Monday, 20 October 2008

masa susah di hadapan

sebelum zeti gabenor mendeklarasi kan resesi (recession) baik aku cakap dulu. pasal aku tak tau lah apa masalah orang orang di bank negara yang payah sangat nak sebut perkataan itu. pasal hakikat nya negara kita ni memang tengah dalam recession.

nak tau apasal mereka tak declare kan recession?

1. takut konsumer cuak simpan duit dalam bank untuk dapat makan caruman interest.

2. biasa la ego. kata melayu.

3. takut investor luar tak mo masuk. atau yang skarang ada cabut.

4. takut tokey tokey besar adakan pemecatan besar besaran.

5. aku pon tak tau apasal. singapore pon dah declare, iceland pon dah bankrupt.

ok aku akan terang kan satu per satu.

1. iye la kalu lu declare malaysia ni dah ada dalam resesi, memang konsumer lebih lebih lagi akan mejadi lebih cuak kerana dia akan membelanja kan wang untuk benda benda yang sepatut nya di beli atau di joli. antaranya, pegi pasar, beli seluar dalam, bayar sewa ruma dan beli benda benda yang bukan lain macam. aku rasa kalau si zeti bilang pasal recession sebelum raya memang tak raya la kita. memang wang yang dikutip waktu jualan beli belah memang mungkin separuh dari pada apa yang di kutip. lebih lebih lagi nak dekat deepavali ni. kalau dia deklar sekarang memang susah arr nak carik chikaro yang pakai saree jenama gucci atau pun marc jacobs.

selain itu kalau dia deklare recession, memang kereta myvi special edition tak akan di jual la. gila lu kalau takde sapa beli myvi special edition. memang sesak lah produa. silap haribulan kena bail out. bukan itu sahaja, MAS, air asia, dan banyak lagi la kompani kompani yang ada kaitan dengan kerjaan akan bankrap pasal tak dapat kaut sales/revenue dengan tinggi.

2. iyelah dengan track record 1997 yang katanya malaysia tak kena sangat impak asian financial crisis 1997. boleh kata kalau ada ribut time tu, memang kita kene tempias je. padahal memang heavy.

3. iye lah, kalau lu declare recession, bukan rakyat atau konsumer saja yang simpan duit. walhal bank bank dan juga bank negara juga akan pelan kan joli nya. sebagai contoh. kalau ada recession, memang foreigner2 nak mintak credit line di bank bank tuk buat biznez pon tak dapat la bai pasa loan loan semua ni di freeze kan tuk mengelak kan kerugian pasal bagi pinjm duit tapi orang/ syarikat yang pinjam duit belum tentu dapat bayar balik loan yang bank bank komersil/dagangan ni kasik pinjam.

iye la lu pinjam loan nak buat kilang sebagai contoh kalu buat kilang time recession harga 1o ringgit satu kilang tapi harga kilang bukan masa recession hanya 7. mana murah lu pikir sendiri. bank bukan bagi pinjam duit senang senang. kalu dia tgk itu lain macam, memang tak lepas ah kan bai?? baik dia simpan duit dia pastu invest kat komoditi macam emas pasal dia punya value memang cash-backed atau dalam bahasa omputih liquidity ratio dia agak tinggi.

4. harga barang mentah naik, harga barang dekat giant naik. orang yang kerja tak bermotivasi dekat ofis. datang datang ofis muka tension. balik ofis kepala mabuk. tido. memang dedikasi perkerja tuk kompani tu memang berkurangan. pagi pagi masuk sembang nak naik gaji. boss pressure pasal harga bahan mentah naik. lu pulak pressure bos tuk naik gaji pasal harga barang rumah naik. kicap satu botol nak cecah rm10 pe cite bos?kalu lu mintak gaji naik attitude lu ok, boleh multi tasking. tapi bila orang suruh lu print lu kasik orang lain surat layang apa cite?

tuk nak rendah kan kos, memang salah satu cara iyalah pemecatan la. sapa yang tak jumpa KPI memang silap hari bulan lu kena la en bai? iye lah tak kan bos lu nak kena tukar business model pulak? memang tak masuk akal ah en bai.

