Showing posts with label soru gediga tido. Show all posts
Showing posts with label soru gediga tido. Show all posts

Sunday, 19 July 2009

Bahasa Pasar 101: Angin Goreng

Sorry ah aku tak de gambar makanan makanan cam abang Melayupelir manis (MM)

Pe cite frenz?

aku harap lu orang semua steady layan link toron yang aku bagi hari tu sampai lebam. Semalam aku lepak kat 786 makan roti sardin ngan kengkawan aku sambil tu aku belajar bahasa baik punya tuk para pembaca yang tengah sengkek pada hujung hujung bulan. Gua pon sengkek gak beb. sampai tokan kotak winston dah roger barang baik pon dah sampai dari felda Kampung Awah. Gila beb, memang lagi on dari Pineapple Express dan lagi stim dari Supa Skank Hoxton.

Anyways Bahasa Pasar ari ini berbunyi "Angin Goreng". Nak kata kenyang tak kenyang jugak. tapi melayan tambhi yang amik order tu sudey. kadang kadang malas jugak melayan gelagat si abang abang yang kerja keras tuk menyara keluarga mereka di bangladesh, nepal dan vietnam. tapi bila kau pergi teh tarik place dekat Lengkok (the curve) memang diorang akan tanya 10 kali pasal bahasa melayu pon diorang kureng beb. Kat Nirwana Maju bangsar tu la gi la cam pundek. mintak Sirap Bandung dia boleh bagi sirap bandung panas macam minum teh tarik beb. apa hal? lu mesti sebut ais jugak baru mari yang sejuk.

Anyways penggunaan Angin Goreng memang senang beb.

Meh aku tunjuk satu situasi yang ringan ringan tuk korang semua praktis. tapi kene konfiden beb, nanti mau makan dal kosong ngan papadom je kang.

Osman : yo bai ape cite? mana tercampak? lama tak nampak. Lu roaming ngan chikaro mana sekarang ni beb.

Abu : mana ada roaming man... kucing aku sakit ah kena lastik ngan dak dak Taman T.A.R ari tu.

Osman : itu ah dia ari tu aku dengar diorang masuk kampung. Gila beb. memang nak makan tanah macam Adik beduk budak budak Kampung Tunku dulu bai. dak dak vatos locos diorang memang tak mari dah la beb. Sham Tiger dah kerja kan dak dak tu dah beb. Ko ingat agi ak masa kitorang beduk Abang Best kat padang sampai pak cik rahman keja kitorang dulu beb.

Abu : ha mana pulak aku tak ingat beb. yang aku tak tahan tu dia mari balik kat umah aku lepas kena beduk tu bai. memang mintak maaf. haha. tapi agak lain macam gak ah si Abang Best tu. cite nak best je. main ngan omputih la, raba chikaro la. macam macam ah cite dia. Semua pon best kat telinga. dak dak dah mengirap memang tunggu timing je ah nak beduk. Gila bai, lama gila seh kes tu. 1998 kot. Time bulan puasa lak tu. Aku pulak baru balik bukak puasa kat Sheraton subang ngan family aku. roaming jap kat padang naik basikal sekali mamat tu dah lebam dah. last call memang jiran aku abang Noel panggil suruh beduk mamat ni sekali pasal masa aku kecik dia selalu buli aku beb. memang gua sepak macam Mark noble libas bola ah beb.

Osman : ha. agak ah lu memang samseng ah dulu. nama pon dulu tak leh bla. orang siap panggil lu komeng kot. haha.

Tiba Tiba...

Hassan : Ha bang. Mau minum apa?

Abu : ha lancau. aku dah habis satu cite baru kau datang nak amik order. aku nak limau ais kurang manis satu.

Hassan : sorry la bang, semua orang dalam u duduk luar susah la sikit mau amik. Ini hari orang kurang la bang kerja.

Abu : aik. menjawab pulak kau ek?

Hassan : ha u bang, mau minum apa?

Osman : bagi aku sirap bandung double satu. Jangan tanya tanya macam mana. budak budak kat dapur tau la nak buat macam mana. tiap aku datang nak kene eksplen susah ah bai.

Hassan : ok ok. tak mau tanya pon. Makan apa mau?

Osman : goreng goreng ada?

Hassan : ada.

Osman : bagi nasik goreng danging satu sama bikin itu telur setengah masah pecah atas itu nasik lepas masak tau. bagi leleh sikit.

Hassan : Ok. Cakap saja la macam biasa. saya tau la.

Osman : aik kau pulak nak mengajar aku.

Hassan : ha u bang, mau makan apa?

Abu : bagi aku "angin goreng" satu. sedap sedap tau.

Hassan : ok ok. Sikit jam mari ha.


