Saturday, 4 April 2009

KL Design Week: TemuBual Bersama batalion seniman dan seniwati malaysia

Hello fren,


Setelah di tanya oleh avid reader seperti dena_r, aku pun telah mengambil initiatif untuk ke salah satu port pameran pameran arty malaysia. Lokasi nya lebih kurang 5 minit dari ofis aku, di CapSquare. Kalau tak silap terdapat banyak lagi lokasi lokasi yang di tempat kan khas untuk pameran ini. Antaranya, di pusat MaTIC malaysia, Dewan Seni Negara, Kuala Lumpur Convention Centre, KL Tower dan banyak lagi.

Sememang nya aku jarang atau hanya kadang kadang sahaja pergi ketempat tempat sebegini. Kerana aku sememangnya kurang fasih dalam seni modern yang serba beda dari yang aku dapat lihat selama ini. Pekara ini sememangnya bagus. Tetapi ramai antara exhibitor yang berada di CapSquare tidak ada pada waktu itu untuk di temu bual oleh abang Jack.

Antara seniman dan seniwan yang aku dapat interview adalah, self proclaimed hippie yang pakai baju kebaya, awek molek kelantan yang belajar elektrikal elektronik di batu pahat tetapi kepala otak nya dah fuse dan sekarang berminat menjahit jeans jeans yang di potong jika seseorang ingin senteng kan seluar nya, budak budak eco-bag yang jual bag mahal dan venture kapital yang specialize dalam mengeksploitasi kemahiran seseorang dengan mengkomersilkan rights yang di beli, mereka adalah genesis boyz.

Ok la bai, ari ni wa tak mo cite panjang sangat en. tapi ari ni wa nak cerita kan la sikit tentang interview interview abang J.Li dengan chikaro chikaro seni ini semua bai.

(SENIWATI NO 1) Abby: tekan sini untuk ke laman web cik abby dan di sini juga

Abby adalah seorang seniwati malaysia yang berkerja di dua tempat bai. Dia Isnin sampai jumaat dia ada kerja ngan tauke seni tradisi di pekan, Pahang. Dan pada hari sabtu dan ahad pulak dia ada bukak sekolah seni untuk sesiapa yang berminat untuk belajar melukis. Target student nya adalah kanak kanak yang berumur 4 hingga lah jika anda tua juga takda hal kalau nak belajar melukis teknik budak budak. Sorry la bai, aku tak ingat la jenis seni lukis pasal rupa rupanya banyak juga term term seni ni ek. macam musik ah ada indie ada pop ada brit dan ada etnik. Pendek kata kak Abby ni melukis teknik macam budak budak selalu lukis. Dari pada pandangan aku iya adalah lebih open dan tiada undang undang dalam teknik ini. tapi colouring kene sharp la bai. cuba lu tengok gambar atas. Itu gambar abby la bai lukis.. lu nak tau bapa aku kene bayar untuk gambar tu bai? 5 inggit. gila mahal

Oh ya. sekolah cik abby ini terletak di bukit antara bangsa dan harga kos nya lebih kurang 120 ringgit untuk 4 sesi dan tak termasuk processing fee iaitu sebanyak 20 ringgit. 20 inggit tu pasal dia nak kena booking salah satu business unit di kondonya yang terletak dalam kawasan bukit antarabangsa tu.

Si dia ini juga dahulu seorang penjual insurance. katanya, kepala nya pening menjaga client client yang cerewet, lebih lebih lagi yang tak bayar premium tetapi ingin kan servis seperti orang orang yang bayar premium. Setelah bosan melukis carta di Microsoft excel, cik abby telah masuk kebidang seni ini sehingga sekarang.

Selain sekolah, cik abby ini juga bergiat dalam menjual design design kad kahwin, kad raya dan ang pow. Antara clientele yang beliau pernah cater adalah untuk Aishah Sinclair (kad kahwin). Selain itu beliau telah beberapa kali keluar paper. kalau tak silap aku semalam pon keluar jugak la bai dekat the star. 

Lama jugak kita bersembang semalam, ada lah lebih kuran 30 minit. antara soalan soalan yang di kemukakan oleh abg Jack adalah

So apa pendapat u huh pasal industri seni sekarang?
Hmm.. aku rasa kan jack, ada la jugak improvement dari segi seni ni sekarang. sebagai seorang cikgu seni, aku rasa kerajaan patut la bagi lebih perihatin untuk memupuk anak anak masa depan supaya dapat menjadi seperti Picasso dan juga Le Bouget.

