.....so apa pendapat you all huh?
Showing posts with label Rekaan. Show all posts
Showing posts with label Rekaan. Show all posts
Saturday, 16 January 2010
Thursday, 14 January 2010
Kempen Lost: Adidas x Star Wars
...Kalau versi Malaysia sure iklan tak se-heavy, kena tunggu Cicakman 3 baru ada trailer yang menarik sedikit, itu pun nampak macam trailer Hong Kong cinema 5 tahun dahulu. Lepas tu kalau hero mesti guna Aaron Aziz, awek pulak?
Saleha Rahman x Ainul Aishah. itu baru satu gandingan mantap, baiiiii..
KT
(Only the freshest)
Wednesday, 12 August 2009
Pakaian Apakah Para Blogger Blog Ini Memakai Sewaktu Bersantai?
Tuesday, 21 July 2009
Undercover A/W 09: Memang Tight
Amacam gang? Sorry ah, lately aku dah call Streamyx siap haritu gaduh ngan mamat yang datang rumah sebab internet aku cam haram. Mula- mula dia kata router aku, so aku suruh dia tukar router, dia bagi aku Belkin, then situation lagi teruk, aku hampir nak tampar mamat gemuk tu, sebijik bai muka dia cam Nutty Professor.
Jadi lately, untuk menghilangkan tension aku, aku berangan aku ni salah satu daripada fantasi Undercover boys, pergi Paris dan NYC untuk berhubung dengan chikaro- chikaro, make out lazat ngan diorang, home run ngan diorang, diorang sejuk, aku bagi coat UNDERCOVER aku dan kata kepadanya
"It's okay baby, I ada banyak lagi. I kan Jun Takahashi boys,"
Dan awek- awek aku pulak, pakai Yohji (mainline), pakai Haider Ackermann, pakai Alaia pada waktu malam, dan pakai lingerie- lingerie Myla.
Ini awek KL, nak toron pun underwear tak match apa hal?!
Saksikanlah Lookbook lost ini.
KT yang snappy.
Thursday, 16 July 2009
Alexander Mcqueen x Puma Spring Summer 2010: Lost?



Ini dia satu gabungan yang dinanti- nantikan, taiko tailoring dunia Alexander Mcqueen telah bergabung tenaga bersama taiko pakaian sukan Puma dan telah membuat koleksi pakaian mereka yang kedua berjudul Crane VS. Tiger. Amacam, boleh bla ke tak boleh bla?Aku dengar khabar angin koleksi lelaki diorang , budak melayu yang reka 100%. Betul ke ko rasa? Sharp gila je nampak, takkan lelaki melayu yang design. Kita orang suka minum air manis dan pukul orang kat car park je...
KT
Thursday, 4 June 2009
Apa Blogger-Blogger Blog Ini Pakai Semasa Berjumpa dan Bekerja?
Ye betul, kami memakai RAF SIMONS AUTUMN WINTER 09/10. Satu gang pakai. Kecuali Faisal Zakaria yang masih mencintai tux Alamanda lamanya. (hehe)
Big up kepada Raf Simons, salah satu otai pakaian lelaki. Ini blog yang mempunyai citarasa yang sharp bai. No second best. Jadi ko takleh nampak kita puji Supra atau apa- apa yang menunjukkan muflis dalam kualiti dan design line.
KT 'we da sharpest'
Friday, 22 May 2009
Hobi Serious: Lego Architecture
Pergh, aku memain freestyle tetiba ramai orang comment, gila ah, patutkah aku buat demo sebagai seorang rappers Melayu? Yes? No? Bai, anyways aku harap korang enjoys korang punya Friday Night, kalau sesiapa yang gi clubbing nak usya chikaro tu, dan dah dapat bawak rumah, stay safe ye! Jangan kencing podeh pulak next week. Susah oden nanti. Memperkenalkan Lego Architecture yang merupakan join venture antara The Lego Group dan Adam Reed Tucker dari Brickstructures Inc. Gabungan sensasi ini telah dirasmikan pada tahun lepas, dan baru- baru ni terdapat edisi "Frank Lloyd Wright Collection." Edisi ini mempunyai binaan- binaan ikonik beliau seperti Solomon R. Guggenheim Museum dan juga "Fallingwater". Kepada yang tidak tahu tentang beliau, mamat sharp ni merupakan 'bapa modernist' dalam bidang arkitek dan merupakan salah satu pereka yang paling berpengaruh sehingga sekarang.
Jadi kepada sesiapa yang ada wang lebih, dan ingin mempunyai hobi yang serious, Lupakan RC dan dapatkan LEGO ARCHITECTURE BAI!
ps: AJ, sorry bai Lego Zaha takde dalam pasaran lagi.
