Thursday 31 July 2008

Khazanah kendiri : mati dieksploitasi



Hari hari budak budak kat blog ni cerita pasal benda benda yang boleh bla.tapi hanya sekali sekala kita bincangkan potensi tanahair kita.seingat aku,kali terakhir kita citer pasal sinar cahaya kebanggaan tanahair kita,kitorang citer pasal pemuzik Kokokaina dan Yuna.

Bai,lu orang tak tau...di sebalik bangunan berkembar KLCC(projek syok sendiri kerajaan kita dan Petronas) ataupun ikon-ikon yang dibangga-banggakan dalam majalah JUICE ataupun KLue,Malaysia sebenarnya punyai khazanah alam semula jadi dan sejarah yang boleh memukau dunia siod.Cuma lu orang tak sedar je sebab lu mungkin dah dibutakan oleh pembangunan dan keadaan ekonomi.

Akankah lu orang sedar,khazanah paling unggul di negara kita yang berkurun lamanya?
Iaitu taman-taman negara di negara kita dan isi-isi di dalamnya.Kehutanan Khatulistiwa yang pelbagai khazanah di dalamnya.Kehutanan dan sejarah yang semakin mati tercemar kerana dieksploitasi.

Gua bengang sangat sekarang ni,sebab gua terjumpa satu artikel yang dipautkan dari website malaysiakini iaitu artikel ini . Suatu artikel yang menghuraikan keadaan di negeri rakyat seperjuangan kita di seberang laut cina selatan,iaitu Sarawak.Kesian orang di sana.Dahlah mengalami ketaksamaan pengagihan infrastruktur dengan orang semenanjung,Dieksploitasi pulak dengan Chief Minister mereka penzalim Taib Mahmud.
Dalam artikel ni Taib Mahmud meyakinkan pihak pejuang alam semula jadi bahawa mereka tak perlu risau kerana tiada projek kerajaan yang akan membunuh alam sekitar Sarawak.

Tetapi,belakang citer,Taib ni mempunyai sebahagian daripada kebanyakan syarikat-syarikat swasta yang menjalankan projek-projek pembalakan yang menjana keuntungan daripada pembunuhan ciptaan-ciptaan tuhan.

Ketika masa sebegini,seseorang itu mengharap pengaruh dan semangat seperti yang telah dibawa seketika dahulu oleh Bruno Manser.

Baca beb pasal Bruno Manser ni.Mamat ni wira siod.Selain dari mengharapkan mamat ni masih hidup lagi,gua jugak mengharap semangat melawan dan berjuang makin kuat dalam rakyat dalam mempertahankan harta pusaka negara kita.

Last gua dengar,budak budak di Borneo menyatakan terdapat khazanah sejarah fosil ke apemende tah yang mengaitkan kehidupan zaman purba kat borneo.Gua dengar orang sana sekarang tengah nak fight pembalakan kat sana dengan penemuan ni.Gua tak tau sangat pasal benda ni,bila gua jumpa buku2 pasal ni gua update lu orang.tapi buat sementara ni,lu orang baca la pasal bruno manser dan kisah2 sabah dan sarawak.Jangan sombong.

Jangan Sombong

Cendawan Sakti + Orang Jepun = Situation Heavy Bab 2


Bai, member aku dari anggota TOP BOYZ rekomen aku letak klip ini untuk korang tengok. Memang boleh bla, tapi mamat ni memang lost bai! Tapi kalau orang kita buat cam ni ko rasa apa jadi?

Apa jadi? Cari gadooo je laaa...Saksikan!

Yang masih tunggu sms awek Berlin,
Kwaidan Kwaidan

Blog Boleh Bla: What I Saw Today

Untuk citarasa aku, kamera untuk aku adalah alat paling tidak menarik hati aku la dalam bab bab seni ini. Akan aku bincangkan segment seni dalam blog ni tak lama lagi, tapi seniman-seniman kegemaran aku termasuk Mark Rothko, Joseph Beuys, Ron Mueck dan ada la beberapa lagi , akan aku ingatkan nanti. Aku tak minat sangat jurukamera sebagai seni, tak tahu kenapa. Aku ada sebab- sebab aku tapi aku rasa itu adalah alat paling mudah untuk orang rasa diorang kreatif? Paham tak?

Sejak kebelakangan ni, ramai chikaro suka bawak kamera digital dan pergi ke disko-disko untuk menangkap gambar perempuan dan lelaki berpakaian tak senonoh, berpakaian yang sukar aku nak bawak jumpa ibu bapa aku dan kata, "Ayah, ni bakal isteri Kwaidan, ayah" sambil dia hisap rokok menthol, leggings kempam, dress ala vintage dan juga way-farers. Ew. Abang Kwai tak minat cam tu, abang Kwai lebih suka perempuan yang berpenampilan 'elegant' dan 'dark'

Walau bagaimanapun, aku nak tunjuk ko blog ni. Aku dulu ada idea nak buat cam ni, sebab aku pun suka gak lukis- lukis ni. Dari tangkap gambar pakaian orang, baik lukis diorang betul tak, saya rasa lukisan ringkas atau sketch tidak begitu popular berbanding dengan dulu, sebab skarang ko tau la, era fotoshop kamera digital ni, semua chikaro dan lelaki nak buat gaya hidup diorang cam poster. Jari tengah buat korang, Ibu jari untuk orang yang masih berjalan membawa kertas, pensil dan melukis apabila melihat sesuatu yang menarik perhatian korang. Lukisan adalah satu alat komunikasi peribadi yang menggunakan anggota tangan dan minda. Apa yang kau lihat, adalah lain apa yang orang lain lihat, jadi kalau lukisan ko buruk ke, cantik ke, aku rasa itu unik kerana setiap orang berlukis dengan cara yang berbeza. Untuk aku, kalau gambar, dia telah ditetapkan suatu situasi, tarikh , tempat, cuaca dan waktu. Kalau lukisan, dia bersuara banyak lagi. 

So apa pendapat you all huh? Mahu mulakan blog lukisan  dari pergambaran sahaja? Hidupkan semula roh-roh pensil dan pen dan art block? Cuma berkongsi pandangan saje. Tu lah, rakyat kita, susah nak kritik dan bagi pendapat. Kalau negara maju lain, skolah seni diorang, lecturer kutuk bukan main lagi, ko pun kena relek ah.Tapi kalau kat kl, lecturer sound ko terus "Jumpa kat luar Bar Blonde ar beraniiiii!"

Sekian

Kwaidan Tarrr

Wednesday 30 July 2008

T-shirt baru di pasaran

sejak minggu lepas selepas "akta universiti dan universiti kolej 1971 " telah di hapus kan, aku pun saja je la jalan jalan kat area kampung baru, tetiba tersinggah pulak kat Uni kolumpo situ, sekali ada la pulak orientasi pelajar pelajar kat situ la kot.. ada la chikaro jual dunkin donat 2.50 sekeping (mahal gila sial), lepas tu ada jubin lak jual bubur ayam panas.. ada pak cik tua promote tempat futsal dia, brother cina dua orang jual broadband celcom, dan antara bahan utama yang menjadi sasaran adalah t-shirt di bawah..hihihi:-


aku rasa mamat yang design benda ni memang pandai dengan menggunakan slogan sebegitu rupa.. dia memang mempunyai ciri-ciri seorang usahawan.. bkan apa memang dia mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi sub-kultur yang sedang bergiat di kuala lumpur..aku tak tau la kalau dia buat market research guna bloomberg terminal atau pun Thompson one banker..tetapi mamat ni memang dah buat kerja rumah dia sebelum dia design baju yang berkonsepkan minimalis..kira nya memang direct ah bai... marketing strategy dia pon dah betul lah pasal timing dia pun memang sharp.. kalau lah dia dapat kontrak print baju ni dari tauke tauke baju bangladesh, vietnam atau china..memang dia next bill gates ah kat kl-town. iye ah
kata kan lah dia outsource satu helai =1 ringgit, campur transportation, dan etc tapi minimum order 50,000 helai. pastu jual kat kedai kedai bundle atau pun kedai kedai "arty..hihih" kat KL, JB, IPOH, KOTA bahru dll dengan harga rm 10 inggit sehelai..memang buat easyyyyyyyyyyyy money ah... tapi kalau lu hantar baju lu masuk tesco atau giant memang market lu terus gone (hilang) baiiiiiiiiii!!
Jack " aiseh wa rasa wa straight foward sangat ah" lingam

la guerre du feu: une film tres incroyable!


bai, aku nak cerita sikit pasal cerita perancis ni yang di bikin oleh direktor perancis yang lari ke quebec (sebuah kawasan di kanada yang berbahasa perancis).. apa apa pun cite ni takde kena mengena dengan filem yang aku nak cerita kan ini.


