Monday 20 October 2008

monkey wrench gang: buku tuk lu orang




salam fren. aku dah lama tak cite sal buku pasal wa ni memang semi ulat buku. dulu ah sejak balik dari manipal wa memang lama dah tak sentuh buku selain buku buku food science yang ditulis oleh nigel slater, gordon ramsay atau otai food science jamie "O"liver.

Apa apa wa nak promote kan sikit buku yang tak memerlu kan lu orang berfikir banyak seperti kalau lu baca buku buku "intelektual" seperti bukit kepong, pusaran dan konserto terakhir.

cerita yang aku nak cite ni di tulis oleh penulis yankee atas nama Edward Ebbey. Aku pon tak tau macam mana aku boleh beli buku ni tetapi buku ni agak rebel dan mencerita kan tentang dilemma manusia. antara dilemma yang manusia ada lah meng-kontemplasikan pekara baik dan pekara yang benar. kerana selalunya kita aku lakukan pekara yang baik, seperti yang telah didik oleh guru, ibu bapa, rakan dan uztaz. tetapi apa pulak pasal benda yang benar? sebab tak semesti nya benda yang baik itu benda yang benar. benar dalam konteks ni bukan real. tetapi benar atau pun benda yang betul yang lu patut buat la kan bai? sebagai contoh, kite tengok cara orang makan guna tangan. apa sal kta makan guna tangan kanan? asal bukan sebab tangan kiri? tau ah pasal lu cibuk guna tangan kiri. tapi lu tau ke aku cibuk bila aku berak guna tangan yang mana? atau, kau tau ke sama ada aku cibuk atau tidak.. ha amacam?

sebelum aku confuse kan lu orang. meh aku cite kan sikit pasal buku ni. buku ni memang buku fiksyen yang terbaik jugak lah. pasal dia masuk jadi buku penguin klasik. cerita ni mencerita kan tentang konsep sabotaj untuk memprotes. iye la selalu nya lu usha kat al jazeera orang berhimpun pasang lilin je. so kiranya buku ni memang mencerita kan tentang konsep yang berlawanan daripada konsep pasang lilin di bukit aman.

metaforikali, maksud monkey wrench memang membawa maksud yang agak heavy, sabotaj dan membuat sesuatu benda rosak lebih lebih lagi mesin. cerita ni mengisah kan tentang 4 orang rakan yang datang dari latar belakang yang berbeza tetapi didalam hati masing masing mempunyai satu kesamaan atau ketidak puas hati yang sama. kesamaan hati mereka ialah panas terhadap kerajaan tempatan yang suka membuat benda benda pembangunan di kawasan kawasan semulajadi di selatan amerika. antaranya buat trek kembar kereta api, buat highway, buat empangan dan macam macam lagi pembangunan yang dapat memudah kan hidup manusia seperti dapat bergerak dengan lebih pantas, dapat kurang kan bil eletrik dan banyak lagi.

tetapi 4 sekawan ni memang rebel pasal semua benda yang berdasar kan pembangunan mesti harus di letup kan la bai. pendek kata "hippie style 4 eva" lah.

cerita ni memang menyeronok kan dan tak menjemu kan pasal banyak main kejar kejar dengan polis. letup sana. menyorok sini. panjat bukit, terjun air terjun dan banyak lagi sketsa sketsa yang mengairahkan.

pendek kata lu tak kering tekak lah kalau lu baca buku ni.


antara review review yang buku ni dapat adalah-



"A sad, hilarious, exuberant, vulgar fairy tale... It'll make you want to go out and blow up a dam."



"Since the publication of The Monkey Wrench Gang, Mr. Abbey has become an underground cult hero."



"One of the best writers to deal with the American West."



"What a thing of beauty is Edward Abbey's The Monkey Wrench Gang."





apa apa pun buku ni memang boleh bla la kira.

JACK 'temberang la, lu tak tau jack lingam sapa" LINGAM

No comments:

Dari mana?

Analytics