5. malaysia ni memang legend lah bai dalam bidang ekonomi. negara lain dah bankrupt (iceland pastu russia bail out 20 billion, tapi dirang tak mo duit, diorang mau tanah tuk buat post askar merah) lain macam.

singapore dah declare dalam recession. asset asset temasek semua ni tengah di review, yang mana patut di write off memang akan di write off. semuanya di kawal ketat.

yang di malaysia ni pula, istana baru tengah/masih tengah dibina di hartamas sana. si zeti pula cakap "mungkin" dia akan review balik sistem kewangan. Mungkin bai. mungkin ye mungkin tidak. koridor utara, timur, sabah dan sarawak ni pon tengah di review allokasi duit nya. apa apahal masjid gergasi ala masjid kristal akan di bina di stiap satu koridor. selain itu, time time recession ni pula boleh pula kita joli beli helicopter dengan harga yang mahal. tau la eurocopter tu nama yang ternama (anak syarikat EADS), ada hangar di malaysia, telah supply bomba polis dan lain lain. tapi agak agak la ..

aku pon tak tau apa la yang nak jadi tahun depan. dengan keadaan sekarang ni, memang nampak macam tak menarik je. apa apa pun be strong and stay focus.

saja je nak kongsi. harap harap boleh bla! dan boleh dibawa berbincang sama sama. nak tau juga apa reaksi orang malaysia. apa apa pun, kalau zeti announce recession wa naklu ingat nama aku, jack lingam

salam

14 comments:

orangtakbetul.org said...

Bai, betul tak wa predict aritu dalam post ni:

http://soapapendapatyouallhuh.blogspot.com/2008/09/jom-pening-kan-kepala.html

Kalau declare recession, abis la semua orang simpan duit bawah bantal. Pasal takut bank semua lingkup, PIDM cuma cover RM60K max. Kalau lu simpan lebih, memang BNM kata boleh blah la kira.

Pastu pasal BNM tukar cara kira interest kad kredit, arini wa baca salm The Sun ada sorang mamat tu kena interest RM4.00 pasal bayar kurang RM0.02 je bil outstanding dia. 2 sen boleh jadi RM4.00, memang gila ah sial.

Tapi wa tgk aritu time raya gila bai, semua show off habis, siap beli Persona SE, memang power giler ah wa tumpang naik, kusyen semua bau 'pleather' abis.

Tgk ah hujung tahun, semua Melayu/Bumiputra sebut palat secara serentak bila dividen ASB lagi rendah dari dividen ASW aritu.

Anyway, wa dah bukak blog, saja nak buang masa, cekidaud bai!

Fariz Bakar said...

harap supaya jack lingam dapat terangkan dgn jelas apa itu sebenarnya resesi. ekonomi collapsed? Terima kasih.

"a recession is when you lose your job, depression is when i lose mine"

Jack Lingam said...

bayang kan ekonomi cam hidop lu. tutup mata. pastu lu cuba bayang kan dua perkataan ni tengah berlegar legar di atas kepala lu.

recession ni macam hidop lu tengah demam denggi. badan kena masuk sumbat air garam (sebagai contoh cam bail out plan amerika; pokoknya air garam tu macam duit kena injek tuk revive balik ah) masa lu denggi kerja lu baring je. tak leh buat pe pasal lu tengok bunya pun cam tengok tikus. sama la jugak macam masa recession, lu tengok rumah (yang lu nak beli) pun tak berselera bila lu tengok interest rate naik pasal bulan bulan tuk 20 tahun yang akan datang lu akan bayar harga yang lebih dari pada normal. pendek kata duit lu tunggu dulu bawah bantal lu la. kira nya tunggu elok demam la lu baru on tengok bunga.

ekonomi bukan kolaps bai,tetapi prospek masa depan memang tak ngam lah. pasal disebab kan oleh sesuatu. dalam hal malaysia, benda benda sejak pilihan raya dulu yang tak settle settle lagi memang menggangu perkembangan ekonomi negara. iye la tiap tahun mesti buat bdget. tapi bila ada negeri negeri yang sepatut nya dapat projek ni tu sana di tangguh kan. bila dah tangguh. lu punya line graph yang lu dah dah budget mesti tak match pasal 1. projek projek besar seperti projek jambatan yang boleh generate berpuluh puluh juta tuk rakyat makan tergendala pasal k. pusat tak mau lepas itu wang. tetapi bila lama sudah negative trend memang kolaps la

wa tak tau mcm mana lagi nak terang kan kalau dalam scientifik nya, recession bermaksud dua suku tahun yang mempunyai tren yang negative, itu la maksud recession.