Cerita yang aku nak cerita ni tajuk nya la guerre du feu; perang pasal api; the quest for fire. korang penah tak tgk cerita 10,000 bc lepas tu korang kluar wayang tanya kembali kepada diri korang. WEI? APA LANCAU SIAL MAMAT NI BUAT FILEM YANG NAK TEST PENGETAHUAN SUBJEK SEJARAH YANG AKU BELAJA MASA FORM 1-2? gila bai, wa rasa filem 10k bc tu memang saja je bai nak buat duit dengan cara senang tanpa memikirkan tentang masa hadapan manusia yang menonton filem itu. kiranya story dia memang tak boleh bla laa bukan apa. banyak sangat la direktor yang buat filem tu mimpi time tido waktu maghrib...memang benda yang bukan bukan ah..aku rasa dia buat filem 10,000 bc tu memang saja nak buat testing kat software cgi yang diorang baru dload kat torrent memana... tetapi cerita itu agak mengarut..

walau apa pun wa bukan sini nak kondem cerita 10,000 bc kerana aku percaya bahawa imiginasi sesorang adalah berbeza samaada yang dah lepas (pre sejarah;pre-histori ) atau pun masa hadapan..

ini dia aku perkenal kan cerita yang serupa seperti cerita 10,000 bc tetapi tak mengarut dan agak straight foward.. bayang kanlah cerita yang macam 10,000bc tetapi selesai post production pada 1981. gila bai memang jauh ah zaman berlalu boleh kata 25 tahun kot.. rasa nya idea CGI tu pon tak de agi dan komputer memang orang orang sekaya sultan brunei aja yang mampu nak beli...

apa apa pun cerita ni setting dia time zama paleolitk. kiranya api tu adalah sebuah bahan keramat dan orang yang semi beruk masih bergaduh gaduh untuk mendapat kan api. Walaupun perangai orang yang semi beruk ni sebijik macam manusia zaman sekarang. memang lost jugak ah bila tengok filem yang tanpa bahasa ni.. direktor ni berjaya mengatur gerak geri si manusia semi beruk ni sehingga penonton yang tonton filem ni faham bai... kiranya filem ni penuh dengan aksi (bukan ganas; tetapi gerak geri badan yang pure action lah..susah bai..bkan cam filem melayu, kadang kadang terlebih aksi).

itu lah yang aku rasa special sangat cerita ni bai.., cara watak watak ni berkomunikasi pon cam pakcik dalam iklan ubat batuk cap ibu dan anak all the way ah..kalu lu kaki ubat batuk lu mungkn paham la apa si manusia semi beruk ni cakap apa bai.. tetapi aku memang tgk gerak badan si manusia semi beruk ni je tuk faham kan.. gila bai kadang kadang bukan senang nak tengok filem filem yang cam gini..tak pecaya cuba kau geladah bilik mak lu, bini lu atau pun chikaro lu..dan ko gi ah try tgk ah filem arobik.. lu duduk sampai bila pun lu tak kan paham apa paula abdul nak try explain dgn gerak badannya itu...

tetapi filem ni memang bagus tuk pembikin pembikin filem muda yang risau tak cukup sen tuk buat filem filem yang bertaraf dunia..pasal filem ni lu tgk mmg basik jugak ah tetapi lost baiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

apa apa pun filem perang pasal api ni dapat memberi inspirasi kepada pembikin pembikin filem tuk cerita pasal orang orang asli di malaysia,, aku dah bosan dgr atau tengok cerita pasal rumah panjang yang nak kene roboh lepas tu ketua rumah panjang dan bini bininya mati kena tembak pasal gaduh ngan tauke balak.. lepas tu pulak anak si ketua rumah panjang ni jadi anak yatim piatu. Pastu time nak balik keluar ke dalam bandar, si tauke balak dan bini nya sedang ronda ronda dalam hutan yang tebal di sarawak.. tiba tiba dia pulak nampak seeokor babi hutan sedang menyeret sebuah bakul dan pada masa yang sama ada dgr bunyi bayi menangis.. rupa rupa nya bayi tu anak si ketua umah panjang..tetapi si tauke balak tu tak tau..dengan godaan si bini tauke balak tu untuk bela si anak ketua sampai la dia besar.... 21 kemudian.... ha korang pasti tau apa akan jadi selepas ni kan.. lu pikir pikir ar sendiri..
APA APA DLOAD AH CITE NI BAI KAT TORRENT TORRENT MANA MANA!


Jack "so on ke tidak kopi ni? dah sehari dah tunggu reply" Lingam

Gorrilaz/ OIympics 2008: Gabungan Trailer Lost!

Perghhhh, inilah dia kugiran virtual Gorillaz, yang dicipta oleh Damon Albarn dari Blur dan juga The Good the Bad and The Ugly dan member lama dia, Jamie Hewlett, telah dikomisenkan oleh BBC untuk buat klip untuk siaran Olimpik Beijing 2008. Klip dua minit ini melibatkan watak- watak al-kisah cerita- cerita Cina Lama. Saksikan bai, gempak. Soundtrack pun cunz!

Yang teruja,
Kwaidan 'nak belajar bahasa cina' Tarmizi

Ekuiti: Menolong dan Membantu orang Menjadi Kaya

Ekuiti apa itu ekuiti? ekuiti ni kiranya macam ekuiti lah. pendek kata ekuiti dalam syarikat lu lah.. amacam faham? aku sendiri pon tak faham bai... apa apa pun, sekrang ni memang banyak kes kes ah long campak cat merah kat kete bmw yang jiran sebelah lu beli. tetapi, sejak harga minyak naik harga cat pon naik pasal sumber asas cat ialah petroleum (kalau tak tau gi la tgk national geograpic jgn dok tgk akademi nasyid je).

So sejak dua menjak ni, ahlong along banyak mengguna kan teknik lama ia itu mengguna kan air bateri yang telah bertukar menjadi asid sulfrik (teknik ni senang je, tapi bila ko belaja kimia tu dulu lain, pasal tu campur ngan air warna biru (itu sulfur lah)..so kira nya bila dah campur nngan plumbub mmg barai la body kereta kau.. kiranya...mat mat kereta yang berhutang ngan ahlong pon terus jadi mat motor bai pasai nak bayar balik kereta yang telah di cantas oleh ahlong ahlong yang kasik pinjam wang...

apa apa pon wa nak cerita sikit pasal ekuiti ni.. pasal orang orang kita tak tau mana nak carik duit.. duit memang banyak tetapi mentaliti nak ada duit kocek itu yang membuat halangan mental (mental block) untuk orang meminjam duit sedara mara, pak cik pakcik dan makcik makcik.. bkan tak boleh pinjam duit mak cik atau pak cik sendiri.. tetapi bila dah pinjam duit mereka pula kita akan mempunyai sikap sambil lewa untuk membayar balik hutang hutang mereka walau pun mereka tak minta caruman..

itu lah sebenar nya dilemma sebenar yang di alami oleh manusia kalau nak bukak syarikat.. sama ada nak bukak kedai jahit (gila bai sparkman shop kat subang parade tu bleh), kedai kain (gila bai kamdar ngan euromoda boleh), kedai runcit (gila bai, mydin, giant dan disko eh tesco boleh) dan banyak lagi contoh contoh yang berjaya.. nak tau asal derang berjaya? pasai lu tengok business plan dia semua boleh bla baiiiiiiiii...

