Saturday 11 October 2008

Lukisan Heavy: I Heart Sketch


ILoveSketch from Seok-Hyung Bae on Vimeo.

Wei bai watsup kickabout? Memain je. Ok bai, ini dia rekaan baek nyer untuk orang yang minat lukis. Pada dasarnya,  ko lukis je apa ko nak lukis kat kertas, tapi ni macam skrin 3-D depan mata ko, ko leh delete, ko leh edit, ko leh duplicate semua dalam satu simple touch je blad. Ko bayangkan, member aku kata kalau ko ada benda ni, ko boleh bogelkan chikaro dalam masa seminit, tak tahu camana dia buat. Tapi bila dia cakap tu, aku terus macam interested. Padahal aku ni hanya grad medicine. Tetiba kan Abang Kwai nak lukis. Tapi aku rasa, lukis- lukis ni, boleh tenangkan fikiran, macam si Jack tu, kalau dia nak tenangkan fikiran, dia telan vitamin E. 

Dan fakta kedua, aku dengar si Jacky tu, tulis pasal gosip yang aku dah tunang. Aku just nak make it clear kat korang, yang gosip tu, adalah benar, dan aku tengah bahagia. Aku tak suka ah kalau korang tambah- tambah citer, so aku bagitahu secara jujur. Tunang aku , tak silap aku ah, ada darah Russian, sebab dia boleh cakap Russian. Tapi dia guna bahasa Russian, dalam situasi- situasi tertentu sahaja. Nak tau?! LU FIKIR AH SENDIRI (aku tiru Nabil Raja Lawak)

Ok kengkawan, Abang Kwai nak chillek jap, baru balik Munich, minggu depan, kena gerak Herzo pulak. Aku memang jet setter bak kata Armaya Maarof. Jadi , korang tengok la klip ni, boleh manfaatkan korang, terutamanya ahli- ahli arty la konon. Asyik lukis benda- benda mengarut, dan kata tu abstrak art. Baik aku tampal cekodok penyek kat kanvas, dan kata tu modern art. Korang memang tak boleh bla. 

By the way, tunang aku dah cekak pinggang, sebab gua belum tidur lagi. GOOD NIGHT! atau dalam bahasa Russian,

DAS-VI-DANIA!

Yang Heppi,
Abang "excuse me i'm taken" Kwai.

2 comments:

Anonymous said...

До свидания/da svi'dan'ya tu farewell atau good bye ar

nampak nye kau kene berlatih pillow talk dalam russian dengan chikaro lu banyak lagi ar

tarahal ah, kira nanti baru leh honeymoon trans-siberia express express kan?

Желаю счастья и любви, Брат

Anonymous said...

Betol, das-vi-daniya itu good bye... kalau mahu cakap Good nyte cakap la Spakoi-ni-noch.... hehehe...

anyways, cerita ilovesketch itu best kah?

Dari mana?

Analytics