antara penyebab recession kali ini ialah kegagalan ekonomi amerika di mana banyak negara negara di dunia ini bergantung kepada. sbgai contoh, minyak-semua beli dalam usd, china- USD reserve kat dalam central bank china lu tau bapa busat? malaysia buat trading pun pakai usd dah la us memang partner malaysia terbesar dlm bidang trading.

yang kat amerika pula jadi pasal fundamental ekonomi yang tak betul. sebab tu huru hara satu dunia.

Jack Lingam said...

bayang kan ekonomi cam hidop lu. tutup mata. pastu lu cuba bayang kan dua perkataan ni tengah berlegar legar di atas kepala lu.

recession ni macam hidop lu tengah demam denggi. badan kena masuk sumbat air garam (sebagai contoh cam bail out plan amerika; pokoknya air garam tu macam duit kena injek tuk revive balik ah) masa lu denggi kerja lu baring je. tak leh buat pe pasal lu tengok bunya pun cam tengok tikus. sama la jugak macam masa recession, lu tengok rumah (yang lu nak beli) pun tak berselera bila lu tengok interest rate naik pasal bulan bulan tuk 20 tahun yang akan datang lu akan bayar harga yang lebih dari pada normal. pendek kata duit lu tunggu dulu bawah bantal lu la. kira nya tunggu elok demam la lu baru on tengok bunga.

ekonomi bukan kolaps bai,tetapi prospek masa depan memang tak ngam lah. pasal disebab kan oleh sesuatu. dalam hal malaysia, benda benda sejak pilihan raya dulu yang tak settle settle lagi memang menggangu perkembangan ekonomi negara. iye la tiap tahun mesti buat bdget. tapi bila ada negeri negeri yang sepatut nya dapat projek ni tu sana di tangguh kan. bila dah tangguh. lu punya line graph yang lu dah dah budget mesti tak match pasal 1. projek projek besar seperti projek jambatan yang boleh generate berpuluh puluh juta tuk rakyat makan tergendala pasal k. pusat tak mau lepas itu wang. tetapi bila lama sudah negative trend memang kolaps la

wa tak tau mcm mana lagi nak terang kan kalau dalam scientifik nya, recession bermaksud dua suku tahun yang mempunyai tren yang negative, itu la maksud recession.

antara penyebab recession kali ini ialah kegagalan ekonomi amerika di mana banyak negara negara di dunia ini bergantung kepada. sbgai contoh, minyak-semua beli dalam usd, china- USD reserve kat dalam central bank china lu tau bapa busat? malaysia buat trading pun pakai usd dah la us memang partner malaysia terbesar dlm bidang trading.

yang kat amerika pula jadi pasal fundamental ekonomi yang tak betul. sebab tu huru hara satu dunia.

erm said...

pakcik mualap wa kata....recession camana pun...cost semua wa forward pada customer...kalau kuasa beli rendah...takder hal....dia kurang simpan stok...share dgn kedai2 lain beli brg sekontena

wa pulak.....janji cukup makan pakai jadi la...dalam mod bertahan

makan percent simpan dalam kpf

Shafi'e Hamdan said...

yo jacky bro

wa bukan faham sangat pasal benda ekonomi apa semua ni,

tapi last call ko rasa selamat ke hidup? ke kalau tetap camni hidup kat malaysia semakin takleh blah ke apa?

wa risau gak ah

Ayman Aiseyman said...

http://afp.google.com/article/ALeqM5hxRZsn4hkL53bK2UZDMbZEsWdQrQ

chekedaut dan luahkan pendapat di ruang komen blog ini yeh fren

downcycle semi clairvoyant said...