SO Apa ko ni cerita brother jack? wa lost la..
ilek dulu kengkawan, baru tulis abstrak lu dah pening dah.. lu nak ada duit sendiri hantar anak lu gi belajar kat vladivostok tak?

okok.. apa yang lu nak cerita ni? lu ni cakap serupa ah long la...apa beza ekuiti dengan loan ah long?
prinsip dia sama je.. kita memang bagi duit pon tetapi...kita punya screening tu lebih sikit baiiiiiiiiiii.. kira nya kitaakan geladah fail fail korang sampai dapat justifikasi yang sepatut nya...iye ah kalau bagi duit kat armaya maarof kan, baru release duit terus bli kete batman, kalau si KT tu pulak semua majalah majalah dia akan borong pastu bagi kat tunang dia.. mana boleh bai.. kita kena siasat gak sama ada ngkorang ni betul ke memain je..

iye ke bro? file file aku pon aku tak tau letak kat ne? silap silap anai anai dah makan dah bro..
Aisey man, kalau file sendiri pon tak bleh pegang.. duit orang lu nak pegang cam ne baiiiiiiiii..

lu ni memang licik la bro jack?lagi apa lagi proses? kira dah lepas kena selak file file ngan kain secretary aku, apa lagi yang nak di cari? ke boleh mintak duit yang wa mintak ni?
belom apa apa lu dah nak pegang duit... sabar ah bai, banyak benda lagi yang korang akan harungi sebelum lu jadi kaya beb.. .. banyak agi step yang korang akan harungi, lepas kita dah puas hati ngan file file yang korang ada.. korang akan di ajak tuk bersembang ngan tauke tauke bank yang nak bagi duit ngan lu bai..time tu korang kene ah buat presentation, cite ah dan kasik kembang bro si banker banker tu..dan pasti kan lu bleh buat duit yang derang pinjam tu berkembang seperti menjadi sebuah pokok kelapa sawit yang berbuah la.. pasal abang abang bank ni satu je mentaliti, kkalau lu bleh buat duit tara halll punya..bapa banyak lu mau wa bleh pancut beb.. tapi, kalau lu cite dan lu kelentong.. memang tak dapat lagi ah korang nak singgah bank sambil usha pembantu pembantu si pegawai bank tu..

hmm..lagi bro?
selain itu, pemberi pinjaman akan amik segelintir share dalam kompani lu dan kiranya jadi partner dalam kompani lu ah..

aisey? mcm mana ni?
gila bai, lu ni nak kaya tapi lu nak jadi rambo.. mana boleh. kalau lu nak jadi rambo lu gi masuk askar la.. rumah bagi, pencen bagi, semua bagi ah...kepala pon tak pening.. bkan salah pon bagi pemberi duit tu saham..jgn la tamak haloba sangat. pasai orang bank ni memang gerenti kenal banyak orang bai, kira nya start start bisnes baru ni lu kena ah tau sapa ni sapa tu baru la konkrit sikit bisnes lu bai...selain itu, dia pasti tolong bai.. pasal dia ada saham dalam kompani lu..dia pon nak kaya dan pasti kan duit yang derang pinjam kan tu berbunga.. so pendek kata gerenti tolong ah bai.. gile bai, lagi pon sekarang ni, susah nak carik orang yang kasik pinjam duit tapi tak mau ekuiti dalam kompani lu...itu ahlong je bagi...

selain tu duit yang diorang bagi tu akan di simpan oleh diorang untuk ada transparensi yang lebih transparen. karang lu cita nak bli ni pastu lu bi tu.. macam tu lah..

jadi tiap kali lu nak mintak kluar duit ke, nak bli barang ke..lu mesti tulis surat..tapi jgn risau bro,,duit lu dah di allocate kan dah tuk korang kalau dah di approve kan..

skim ni selalu nya bertahan selama 3-5 tahun bai.. lepas kalau syarikat ko dah power sangat...insyaallah syarikat lu boleh pegi main board kat klse..kat situ lah bank ni akan cabut dari syarikat lu...dan duit akan memancut mancut ke dalam akaun lu..

pendek kata, nak kaya takan jadi dlm masa satu hari..tapi dengan kesabaran dan ketabahan yang lu ada ngan menghadapi abang abang banker yang agak bebal.. kapan hari cita cita lu nak berbini 4 pon tada hal..

jack "so bila nak minum kopi" lingam

Tuesday 29 July 2008

Dengar Dan Faham: Situasi Lucu


Halo semua, ni ha, satu klip yang mencuit hati aku. Cuba ko dengar klip ini tanpa melihat klip tu, ada kan kelucuan yang tersirat? Aku tunjuk ni kat tunang aku habis dia tarik telinga aku kata aku nakal. 

Semoga terhibur!

KwaiKwai (nama tunang bagi time sms tak manja)

Monday 28 July 2008

Sambutan Hangat: Vogue Italia Isu Black



Jualan habis di sekitar kawasan Eropah seperti London, Paris dan Milan. Kawasan- kawasan NYC pun tengah dok cari kat E-Bay, chikaro- chikaro Jepun pun tengah mencari, kedai- kedai terkemuka kata laris dijual dalam masa 4 jam setelah dikapalkan masuk ke kedai tersebut. APAKAH FENOMENA INI? Jawapannya Vogue Italia "A Black Issue".

Abang Kwaidan, Kenapa Abang Kwaidan tetiba nak cakap pasal majalah fesyen pompuan?
-Sebab Abang minat dengan kakak engkau yang minat fesyen tu. Oh ya, Abang pernah sup lidah kakak ko gak.

Ceritanya ringkas, Vogue Italia, memang tersohor dengan peragaan-peragaan yang innovatif, konteks dan artikelnya juga dua langkah hadapan berbanding dengan majalah- majalah fesyen lain. A Black Issue ini adalah satu isu khas menampilkan peragawat- peragawati berkulit hitam, antaranya Chanel Iman, Naomi Campbell, Alek Wek dan juga bekas teman wanita Abang Kwai, Liya Kebede....Sebut je nama dia , Abang Kwai punya bulu dada mesti luruh!

Isu ini meraikan budaya hitam atau dalam bahasa omputih, black culture, bukan black metal. Black Metal tu ko taip Dimmu Borgir kat Google mesti dapat info. Dengan pertolongon jurugambar dan stailis yang ternama, Vogue Italia telah menerbitkan majalah fesyen yang telah mengubah sejarah industri ini. Abang Kwai punyalah macho, siap dapat satu isu beb! Korang takde kan? Abang Kwai ada sebab nak bagi akak si dayus yang tanya soalan tadi ah kat abang.

Abang Kwai akan tunjukkan beberapa gambar dari Isu ini. Susah beb nak dapat isu ni skarang, semua tengah cari. Sampai kemungkinan besar syarikat Vogue akan menerbitkan beberapa ribu naskah lagi. Pergh! Memang Boleh bla, Sebab abang Kwai minat chikaro berkulit gelap pun! Yang hitam manis, bak kata orang kita. 

Ok!

Kwaibaby (nama tunang bagi time sms manja)

Blog Boleh Bla: Aku Tak Peduli

Blog ni ada bagi satu 'shout out' bak kata bahasa omputih kat kita. Jadi kami, dari anggota TOP BOYZ ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan blog ni. Aku tak tahu ah siapa mamat ni, aku budget handsome blad gak ah. sharp cat. Sebab bila aku baca blog ni, aku boleh rasa akan dinamiknya dan dia telah melihat dunia ni dari sudut yang menarik. Jadi sekali lagi, blog ni boleh bla! Dan sebab- sebab dia tulis pasal kenapa orang Melayu takleh jadi Batman tu lucu sekali.

Semoga korang terhibur!