KT "JACK DATING!" ROSS
Thursday, 14 May 2009
Rumah Panama: Cuba Kau Bayangkan!

Amacam semua? Aku tahu KL panas gila, aku tengah tulis ni tetiba gua ada nosebleed baii! Aku kadang- kadang harap time time cam ni, awek aku ada sayangkan aku, pakai nurse outfit, baringkan aku kata 'yang, nak body check tak'
EH GUA OUT OF TOPIC LA JOE!
Anyways, aku nak kongsikan ngan korang satu rumah Lost dari arkitek Marcio Kogan. Rumah yang dilokasikan di Brasil ini untuk client dia yang merupakan seorang pengumpul barang- barang seni. Jadi dengan ruang bersih, luas dan minimal, kita dapat saksikan hasil pelukis- pelukis atau sculptor ke dalam rumah dia. Pergh, rumah cam ni la aku nak kat KL. Serious. Bayangkan, rumah aku cam ni, siap ada lukisan dari Rothko, Beuys dan Ron Mueck punya sculpture. Kalau chikaro datang rumah tak tahu siapa artis- artis ni, terpaksa break ah apa lagi!
Aku juga dengar member kita FZ sejak kawin asyik buat lawak- lawak naughty. Kinky guy rupanya dia, tapi bila dia nak 'get down' aku dengar dia pasang CD mamat indon jambu tu, Afghan, apa kelas bro, Al Green ah.
AH AKU NAK RUMAH NI, LOST!
KT
Tuesday, 12 May 2009
Beg Louis Vuitton: Apakah Dan Manakah?
Salam blads. Aku kat sini sihat sejahtera, kejap kejap depression, kejap- kejap okay. Mana tak, aku kan dalam lingkungan penganggur. Hidup atas saving sahaja. Anyway, enough pasal aku, hari ini aku nak cerita pasal something different pulak. Asyik serious je korang, ketat je korang. Aku nak menganalisa sesuatu yang aku alami kelmarin.Sempena hari ibu dan hari jadi mak aku haritu, aku ronda- ronda la Kuala Lumpur kan, ngan adik- beradik aku, usya hadiah nak bagi kat mak aku. Aku ni bukannya tahu sangat nak bagi apa hadiah kat mak gua, jadi aku ikut kata orang 'follow the crowd' la kira.
Petang tu aku usya ah kedai jenama ni, gila ramai orang bai. Majoriti yang masuk kedai tu bangsa Cina, semua teman mak diorang shopping, atau nak beli untuk mak. Suasana di LV tu macam kedai emas bai, pak guard la, runner la, macam- macam lagi. Yang aku tahu, mak aku suka warna merah, dan aku suka beg LV atas kualitinya, tapi bukan model- model yang ada banyak logo tu, atau dikenali sebagai monogram.
Dengan macho-nya aku tengok bag di atas dan kata, "ni sesuai untuk mama ni, sure dier terkejut".
Jadi aku kata "Excuse mee (dengan loghat orang kaya) berapa harga beg ni?"
"RM 18,400"
Aku hampir terkencing dalam seluar. Walau apa jua, mak aku gembira malam tu.
So, apa pendapat you all huh?
KT
Tuesday, 31 March 2009
Jersey Bola Sepak England Baru: Perubahan Dalam Proses
Amacam gang? Harap semua sihat sejahtera. Ni ha nak kongsi ngan korang ni, satu klip yang agak sharp dari syarikat Umbro. Syarikat pakaian sukan ini melantik pereka lost muda zaman ini, Aitor Throup untuk membincangkan proses membikin baju England Football Team baru dan pada pendapat aku, proses ini boleh bla habis, sebab aku suka meneliti sesuatu proses, dari baju ke apa-apa ke. Dokumentari apa- apa tentang proses perkilangan semua aku minat.
Keputusannya, satu jersi bola sepak yang agak sharp bagiku. Apa pendapat korang pula? Kalau kita buat bespoke proses untuk team Malaysia korang rasa diorang boleh qualify tak world cup satu hari nanti...
Hmmm...nak ikutkan, jangan-jangan England first round pun kantoi.
Tapi apa-apa hal korang patut usya klip tu, dan usya Aitor Throup kat google. Dia handal bai.
KT
Thursday, 12 March 2009
Number (N)ine Tetap Dalam Ingatan
Amacam blad? Berita sedih dalam dunia rekaan. Syarikat pakaian fesyen lelaki Number (N)ine yang dicipta oleh seorang mamat gangster Jepun bernama Takahiro Miyashita telah pun "tutup kedai". Pada pendapat aku, sejak pos- tahun 2000, label ini telah memberi kami pakaian- pakaian yang kreatif, innovatif dan juga sharp. Label ini selalu dipamerkan di Minggu Fesyen Paris dan telah mendapat cult following yang amat ramai. (termasuk aku)
Klip di atas menunjukkan koleksi akhir label ini dan berinspirasi-kan sebuah bilik hotel yang Takahiro tidak dapat keluar. Dia melihat sekeliling bilik hotelnya dan kemudian menggabungkan material dan suasana tersebut kepada pakaian lelaki yang istimewa. Number (N)ine, ko masih dalam ingatan.....