Itu la cara penggunaan "angin goreng" atau dalam bahasa yang telah di proses, tak mau makan. Konfirm dalam bil tak ada bil punya. pinggan pon dia tak bagi. Dan yang paling penting dia tak cite apa yang ada kat dalam menu tu bai. Kat Shah Alam ada port 101 jenis roti. kalau kau nak dengar memang tak de hal lah.

Selamat mengguna dan selamat berkerja.


Jack " gua dah khatam belajar piramid kapitalis. Lepas ni cabut belajar pasal Minyak" Lingam

Tuesday, 14 July 2009

Chikaro Minggu Ini.

kadang kadang kalau gi spa kena pilih nombor. Nombor favorite aku kat Hotel Armada memang no 21. pasal dia top memang macam 21 top. tapi bila kau gi KFC memang kau patut angkat set E. dengan keju yang cair. makaroni yang "moist" dan ayam yang nampak macam tongkeng ayam. Gua persembah kan minggu ini jatuh kepada CHICKARONI.


Layan beb. Malam semalam gua dah layan 3 pinggan tanpa memandang belakang. Kiri dan Kanan.

Pendek kata. Chikaroni ni sememang nya "Sinful, Argumentative & Twistful". gila beb fasha sanda pon tak dapat masuk list aku.


Anyways. lu orang patut try. pasal aku dah try. Memang LELEH. kalah isap tetek

Jack " they call me Jack. Li" Lingam




Wednesday, 27 May 2009

Buku Lost: Skinny Bastard


Amacam semua? Setelah membaca buku di atas selama dua setengah hari dan membuat kajian-kajian lain, aku bersedia untuk memberi sedikit sebanyak tentang buku ini. Aku tahu blog ini adalah tentang benda-benda yang boleh bla la kira, tapi dari tajuk buku ini, dan penulis buku ini, yang sebelum ini menulis buku  SKINNY BITCH, (yang telah dijual sebanyak 2 juta cetakan)..Hmmm...Adakah buku ini boleh bla? 

*Tiba-tiba Aku mendapat panggilan telefon*

Word up muh-brotha! Apa cer? Ini abang G yo, yang temubual bersama ko dan FZ hari-tu. Aku bengkek sikit la bro, sebab aku try nak temubual Jack Lingam but he's so busy dating and work, yo! That's not tight!
......Apa kau nak bai? Aku tengah nak review buku ni.

Word? Cun! Apa kata kalau aku temubual kau tentang buku itu, dan kau bagitahu aku sedikit sebanyak , yo! That sounds tight, G! I TOLD YOU IM'MA BE BIG ONE DAY!!!
....Semangatnya ko, Ok-lah. Aku tahu ko ni lonely. Perangai je hip hop tetapi sensitif kalah Balada- Balada meleleh di tanah air kita.

So, Mr KWAIDANN YO! Bagitahu kami sedikit sebanyak tentang buku ini, dan siapakah buku ini ditargetkan, uh huhhh!
Secara dasarnya, Skinny Bastard merupakan satu spin-off kepada buku pertama Rory Freedman dan Kim Barnouin iaitu Skinny Bitch. Mereka merupakan pejuang-pejuang prinsip mereka, iaitu memakan makanan yang asli, organik, tidak diproses, tidak diawetkan dan anti memakan produk-produk haiwan, atau haiwan. Mereka ni vegan la kiranya. Kalau ko tak tahu vegan tu apa, ko google. Tapi explanation yang simple, vegan ni tak makan apa apa haiwan atau produk haiwan, hanya bergantung kepada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan tumbuhan- tumbuhan lain yang boleh membekalkan gizi yang seimbang. Apa yang dikeluarkan oleh binatang seperti susu dan telur pun diorang tak makan

Are you serious, dawg?! No KFC? No Burger King?! Gila ah. Aku tak mahu kenal diorang.
Dari awal buku ini, penulis- penulis cunz ini akan menjelaskan kepada pembaca tentang keburukan makanan- makanan yang diamalkan oleh orang ramai. Mereka pula memberi dalil- dalil yang padu, akan kadar kegendutan, kanser dan penyakit jantung di dunia ini. Mereka memfokuskan keburukan makanan-makanan yang diamalkan oleh orang ramai mengikut bab. I,e: Keburukan daging, keburukan susu, keburukan bahan-bahan pengawet dan sebagainya.

Memang lost. Bab tentang keburukan penyembelihan ayam dan daging tersebut memang akan membuatkan ko rasa janggal sebentar sehingga hendak muntah. 

Susu atau produk dairy juga telah dilabelkan oleh mereka sebagai pembunuh orang ramai dan juga pembunuh kemaluan lelaki ( kebanyakan kes kanser prostat disebabkan oleh produk dairy ).