Yang terharu,
Kwaidan Tarmizi Gordon

Inovasi? atau daddy-kasi...

assalamualaikom kepada semua...
ari ni brother jack nak cerita pasal satu site yang brother jack bukak boleh kata setiap pagi lah. Kiranya brother jack dah tak import surat khabar El Pais, le monde dan Daily Borneo. Skarang ni pon kegawatan ekonomi, brother jack dah jadi makin fulus dan bakhil... apa apa pon ini dia website yang aku bkak pagi pagi untuk cari inspirasi..Website ni adalah sebuah website berita, kira nya cam the star, utusan dan lain lain.. tetapi ada satu sekysen yang aku minat.
kiranya cerita dalam seksyen ni semua nya pasal innovasi. gila bai inovasi ni penting pasal banyak idea idea yang lu bleh cilok (cilok idea tak salah). Banyak lah benda yang menarik kat sini, dari pada arkitektur, seni automotif, ekuiti jenama, permainan, seni, media dan jenama.
posting dia semua memang boleh bla la kira. semua nya pembuka minda bai. apa apa pun yang wa nak galak kan kat sini adalah mulai hari anda dengan innovasi (dan juga bismillah)..


jack lingam

Sunday 27 July 2008

Chikaro Waktu Ini: Russian Red





Terus terang cakap sama korang ah, aku ni tak minat sangat vokalis perempuan, aku leh kira ngan jari aku suara perempuan mana aku suka, antaranya termasuk penyanyi-penyanyi soul macam Alice Clark, awek saiko Fiona Apple dan yang lagenda Nico. Tapi awek Sepaniol ni, Russian Red, aku takleh tahan ah. punya lah comel. Suara dia memang unik. Nak kata macam Joanna Newsom takdelah sama. Bai, Russian Red memang boleh bla, pasang album dia I Love Your Glasses pada hari minggu sambil kemas kemas rumah, tapi ada jugak lagu feeling untuk bagi chikaro ko ke, tunang ko ke (aku bagi album ni kat tunang aku, dia bagi aku satu layanan istimewa tapi takleh la bagitau, tapi aku bagi ko satu hint, dia pakai baju skolah menengah lama dia hihi)


SEMOGA TERHIBUR!!

Kwaidan 'touch my body' Tarmizi

Saturday 26 July 2008

Kereta Hybrid: Bukan Back To The Future

Ok bai, hari ni aku nak cerita sikit pasal kereta hybrid. Bukan apa, since kereta hybrid dah mula masuk kat Malaysia, aku rasa berpatutan lah kalau aku cerita sikit pasal benda ni. Mana tau kalau ada antara korang dah sakit isi minyak dalam GM's Hummer H3 tu ingat nak ganti kereta ke.

Apa kereta hybrid tu bai?

Kereta hybrid takde lah beza sangat dengan kereta-kereta lain. Kereta hybrid bukan macam kereta DeLorean dalam filem Back To The Future 1,2 dan 3 yang guna kuasa nuklear pastu boleh terbang jumpa mak ko masa muda-muda sebelum dia kahwin dengan bapak ko. Tu semua tipu ok? Ko still kena isi minyak gak. Beza dia kereta hybrid ni ada enjin dan motor ah senang citer. So far kereta hybrid cuma ada petrol je tapi diesel punya coming soon.

Tapi bai kalau kena pakai minyak gak baik takyah. Baik aku bawak Hummer H3 aku tu, chikaro pun basah bila tengok.

Hakelah...ko cerita macam dah bo je. Lek la dulu. Cerita dia camni, ko memang kena pakai minyak gak. Tapi kuantiti petrol yang diperlukan kereta hybrid untuk bergerak lagi kurang dari apa yang ko pakai sekarang ni. Oleh sebab kereta hybrid menggabungkan petrol dan kuasa elektrik, kapasiti enjin dia tak sebesar kereta-kereta konvensional yang lain. Ni yang buat kereta-kereta hybrid lagi efficient dari segi kegunaan petrol. Enjin dalam kereta hybrid akan 'hidup' bila diperlukan je. Cam kalau ko lenjan kat KESAS Highway sebab dah terlampau senak perut sangat, time tu ah dia pakai enjin. Time-time ko tak perlu sangat power cam time ko cruisin dalam town, pusing-pusing carik parking kat Hartamas atau sekat dalam jam, kereta hybrid guna motor elektrik dia tu. Time-time camni lah kegunaan petrol paling intensif untuk kereta-kereta bukan hybrid.

Habis tu kalau battery dia habis camana bai? Boleh ganti battery Eveready tak? Duracell mahal sangat ah...

Ko gile ke? Ko nak sumbat kat mana? Yang tu ko takyah risau la. Setiap kereta hybrid yang ko tengok semua tu ada generator kat dalam. Generator ni kegunaan dia untuk charge battery dengan menukarkan tenaga kinetik dari enjin dan tenaga haba dari brek kepada tenaga elektrik sambil ko bawak. Kalau ko tengah sekat dalam jam tib-tib battery habis, jangan panik, enjin yang guna petrol tu akan 'hidup' secara automatik pastu dia akan chargekan battery. Bila battery ko ada cukup 'juice' enjin akan 'mati' pastu ko pakai balik motor. Semua penukaran berlaku secara automatik, ko cuma bawak je.

Asyik cerita pasal minyak je, apa lagi yang best pasal kereta hybrid?

Kereta hybrid selain dari kurang makan petrol, terkenal jugak dengan status sebagai mesra alam. Kuantiti karbon dioksida yang keluar dari ekzos kereta hybrid, mengikut kajian, adalah antara yang terendah. So setiap kali ko bawak kereta, takde lah rasa guilty lelebih sebab ko tak contribute sangat kepada global warming macam si Hamidi yang bawak kereta Proton Knight tahun 1988 dengan straight-pipe kat sebelah ko tu. Dunia ni kena jaga gak bai walaupun ko takkan hidup sampai 1000 tahun. Plus kereta-kereta hybrid memang senyap ah time guna kuasa elektrik. Takde bunyi langsung. Ko boleh guna kereta hybrid sneak up belakang member ko yang tengah jalan kaki pastu main geletek-geletek ngan dia pastu cabut.

Tapi bai tak on ah bawak kereta hybrid. Takde power...

Memang kebanyakan kereta hybrid di Malaysia takde power. Kereta hybrid bukan untuk ko 'park and display' depan Suzi's Corner, Heritage Row, Hartamas Square dan sebagainya. Kereta hybrid pun bukan untuk attention-seekers, orang takkan pandang ko sebelah mata pun kalau ko bawak kereta hybrid sebab kebanyakannya buruk cam tenuk. Kereta hybrid hanyalah untuk orang-orang prihatin terhadap alam sekitar, nak kurangkan kegunaan petrol sambil kurangkan pencemaran dan sebab tu aku rasa kereta-kereta hybrid boleh bla.

Armaya Maaroff

Single Minggu Ini



Slipknot- Pyschosocial

OK Bawak bertenang, korang ingat blog ni dah songsang ke apa. Tapi bagi aku terangkan dulu. Slipknot ni, ditubuhkan masa zaman- zaman nu-metal tengah panas dulu, dan gig-gig kat KL tu semua, semua tetiba nak jadi nu-metal. Tetapi masa trend dah berubah emo, tetiba band- band nu metal ni gerak Emo lak. Pe cer?

Pada pendapat aku, Slipknot boleh bla kerana pada 90an ke atas, mereka telah alter bunyi metal kepada ciri- ciri yang lain. Ye, dia bukan se-keras, atau agak 'radio friendly', tapi siapa nak bertengkar dan berdebat tentang evolusi? Aku tak nak, dan kalau ko nak, mungkin dalil-dalil korang agak cetek, cakap pasal tak sekeras, atau tak macam dulu.

Contoh kugiran Beatles. Dari lagu macam Hard Day's Night kepada Sgt Peppers dan album Revolver, bukankah itu juga evolusi muzik pop? 