Aik, aku dulu kat sekolah pon ada belajar seni cik Abby. tapi kan aku rasa belajar seni di sekolah sememangnya teramat sekejap. Nak lukis apa sejam bai? lain daripada itu, kita kena buat apa yang di suruh saja. Seni sepatutnya di beri kebebasan dari segi pilihan warna, konsep dan juga metaphore nya tersendir. selain itu pembelajaran seni lukis di Sekolah rendah agak berkonsepkan propaganda. Contohnya asyik melukis bendera, buat kolaj gambar perdana menteri dan lain lain.Apa pendapat Cik abby?
Sememang nya betul apa yang kau nak kata kan Jack, tetapi nak belajar seni ni mesti ada peringkat nya, mana boleh belum apa apa nak lukis rumah. kena la go step by step. Antaranya pembukaan pemikiran dan cara menginterpertasi kepala lu dengan apa yang akan ko lukis di cebisan gambar yang kau nak lakarkan. Sebagai contoh, bila kau tengah tripping kan jack, lu punya kepala mesti lain dari kepala aku pon kan bai? ko lukis benda yang ko syiok sendiri tapi aku tgk pon tak paham apa yang kau lakar kan. so kene go steps by steps arr bai. Tengok lah kadang kadan dapat cikgu seni yang garang atau yang agak rigid mmg tak on lah utnuk kau melukis. tapi bila kau tengok produk lukisan kau semestinya berbeza jika kau belajar dari seorang guru yang hippie cam saya. hihi. sebagai contoh, arkitek atau urban planner bandar bandar seperti di New York atau di Berlin semuanya datang nya dari Sekolah Sekolah yang guru Seni nya ketat. itu pasal bandar bandar itu well planned atau agak rigid dan agak sharp dan agak statik.

Wa... lain macam je cik abby.. anyways last question?
ha, Apa dia?

Cik Abby dah kahwin belum?
hmm belum.. asal berminat ke? hihihihi

*gelak sengih sengih* anyways, this is my card nanti kalau ada apa apa bagi tau je la ek. Saya nak kena pergi meeting dah ni. anyways, see you around.
Thanks for dropping by. 

(SENIWATI NO 2) Liyana: Tekan Sini untuk ke laman web cik Liyana

Cik mek molek Liyana ini asal nya dari Kelantan. Tetapi tak tau la kat mana. Beliau kini adalah seorang freelancer yang baru saja graduate dari Universiti Tun Hussien Onn di Parit Raja, Repubulik of Batu Pahat. Menurut kepada Liyana, beliau merupakan graduan ilmu eletrik dan elektronik. Gadis yang berumur 24 tahun ini memberitahu kepada Jack Lingam bahawa "setelah menyelesaikan kertas kerja yang berjudul "what is the difference between electric and electrical engineering?" beliau telah mengalami depressi post graduate seperti kebanyakan orang ". Lalu beliau telah berkencendurungan terhadap ilmu ilmu jahitan. 

Si gadis ini juga merupakan seorang entrepreneur yang sedang menghadapi dugaan kegawatan ekonomi yang semakin meleset. Hasil hasil tangan cik liyana ini kebanyakan nya beg duit kalung yang diperbuat daripada suku terakhir jean yang telah dipotong di kedai kedai gunting. Isu qualiti control diambil serius supaya beg duit kalung yang di jahit tahan koyak. Menuturut cik Liyana, " semua beg beg ini di perbuat oleh satu jenis kain sahaja. Saya sering akan pusing KL pada hari Sabtu dan Ahad untuk membeli kain kain dari franchise franchise levis."

So apa pendapat u pasal keadaan ekonomi ini sekarang? adakah ia menjejaskan business awak cik liyana?
Hmm.. tak jugak pasal sekarang kan bro, makin ramai orang pegi ke Bijou Bazaar untuk beli baju, buku dan macam macam lagi. Pasal saya dah follow bijou memang lama tapi waktu mula mula tu ek, memang sepi macam kat pekan Mantin. Tapi saya rasa, sejak ekonomi ni dah melolos, ia telah menyebab kan orang semakin berjimat tapi tetap spend kan duit orang. Kalau tak dulu, semua orang nak beli kat topshop. Sekarang business Yana pun makin berkembang.

