Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Sunday, 24 January 2010

Filem bulan January : Dr. Caligari

Aku bajet semua dah bosan tgk cerita 3d, cerita yang ada tembak tembak dan cerita mainstream sex. ini dia gua ada barang baik untuk lu orang.

cerita sasau ini khas di tujukan kepada akak akak dan abang abang yang nak jadi avant garde dan post modern. lu tgk bangunan pelik pelik lu suka dan tgk cite cite yang lain dari yang lain pun lu orang suka. so di sini gua nak bagi lu satu movie yang lu bleh dload dan layan cerita ini seorang diri di bilik sambil makan nasik terbaring.

Ini dia cerita 1989, Dr. Caligari. Pendek kata saiko campur toron campur science lu dapat cerita yang macam aku nak suruh lu orang dload. pasal aku rasa cerita ni LOST BAI.




Kalu nak dload link link akan aku bubuh di bahagian buaran

salam cetek,
jack

Friday, 5 June 2009

US Air Force X-1 Mustang dan Vapor Challenger: Bukan Knight Rider

Blad, per story? Hari ni aku nak buat double feature tentang dua kereta yang pada pandangan aku hands down memang lost bai, walaupun terus terang agak bonkers sebenarnya. Oh by the way Jack, so bila nak declare? Heheh k k k.

Anyways, USAF dan Galpin Auto Sports telah collaborate menghasilkan dua kereta custom yang hawt untuk Super Car Tour tahun ni. Super Car Tour yang baru je dilancarkan ni adalah hasil initiative USAF untuk rekruit bebudak masuk Air Force. Kiranya, X-1 Mustang dan Vapor Challenger akan konvoi satu US sebagai satu kempen marketing informasi tentang peluang-peluang pekerjaan di dalam Air Force senang citer.

X-1 Mustang




Antara dua kereta custom ini, X-1 Mustang lah yang mengambil posisi sebagai muscle kepada USAF. Enjin 4.6 litre nya yang lengkap dengan Ford Racing heads, menjanakan 500 bhp dan di maintain oleh program tuning custom Ford Racing.




Apa yang membuatkan kereta ni lain dari yang lain kalau ko nak tau ialah interiornya. Sebagai ganti kepada interior Ford Mustang, USAF dan Galpin telah memuatkan cockpit jet, lengkap dengan kerusi buang (ejection seat) yang ditempatkan di tengah kereta, short shifter, flight stick, dan panel instrumentation yang amat advanced. X-1 juga mempunyai steering bermotor yang boleh disorok jika perlu, pedal kaki custom (ko kena duduk kangkang tekan accelerator guna kaki kanan, tekan brake kaki kiri), dan GPS transponder. Dashboard nya pulak lengkap dengan  monitor skrin sentuh, mempamerkan night dan thermal vision.

Vapor Challenger



Pelbagai modifikasi telah dibuat kepada Dodge Challenger yang originalnya ok je, sehinggakan kereta ni nampak BADASS. Terima kasih kepada carbon fibre trim, roda carbon fibre, dan stealth-black body kit. Oh ya, Vapor juga mempunyai stealth exhaust mode, membolehkan kereta ni bergerak tanpa bunyi. Tapi ni pilihan ko ah, boleh switch on dan off.



Sistem sekuriti kereta ni pun crack bai. Cat yang digunakan membuatkan kereta ni tak boleh dikesan dengan radar (radar-absorbing paint). Vapor Challenger dilengkapi jugak dengan proximity sensors dan kamera 360 darjah. And kalau ko nak bukak pintu, kereta ni mintak cap jari. Kan aku dah cakap kereta ni lost.



Tapi bila ko dah berjaya bukak pintu, ko akan terpegun dengan interior nya. Vapor Challenger mempunyai controls gaya kapal terbang, GPS tracking, dan jugak night dan thermal vision melalui windshield depan nya. Bukan tu je bai, kereta ini jugak mempunyai komputer sistem paling advanced dengan akses kawalan jauh jenis UAV dari memana je ko nak melalui internet.



Vapor Challenger datang sekali dengan dua helmet terbang custom yang sesuai dengan tema Air Force kereta ini.
(Sumber: US Air Force)

OK ah blad, peace.

Armaya Maaroff

Saturday, 16 May 2009

GM x Segway PUMA

Apa cerita readers BBLK? Ya aku tau aku dah lama tak post. Pertama sekali, syabas kepada Kwai dan Jack kerana kerap berkarya ko dua memang cool cats cats cats. Tidak lupa gak kepada Faizal Zakaria, selamat datang.