Kugiran se-tight mesin macam Slipknot dan kehandalan mereka untuk bermain semua jenis metal dari trash, ke melodic ke death ke black, diorang akan mendapat cop sebagai salah satu kugiran yang penting dalam kategori kugiran atau metal ini. Pada zaman sekarang, industri muzik tak bagi peluang dah untuk satu term dipanggil 'longevity', jadi bila ko dah buat satu 'institusi' dalam muzik anda. Confirm lu penting.

Single ni memang matang bagi aku, terdapat skala atau riff dan groove dari semua jenis kategori metal dan disaluti dengan korus yang agak 'sing-along' untuk mendapat kelulusan permainan radio. Bukankah itu genius? dan dalam aspek tertentu , berani. Slipknot, korang boleh bla sebab korang adalah apa kugiran sebenar, iaitu bermain muzik seketat mesin dan mempunyai imej yang akan kekal dalam ingatan orang seumur hidup.

Kwaidan Tarmizi "rock" (takdelah)

Majalah Monocle: Satu Langkah Depan Dalam Informasi Gaya Hidup




Apa khabar semua? Harap korang semua tengah rehat dan menikmati hari minggu anda. Ni aku nak chit-chat sikit pasal satu diskoveri aku. Aku jumpa member aku ni, top boy gak ah mamat ni, sharp cat. Aku gi minum kopi ngan dia. Dia ni memang semua pakar ah. Kira 'si-fu' gak dalam informasi terkini. Jadi, aku tanya dia. 

"Aku nak la, kalau ada satu majalah ni, yang boleh mencantumkan informasi-informasi terkini dalam politik, budaya, ekonomi, keadaan dunia dan juga cakap pasal rekaan terkini. Jadi aku tak payah beli majalah GQ, Economist, dan Wallpaper, sebab ini boleh mengeringkan dompet aku"

Dia, relek je blad, Hembus asap rokok kata. "Monocle bai. Majalah tu ko kena check-it-out"

Aku terus gi ah kedai kecik depan rumah aku, diorang jual majalah ni. Pergh, bai. Aku tengok beberapa muka surat je, aku dah suka akan cara penulis penulis diorang punya stail. Majalah baru diorang, ada 'main cover' tulis 25 most livable cities. Aku pun nak tahu ah, sebab sejak aku dah bebaik ngan tunang aku, kita ada plan nak hijrah tempat lain. Dunia dah global bai, takkan tinggal satu kota je, betul tak. Hidup pun cuma skali.

Jadi aku baca la sebab-sebab kenapa 25 kota ni diorang kata paling boleh bla la kira (termasuk Singapore siot) , dan diorang bagi dalil diorang dari sudut-sudut keadaan negara, 'urban planning', transportasi awam dan macam- macam lagi. Diorang juga cakap pasal penduduk-penduduk, diorang gembira ke tak, Kadar inflasi dan sebagainya. Tak pernah aku tengok majalah yang bagi konteks dalam banyak sudut. 

Majalah ni juga ada cerita tentang negara- negara lain, kalau kita nak bercuti ke, tapi diorang bagi tempat-tempat yang paling kaya dalam konteks rekaan dan nilai sesuatu tempat tu, mengikut keadaan masing-masing. Ada satu video ni pasal "Things to Improve your life", semua boleh bla baiii..


Aku harap korang dapatkan majalah ni dan baca sendiri, Ada banyak benda yang kita tak leh mampu yang diorang suruh kita cuba, tengok dan sebagainya, tapi dengan cari ini, aku rasa diorang bagi kita satu aspirasi untuk bekerja keras dan menikmati keadaan dunia sekarang dengan cara yang paling 'top'.

Ok bai, setelah aku bincang ngan tunang aku, kita dah buat keputusan mana nak membesarkan anak-anak kita kalau kita dah kawin. Korang pulak? Takkan hartamas je!

Yang kreatif,
Kwaidan 'i think i love my wife' Tarmizi

Friday 25 July 2008

Scene Seks Tanah Air dan Negara Negara Asean

This summary is not available. Please click here to view the post.

Bruce Lee, Ass-Kicker. (November 27, 1940 – July 20, 1973)


"Ramly Ballada, I owe you one"

Hai semua!

Semenjak dua menjak (tiga menjak) ni abang terlalu taksub dengan pengasas Jeet Kune Do ni. Entahlah, could be sebab abang dulu penah berbadan slim tapi mantap macam dia ni kot or maybe sebab dulu orang selalu ber-debate pasal siapa nampak lagi "Bruce Lee", Ramly Ballada atau Bruce Lee himself. Hmmm...Ntahlah, korang decide la sendiri ya? Ahaks! Anyway, abang would like to share with all of you a short clip of my favourite ass-kicker/actor/philospher in the world, Mr. Bruce "Jun Fan" Lee.



Oh and nantikan "The Legend of Bruce Lee" tv series! Eeeeeeee tak sabar ok!

Thursday 24 July 2008

Konsep Radikal Dari BMW

Ni dia kereta konsep GINA Light Visionary yang crack dari BMW. Kompeni otomotif Jerman ni tengah nak cuba-cuba menjelajah konsep baru dalam reka bentuk kereta, material dan fleksibility sebab tu ah derang buat kereta konsep ni. GINA ni dia tak guna besi/plastik sebagai 'skin' macam kereta lain tapi dia guna besi dan carbon fibre' sebagai struktur pastu dibalut dengan fabrik tekstil. Yang lost tu kereta ni boleh tukar bentuk bai! Macam mana ko tanya? Aku tak pasti sangat ah sebab BMW takde cerita detail pasal benda ni. Apa yang aku tau dia guna alat-alat elektro-hidraulik untuk kontrol bentuk struktur kereta. Papahal pun jangan excited lebih-lebih, kereta ni baru konsep.




Armaya Maaroff

Tuesday 22 July 2008

Bahasa Pasar 101: Abu Tegas

Contoh: " Wei ko cuba tengok ketua pengawas sekolah kita. Muka dia tak pernah senyum."
            " Biasalah blad, imej Abu Tegas"
            " Tu ah, dia menang juara ping-pong daerah pun buat muka cam ni."
            "K lah wei, aku nak tengok malaysiakini.com"

Yang 1 hari sober,
Kwaidan Tarmizi

Monday 21 July 2008

Filem Pendek Yves Saint Laurent 2009


Ya mesti korang macam "Whoi, tetiba je ko blog, mana ko menghilang dll, OK AKU BAGITAHU KORANG!"
Aku (kwai)
a) Baru balik dari rehab minggu lepas atas penyalah gunaan alkohol, bahan narkotik dan juga pil tidur
b) Pergi melawat ibu untuk semangat dan ketabahan dan ingin memohon maaf
c) Rujuk tunang lama balik, jadi biasalah, kena 'settle things'

Anyways, saya ingin memohon ribuan maaf kepada TOP BOYZ dan juga para pembaca kalau saya terlanjur kata selama ini. Kadang- kala, bukan saya yang menulis, tetapi saya yang telah dirosakkan oleh Bourbon dan Shochu.

Inilah dia Filem pendek baru 2009, yang telah diarah oleh pengarah YSL sekarang Stefano Pilati. Filem pendek ini ada menceritakan imej dan visi seorang lelaki dan kehendaknya, maklumlah, lelaki ni suka jaga penampilan, tapi tak suka tunjuk sangat, kang orang panggil apa? sotong? apok? oops, jauhkan .

Harap korang faham tentang visi Encik Pilati dan dia ada buat filem pendek untuk musim lepas juga. Jadi, Semoga terhibur dan jauhkan diri daripada yang negatif kawan- kawan!!!

Kwaidan "dah tukar" Tarmizi

Saturday 19 July 2008

bahan letupan hidrogen: Codename Ivan

kalau lu hisap cendawan ni gerenti cair otak lu!
geng, sejak kebelakagan ni asyhik cerita pasal ekonomi, politik.. aku pon dah bosan dah. ini dia aku nak cerita kan benda benda yang boleh bla la kira bila lepak ngan ada blad ni sorang. apa apa pon benda yang wa nak cerita ni pasal bahan letupan yang nama nya Tsar Bomb atau Bom maharaja, RDS-220 (negara negara eropah) atau nama kekunci nya Ivan. Gila bai, bom ni sebuah bom hidrogen yang agak lost la kira. Bom ni dikenali sebagai bom nuklear yang terbesar, terkuat dan skala radiasinya yang agak besar, kiranya kalau kena kat london, central london terbakar dan bandar bandar jiranya seperti hertfordshire, essex, croydon,reading akan terbakar. kira kira kawasan yang akan terbakar setelah bomb ni terbakar ada la dalam skala 62 kilometer.

