PETA (People for the Ethical Treatment of Animals), sebuah organisasi yang tidak pernah lengang dengan controversy buat hal lagi baru-baru ni bila derang tulis surat kepada Ben & Jerry's. Tujuan mereka tulis surat kepada company ais krim ni adalah untuk menyuruh Ben & Jerry's menggunakan susu manusia menggantikan susu lembu dalam semua produk mereka. Sebelum derang tulis surat tu, derang ada terdengar akan citer sorang restaurateur berbangsa Swiss yang baru-baru ni memperkenalkan beberapa makanan istimewa yang dibuat menggunakan susu manusia. Lepas dah dengar citer mamat tu, PETA pun apa lagi, ambik kesempatan ah untuk tunjuk kat kita semua yang susu lembu bukan untuk kita minum.
Tapi ko boleh bajet ah apa reaksi jutaan manusia bila derang baca pasal 'cadangan' ni. Rata-rata orang menyuarakan yang mereka rasa geli nak makan benda yang mengandungi cecair yang keluar dari badan manusia. Yang pelik tu, cecair dari binatang ok pulak. Kenapa susu lembu yang memang bukan untuk manusia dapat diterima tapi susu manusia yang memang untuk manusia kita rasa geli? Logically, susu lembu sepatutnya untuk lembu dan susu manusia untuk manusia ah kan? So far dalam hidup aku, takde ah pulak aku nampak beruk nyonyot tetek kambing nak minum susu. Manusia je bai yang minum susu binatang lain.
Nak kata susu lembu tu penuh dengan zat-zat tak jugak. Majoriti susu-susu lembu kat dunia ni datang dari factory farms. Penternak-penternak kat factory farms ni semua, derang buat lembu-lembu betina sentiasa dalam keadaan mengandung untuk menghasilkan susu. Lembu-lembu ni mengandung bukan dengan cara semula jadi sebab derang takde masa nak bagi lembu-lembu semua orgy kat padang dan masih memenuhi demand untuk susu. Selalunya derang buat lembu mengandung dengan menginjectkan hormon supaya menghasilkan result dengan lebih pantas dan banyak berbanding cara semula jadi. Bila bayi lembu lahir, selalunya ia akan dipisahkan terus dari mak lembu nya, yang jantan selalunya jadi daging veal dan yang betina akan diternak sampai cukup matang untuk menghasilkan susu. Jadi bayi-bayi lembu pun tak dapat minum susu lembu mak dia sendiri. Susu yang dihasilkan yang penuh dengan hormon, akan dijual di supermarket untuk kita semua beli. Bila mak lembu ni dah tua dan tak dapat menghasilkan susu lagi, si mak lembu ni jadi burger ah blad apa lagi.
Memang ah susu manusia dijadikan untuk manusia, tapi adakah ini adalah satu alternatif yang beretika? Pernah tak ko nampak jumlah susu yang dihasilkan oleh seorang pompuan setelah teteknya dipam berjam-jam? Tak banyak ah. Jadi, kalau kita nak guna susu manusia dalam semua produk dairy yang dikomersilkan, berapa banyak pompuan nak kena pam tetek sendiri untuk memenuhi demand? Chances are, kena inject hormon gak bai. Cuba ko bayangkan situasi sekarang ni, tapi gantikan lembu dengan pompuan. Crack tak crack.
Walaubagaimanapun bawak bertenang, PETA bukan betul-betul nak kita ganti susu lembu dengan susu manusia, at least aku rasa tak ah. Aku pun bukan nak suruh ko gi makan koko crunch ngan susu manusia tiap-tiap pagi. Aku minum susu lembu gak. Point yang derang nak ketengahkan kat sini, susu lembu adalah untuk lembu. Kalau ko rasa salah bagi seorang pompuan untuk biarkan anak sendiri pastu susukan anak orang, camtu ah lembu-lembu ni. Bak kata pepatah melayu ah blad, 'anak jiran ko susukan, anak sendiri mati haus nye pasal'.
Ni semua sebab mentality je bai, dari kecik kita dah diajar untuk minum susu supaya tulang, gigi semua kuat. Tapi sebenarnya, manusia dan binatang bila dah dewasa tak perlu susu untuk hidup. Banyak lagi benda-benda alternatif yang lebih menyihatkan yang dibuat dari soya, hemp, kelapa, beras dan sebagainya. Kalau ko takleh nak jadi vegan cam KT, aku syorkan ko beli dairy products yang organik dari penternak yang biar lembu-lembu dia hidup dengan cara bebas, semula jadi dan hati senang.
Oh ya sebelum aku lupa, kepada kaum hindu, sikh dan jain, aku ucapkan happy diwali. Kepada yang menyambut halloween, aku ucapkan happy halloween!
Yang benar,
Pusaran