Mereka juga mempamerkan atlit-atlit sukan yang mengamalkan makanan vegetarian/ vegan tetapi badan mereka masih sasa dan kuat. Jadi mereka mensyorkan bahawa kita tidak perlu memakan daging merah untuk menaikkan tubuh atau otot kita.


Jadi, ko nak rakyat Malaysia mengamalkan makanan vegan la bro?
Aku tampar ko kang. Ko sama one sided, too conclusive, over sensitive seperti kebanyakan orang aku tahu. Sigh. Aku tak syorkan kaum lelaki tanah air mengamalkan makanan vegan, tapi buku ini at least bagitahu orang tentang kepentingan tumbuh- tumbuhan dan buah- buahan. Misalnya ko gi mamak, banyak doh lelaki dan juga pompuan order 'maggi goreng satu, tak mahu sayur'. Ini satu tabiat yang tak bagus, dan juga makan di mamak dengan kerap juga merupakan amalan yang amat jijik.

Kadar kesihatan di Malaysia merosot gila teruk. Kita merupakan negara Asia Tenggara yang pertama dalam kegendutan, dan kadar diabetes, darah tinggi kita juga melambung tinggi setiap hari, penyakit jantung etc..

HA! Diorang cakap rokok penyebab penyakit jantung, tapi tahukan anda di IJN, satu banci telah dibuat bahawa 53% kes jantung merupakan pesakit- pesakit yang TIDAK MEROKOK?

Lu fikir la sendiri. 

Malaysia pula juga mempunyai gizi yang mencampurkan lebih daripada satu protein dalam makanan. Contoh, nasi kandar, campur etc. Ramai yang letak ayam dan daging, atau ayam dan sotong dalam satu pinggan. Tahukan anda ini amat merbahaya kerana dengan mencampurkan dua jenis binatang, ia boleh melebihkan kadar intake protein dalam sehari, dan jika badan kita satu hari dah tak larat mencernakan protein-protein tersebut, gout la ceritanya lepas tu.

Di Malaysia juga, terdapat kes tentang reban ayam di atas, dan bawah kolam tersebut mempunyai ikan keli, dan ikan keli tersebut diberi makanan tinja ayam yang jatuh dari atas tersebut. Sigh...

Kalau kita fuck-up gizi makanan diorang, lepas tu kita sembelih diorang dan makan. memang hidup ini macam cycle bai. Tuhan dan buat haiwan- haiwan ada kategori diorang masing masing, harnivor, karnivor etc. Ko gi tukar la, letak hormon untuk diorang besar cepat la. Satu hari nanti, balasannya tetap akan kena kepada orang yang memakannya.

Iaitu rakyat-lah.

Konklusinya, tengok orang keliling kita. Ramai yang semakin gendut, ramai yang mempunyai kencing manis, banyak yang panas baran, (kadang kala panas baran dan terlalu emosi dan sensitif terjadi atas ketidak seimbangan kimia dalam badan, yang juga terjadi akibat gizi yang tidak baik, seperti banyak bahan pengawet, MSG dan sebagainya) .

Kita perlu ubah dan tidak perlu ubah secara drastik. Mungkin dengan kadar membaca, kita tahu betapa pentingnya tumbuh- tumbuhan asli, dan kebaikannya, dan kita boleh tukar skit cara kita. Kurangkan nasi sikit, lebihkan ulam- ulam, kurangkan gula yang 'refined', amalkan gula- gula asli seperti gula perang atau madu.

Gua bukan doktor bai, tapi ramai orang lately acting weird siot sebelah aku. Or is it just me?

*Bunyi berdengkur*
....guys , you see what i mean? dia yang call, dia lak tertidur.

Sekian,
Kwai 'awek 8tv cuteeee' Tar

Saturday, 5 July 2008

Sungai Petani: Makan best bai


Bai, wa baru balik dari sungai petani bai. Bandar ni memang lost lah bai, masuk kat sungai petani (selatan) punya exit terus nampak lampu lip lap terang benderang. Menurut seseorang, bandar ni memang sebuah bandar perindustrian yang agak di penuhi oleh tauke tauke Jepun dan korea. Boleh kata memang nak dapat makanan jepun selain sushi king tu takda padahal lah.

Apa apa, kalau korang nak tau, makan sini memang best. Kalau korang kesempatan singgah di Sg. Petani, cuba lah singgah kat dataran ikan bakar, kedai ni kat sebelah sungai yang ada kat sungai petani tu.
kalau dah singgah cuba makan:-

1. siakap bakar
2. sotong goreng kunyit
3. udang masak merah
4. kangkung goreng belacan
5. tiga pinggan nasik putih
6. limau ais

aku bajet kalau korang makan apa yang aku tulis kat atas tu, besok pagi sudah tentu kau nak lagi.
apa apa pun dataran ikan bakar memang lost bai



oh ya, lepas ni kalau korang nak makan oats jangan beli quaker oats lain la kalo ko beli kat uk. Quaker oats kat malaysia ni guna oats yang rendah qualiti. Apa apa pun cuba makan "mornflake" itu gandum top qualiti bai, harga lagi murah dari quaker, tapi gandum dari uk bai..