Anyways, aku rasa hari ini aku nak start light, cerita pasal projek PUMA. Aku pasti ko semua kurang-kurang pun pernah dengar pasal benda ni, jadi sini aku nak bagi lowdown sket.

Sebelum aku citer pasal PUMA, aku rasa aku patut citer sket ah pasal Segway untuk readers yang tak sure benda ni apa. Segway Personal Transporter ni adalah kenderaan persendirian yang direka oleh Segway ah sapa lagi. Basically benda ni memang hot ah kat negara-negara barat sampai Karl Lagerfeld pun ada design satu untuk Chanel blad.

PUMA (Personal Urban Mobility and Accessibility) adalah sebuah kenderaan berkuasa elektrik dua tayar macam Segway Personal Transporter tu. In fact projek PUMA ni hasil collabo Segway dengan General Motors.


PUMA direka untuk dua penumpang dan mampu bergerak selaju 56 KM/sejam. Ia juga mempunyai range dalam 56 KM. So kalau ko drive top speed je memanjang ko dapat bawak benda ni selama sejam je ah. Tu pun aku bajet optimistik.


Projek PUMA menggabungkan pelbagai teknologi termasuk dynamic stabilisation, electronic acceleration, komunikasi antara kenderaan, dan autonomous driving and parking.

Teknologi yang diaplikasikan bertujuan untuk pemanduan dalam bandar, mobility freedom so kepada ko yang takde kereta tu takyah berharap kepada public transport dan jugak mengurangkan pencemaran. Ye ah ko tau ah kan majoriti orang drive sorang je lastu time ko drive dalam bandar ah kereta ko paling inefficient dan dan paling banyak CO2 emission. Plus benda ni kecik so secara langsung mengurangkan congestion. Sebab size dia, aku rasa ko lalu pedestrian walkway pun tadahal bai.


Armaya 'Maverick' Maaroff

Thursday, 9 April 2009

It is Here.

Bai, gua super stim tengok Neo CPS.
Boleh kata the last erection i had with a national car would be when they released Proton Putra 1.8 back then in 1995. Imagine a primary school kid, standing beside a car while having a hard-on (figuratively speaking son). Time tu, Putra adalah the echelon, the primera, ze magnifique of cars lah. Maafkan gua, gua time tu tak banyak exposure. Zaman tu mana ada blog pasal kereta.

Lepas Proton dengan Mitsubishi go their separate ways with their partnership (kalau gua pun tak tahan. lu partner agak lama jugak lah, technology transfer macam cipet bai. Memang gua cabut ah..) keluar design-design body dan enjin yang karut-marut seperti yang dapat kita lihat terjadi kepada Proton Savvy. Proton Juara pun pun boleh tahan lucahnya (obscene ape do dalam bahasa Melayu?). Macam-macam nama keji telah dilemparkan terhadap Juara seperti mesin-basuh, peti ais, tin biskut, dan pelbagai perkakasan rumah yang lain. Dan Proton Savvy pulak, lu pernah bawak AMT version? Peh. Macam lu bawak jentolak bai. AMT (Aiyak-Memang-Takble Blah ataupun Automatic Manual Transmission) dia jerky nak mampus. Ada baik jugak lu bawak troli supermarket pergi kerja.

Rundingan dengan Volkswagen AG, PSA, GM semua kantol.

Tapi, pada gua ah...ada satu tahap yang boleh kita anggap sebagai milestone kepada rebranding and resurrection of Proton. Acquisition of Lotus, and the appointment of new CEO, Datuk Syed Zainal Abidin to replace the Tengku fella (cant remember the chap's name).

It totally revolutionized Proton. The styling house got revamped. Technology transfer from Lotus improved the brand's credentials with regards to the ride and handling. R3 comes into play. Memang stim ah.

Dan...Neo CPS sudah tiba.



Impressive jugak.
Neo version ini datang dengan variable lift system (sistem lif pembolehubah? ada baiknya aku biar dia kekal dalam English.) yang konsepnya adalah sama adik-beradik dua tiga pupu lah dengan enjin VTec kebanggaan Soichiro Honda. CPS pulak kalau gua tak silap adalah abbreviation kepada Cam Profile Switching, pun ialah konsep yang sama dengan VTec.



