Saturday, 18 April 2009

Krispy Kreme Di Malaysia: Apakah?

Amacam semua? Aku harap korang semua steady, apatah lagi dengan cuaca sejak kebelakangan ini yang amat terik. Kepada bebudak yang pakai seluar ketat denim tu, aku tetap tabik sama lu, sebab aku pun dah gantung seluar denim BALENCIAGA aku dan juga denim DIOR HOMME aku di dalam almari, dan keluar balik seluar- seluar pendek skate aku. Eh, ini bukan blog PMT jadi asal aku label drop. Anyways..

Hari ni aku gi town. Saje jalan- jalan ngan adik- beradik aku. Gi makan, shopping semua ah. Kebetulan di Berjaya Times Square, ada countdown untuk pembukaan Krispy Kreme doughnuts dari Amerika Syarkiat ni. Tetiba ada queue panjang bai, kalah queue kat Fabric, London, zaman muda- mudi aku, tengok dj set Justice. Ramai orang beratur, dari bebudak luar bandar (ko leh tau ngan muka diorang, eyeliner diorang, pakaian diorang), mak bapak ngan anak- anak kecil, hingga ke pak guard bangla, nepal dan sebagainya. Rupa- rupanya sebelum countdown ni, syarikat franchise ni memberi seorang setengah dozen donut dalam kotak untuk percuma. Tak pernah aku tengok orang Melayu di Berjaya Times Square Begitu ramai.

Antara cara pemasaran diorang ialah, kalau ko first customer kat open day tu, ko boleh dapat supply donut untuk 1 tahun free bai. dan first 100 pelanggan ada la yang dapat free supply. Gila bai, marketing ke tak marketing tu. Diorang nak tapau semua ah, jadi J Co donut to semua boleh bungkus, sebab pioneers are here to stay la kira.

So, apa pendapat you all huh. Kesian kan, last call kita negara yang kurang maju, masih terkinja- kinja produk barat untuk percuma, masih tertarik dengan "catchphrase" atau "tag lines". Dari Nabil 'Lu fikir lah sendiri' hingga macam macam lah. Takkan ko tak tahu. AC Di Sini "Sempoiii"

Aaaaaa bukan nya sedap sangat pun Krispy Kreme last call. Penat je gua queue, saje participate.

KT

2 comments:

Anonymous said...

donut dia tak sedap langsung.

manis ya rabbi.

aku rasa tak boleh maju.

Big Apple gak boleh blah.

AJ (nape word verification korang rock2 hah?) said...

hahaha lu mmg la KT, lu ckp kita terkinja2 nak product free tp lu pun participate sama, hahaha

neway, aku tak layan donut, aku layan Makcik Ann Pretzel Stix Cokelat celup2 high bai highhhhhhh

mlm td pg cari dah habis stock tuuu

Dari mana?

Analytics