Thursday 30 April 2009

Sesi ambil tahu bersama Mr Shaf




Akibat kekurangan post saintifik yang ada kat dalam blog ni, aku pun ambil masa sedikit untuk tulis pasal binatang kat atas ni.

Pernahkah korang bertanya: 

"Macam mana dorang tahu suhu zaman dahulu kala?"

"Dorang kecoh pasal global warming, dorang dah hidup lama sangat ke sampai dorang tahu suhu berubah?

"Apakah teknik yang digunakan untuk mengetahui suhu bumi berjuta juta tahun dahulu?

"Apakah joget lambak?"

Sini aku explain.

Benda yang kat dalam gambar tu nama dia Picoplankton Crenarchaeota, sejenis plankton yang selalu berenang dalam kat dalam laut, kalau tak dimakan ikan paus. Benda ni kalau dah mati die akan tenggelam ke dasar laut lalu ia akan menjadi fossil. Benda ni kecik je jadi kalau korang dapat batu yang dah dipotong nipis oleh seorang teknisyen, korang boleh tengok dibawah mikroskop. Smart gak ah.

Benda ini mempunyai satu thermometer, atau lebih tepat, Paleothermometer yang bermaksud, thermometer zaman dahulu kala (direct translation dude). Jangan salah faham, die bukan ada thermometer macam ko usha kat dinding rumah member tu. Paleothermometer ni dipanggil TEX86. Bende Tex86 ni digunakan sebagai copy (macam kaset ko record lagu ah) suhu air laut berjuta tahun dulu berlandaskan jumlah komposisi cyclopentane (yang gambar cam spider web kat atas tu) didalam membran lipid (kulit si binatang tu la).

Kulit binatang tu boleh ada 1, 2, 3, 4, 5 and so on cyclopentane, bergantung kepada suhu air pada ketika binatang itu hidup. Jumlah cyclopentane didalam kulit binatang tu penting untuk si binatang itu kerana ia membantu mereka untuk maintain kekenyalan kulit dia kerana suhu berlainan akan menghasilkan tekanan air yang berlainan. Cyclopentane ni telah pun wujud di didunia melalui proses evolution sejak zaman Cretaceous lagi (antara 145.5 hingga 65.5 juta tahun dahulu). Sebab dah lama benda ni ada, kira bagus ah nak guna boleh nak compare antara tahun tahun lain.

Berasaskan Picoplankton Crenarchaeota modern, setiap satu cyclopentane telah di conclude kan untuk mewakili suhu tertentu. Ada saintis nama Jenkys ni telah menulis satu journal tentang study die dan dia dapat hasil bahawa Arctic ocean dulu mempunyai suhu 15 darjah celcius, agak tinggi kalau nak compare ngan suhu sekarang iaitu -15 darjah celsius. Agak crack bai.

So, macam tu la orang tahu suhu zaman sebelum kewujudan manusia di dunia. Ni salah satu cara, ada banyak lagi cara lain.

Amcam lads, boleh blah ke tak?

Untuk jawab soalan terakhir aku, aku pun tatau sebenarnya apa itu joget lambak tapi selalu nak tahu sejak aku kecik masa aku baca majalah gila gila dulu. Korang tau tak apa dia? (Ni mesti lepas ni kalau ada orang comment mesti pasal joget lambak takde pun pasal sains)

Shazammmm


13 comments:

Faisal Zakaria said...

watafak wey!!!!!!!! joget lambak bukan sains!! takde cerita heavy sikit ke? budak sekolah pun cerita pasal paleothermometer dalam picoplankton tu.

good post shaf. kita adalah masyarakat yang suka membuat tribute kepada anonymous yang gemar membaling batu sembunyi tangan.

hihihi no harms.

Shafi'e Hamdan said...

habis takkan nak cerita picoplankton dalam satay atau mass production picoplankton

Anonymous said...

yeay.

VARIETY! finally.

good post :)
kau ignore je FZ tu. post dia lgila ntah pape dowh.

hihihi no harms.

abu ghaib bukan ghraib said...

3 orang kat atas ni intimate betul la.. korang tengah main cubit2 ke sekali tu

Shafi'e Hamdan said...

aku dah cakap dah takde comment pasal sains

Anonymous said...

pasal ni fakta penemuan sains la bro, bukannya satu benda yang abstrak mahupun subjektif untuk dibahas.. lain ah kalau ada sesiapa yang buat eksperimen secara empirical (dan bukannya pemahaman luaran) terhadap struktur basis ke apa ke untuk nak komen, atau tolak teori yang tersedia ada.

kalau applied science boleh la nak cedok sana sini.

tapi apa2 hal pun kalau bleh perjelaskan sikit kenapa takad suhu arctic ocean lebih tinggi jika dibandingkan dengan dulu cun jugak.

pasal wa ingatkan hipothesis terhadap pandangan global warming ialah peningkatan suhu bumi dengan artic ocean yang menyebabkan iceberg cair serta ice-cover yang juga dijangka akan hilang kelak?

Shafi'e Hamdan said...
This comment has been removed by the author.
Shafi'e Hamdan said...

@anon

tak semestinya lu comment pasal sains nak bahas. comment cam kau dah cukup dah tanya soalan pasal sains.

kalau lu nak faham macam mana suhu bumi nak bertukar, lu kena faham kemasinan air laut. Masin air laut penting untuk pengadaran air atau dengan nama glamer dia, The world conveyor belt. Satu molecule air laut yang bermula di satu lokasi aku pusing satu dunia mengikut graf kemasinan. Kira, kalau tempat A lagi masin dari tempat B, air dari tempat B akan pergi ke tempat A. So sekarang kita dah establish molecula air tu akan berubah lokasi. Untuk melengkapkan satu peredaran complete global conveyor belt akan mengambil masa 1000 tahun.

Bila molecule air tu bergerak, ia akan bawak dengan die suhu dia.Ok?

Bila suhu bumi meningkat, ice caps akan cair. Bile ice caps cair, kemasinan air laut akan turun. Apabila kemasinan air laut turun, gloval conveyor belt akan putus maknanya molecule air laut akan berhenti membawa suhu die ke sesuatu tempat. Jadi bila dah berhenti, angin yang dipanaskan oleh molecule molecule laut akan terganggu jadi akhirnya suhu suhu semua benda terganggu.

camtu la lebih kurang.

malas sikit hari ni nak explain in detail

nanti ah one day

hari ni lazy day

thanx

Gay Boy said...

This is sooo gay!!! I like~!

Munzir CK said...

sekadar nak suggest je ni. agak-agak possible tak lepas ni sedara letakkan sources sekali utk post post akan datang? sekadar sources ringan2 je. kalau agak mustahil sila abaikan. hehe.

Jack Lingam said...

haha, terbaik punya kene..

Shafi'e Hamdan said...

tak menjadi masalah

dulu pun masa aku tulis pasal human and climate change aku tulis sekali dengan sources

tapi rasa rasa macam takdela pulak orang baca

Munzir CK said...

cun cun. lagi bagus baca benda2 fakta dan saintifik camni daripada aku duk bukak newpaper yang bagi cerita ntahapehape tu.

Dari mana?

Analytics