Kwaidan "PMT lebih ramai pembaca semalam?" Tarmizi
Monday, 9 March 2009
Daniel Libeskind: Arkitek Lagenda Hidup

*Atas gambar Grand Piano rekaan Daniel
..Ko tahu perkataan orang putih tu, "speechless" ?
Ni aku tengah speechless la ni ha...Tengok Denver Art Museum.
So, apa pendapat you all huh tentang arkitek kegemaran aku atas teorinya? Aku rasa agak bingai sebab tak bagi komen sedikit tapi lain kali ada... Masih pukau bai.
Maaf kalau post-post baru semua sharp sharp. Ada blog lain yang ringan- ringan yang bagi cerpen yang takde la kelakar sangat dan klip- klip yang pada pendapat aku 'per cer?'
KT
Sunday, 8 March 2009
Gareth Pugh: Pereka Heavy
Amacam semua. Aku nak korang tahu pasal dia ni, tapi aku nak korang selidik sendiri. Ini dia rekaan Gareth Pugh untuk musim luruh/sejuk 2009. Aku takde mood sangat nak citer panjang. Tapi kalau ko minat filem, best gak klip ni, ko minat penyuntingan, best gak klip ni, chikaro- chikaro yang minat fesyen, best gak klip ini.
Hidup Gareth Pugh, tamatkan Supra (takde kena mengena)
Yang benar,
KT
Sunday, 1 March 2009
Tontonan Minggu: Marc Newson, Urban Spaceman
Kadang- kadang aku fikir betapa bertuahnya kalau aku ada orang cam Marc Newson jadi jiran aku, atau member aku. Aku rasa definasi seorang 'individual' memang dia patut pegang. Oh Marc, jasamu memang lost dan aku tak tahu nak puji betapa sharp-nya ko ni.
Saksikan untuk cuti minggu korang ok? Ingat, berangan dan impikan benda- benda yang luar petak. Hidupkan sekumpulan pereka- pereka tanah air yang heavy.
Sekian.
KT
Tuesday, 21 October 2008
Penajam Pensil Dan Telinga: Apakah?
Pencil Ear Sharpener from Stas Aki on Vimeo.
Amacam semua? Maafla abang Kwai baru balik bulan madu ngan tunang la, happy la, baru tunang. Orang tua aku pun restu, orang tua dia pun restu. Jadi aku pun cuti seminggu kat blog ni. Tapi aku ingat ucapkan terima kasih kepada para blogger maut blog ni atas pos-pos yang power, terutamanya orang kanan aku Jacky L. Dia semakin sharp, dan single lak tu. Jadi yang chikaro semua tu, apa lagi, ayat la Jacky.
Tadi aku kat pejabat ah, lepas tu aku tengah lukis diagram testikel (aku kan research analis kat hospital), tetiba pensil aku patah, aku pun tension. Aku nak cari penajam pensil, takde. Tong sampah pun punyalah jauh. Jadi tetiba aku nampak rekaan si Russian ni, aku pun terpegun bai. Tengok la klip kat atas.
Korang rasa betul ke pensil tu berfungsi cam tu? Kalau betul memang sharp ah. Memang boleh bla, aku tak yah lalu 20 meter ke hadapan untuk tong sampah dan kena lalu satu chikaro hot yang selalu flirt ngan aku. Ye ah, aku kan dah tunang, kena kuatkan iman!
Yang sebuk berchenta,
Abang Kwai
Sunday, 12 October 2008
Pakai Kat Zoo: Eloklah Tu
Amacam semua? Haritu aku jalan- jalan kat benua Eropah, lastu aku jumpa mamat ni, dia ni memang gila fesyen ah. Lepas tu dia tunjuk aku preview Adidas nyer collabo ngan Jeremy Scott. Rekaan- rekaan ini berdasarkan pakaian-pakaian 'costume' yang selalu diinginkan oleh pereka dari Los Angeles, Jeremy, dan dengan persahabatan antara dua syarikat ini, Jeremy pun buat la kerja gila dia, menggunakan kain- kain Adidas dan kepala otak dia. Hasilnya, macam gambar kat atas tu ah. Bai, aku cabarkan sesiapa kat Malaysia pakai jacket tu. Mesti boleh bla punya lah!
Aku tunggu je kalau ada set macam buaya. Abang Kwai kan suka bukak mulut petang- petang!