Bom ni di reka bentuk untuk ada kekuatan 100 mega tan bom TNT (kalau kat malaysia ni cam mercun cina atau pun mercun papan; tapi lagi besar: kalau korang tak tau orang yang buat "noble peace prize" tu orang yang reka TNT, Alfred Noble kot). Bom ni di buat oleh kerajaan bersekutu soviet. Oleh sebab untuk mengelakkan kesilapan teknikal, bom ni telah disiapkan dengan mempunyai komposisi 50 megatan bom TNT.

Apa apa pon korang jangan sangat cuak pasal kat dunia ni dua bijik bom tsar yang telah siap di bina. satu telah di letupkan di utara rusia, sebuah tempat di namakan Novaya Zemlya, kira nya tempat ni memang tak de penduduk tempatan.

Menurut fakta, batu batan danbukit bukit telah hancur menjadi abu bila bom tsar telah selamat di letup kan di kilometer 4 sebelum cecah ke permukaan bumi pada 30 oktober 1961. Lagi sebijik ni macam design casing aja, tetapi isi nya bukan lah nuklear, tetapi mungkin kekacang atau pun pasir pasir. Lagi sebijik bom ni dipamerkan muzium nuklear di sarov.

Bom ni dicipta tetapi tak direkrut oleh general general kerajaan soviet, sebalik nya, ia dicipta untuk menggerunkan friend friend mereka di amerika syarikat.


jack lingam

Wednesday 16 July 2008

Aku baca satu majalah ni


Apa majalah ni?
Ujang? Dik cerdas? Juice? Dazed and confused? Maskulin?

Tidak. Majalah ini nama dia.....THE ECONOMIST. Majalah senang cakap, macam times magazine ah. Cover banyak aspect dalam dunia ni cam Ilmu sains (penemuan penemuan baru), Politik, Economy, Social dan macam macam lagi (iklan kereta baru apa semua ah).

Pembaca: Bosan ah baca majalah camni, aku pernah try baca, cam tak kelaka je.

Memang la majalah ni tak kelaka, kalau kau cari majalah kelaka memang majalah pilihan yang maha salah sekali. Aku pun dulu pernah gak try baca majalah dan yang se-level ngan die (bukan multilevel marketting) dan aku tak faham satu haram pun. Tapi sekarang aku dah faham apa pasal aku tak faham dulu. Sebab dulu aku ignorant ngan benda yang berlaku kat dunia ni dan dalam majalah tu die ada banyak perkataan ingeris yang aku tak pernah dengar. Tapi sekarang aku dah beli kamus, bila aku baca, aku dah faham dan sangat memeranjatkan ialah, banyak benda yang aku tatau sebenarnya. Betapa sahihnya benda benda yang die tulis tu, fikir fikir sendiri ah kalau nak terima ke tak.

Minggu lepas aku beli, ada article memacam. Pasal Robert Mugabe menang jadi President Zimbabwe la, John McCain nak buat group democratic country ah (kalau jadi nak buat dorang tatau nak invite Malaysia ke tak sebab nampak gaya dorang rasa kita tak democracy), Anwar case liwat pun ada, pasal gas yang boleh diperolehi dari coal mining pun ada. Jadi, kalau korang baca majalah ni, korang dapat insight apa orang lain fikir dan at the same time menambahkan ilmu korang jugak, Bahasa Ingeris korang pun boleh ditajami (cam aku ni nak speaking susah,tengah try nak jaid pandai speaking, sebab dengar awek kat heritage semua cam layan laki yang pandai speaking je)

Jadi apa lagi rakan rakan, marilah sesama kite bergegas ke kedai yang jual majalah ni dan beli!
Sesekali pegi heritage tu dari beli 6 tquila shots, beli la 4 je, balance boleh beli majalah untuk korang baca baca masa lazy sunday pada hari ahad.

Yang saje je nak member member mula membaca,

Mr. SHAF

Tuesday 15 July 2008

Hey Mr. Minister, you must be sharp?



haih, aku pon sedih bila tengok menteri yang berinformasi ni cerita macam orang nak kelentong aku suruh beli barang multilevel marketing ni. kejap ni kejap tu. kejap kritik amway, kejap kritik cosway. bagi aku orang yang macam ni abang shaby ni kene pegi course Asiaworks la sampai dapat LP (leadership programme; apa pon aku tak pegi tapi aku tau).

apa apa pon aku rasa kalau la bdak bdak yang tulis kat blog ni jadi menteri informasi lagi power dari pada tuan besar kita ni jadi menteri. aku rasa kalo kita jadi menteri informasi, korang pasti TERNGANGA. iye lah, ada yang pandai menjahit, yang melukis, yang buat filem, yang pasal ekonomi, pasal duit, pasal sejarah, pasal nak buat duit haram jadi halal pon kami sanggup belajar untuk semua...

Jack "motai" Lingam

Sunday 13 July 2008

Lagu mingguan



amacam boleh handle tak?

menurut sumber Bernama, aku dgr dak dak kat kl makin suka benda benda elektro ni.

ini dia wa perkenal kan abang sebastiAn dari perancis yang suka main benda benda synth ni, kira nya kalau nak bunyi cam orang drill jalan/dinding dia belum pernah buat lagi la. yang pasal tu kita diskas dalam masa hadapan

Tanah Air: Photography

Aku sejak dua menjak ni ada la scanning gambar gambar awek yang panas panas kat facebook untuk dijadi kan robekkan ku (kk memain je). Aku bukan usha pasal nak tarik daging. Aku ni memang minat tengok gambar dari segi teknik fotografi. Banyak yang aku tengok Semuanya seperti gambar di bawah ini:

Ha. skarang ni memang banyak sangat gambar cam ni yang di guna oleh jantan jantan dan bohjan melihat perut awek yang sedap (boleh buat bantal) atau pun yang ramping. Cuba la amik gambar sebegini. Kalau la ada chikaro yang amik gambar cam ni aku rasa facebook terus declare IPO (enlist dekat stock market) bai :



Amacam? gambar atas atau gambar bawah yang boleh bla? Gambar yang mana lebih dramatik.? fokus nya bkan kat budak itu saja, malah cuba usha background dia dan renung kan apa yang anda nampak..

kalau suka gambar gambar yang kat bawah, aku dah carik satu facebook dah, tetapi takdapat jumpa satu apa pon.. Apa apa pun, try lah carik buku rm 25 inggit kat MPH. Buku tu hardcover, memang murah la kira kalau buku hard cover 25 inggit. kalau kat UK 5.99. Mana murah?

tajuk tajuk nya:
a. The Forties in Pictures
b. The Fifities in Pictures
c. The Sixties in Pictures
d. The Seventies in Pictures


Selain dari pada usha gambar, korang pon boleh belajar pasal isu isu sejarah yang terjadi dalam dekad (10 tahun) dekad yang tertentu.

Carilah buku itu, "si vous voulez etre incroyable comme Mr. Lingam"

Jack Lingam

Saturday 12 July 2008

Kunjungan seniman asing ke tanahair kita

Wei kengkawan.Itu hari Mono turun KL lu orang tak pegi ke wei?Gua mula mula ingat nak pegi konsert Dafi kat Padang Merbok tapi lalu kat satu kelab malam ni kat jalan ampang gua dengar ada lagu lagu boleh bla laaa kat dalam zouk tu.Gua pun masuk la..pergh...dahsyat bai..stim kuda gua pun bla bai.satu lagu diorang main 5 kali gua pancut bai.

