Thursday 9 October 2008

Kitar Semula Kopi Anda




Aku tau memang banyak antara korang memang gemar meminum kopi. Nak pulak pekena cengkodok pisang dengan kopi yang ko buat sendiri dari organik fair trade ground coffee time petang-petang, perghhh. Guilt free sensation bai. Tapi lepas perut dah kenyang, hati pun dah senang, apa korang buat dengan sisa-sisa kopi tu? Buang la apa lagi kan? Tahukah anda bahawa, sisa-sisa kopi tu antara penyebab global warming? Walaupun impak dia tak seteruk macam ko buang styrofoam, plastik dan sebagainya, still contribute gak bai. Ni aku nak bagi ko 8 tips untuk kitar semula sisa-sisa kopi tu semua lantas mengurangkan carbon footprint ko. Bak kata Tesco la kan, every little helps innit?

1. Sisa kopi boleh melembutkan rambut ko jika disapu ketika mandi. Jadi ko tak perlu lagi nak beli conditioner kat Guardian. Bukannya berkesan pun. Aku dah try macam-macam brand dah.

2. Ia juga dapat melembutkan daging steak kalau ko perap dengan sisa ground coffee yang berair.

3. Juga, ia boleh digunakan untuk menghalau semut (ant repellent) di sekitar rumah. Tak, bukan shooh shooh macam ko halau beruk ke kucing ke. Ko nih.

4. Jika digunakan dengan kadar berpatutan, sisa ground coffee pun boleh digunakan untuk membaja tanah.

5. Sisa ground coffee yang kasar boleh digunakan untuk mencuci periuk kuali yang berminyak gila yang kalau ko berus dengan sabun sampai 5 minit pun still rasa ada minyak sikit-sikit. Ko berus je dengan sisa ni gerenti jadi.

6. Kalau peti sejuk ko busuk, ko letak dalam tupperware pastu letak dalam peti sejuk ko. Gerenti dapat sedut bau-bau tu semua. Macam Little Hippo tu la, sebijik.

7. Bukan setakat periuk kuali je bai, ko boleh juga gunakan sisa ground coffee sebagai pencuci muka kelupas (facial scrub).

8. Ia juga boleh digunakan untuk menghalau kutu kalau ko sapu kat binatang peliharaan  ko time ko mandikan dia.

Selamat mencuba!

Yang green,
Armaya Greene

Ps: Orait KT. Lu jet setter ah brav hahah

10 comments:

Zaini said...

peh.

mantop.ty AM.

Anonymous said...

bai.
thirsty hippo bai.
little hippo ape dow?
jenama badak krisis identiti ke ape?

disco/dramatic said...

little hippo tu adik thirsty hippo kut?

Anonymous said...

hippo gak.. kalu hippo besar panne blue hippo... kuikui kuikui

cigarettes

Ferdows said...

Sumpah stylo
nice one brudaah :)

Armaya Maaroff said...

maaf, silap la joe. aku maksudkan thirsty hippo.

blue hippo ke thirsty hippo ke little hippo ke, janji korang paham.

Anonymous said...

ooo hampas kopi tu bersifat absorbent la yer

Armaya Maaroff said...

iyer

magenta said...

lagi satu- sisa kopi lebih berkesan daripada sabun liquid untuk menghilangkan bau bawang kat tangan lepas potong bawang.

Anonymous said...

kalAU kU bASuH tAngAn GuNE koPI nanti Bau KoPI ar Bro.. akU raSe kalau basuh guna ikan air bawal malam semalam baru bEsT.hehe baru la bau macam HIHIHIIHIIHIHIHIHI


abang Libido

Dari mana?

Analytics