Jap bai,
gua rasa Msia takde la dalam recession (Walaupun gua rasa nak tumbuk si bibir merah-tebal masa dia cakap ekonomi kita tak ada masalah. hekk dia la!)

betul la, technically, kena ada 2 consecutive quarter of negative growth baru kita panggil recession. negative tu as in -1%, -0.7% macam tu la.. so, msia ni takda la sedang (belum lagi) dalam recession, disebabkan msia nya growth base tinggi dlm quarter2 lepas. so, dpd 6-7% growth nak tergolek pegi -0.5% ka, -1.0% ka, lambat sikit bai (as in tak fast and furious sgt).. bukan overnight je dah jalan. ingat, kita nya base tinggi. so, mula2 slowdown dulu ah. pastu, recession pulak ah. maybe end 2009 la kalu msia nak recession. tapi, dlm pada nak menjelang end 2009 tu, banyak la company dowisizing, buang pekerja, punter main terjun2 tingkap..bla bla..

Kalau nak kata Msia sedang berhadapan dengan masalah, itu gua setuju sama sekali. Ekonomi kita sedang slowing down row-row your boat itik pulang petang gamaknya bai. Gila apa CPO ngan crude oil prices jatuh gedebuk. habis revenue msia. expenses pulak makin naik.

Satu lagi, Gila apa bai, direct investment/trade kita dengan US adala dalam 20% (kalu gua tak silap, malas ah nak check). Tapi all in, kita nya exposure ngan US lebih 30% bai... Kalu US recession, kita memang kena tempias.

Satu lagi, gua tak berapa setuju kalu cakap kita kena tempias je 1997 dulu. 1997 dulu tu Asian Financial Crisis. krisis yang bermula dari Asia. Asia yang berak cair. orang lain kena tempias. Skang ni pulak, crisis US ngan Europe. Diorang yang berak cair, kita dapat busuk jugak. Silap2, depression bai. Ciri2 prolonged recession tu dah ada dah kat sana. Kalu Great depression time 30s dulu, mau ada 10 tahun kita berak cair!

Kalu stock market lak, orang dok cakap CI nye bottom kat 800 pts. Tapi kalu lu cekidout S&P Index nye trend skang ngan dia nye trend time downtrend 1974-75 dulu, and, kalu CI ikut trend tu, gua tgk mau bottom kat 600 pts! Time tu buleh la beli TNB RM1.00/share. Tapi kalu takde duit sebab takde keje, nak bayar bil letrik pun belum tentu bai...


Kaget? Memang kaget ah!
-just my dua sen-

Fariz Bakar said...

The definition of a recession is a decline in a country's gross domestic product (GDP), or negative real economic growth, for two or more successive quarters of a year.

http://recessiondefinition.com/

wa rs website ni sedikit sbyk membntu wa. thanks a lot jack.

benjamin said...

saya pun agak risau dengan perkembangan harga barangan yang semakin naik. gaji masih ditakuk lama.

orangtakbetul.org said...

Mmg fookin a! la itu new finance minister.

Arini wa dapat tau duit epf kita semua nak buat modal beli saham tak laku kat Bursa Malaysia.

Aku tau la korang dan kakitangan korang tak carum kwsp (staf gomen carum kat KWAP tak salah), jgn la buat duit kitaorg tu mcm duit tok hang plak, suka-suka nak pakai main judi kat Bursa.

Pas ni bukan org Melayu je jerit palat, semua org kat Malaysia akan jerit 'insert expletive here' in unison bila tgk life saving dalam govt. finance instituition hilang cam tu je masuk black hole.

Wa setuju dgn downcycle, CI pasti jatuh sampai 800 ujung tahun ni.

Fookin' a!

Anonymous said...

hehehe. tau takpe. so how fren? bila kita nak riot in the street? or letup kan bank bank cam cite fight club

Diloz said...

ada kebarangkalian tak kalau malaysia declare recession,scholar-scholar bawah kerajaan ditarik balik?terutamanya JPA dan MARA.

orangtakbetul.org said...

Diloz,

Kalau lu dah ada kat sana, situation lu ok, diorang akan continue as per your agreement.

Kalau lu ada kat sini lagi, baru nak pegi atau ada kat mana-mana 'pusat persediaan', then tough luck.

Besar kemungkinan lu punya trip cancel bai.

Wa dulu ada member, dah siap dah buat passport, kenduri doa selamat semua, lagi 2 minggu nak fly, tetiba MARA hantar surat kata kensel, tak jadi pegi, diorang hantar UTP, sambung studi kat sana je.

Terus dapat prescription untuk ubat anti-depression bai. Time tu 1998 la.

Expect the same treatment, starting next year, maybe.

Dari mana?

Analytics