Readings on the performance pun adalah menarik, 125PS at 6500rpm, 150Nm torque at 4500rpm, menunjukkan kalau kau nak makan BMW M3 memang tak dapatlah jack, tapi kalau lu nak sayurkan Wira wannabe masuk enjin 4G91, tak pun 4G93, mungkin kau berpeluang. Sport rim pun santek, set-set Advanti (macam celup design je, pahal Proton?)

Memandangkan benda ni pakai teknologi profile switch, maka kau kena rembat sampai rpm dah cecah 3.8 baru high cam tendang. Huuuu...itu jam memang ada stim. Gua tumpang EG SiR member gua dulu, Limited Edition 2 door, time bukak cam tu air mazi gua ada terbit sikit lah gua ingat. Sial dia, tau ah kereta power ko berlagak la pulak joi. Eksiden dah pun padan muko kau.

So, improved looks, performance, and all these arrive at your doorstep at RM58k.
Good call.


pictures credit to :
fattahjamaludin.blogspot.com
star motoring

Saturday, 24 January 2009

SELAMAT MAJU JAYA PROTON!

Per cerit blad? Tahun baru ko ada on? Pertama sekali aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada readers BENDA BENDA BOLEH BLA LA KIRA. Aku mintak maaf kerana lama menghilang. Sebab-sebab kenapa aku lama hilang, itu tak penting so aku takkan citer. Aku juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Jacky, KT, dan Shaf kerana tak putus-putus usaha nak educate kan ko semua walaupun ada yang kena sound. Soldier on bai.

Mungkin ada antara ko semua dah terdengar akan news: PROTON MUNGKIN JOIN BALIK WRC BAI!!!

Kejohanan rally dunia musim 2010, kita mungkin akan dapat melihat kereta Malaysia beraksi di litar-litar rally seluruh dunia. Kereta yang akan digunakan adalah berdasarkan Proton Satria Neo, tapi telah dimodifikasikan oleh Mellors Elliot Motorsport supaya mematuhi spesifikasi kelas Super 2000 yang telah ditetapkan oleh FIA. Sebenarnya kelas Super 2000 ni direka bertujuan untuk mengurangkan kos dalam perlumbaan rally dan juga kereta touring. Buat masa kini, British Touring Car Championship, Intercontinental Rally Challenge, dan Production Car World Rally Championship semua beroperasi dibawah spesifikasi Super 2000.

Kepada mereka yang gila tuning kereta dan tak tau malu nak buat kereta ko pun Super 2000, sini aku terangkan. Bagi mematuhi kelas Super 2000, kapasiti enjin kereta ko tak boleh melebihi 2 liter dan haruslah bersifat naturally aspirated. Dalam kata lain ko takleh letak turbocharger ataupun supercharger. Enjin ko gak takleh menghasilkan lebih dari 280 kuasa kuda. Pasal gearbox pulak, six-speed sequential je boleh.

So siapa yang akan memandu kereta rally Proton kali ni? Adakah ia akan dipandu oleh Sikh Terbang AKA Karamjit Singh? Belum ada kata putus yang telah dikeluarkan tetapi bekas juara dunia tahun 2003, Peter Solberg sedang dalam proses berbincang dengan Proton dan kemungkinan besar beliau akan memandu kereta rally Proton musim 2010. Dulu Solberg memandu untuk Subaru, tetapi untuk WRC musim 2010, Subaru tarik diri. Siannn member. Well, bak kata Jacky, "C'est la vie mon ami, c'est la vie."

Aku harap Solberg akan memandu. Ye ah, banyak kepakaran dapat dikongsi bai.

Walaubagaimanapun, semua ni belum confirm lagi. Tapi macam dah ah.

Sempena post aku ni, aku nak ambik kesempatan mengucapkan KUNG HEI FAT CHOI kepada para pembaca yang bermata sepet-sepet tu. APA LAGI BAI? YUMMMMM SEEEENNNGGG AH!

Yang takde idea nak tulis apa kat sini lastu aku call Shaf member suggest tip-top cat (?), aku reject, dia snappy buat perangai sebab tengah lost bai,
Armaya Maaroff


Sunday, 10 August 2008

Mainan Baru Dari Aston Martin


Kepada kepala-kepala enjin (petrol heads) sekalian, aku ada news untuk korang. Aston Martin baru je confirmkan tambahan baru kepada koleksi derang: One-77. Kereta/work-of-art yang uber-exclusive ini akan dikeluarkan pada akhir tahun 2009 dan akan dijual pada harga £1 juta. Dari namanya je ko dah dapat agak hanya 77 buah akan dibina dan setiap satunya made to order.  One-77 akan menggunakan chassis carbon-fibre baru yang akan menyokong enjin 7.0-litre V12 dan aluminum bodywork nya. So far nama One-77 tu hanyalah nama projek ni, aku bajet nanti bila kereta ni keluar derang akan tukar nama tu.

