Saturday, 18 October 2008

NY ke London dalam 54 minit? Ye ke?

Amacam geng? Hidup ada on? Aku lately ni agak tak boleh bla punya busy ah, kerja dah mula berlambak-lambak. Anyways hari ni aku nak citer sket pasal benda yang agak heavy. Semalam aku ada sembang-sembang pasal transatlantic tunnel dengan colleague aku kat Anexo. Kepada korang yang sharp tu mungkin tau pasal benda ni sebab ada keluar Discovery Channel balik recently. Untuk korang yang tak boleh bla tu, ni aku nak citer sket ah. Malu la wei, aku dengar rata-rata penduduk KL sekarang pakai Blackberry ada internet di hujung jari, takkan guna internet untuk post gambar kat Facebook je kot. Anyways, transatlantic tunnel atau terowong transatlantic ni adalah satu projek yang dipropose oleh engineers yang involve dalam projek pembikinan Channel Tunnel yang kat bawah English Tunnel tu dulu.

Tapi terowong ni bukan macam Channel Tunnel bai, yang tu kat bawah dasar laut. Transatlantic tunnel ni dia tenggelam je tapi tak sampai dasar. Ada ah cable-cable support terowong ni supaya tak terapung/tenggelam. Kalau projek ni jadi, ia akan merentas lautan Atlantik sejauh 5000km, menyambungkan NY dengan London, dan mungkin juga Paris. Actually, derang buat terowong ni untuk cut down flights antara London dan NY. Dengan adanya terowong ni instead naik kapal terbang, naik keretapi mag-lev ah pulak. Mag-lev atau magnetic levitation ni boleh kata dah lama gak la tapi baru je nampak dalam applications sebab ia adalah clean technology. Keretapi mag-lev akan terapung atas track guna kuasa magnet instead of tayar besi. The reason untuk kurangkan geseran dari tayar dengan track tu. Bukan tu je bai, terowong ni pun akan divacumm kan supaya takde udara langsung therefore takde friction langsung. Sebab tu ah keretapi ni boleh cecah kelajuan 8000 km sejam menyambungkan London dan NY dalam  hanya 54 minit. Crack bai!

Tapi ko tau ah bila nak buat benda-benda yang epic ni, memang banyak ah halangan. Manusia tak boleh menampung banyak G-force. Nak pecut sampai 8000km pun kena lek lek je, kalau tak otak ko leh meletup bai. Haaa baru la macam blow your mind bila time ko baca post-post blog ni tapi obviously lagi serious. Bukan tu je, material kena tahan extreme working conditions, seperti pressure dalam vacumm, suhu dalam lingkungan negative celcius, arus air laut yang kuat, pastu kena langgar dengan ikan paus ke nuclear submarine ke mana la tau. Lepas tu kalau train ni tetiba ada problem ke tengah-tengah jalan nak rescue memang cam tak boleh ah sebab terowong tu vacumm so passengers tak boleh keluar train. Train kat belakang ko pun confirm akan langgar ko dalam masa beberapa minit je sebab laju gila. Unless rescue plan dia memang sharp ah.

Nak bikin benda ni pun satu hal. Selain dari mengambil masa yang lama gila, 100 tahun, pekerja-pekerja kontrek tu semua kena dive dalam laut almost 24/7 nak siapkan projek ni. Duduk atas laut apa semua. Dah la tu, dengan economy crisis, energy crisis dan macam-macam sekarang ni, kos pun boleh tahan ah, $12 trillion, membuatkan projek ini paling besar dan paling mahal dalam sejarah. Yang sedap tokey-tokey besi seperti Mittal ah sebab projek ni akan menggunakan semua besi yang diproduce kat dunia ni selama 100 tahun.

Aku pun tak tau ah. Ko rasa projek epic ni feasible ke? Berapa sial ticket derang nak charge nak cover cost tu. Tu pun belum tentu lagi demand ada. Mana ko tau dalam 100 tahun lagi NY dan London akan still trendy macam sekarang? Dubai ah sekarang up and coming.

Armaya Maaroff

5 comments:

Zaini said...

"Dubai ah sekarang up and coming."

aku concur.tepat skali.

Anonymous said...

dubai is the place for whores.

Fariz Bakar said...

terimakasih atas informasi berguna.

cindir-rela said...

dubai tuw pun belom tentu lagi bleh jadi seperti yang diwar2 kan...

and again it's me, myself and i said...

gile la. nak cut-off cost nye pasal. duduk dalam train tu sedar-sedar dah sampai syurga/neraka. heh..

Dari mana?

Analytics