Hmm betul lah tu. Sekarang memang orang malaysia dah kurang pegi shopping dekat pavillion. Kebanyakan nya yang ada di situ Arab dan Pelancong dari Timur. Keadaan memang lah dah teruk bai, sampai haritu kat CIMB dah issue letter of offer untuk para perkerjanya mengambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan. Menurut Bank Negara Malaysia, forecast ekonomi Malaysia tersungkur dari forecast yang dilakukan awal bulan tiga tahun 2008. Hmm.. anyways, so apa pendapat awak tentang industri kesenian  di Malaysia Kini?
As for now. I rasa Malaysian dah mula awareness dah dengan pekara pekara seni ni sekarang. Maklumlah, pada waktu dahulu kita telah mengagung agung kan Allahyarham P.Ramlee bagai kan seorang romeo yang cemerlang. Beliau mencuit hati perempuan bah kan lelaki. Sekarang sudah kurang sikit. Sekearang dah ada channel channel radio macam 103.0 yang main kan lagu lagu indie local mcam Hujan dan Etcetera. Bukan itu sahaja, kaca telivision juga telah menghasilkan artis artis muda yang berbakat macam mawi, johor bai!, faizal tahir, hans Isaac dan lain lain. SO i think kan, orang sekarang dah kurang dah sikit tentang Kisah kisah silam macam P Ramlee, S Jibeng, A Rahman, Black Dog Bone, XPDC, dan banyak lagi. Macam seni jugak, kebanyakan dahulu tak banyak exhibition macam ni. Dulu tengok dekat pasar seni je la kot. SO exposure tak banyak macam sekarang. Tapi sekarang exposure dia besar dan agak competetive. Bukan itu sahaja, dengan ada nya Streamyx di Malaysia juga telah membantu saya untuk berniaga dengan dunia luar dari kuala Lumpur. Ada jugak kadang kadang dapat order dari Amerika, Peranchis dan Lain lain. So sekarang ni memang arty industri ni memang dah kembang. Dulu masa kecik kecik dapat baca majalah ujang, gila gila dengan gempak je. I hope kan, masa kecik dulu i dah beli majalah vouge kalau ye lah kan, i memang dah tak amik electrical and electronik engineering.

Wa setuju setuju, wah, saya rasa masa dah up dah, azan zohor pon dah berkumandang. Soalan terakhir, asam pedas sedap ke makan budu sedap?
Mestila asam pedas. Walaupun i 4 tahun je kat johor, masak asam pedas ikan terubok dengan campur dengan daun kethom memang Safe Trip bro. Anywas, Jack, datang lah esok pasal ada closing ceremony dengan ada free flow arak dekat RED SQUAR start puku 10 pagi esok sampai puku 2 pagi hari ahad malam. Kalau tak silap Richard Branson sponsor sewa jalan dang Wangi untuk buat spin kereta Team Brawn jat situ, Sure best kan. Kalau you datang esok i belanja u makan dekat jalan alor. Pasal i tak drink dengan tak clubbing,

Itu dia bai, temu bual denga  dua chikaro chikaro yang bukak gerai gerai mereka ni bai kat CapSquare. tapi aku agak confuse jugak dengan bila tengok display display seperti HEXA PROJECT, OH & OU yang nampak macam tak ada motif. diskripsi kerja pun tarak. membuat kan orang yang tak sharp dengan ilmu seni ini ilang rasa untuk membaca sesuatu jenis kerja pula.

ANYWAYS bai, aku rasa lu orang patut tengok sendiri la kat cap square itu atau dimana mana lain temapat. Jgan la pulak kau tengok sahaja exposition itu. kalau boleh sembang lah sekali dengan si pereka yang mencipta kerja kerja yang di pubilish kan. Bukan saja kau makin faham dengan apa yang sedang di pamerkan. Paling busuk pon lu boleh ajak pereka yang awekx awekx minum teh atau nasik lemak rumah hijau jalan raja abdullah en? Tapi masa aku pegi semalam dan hari jumaat. yang kebanyakannya orang mengambil gambar saja. 

Anyways,

J.Lingam

6 comments:

Bliss said...

hehe.. nice one.. infact i met with abby the other day at capsquare. the artwork all nice.

i wish there will be more events like this in the near future..!

mr. hafis said...

gua tak pegi.

bai, ujung minggu tengok f1 cara beb.

alur punggung, alur punggung.

dena_r said...

jacky L, u mmg top boy la

Jack Lingam said...

anything for u la talena atfield..hehe

liyana said...

sume jwpan xagak2..caya lah.. ahaha..

ayman said...

jacky bleh tahan smooth lah.
kanchik kanchik semua tak bleh tahan

Dari mana?

Analytics