Jap jap...£1 juta untuk kereta ni?
Lebih kurang ah...£1 juta tu tak termasuk cukai lagi. £300 ribu lagi mahal dari Bugatti Veyron. Walaupun harga dia mahal nak mampos dan hanya orang-orang loaded je boleh mampu, aku still rasa kereta ni berbaloi.  Aston menjanjikan exclusivity kepada pemiliknya (bukan cam Bugatti Veyron, sampai dah nak dekat 10 version ada) sebab ko kena involve dalam semua proses pembikinan kereta ni.

Kiranya ko kena bagi input ko la untuk customize kereta ni senang citer. Cam contoh, kalau ko nak kerusi, dashboard atau even bodywork dibalut dengan Louis Vuitton, Gucci, atau apa-apa monogram lah yang ko nak, ko just perlu bitau derang je. Pasal monogram tu aku bagi suggestion je since aku tengok banyak orang kat KL memang gemar dengan design monogram ni sampai kasut, handbag, tali pinggang semua ah monogram (lagi besar logo dia lagi best, kan?). Kalau boleh aku rasa baju dengan seluar pun derang nak monogram. Anyways, ko even boleh pilih sama ada nak 4 kerusi ataupun 2 kerusi. Cuma mechanics kereta ni seperti enjin dan sebagainya yang fixed dan tak boleh ditukar.

Hmmm 7.0-litre V12? Laju ke tu?
Lagi laju dari apa-apa Aston Martin sekarang ataupun yang akan keluar pada masa terdekat ni. Aston Martin V12 Vantage RS yang juga akan keluar tahun depan pun boleh buat 0-60 dalam masa 4 saat flat, apa lagi One-77. Dengan kapasiti 7.0-litre, mamat-mamat kat Aston menjangkakan kereta ni akan menghasil kan output sebanyak 600-650 bhp dan torque dalam region 500 pound sekaki. Top speed pulak, 200 mph senang-senang.

Pasal gearbox dengan berat kereta ni, Aston takde keluar detail sangat. Dengan menggunakan chassis carbon-fibre dan aluminum bodywork, aku rasa berat kereta ni tak sepatutnya melebihi 1700 kg.

Cuba ko citer sikit pasal design kereta ni...
Aston cakap ni bukan calang-calang kereta bai tetapi mungkin 'the worlds most desirable automotive art form'. Marek Reichman, designer One-77 telah 'mengukir' kereta ni supaya korang semua still tau ini kereta Aston Martin tetapi with a hint of new design lah bak kata mat salleh. Vents yang terdapat di atas bonnet dan tepi kereta akan menolong pengaliran udara so that enjin V12 yang besar tu takkan overheat. Seperti biasa, bonnet One-77 juga akan memaparkan grill tradisional Aston Martin. Nak tau lebih lanjut kenalah tunggu kereta ni keluar dulu.

Betul ke Aston Martin nak buat kereta ni? Macam tak caye je...
Betul bai...derang nak tunjuk kereta ni kat potential customer akhir tahun ni. Yang pasti, One-77 adalah antara kereta yang dinanti-nantikan untuk tahun 2009.

Amacam? Interested? www.one-77.com check it out.

Yang tetap rebel,
Armaya Clarkson

Saturday, 26 July 2008

Kereta Hybrid: Bukan Back To The Future

Ok bai, hari ni aku nak cerita sikit pasal kereta hybrid. Bukan apa, since kereta hybrid dah mula masuk kat Malaysia, aku rasa berpatutan lah kalau aku cerita sikit pasal benda ni. Mana tau kalau ada antara korang dah sakit isi minyak dalam GM's Hummer H3 tu ingat nak ganti kereta ke.

Apa kereta hybrid tu bai?

Kereta hybrid takde lah beza sangat dengan kereta-kereta lain. Kereta hybrid bukan macam kereta DeLorean dalam filem Back To The Future 1,2 dan 3 yang guna kuasa nuklear pastu boleh terbang jumpa mak ko masa muda-muda sebelum dia kahwin dengan bapak ko. Tu semua tipu ok? Ko still kena isi minyak gak. Beza dia kereta hybrid ni ada enjin dan motor ah senang citer. So far kereta hybrid cuma ada petrol je tapi diesel punya coming soon.