Jack Lingam

Wednesday, 21 May 2008

Jack Cakap Pasal Makanan, Aku Pun Tetiba Terpengaruh



Salam sejahtera para pengunjung! Hari ini aku nak bagitahu korang satu resipi masakan kegemaran aku iaitu ACKEE AND SALTFISH. Masakan ni masakan yang berasal dari JAMAICA, dan cara nak makan lauk ni, senang je, makan ngan RICE AND PEAS , ataupun dalam bahasa kita, nasi dan kacang merah. Masak nasi, campur kacang merah ( red/ kidney beans yang ko leh dapat kat pasar raya bermutu ) dan juga tumis dengan bawang untuk aromanya.

Klip di atas adalah cara membuat lauk ini. Caranya senang gila dan memang menjilat jari bai. Cuba lah, asyik makan benda sama pun bosan gak. Makanan mamak tu semua pun banyak Ajinomoto, cuba masak skiet.

Okay semua, aku nak makan dulu, sebab aku masak lauk ni hari ni.

Abang Dan ( nama awek awek bagi )

Ikan pari yang buat kepala anda mengantuk lepas jam dua


hari ni kita nak buat satu label baru dalam blog ni. Nama label ni "soru, gediga, tido" yang membawa maksud "makan minum tido" dalam bahasa tamil. Asyik cerita pasal buku, lagu, ngan movie je aku nak la tulis sikit pasal makan makan kat malaysia ni. Walhal aku ni memang suka masak, kadang kadang orang panggil aku king kari. tapi aku lebih gemar dan akan menjadi lebih manja kalau korang panggil aku jack, lingam, JL atau pun panggil aku kuzi (bukan nama sebenar). Apa apa pon ini dia aku persembahkan satu pot makan baik punya.

Meh sini aku cerita kan macam mana hari ni aku boleh sampai pulak ke tempat ini. Masa tu lebih kurang pukul satu. Perut aku memang dah memulas dan telah membunyi kan semboyan untuk metekedarah (melantak, makan, soru). Aku pegi ah dengan dua makcik dari tempat aku keje. Bukan apa, kalau keluar ngan makcik makcik kat opis gerenti makan free punya, lebih lebih lagi kalau sanggup belikan buah jambu dua ringgit untuk diorang atau pun belikan apam balik (kdg kadang apam pulang).

Perut masa ni memang lapar kaw kaw ley ya lah. Mula mula masuk ke kampung cempaka. Tengok tengok kedai sup kat dalam tu pulak tutup. Lepas tu kita roaming ah kat LDP sambil pikir nak makan apa, aku propose ah makan kat kueh teow makcik yang kat FAM tu. Tapi akak sorang ni dia malas pulak nak makan kueh teow tgh tgh hari yang panas ni.

Pastu kitorang roaming ah kat ss5 (depan giant lama). Ada satu warung lori ni, nama dia Kedai Ikan bakar Fendi. Uih wa cakap sama lu la beb, ikan bakar dia memang lost bai. Kedai ni dekat betul betul depan vitacare (yang sama lorong ngan giant lama).

Aku bedal lah ikan pari bakar yang di jual oleh encik fendi. Gila kau, dia punya saiz memang cukup cukup untuk perut seorang jantan yang agak lapar (Ikan dia la, tapi nasik memang tak penah cukup). Kat warung ni ada banyak ikan yang dia jual. Antaranya, ikan pari, ikan cencaru, ikan tenggiri...banyak lagi ah. akak yang bubuh nasik tu cakap memang laju, aku rasa mmg kerja dia menjawab apa jenis ikan yang ada. selain itu ada jugak nasik lemak dengan ayam bersalut ketumbar jintan. Setiap kali order nasi, mesti akan dapat kuah asam pedas dengan sambal asam untuk ikan bakar.

Selain ikan bakar dari "kedai lori" yang berasap ini, kedai ini juga ada jual banyak benda benda manis, seperti ABC, cendol, longan, dan banyak lagi la benda benda manis.

Tapi bagi wa tempat ini memang boleh bla la! makan sedap, perut kenyang, murah, balik opis mata pun "kenan". Lepas makan kena pulak kopi jantan dengan rokok dua tiga das, tapi kalau dah makan ikan bakar si fendi ni, memang tak dapat ah.

(aku bayar tadi 5 inggit lebih kot untuk ikan bakar, nasik, kuah, ngan air kickapoo.)

kenan- kuyu, mata mengantuk dll
roaming- ronda

Jack Lingam

Dari mana?

Analytics