Salam fren, ari ni ada info panas baik punya. Wa baru dapat report dari abang banker sorang yang menyatakan bahawa sebuah syarikat sanjungan rakyat Malaysia yang bermaustautin di Sepang. Ya, sudah pasti kamu semua tau syarikat apa yang aku bilang ni. Air Asia hari ini telah mengumumkan bahawa mereka akan mengisu kan sekurang kurang nya 20% syer baru untuk mengurang kan kadar “leverage” untuk mengukuh kan cashflow yang ada sekarang. Sebagai sebuah syarikat yang agak besar dan di sanjungi oleh para pemimpin Negara, peminat bola sepak dan Kemeterian Pelancongan, para analyst analyst maut menjangka kan bahawa kadar interest akan meningkat dalam masa yang terdekat.
SO, wa bajet lu mesti serabut nak Tanya apa itu leverage, apa itu cashflow dan apa kena mengena dengan tindakan Air Asia dengan kadar interest yang dijangka akan meningkat?
Meh gua story sikit kisah Air Asia ini. Memang tidak di nafi kan bahawa air asia merupakan syarikat yang telah berkembang pesat. Dalam jangka masa 8 tahun. Pada awal nya syarikat ini dimiliki oleh kerjaan Malaysia yang di urus kan bawah “special purpose vehicle” syarkat DRB Hicom. Pada 2001 dimana kegawatan ekonomi dunia yang disebabkan “internet buble”. Pada penghujung Tahun 2001, Tuan Besar Tony telah membeli syarikat ini dan Berjaya membuat turnaround dalam masa yang singkat. Beliau telah mengubah konsep penerbangan di bumi asia ini dengan mengikut konsep penerbangan low cost yang Berjaya di praktik kan oleh syarikat syarikat eropah seperti Ryanair dan EasyJet (bos dia budak cass beb). Bukan sekadar itu saja, tuan besar ini juga telah membuat strategic alliance dengan kumpulan kumpulan besar seperti Manchester united, Oakland raiders dan banyak lagi syarikat syarikat penerbangan medium di Negara Negara asing seperti Indonesia, Myanmar, Cambodia dan di England untuk memanjukan industri pelancongan Malaysia. Aku suspect, duit itu datang dari kerajaan untuk memajukan industry pelancongan Malaysia. Apa dahal, last call pelancong datang gi shopping dekat Pavilion. Kalau nak harapkan kat orang lokal, aku bajet pavilion pon tak dapat bikin duit.
Apa itu leverage? Lu orang pon mesti tahu, buat business tak semesti nya pakai 100% duit lu kalau lu pakai duit lu 100% dan dapat bikin macam air asia sekarang lu memang TOP BOY no 1. Kalau pakai duit lu 100% sememang nya senang. Tetapi untuk bergerak laju dengan pace globalisasi yang semakin hari semakin laju ini sememang nya susah. Berbalik kepada case study kita hari ini, Air Asia,. Hari tu diorang announce nak beli 40 bijik lagi kapal terbang A320 dan 40 bijik lagi lepas 2013. Contoh ini di ambil kerana ia agak straight forward dan tak ada hanky panky (bak kata abang abang banker yang suka pergi massaas nakal). Oleh sebab pembelian kapal terbang memerlukan pelaburan yang dikata kan capital intensive, pinjaman wang dari bank sememang nya di perlukan kerana kalau nak bayar cash memang akan mengoyakkan cashflow Air Asia. Pendek kata 3500 orang yang keje kat sana memang tak dapat gaji ah.