Yang terpegun,
KWAI
Saturday, 11 October 2008
Lukisan Heavy: I Heart Sketch
ILoveSketch from Seok-Hyung Bae on Vimeo.
Wei bai watsup kickabout? Memain je. Ok bai, ini dia rekaan baek nyer untuk orang yang minat lukis. Pada dasarnya, ko lukis je apa ko nak lukis kat kertas, tapi ni macam skrin 3-D depan mata ko, ko leh delete, ko leh edit, ko leh duplicate semua dalam satu simple touch je blad. Ko bayangkan, member aku kata kalau ko ada benda ni, ko boleh bogelkan chikaro dalam masa seminit, tak tahu camana dia buat. Tapi bila dia cakap tu, aku terus macam interested. Padahal aku ni hanya grad medicine. Tetiba kan Abang Kwai nak lukis. Tapi aku rasa, lukis- lukis ni, boleh tenangkan fikiran, macam si Jack tu, kalau dia nak tenangkan fikiran, dia telan vitamin E.
Dan fakta kedua, aku dengar si Jacky tu, tulis pasal gosip yang aku dah tunang. Aku just nak make it clear kat korang, yang gosip tu, adalah benar, dan aku tengah bahagia. Aku tak suka ah kalau korang tambah- tambah citer, so aku bagitahu secara jujur. Tunang aku , tak silap aku ah, ada darah Russian, sebab dia boleh cakap Russian. Tapi dia guna bahasa Russian, dalam situasi- situasi tertentu sahaja. Nak tau?! LU FIKIR AH SENDIRI (aku tiru Nabil Raja Lawak)
Ok kengkawan, Abang Kwai nak chillek jap, baru balik Munich, minggu depan, kena gerak Herzo pulak. Aku memang jet setter bak kata Armaya Maarof. Jadi , korang tengok la klip ni, boleh manfaatkan korang, terutamanya ahli- ahli arty la konon. Asyik lukis benda- benda mengarut, dan kata tu abstrak art. Baik aku tampal cekodok penyek kat kanvas, dan kata tu modern art. Korang memang tak boleh bla.
By the way, tunang aku dah cekak pinggang, sebab gua belum tidur lagi. GOOD NIGHT! atau dalam bahasa Russian,
DAS-VI-DANIA!
Yang Heppi,
Abang "excuse me i'm taken" Kwai.
Monday, 22 September 2008
Bosan Di Pejabat? Lakukan Ini Sekarang.
EepyBird's Sticky Note experiment from Eepybird on Vimeo.
Amacam bai? Heavy tak? Eepybyrd, pengarah video ini dulu bertanggunjawab dengan idea Mentos ketika dahulu. Ala, ko tahu dulu tu, ko nak buat benda tak dapat, ko telan mentos, tetiba semua makhluk turut ko tu...Takkan tak ingat?
Amacam heavy tak? Aku rasa heavy bai video ni. Gunakan post-its saje.
Yang tengah buang air besar,
KT
Friday, 19 September 2008
Kenapa Aku Kerja Keras: Sebab Nak Tinggal Kat Sini



Ok bai relek! Sebelum korang mogok asal aku lama tak post blog, aku nak bagitahu korang lagi yang aku baru start kerja baru dan kerja ni adalah syarikat yang jenis turnover gila babi Euros bai. Jenis kalau aku tak sharp, kena buang bai. So maaf ye.Dan aku baru balik pejabat, dan fikir kat diri sendiri, asal aku kerja macam setan sampai lupa tulis blog? Jawapannya sebab aku nak saving duit nak beli satu unit apartment ni! Memperkenalkan 56 Leonard Street di New York (tempat bekas tunang. ptuih). Arkitek bangunan lost ni ialah Herzog/ De Meuron, diorang ni lah yang bertanggung jawab atas Stadium sangkar burung kat Olimpik di Beijing tahun ni. Diorang ni memang lost bai, korang kena tengok kerja- kerja diorang lebih lanjut.
Bangunan masterplan ni terdapat 57 tingkat dan 145 unit penginapan, dan setiap unit ada keunikan sendiri. Cara bangunan ni, atau typology merupakan konsep rumah yang menghimpin rumah yang lain, jadi ada la skit- skit cam konsep enjit- enjit semut, ataupun jenga.
Amacam? Nak hustle sampai mampu beli satu unit? Kita kena bercita- cita sharp bai!
Yang "terpikat ngan awek german/indon sebab dia nyanyi merdu banget" Benar
Kwaidan "wow" Tarrrrrr
Wednesday, 10 September 2008
Jangan Pakai Cam Ni Di Bazaar Ramadhan: Serious Jangan
Subscribe to:
Posts (Atom)