Tapi bai kalau kena pakai minyak gak baik takyah. Baik aku bawak Hummer H3 aku tu, chikaro pun basah bila tengok.

Hakelah...ko cerita macam dah bo je. Lek la dulu. Cerita dia camni, ko memang kena pakai minyak gak. Tapi kuantiti petrol yang diperlukan kereta hybrid untuk bergerak lagi kurang dari apa yang ko pakai sekarang ni. Oleh sebab kereta hybrid menggabungkan petrol dan kuasa elektrik, kapasiti enjin dia tak sebesar kereta-kereta konvensional yang lain. Ni yang buat kereta-kereta hybrid lagi efficient dari segi kegunaan petrol. Enjin dalam kereta hybrid akan 'hidup' bila diperlukan je. Cam kalau ko lenjan kat KESAS Highway sebab dah terlampau senak perut sangat, time tu ah dia pakai enjin. Time-time ko tak perlu sangat power cam time ko cruisin dalam town, pusing-pusing carik parking kat Hartamas atau sekat dalam jam, kereta hybrid guna motor elektrik dia tu. Time-time camni lah kegunaan petrol paling intensif untuk kereta-kereta bukan hybrid.

Habis tu kalau battery dia habis camana bai? Boleh ganti battery Eveready tak? Duracell mahal sangat ah...

Ko gile ke? Ko nak sumbat kat mana? Yang tu ko takyah risau la. Setiap kereta hybrid yang ko tengok semua tu ada generator kat dalam. Generator ni kegunaan dia untuk charge battery dengan menukarkan tenaga kinetik dari enjin dan tenaga haba dari brek kepada tenaga elektrik sambil ko bawak. Kalau ko tengah sekat dalam jam tib-tib battery habis, jangan panik, enjin yang guna petrol tu akan 'hidup' secara automatik pastu dia akan chargekan battery. Bila battery ko ada cukup 'juice' enjin akan 'mati' pastu ko pakai balik motor. Semua penukaran berlaku secara automatik, ko cuma bawak je.

Asyik cerita pasal minyak je, apa lagi yang best pasal kereta hybrid?

Kereta hybrid selain dari kurang makan petrol, terkenal jugak dengan status sebagai mesra alam. Kuantiti karbon dioksida yang keluar dari ekzos kereta hybrid, mengikut kajian, adalah antara yang terendah. So setiap kali ko bawak kereta, takde lah rasa guilty lelebih sebab ko tak contribute sangat kepada global warming macam si Hamidi yang bawak kereta Proton Knight tahun 1988 dengan straight-pipe kat sebelah ko tu. Dunia ni kena jaga gak bai walaupun ko takkan hidup sampai 1000 tahun. Plus kereta-kereta hybrid memang senyap ah time guna kuasa elektrik. Takde bunyi langsung. Ko boleh guna kereta hybrid sneak up belakang member ko yang tengah jalan kaki pastu main geletek-geletek ngan dia pastu cabut.

Tapi bai tak on ah bawak kereta hybrid. Takde power...

Memang kebanyakan kereta hybrid di Malaysia takde power. Kereta hybrid bukan untuk ko 'park and display' depan Suzi's Corner, Heritage Row, Hartamas Square dan sebagainya. Kereta hybrid pun bukan untuk attention-seekers, orang takkan pandang ko sebelah mata pun kalau ko bawak kereta hybrid sebab kebanyakannya buruk cam tenuk. Kereta hybrid hanyalah untuk orang-orang prihatin terhadap alam sekitar, nak kurangkan kegunaan petrol sambil kurangkan pencemaran dan sebab tu aku rasa kereta-kereta hybrid boleh bla.

Armaya Maaroff

Thursday, 24 July 2008

Konsep Radikal Dari BMW

Ni dia kereta konsep GINA Light Visionary yang crack dari BMW. Kompeni otomotif Jerman ni tengah nak cuba-cuba menjelajah konsep baru dalam reka bentuk kereta, material dan fleksibility sebab tu ah derang buat kereta konsep ni. GINA ni dia tak guna besi/plastik sebagai 'skin' macam kereta lain tapi dia guna besi dan carbon fibre' sebagai struktur pastu dibalut dengan fabrik tekstil. Yang lost tu kereta ni boleh tukar bentuk bai! Macam mana ko tanya? Aku tak pasti sangat ah sebab BMW takde cerita detail pasal benda ni. Apa yang aku tau dia guna alat-alat elektro-hidraulik untuk kontrol bentuk struktur kereta. Papahal pun jangan excited lebih-lebih, kereta ni baru konsep.