Apa itu leverage, leverage bermaksud pinjaman duit (dari financial institution; atau pun debt dalam Bahasa orang inggeris) untuk menambah jumlah wang yang ada sebagai cash (sepenuhnya duit lu dan duit geng geng lu, cash, dan tak masuk pinjaman dari bank) untuk mengembang kan perniagaan. So beb, siapa guna leverage ni? Sebagai contoh, macam kes airasia, leverage sememangnya di perlu kan untuk membayar airbus untuk pembelian kapal terbang beb. Sememangnya AirAsia takkan bayar cash kepada Airbus dan pembayaran ini akan sama seperti jika ko beli kereta ngan proton atau produa. Down payment yang agak tinggi sememangnya akan menjadi beban kepada AirAsia untuk membeli 40 bijik kapal terbang A320. Sekarang ni, AirAsia sendiri telah berhutang/mendapat pinjaman sebanyak RM 4.6 billion dari bank dan mereka juga mempunyai equity (pelaburan wang ke Air Asia dan sebagai ganti, pelabur akan mempunyai syer di dalam syarikat dan mereka bebas untuk menjual syer mereka anytime). Itu je beb. Susah ke? Pening sikit sikit je en? Apa apa pun wa bajet lu boleh handle benda benda sepekara ini.
Methodologi yang lain pula selain pinjam loan ada lah pengissuan syer baru untuk menambah cash didalam cashflow lu beb. Kenapa issue syer baru seperti tindakan AirAsia yang baru sahaja announce untuk mengisu 20% ordinary share (saham biasa) dari apa yang mereka ada sekarang. Kini AirAsia mempunyai RM 2.3 billion ringgit yang di kutip menerusi public (untuk pengetahuan lu orang, air asia merupakan syarikat public yang listed di main board Kuala Lumpur Stock Exchange). Oleh disebabkan cost of capital dari pinjaman loan adalah lebih mahal dari angkat duit dari public, pengisuan syer baru merupakan cara yang lebih murah kerana AirAsia hanya perlu issue dividend kepada peng-subscribe syer mereka. Kalau taknak issue takde hal, yang penting project masa depan kena ngam ah. Bila prosepek ada, harga syer pon naik. Ha? Confuse? Ilek bai, meh gua explain. Syer price di calculate mengguna kan 3 method 1. Net Tangible Asset, 2. Discounted Cashflow (DCF) dan PE multiple yang mana satu tinggi itu la jadi pilihan. Tapi banyak lebih gemar tuk tengok Discounted Cashflow untuk mengira value sesebuah syarikat, kerana ia mengambil kira future prospect syarikat syarikat tersebut. Tapi ilek beb. Kita belaja satu satu, kalau nak belajar semua memang HEAVY. Dalam kes air asia ni pulak, mereka memang ada intention untuk raise 200 juta untuk meminimumkan pembayaran interest kepada financial institution yang member pinjaman kepada Air Asia. Gila beb, lu pinjam RM 4.6 billion, interest lu memang tinggi. Kata kanlah interest 2%, lu kena bayar tiap Tahun sama dengan RM 96 million tiap Tahun je lu bayar interest. Mana bank tak kaya beb, makan interest aja pon dah cukup sedap. Itu kalau 2%, mana nak carik financing punya facilities 2% sekarang ni. Jadi, dengan pengisuan ordinary shares boleh dikata kan lebih murah daripada pinjaman loan dari bank bank untuk meng-expandkan perniagaan AirAsia yang saban tahun semakin berkembang.
Dengan kadar minyak yang semakin meningkat, kos operasi airasia kian akan meningkat, dengan kadar expansion yang agak laju buat syarikat ini, cost akan naik dan profit mungkin akan turun disebabkan environment industry pelancongan yang agak tergugat dengan kes H1N1? Lu nak labor tak ? aku rasa hang on. Volatiliti market minyak sememangnya agak volatil lebih lebih lagi minyak special yang digunakan untuk kapal terbang (agak niche jugak ah, tak silap aku minyak yang di korek dari Malaysia banyak di gunakan tuk buat minyak kapal terbang beb pasal sulfur dia just nice ah).
Itu jelah yang aku nak cite ari ni, arap arap u all belajar sumthing la eh.
Topic akan datang, valuation: lu nak jual syarikat lu? Berapa harga? Harga dari lu dapat Turun dari langit ke beb?
Sekian,
Jack "lagi power dari adam smith" Lingam
3 comments:
bosan bro.
Nothing.
Kaput.
Ilek.
Wapuchitau-a
ko bila balik sial.
heavy. gua tulis 31 Jun, smalam kat NST baru kluar. sini memang PORT BOLEH BLA LA KIRA.
tak percaya lu usha NST biznez sektion smalam.
Post a Comment