Band Jepun yang nak turun 3 Ogos ni lagi dahsyat kot.Baru skil tahap dewa di langit budak-budak Toe ni.Tapi diorang ni takdela tangkap lentok macam band itu hari gua layan.
Budak-budak ni mahir bai.diorang bleh bawak lu orang meluncur beb ngan muzik diorang.Rentak dram dia bertukar-tukar secara halus,bunyik gitar dia pun sedap bai tapi tetap berapi beb.Budak-budak yang berpakaian ala-ala Hujan waktu kat gig kat zouk itu hari kata rock macam ni berjenama Math rock.Kagum siod gua.Muzik pun ada kira-kira la.



Gua nak kena tabik kat budak-budak organizer yang bawak turun band-band asing ni kerana semangat membara diorang dalam keinginan menghayati band kegemaran diorang.
Kalau gua ada duit gua nak jugak bawak turun band faveret gua,Whitesnake.




Wednesday 9 July 2008

Cyprus - Negara yang aku confuse

Selamat sejahtera kepada pembaca pembaca semua! Aku ahrap pembaca semua sihat sihat belaka dan on form di padang futsal! Pertama sekali, aku nak minta maaf setelah menghilang selama sekian lama dan aku ingin mengucapkan terima kasih kepada abang Jack kerana usaha die untuk laman blog ni memang credible!

Aku hilang pergi buat geological work kat pulau cyprus, 5 minggu aku kat sana. Gila bai, lost otak aku (rindu makan, chikaro, mak bapak, rakan rakan). Aku duduk kat kampung kecik je kat sana, size kampung tu maybe size bangsar shopping center ah. Manusia paling muda kat kampung tu pun umur 40. Kampung ni teknologi selain electric ngan air,memang takde ah, nak gerak cyber cafe kene bawak kereta 40 minit. Jadi ni aku nak cerita ah serb sedikit apa aku dapat perhatikan kat cyprus ni.

1) Pemandu kereta kat Cyprus memang macam cilaka
Gila kau, dorang bawak kereta macam anak haram. Lampu merah pakai bedal macam jalan bapak die, padahal tengah rush hour. Kalau korang horn die die horn korang balik (mungkin memang ye la kot tu jalan bapak dia). Motor dorang tiap red light nak buat pacak. U-turn boleh buat kat mana mana biarlah ko naik divider pun. Ada yang aku tengok tu, sambil bawak kereta sambil menulis benda kat stering kereta, memang gempak. Aku drive tetiba ada kat 5 atau 6 motor datang arah bertentangan dari aku kat lane aku tak pakai helmet, gila bai, aku dah berpeluh dingin dah walaupun suhu kat sana 40 darjah celsius.

- nasihat aku, kalau ko tak hero bawak kereta,memang jangan ah bawak kat sini.

2) Dorang mark up harga kalau ko pelancong
Lost bai. Aku masuk hari ni coca cola 80 cent, esok aku masuk kedai sama €1.50. Tak ke terkejut aku. Paling otai ada kedai ni mark up harga rokok sampai €2. Aku tanya apahal kedai lain jual murah, member buat buat tak faham bahasa english, padahal die cerita ngan customer sebelum aku perfect je english.

3) Chikaro.
On form.

4) Makanan
Keab derang sedap ah. Selain tu ada benda ni nama die Sieftalia. Selalunya babi. Tapi aku ada dapat yang daging punya. Basically daging cincang die balut ngan usus lembu pastu die bakar makan ngan garlic sauce dan lemon. Layan gila.

5) Pemandangan - Geological
ANTARA YANG TERCANTIK AKU PERNAH NAMPAK!

Gila bai, geology area ni memang otai. Satu pulau ni dulu die terbentuk masa 4.5 kilometer kat bawah laut 90 juta tahun dahulu. Jadi ko dapat batu macam macam ko tau. Aku boleh explain batu apa dan macam mana apa semua tapi itu bermaksud satu buku text aku ada kat blog ni ah (kang aku kene saman aku jugak yang susah).


Nasihat aku = kalau korang nak pergi sebab nak usha pemandangan memang on ah. Tapi kalau nak lepak/shopping memang tade mende ah. Pantai tak lawa sangat (pasir hitam). Shopping KLCC lagi best. Dadah kat sini strict gila. Semua orang cuak nak dadah kat sini. Aku tanya dam pun memang dah cuak macam aku ni polis ke apa.

Sekian untuk waktu ini.

Mr. Shafi'e Hamdan bin Jusoh

Monday 7 July 2008

lagu ethnik ala pak ngah dan sm salim

kabare?








ari ni nak bagi link youtube kat sedara dan sedari yang sedang baca posting posting maut dan keramat kat bawah tu semua.. apa apa pun dengar try la dengar lagu ni dan wa akan cover benda ni dengan lebih mendalam hujung minggu. lagu pertama ni kalau lagu bangun tido, lagu no dua ni aku nak dedikasi (bkan daddy kasi) kepada sesiapa yang datang ke stadium mbpj smalam. walau pun bkan sejuta yang datang (pasai kena sekat kat road block) tetapi aku tengok semalam memang beriban jugak lah. tapi aku agak dissapointed pasal anwar sibuk kata selamat kan negara, tapi bila dah habis bersurai, sibuk pasal reformasi, lagu negara satu pun takda.. aku rasa kalau lah ada lagu negara ku di mainkan... suasana akan menjadi lebih dramatik dan epik.. cuba ko bayang kan (kepada sesiapa yang pergi), time semua orang tengah duduk, pastu main lagu negara ku semua bangun.. huiyo itu baru la "a birth of a nation". Kenapa la takda orang yang ber-visionary macam aku ni.



gila bai, tak ramai ke tu? (macam hitler* pon ada)

*jangan salah faham, hitler adalah seorang wira negara jerman pada sesuatu masa. Biasa la, wira di sini musuh disana, itu semua permainan politik. Boleh kata contoh macam osama ben laden lah. bagi sesetengah dia hero, bagi sesetengah dia musuh. Selain itu, temenggung jugah mungkin seorang hero malaya, tetapi pengkhianat british? macam mana tu? tepuk dada tanya selera la geng.


Saturday 5 July 2008

Siapa nak kaya 5 Tahun lagi?


Sejak dua menjak menceburi alam kewangan yang semakin merosot ini, abang jack nak kasi info dalaman sebagai teman.


kalau nak hidup senang dalam masak 5-10 tahun akan datang, abang jack nasihat kan supaya semua ceburilah bidang Pertanian (bukan kelapa sawit atau pun getah). Sekarang ni banyak tanah kat negara tercinta ni tengah murah, kos amik bangla kerja pun murah, tapi pada awal awalnya kena lah menceburi sendiri baru tahu apa itu baja dan apa itu racun.


menurut analis yang dok kira kira value rumah atau pun tanah "valuation analyst" harga rumah di klang valley ini akan stabel sahaja, tetapi harga rumah rumah baru akan naik pasal kos naik. Jadi, apa yang risau kan adalah orang orang negara luar sama ada yang hitam atau putih yang berkocek dalam akan cari harta di negara kita. yang jack risau ni adalah orang orang kita sendiri nanti akan di pinggirkan kerana tak mampu nak bayar duit rumah sewa, pasal mesti naik tinggi punya dan juga mentaliti orang malaysia yang double standard kepada orang yang berkulit putih. Tetapi, sejak minggu ini, KLSE pon turun. Jadi prospek untuk mereka berjinak kat negara kita ni kurng sikit. tak tau la bila la nak naik balik, mahu 6- bulan atau setahun lagi baru stable naik 12++ balik.


Bukan apa, sekarang dari kepala seorang yang bukan asalnya dari negara malaysia, yang dapat gaji dalam $ atau gbp (kalau tak tau gi skolah), akan beli harta kat sini pastu bagi sewa, harga mesti mahal bai, cam ne nak diri kan umah tetanga macamni? tak kan kita nak pindah pi negara orang lain? kang kalau kita semua balik ke pulauan masing masing etc pulau riau, jawa, dan ada segelintir yang kena balik mongolia pasal tak dapat tanggung kos yang sedia ada ni, mesti kita kena tindas macam kita tindas orang orang yang datang berkerja di negara kita ni. jadi baik baik lah sesama manusia.


