Anonymous said...

Buat pe kalu pandai omputih tapi suruh carik R.M.S pun x tau....
kalu dah malas tu..memang ajar bahase ape pun x kan masuk.

Dari mana?

Analytics