Thursday, 30 October 2008

Apa masalah aku?? sini aku bagi sneak peek sket

Selamat pagi aku ucapkan kepada semua.

Pertama bagi pembaca yang menyambut Deepavali, selamat Deepavali aku ucapkan.

Kepada yang menyambut Hari Raya AIdilfitri, Selamat Hari raya dan minta maaf zahir dan batin. Mana la tau post lama aku ada yang terasa tersindir ke apa ke.

OK! Apasal aku tak menyumbang dalam progression blog ini???

Masalah aku ialah, semenjak dua menjak ni aku sangatlah ultra sibuk. Gila bai, aku tak pernah buat kerja cam anak anjing camni. Kebahagian aku pada waktu sekarang ialah time nak tido.

Aku tengah berushaha keras melakukan penyelidikan sebab aku tengah tulis satu paper yang bertajuk

"Human and Climate Change: are we to be blame?"

Kepada Abg Iz aku sorang aku ucapkan minta maaf aku tulis pasal ni (member sinsitif hal climate change)

Ada lecturer sorang ni dari Australia bernama Robert M.Carter buat research cakap

5 juta tahun dahulu, Bumi lagi panas dari sekarang

Mesti korang tanya apahal lak die tau 5 jatu tahun dahulu camana? Aku tahu camana tapi nak explain kat sini memang lost. Terus tak siap kerja kau karang.

Member ni memang tak percaya manusia adalah penyebab Climate change.

Lepas tu ada plak member cam Dr. Shaheen Rafi Khan yang percaya punca climate change ni adalah sebab population Pakistan adalah melampau lampau.

Gila crack bai. Nak salahkan orang satu hal tapi kalau dah nak salahkan orang yang ada anak ramai susah ah.

So benda ni la teaser aku kasi. Nanti bila paper aku siap aku posting ah so korang boleh baca.

Aku juga sedang berusaha keras untuk menyertai sekumpulan researchers dalam researching 

Oil and Gas Enterprise Management.

Iyalah, kalau tak buat semua benda ni, sapa nak suap anak anak kucing aku? Tunang aku sure lari ngan laki yang lagi on dari aku, aku pun dah tak boleh isap yao.

So kepada readerz.... be analytic!! 

Ciau Bella! 

uɐpɯɐɥ ǝ,ıɟɐɥs

P.s: Kwai, Jacky L, Armayya, aku mintak maaf, aku memang seorang internt tak berguna.

2 comments:

Diloz said...

cis,cerita la kasi abes bai.
topik best neh!

greenpeace said...

hahaha..masa zaman 70-an ada profesor dari US cakap dunia akan menuju ke zaman ais lagiskali pastu 90-an tukar pandangan plak..institusi alam sekitar kat UK cakap kebanyakan emisi Co2 ni asal dari kejadian semulajadi seperti gunung berapi dan manusia menyumbang tak lebih daripada 2%.Jadi semua ni termasuk bende yang ko cakap adalah teori dan setakat ni KOte kote belaka...nak sedapkan hati baik korang buat penyelidikan sendiri..takpun BELAJAR la sket!!skrang kat insitusi pembelajaran,topic climate change terutama dan pemanasan global memang ada diselitkan tapi asal kejadian nye tidak dimasukkan kerana sememangnya pemahaman kita terhadap alam sekitar mmg tidak cukup tuk memandai mandai buat teori ni...klaka

Dari mana?

Analytics