Berbalik kepada, pekara yang awal, bisnes yang panas sekarang adalah bisnes agro. jadi kita semua akan kembali kepada zaman agraria (sapa suruh tak baca buku sejarah). Pasal isu makanan dunia sekarang memang heavy. Jadi, jangan la korang nak ikut sangat apa yang orang lain tanam, kalau orang tanam buah naga, ko pon tanam buah naga, kalau orang tanam buah kelentik, ko pon tanam buah kelentik. Aku suruh ko bela kambing, kambing pon ko ternak. Cuba buat research sebelum apa apa. Pikir jauh (long term) dan jangan ikut orang pasal ini semua masa depan anak lu bai. Pastu jangan pikir nak kaya cepat pasal industri pertanian ini time frame dia memang lama, tapi kalau pokok kacukan durian dengan rambutan yang korang buat tu menjadi, pasti korang akan keluar forbes dalam masa 10 tahun.



Cikgu Sitar: Mr Ravi Shankar

Asyik main gitar atau pun main dengan gergaji ala "amiina (bukan altantuya)". Apa apa pun abang jack nak perkenal kan sebuah instrument yang macam gitar tapi bukan gitar. Nama alat ni adalah sitar. Sitar ni instrument yang pernah di dominasi oleh pemuzik pemuzik kelasik Hindustan sejak zaman 400. Kiranya, alat ni memang dah lama dah. Apa apa pun, kenapa nama benda ni sitar? mengikut al kisah zaman raja raja persia, dalam bahasa persia ia bermaksud 30 tali. Kira nya sitar ni ada banyak tali lah. Gila bai, 30 tali? aku rasa jimi hendrix pon mati lambat sikit sebab nak belajar main instrument ini. Pasai main benda ini perlukan kesabaran dari segi mental dan rohani.

Salah seorang otai yang main benda ni adalah ravi shankar (bukan ravi si penggunting rambut di area kelana jaya; mamat tu dah meniggal dah). Ravi Shankar ni di lahir kan pada tahun 1920, bulan april hari bulan tujuh. di sebuat negeri yang di beri nama Benares. Kiranya, mamat ni memang seorang Pioneer dalam bermain alat ni. Dia ini juga belajar main musik di sebuah sekolah yang di beri nama
Maihar gharana, Sekolah Musik Kelasik di india.



Otai tak otai, mamat ni pernah menjadi seorang guru kepada seorang ahli pemuzik pop di britain (bak kata orang di malaysia; oldies), the beatles. Siapa kah gerangan mamat ini? nama dia george. George harrison. Gila bai, mamat ni pun terkejut beruk bila ada orang famous cam si george ni nak belajar main sitar. Kiranya, macam pak ngah pun terkejut bila Tiesto suruh Pak Ngah buat sample rebana atau pun kompang.

Musik mamat ni memang layan bai, lebih lebih lagi pagi ahad macam hari ni bila korang tengah malas dan sambil memikirkan nasib keluarga.

Oh ya, selain itu, mamat ni memang dapat banyak award, kira nya dapat jadi "Ahli Mangku negara India" pada tahun 1999. Selain itu, mamat ni juga bapa kepada Pemuzik yang kutip hadiah kategori jazz tak lama lalu, Norah Jones



Apa apa pun korang carik la torrent si Ravi ni. Bagi aku mamat ni memang main sitar boleh bla la kira, tade cam metalicca try main.

Jack Lingam

Hidupku Indah Jua La Vita e Bella

Pening.Sedih.Tertekan.Mungkinkah ini saat-saat pre depression yang jack katakan?
biasanya gua lepas tekanan dengan meluahkan perasaan
gua kat lu orang dalam blog ni,tapi camane nak bikin,gua ditanam hidup-hidup oleh bil itu dan bil ini termasuk lah bil internet gua.Gaji gua pun tak keluar-keluar jugak,jadi gua mintak bos gua advance RM2 untuk gua gi cyber cafe untuk memberi gua setitis harapan untuk kebahagiaan.

hey y'all.gua rindu you all semua.

Selain dua keping duit seringgit,benda lain yang bagi gua semangat nak boleh bla semula adalah cerita penuh dengan harapan Roberto Benigni,'Hidup Indah Jua' atau 'La Vita e Bella'.
cerita klasik yang agak popular dan mesti tonton.

Latar masa cerita ni waktu lewat 30an dulu.Budak-budak sekarang selalu mengaku fesyen diorang fesyen hippie 60an lah,rocker 70an lah,lap sap 80an lah takpun grunge 90an.Sekarang gua nak umpakan masa kita ni dengan zaman menyayat hati 30an dan 40an.
Waktu ni,askar fasis Jerman sedang membunuh berpuluh ribu nyawa dengan selambe sambil senyum ketawa.

Di Itali,Guido Orefice (Roberto Benigni) dan anaknya Giosué ditangkap askar Jerman dari kehidupan senang sederhana mereka dan dibawa ke kem tumpuan.
Kat kem tumpuan ni,Guido memberi ilusi kepada anaknya yang diorang dalam satu permainan yang kalau diorang menang,KERETA KEBAL jadik milik derang dua anak beranak ni.Cara Guido
hiburkan anak dia dalam kem tumpuan ni memang p
intar dan boleh bla.Diorang dua anak beranak ni jadi dua orang paling ceria kat dalam kem kematian.


Kalau lu jangka cerita ni cerita drama sedih,jangkaan lu dah terbabas.Cerita ni cuma tirai latarnya sedih tapi kalau lu tak terperangkap dalam kotak lu dapat hargai kebolehan Roberto Benigni memanipulasi realiti untuk kegembiraan dan kebahagiaan.Gua rasa bakat Benigni ni serupa bak teori Aristotle.Kebahagiaan tu terserah kepada keupayaan manusia untuk mengkontemplasi realiti.

Jadik sekarang gua dah boleh bla dan menulis semula tak kira keburukan sekitar gua.

Ayman 'bak datang la' Ayatolla

Lagu hari ahad





bai lama bai tak dgr lagu melayu bai, ini dia lagu azuuuuuuuuuuuuuuuuuuuraaaa.. pasti kan kalau korang nak praktis menarik (bukan tarik daging la dol, tarik vokal la) kat red box ke bundle kota damansara korang harus pilih lagu ni bai, memang GRO yang melayan korang pun terus tangkap lentok baiiiiiiiiiiiii

Sungai Petani: Makan best bai


Bai, wa baru balik dari sungai petani bai. Bandar ni memang lost lah bai, masuk kat sungai petani (selatan) punya exit terus nampak lampu lip lap terang benderang. Menurut seseorang, bandar ni memang sebuah bandar perindustrian yang agak di penuhi oleh tauke tauke Jepun dan korea. Boleh kata memang nak dapat makanan jepun selain sushi king tu takda padahal lah.

Apa apa, kalau korang nak tau, makan sini memang best. Kalau korang kesempatan singgah di Sg. Petani, cuba lah singgah kat dataran ikan bakar, kedai ni kat sebelah sungai yang ada kat sungai petani tu.
kalau dah singgah cuba makan:-

1. siakap bakar
2. sotong goreng kunyit
3. udang masak merah
4. kangkung goreng belacan
5. tiga pinggan nasik putih
6. limau ais

aku bajet kalau korang makan apa yang aku tulis kat atas tu, besok pagi sudah tentu kau nak lagi.
apa apa pun dataran ikan bakar memang lost bai



oh ya, lepas ni kalau korang nak makan oats jangan beli quaker oats lain la kalo ko beli kat uk. Quaker oats kat malaysia ni guna oats yang rendah qualiti. Apa apa pun cuba makan "mornflake" itu gandum top qualiti bai, harga lagi murah dari quaker, tapi gandum dari uk bai..



Jack Lingam

Dari mana?

Analytics