Friday 17 April 2009

Buku Best Baca Suka- Suka: For One More Day

Amacam semua? sibuk tak sibuk pun aku kembali dan sebelum aku mulakan post aku, aku nak minta maaf atas kemas kini yang lambat di blog ini. Aku kadang- kadang memang respect blogger macam brov MM sebab dapat update blog dia smooth je. Dah la kita ni satu pasukan, dia seorang je (kot). Entah- entah blog tu ramai orang kot. Mana aku tahu. 

Anyways, cuaca hari ni panas gila, dan aku skarang tengah menggangur, jadi pagi tadi aku layan buku Mitch Albom ni. Sebelum ni aku dah baca dua karya dia, Five People You Meet In Heaven dan juga Tuesdays With Morrie. Pada pendapat aku, stail penulisan Mitch ni lebih ke arah diskripsi dan ke arah- arah nostalgik ( Malaysia suka la benda- benda nostalgik ni, sebab tu kita tak maju, semua nak macam dulu. Contoh, Kopitiam, siap dengan gambar- gambar lama kat Oldtown tu. Cuba ko fikir, zaman dulu sure diorang rasa tu "future" of coffee making kan? Skarang sure diorang sedih kita nostalgik dan masih simpan benda - benda tu dan pasarkan dan perahkan sehingga perkataan kopitiam tu telah menjelakkan tekak aku)

Layan gak ah buku ni. Although buku Tuesdays With Morrie lagi aku suka. Citer ni pasal mamat ni nama Charley Benetto , dia ni dah lost la, hilang arah tuju, kaki botol, bini tinggalkan dia, tapi dia kenangkan kisah arwah mama dia dan benda- benda mama dia pernah buat. Satu hari dia gi balik kampung dan dapati mama dia ada. Jadi untuk satu hari dia nak recall la apasal dia lost ni, dan nak tahu tentang asal usul hidup dan kehidupan. 

Actually, habis baca, layan lah jugak. Kata hari ni hari Jumaat. Kalau Isnin Hingga Khamis aku dah chilling tunggu Lagenda Merah Putih kat TV9 tu. Awek- awek gedik yang berlakon citer tu aku macam nak Bo je. Tapi mamat Merah tu, aku suka cara dia berlakon, dulu dia belakon citer Kami pun, aku suka gila, aku respect dia gila ah. Top actor tanah air. Kalau aku buat filem sure aku panggil dia ah. Takkan nak panggil AKO MUSTAFA?!

Sekian, panas gila, aku nak kena teh halia.
KT

8 comments:

hghg said...

Siapa pelakon lelaki tu? sorry la aku tak tengok tv.

Anonymous said...

lagenda merah putih cerita apa bai kwai?takde pun kat laman web tv3.

Kwaidan Tarmizi said...

@anon
ko sasau ke apa? aku tulis TV9 blad.

@Ms
BUKU BEST BACA SUKA SUKA.
mana ada tv joe.

AJ (hari2 tgk BBBBLK update) said...

merah putih ada kat TV3 la bai setiap hari around kol 3 camtu,

Tuesday wif morries aku dah tgk versi filem mmg layan sehhhh philoshopy pengsan

anyway korang update blog lembap la

Jack Lingam said...

lembab tak lembab.

tapi kau mmg best A.B.G AJ

tengs for checking everyday

Faisal Zakaria said...

Real RocknRolla dah keluar ke?
Aku baru abis tengok RocknRolla.

Mitch Albom rocks. Tranced. And popped. Whatever shit. He write good stuffs.

By the way, Guy Ritchie gila prima donna belle lah wei. Buat cerita siap first episode macam a huge teaser.

Thanks for comin' AJ. You the man.

atreyu strange said...

Zahiril Adzim. That guy is awesome in theaters too.

Anonymous said...

i suka la cerita yang mengisahkan pasal life

Dari mana?

Analytics