Armaya Maaroff

Tuesday, 20 May 2008

Ronda Ronda Kereta Pandu Cuba!

Memperkenalkan,

BMW M3 E92 yang baru sahaja dilancarkan pada tahun ini.

Apa special dia?
4L V8 engine, 420 kuasa kuda yang gerenti buat awek basah , atap Carbon fibre.

Harga: RM688,000

Nak tau lebih dari tu, Pegi la Sapura auto tak pun check website. Aku dah test drive kereta ni, so aku nak bagi inside berasaskan soalan soalan dibawah

Pernahkah anda 

1) Tanya diri sendiri bagaimanakah rasanya memandu kereta mewah seperti diatas?

2) Bagaimanapun rasanya kalau membawa kereta ini sambill drive slow slow kat heritage row masa malam jumaat?

3) Bagaimanakah rasanya memandu laju laju dari Hartamas ke Ampang dengan kereta dia atas?

4) Apakah pujian pujian yang anda akan dapat bila memandu kereta diatas?

5) Adakah anda akan rasa lebih "secure" dengan diri anda?

Jawapan untuk soalan soalan diatas:

1) Rasa bawak kereta mewah ni best ah. Sebab tu la nama die kereta mewah. Respon enjin die bila ko tekan pedal minyak, pergh tip top bai. Enjin die, bunyi garang. Memang kalau ada satria bikin sebelah kau masa ko bawak kereta ni, ko tekan minyak, bergegar satria tu (pengalaman personal,masa aku buat  member senyap je tunggu lampu hijau). Senang cakap, macam mana kau baru main futsal 1 jam tak berenti, last call dahaga gila and ko minum air, terus ko rasa best kan? camtu ah bawak kereta ni.

2) Bawak slow slow kat heritage memang kasi ko rasa best ah. Sebab ko rasa the man gila. Semua orang usha kau dengan muka yang jakun yang tak agak agak. Yang best tu, ko dapat parking depan depan cynna ke mansion ke dan ko rasa playboy gila walaupun ko datang sorang.
Kira ko rasa cam "sekarang dorang baru tau sapa aku ek? dulu aku bawak kelisa tak nak usha"

3) Kalau ko speeding, anytime je bro. Kat stering die ada butang huruf "M" yang kaalu ko tekan akan tingkat kan performasi enjin. Memang boleh blah la. Ko cucuk member kat depan, nampak cam hidung kereta ni nak makan kereta depan. Paling laju aku bawak 240 Km/j tu pun aku dah paksa diri sebab aku ni penakut bawak laju. Kereta ni boleh blah laju lagi. Aku corner dengan kelauan 180Km/j rasa cam korner nak masuk rumah aku, rilek je.

4) Aku parking kat Mont Kiara coffee bean, ada awek mat saleh tunggu je aku habis parking, dah aku keluar, awek tu terus puji "I LIKE YOUR CAR!". Gila, selama aku hidup paling hebat mat saleh puji aku well done jesebab aku jawap soalan lecturer betul. Aku jalan kat heritage row, tak agak agak orang puji aku bawak kereta tu. Dulu masa aku bawak kelisa tak pun vitara lama, member pandang aku pun tidak. Sekarang boleh siap cakap " Aku bangga ah ko kawan aku" padahal baru first time bercakap ngan aku.Time time camni ah ko boleh tengok macam mana rakyat Malaysia suka sakap orang. Menyampah gila aku tengok.

5) Jawapan dia, TIDAK! ko rasa cam best je ah. Last call ko tau ah, kau lagi bagus dari sebuah kereta. Janganlah objek camni buat ko rasa ko ni manusia berguna dan kacak. Kalo ko suke Shafinaz, ko kumpul la semangat pegi kat Inaz dan ayat, jangan laharap Inaz nak datang kat kau sebab ko bawak kerete mewah. Sebab last call ko tau la Inaz nak kau sebab ko ada kereta mewah je.


Harap harap aku telah menjawap soalan soalan yang lama dah dalam otak kalian.
Kereta ni memang boleh blah! Kalau nak beli, beli la guna duit halal. Duit judi, rasuah, dan multilevel marketting tak kira.

Sekian

Shaf (nama glamer)

Dari mana?

Analytics