Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts
Wednesday, 20 January 2010
Awek Off-Key Kena Sepak Yo!
Perghhhhhhhhhh~
Taro, orang turkish semua heavy cam ni ke?
KT
Only THA FRESHEST
Thursday, 17 September 2009
Lagu Minggu ini : woo hoo layne Stanley dah mati William DuVall pon OK WEI

apa cite geng.
harap harap semua orang on form dan gua harap mood raya tidak akan menggangu konsentrasi anda sewaktu berkerja dan bersekolah. anyways, gua nak inform lu orang lebih lebih lagi kepada season players yang suka musik ala ala crude grunge.
gua ada dapat info baru daripada boy seattle gua yang bernama roger menyata kan album baru Alice in Chains yang berjudul "Black Gives Way to Blue". Jangan risau beb, diorang tak sell out macam audioslave dan diorang tak main lagu ala ala Blues Geng. Pendek kata, diorang masih stay true macam M.Nasir dan konsep lagu ethnik nya. tapi Dengan si - alice in chains ini pula diorang masih main lagu ala ala era Layne Stanley, masih sharp dan tone tone lagu ala ala seattle boys masih lagi menjadi prinsip no 1. so, lu orang jangan risau la dengan penyanyi baru mereka yang bernama Mr.Will.i.am DuVall. Suara dia memang lebih kurang seperti si arwah Layne. Dan bila lu orang dengar album ni, memang bunyi album ni tak off key macam bila Zach.D chow dari Rage against the machine.
Cerita dia macam ni, setelah 14 tahun mendiam kan diri, Mr Cantrell dan rakan rakan telah buat re-union punya konsert pada tahun 2005 untuk raise fund mangsa mansa tsunami yang meletus dia Acheh. Untuk membuat band ini stay true kepada roots masing masing, Mr Cantrell telah memanggil rakan nya Mr. DuVall untuk menjadi front liner konsert yang telah di ada kan di Seattle. tight beb gua cakap lu. Pada konsert itu, kumpulan ini telah mendapat sambutan hangat dari pada peminat peminat Alice In Chains. memang heavy
Anyways, album 54 minit ini mempunyai 11 lagu yang boleh bla la kira dan gua gerenti lu memang sedap di dengar sewaktu lu orang buat assignment, paperwork, cashflow dan bila lu sasau (pasal suara dia memang STIM BAI).
Album ini di jangka akan keluar pada 29 September 2009. Oleh sebab gua top dan sharp, lu boleh tekan kat sini untuk tibai lagu ni beb..
Pendek kata, album ni memang boleh bla la kira bai..
sapu jangan tak sapu
J.L
Saturday, 1 August 2009
Album Maut : Murcof; La Sangre Illuminada

Pergh bai, memang muka vatos locos kat san quentin bai
Salam fren,
apa cite? walaupun gua cirit dalam trak bila roaming bahagian utara malaysia, tapi gua happy pasal dapat cuti camgini selepas 1 tahun 3 bulan kat pejabat kesayangan aku. walaupun tetap lelah, menguji kepanasan orang orang atasan, membuat report report yang berjenis ala kadar, kerja lewat malam, duduk di tingkat 30 sambil isap rokok dan satu botol kopi cap kapal layar, ponteng puasa 30 hari, jadi setan di pejabat 99% kaum melayu dan 1 % singh, kacau pak guard, naik lrt pagi pagi, gelagat direktor direktor yang bagi arahan yang tak serius, jalan jalan visit syarikat yang di labur, terbang ke jakarta, pikir kan masalah masalah hutang setiap investee dari syarikat kami, peluk bini orang, kacau kejar bibik/kakak buat kopi kat dalam ofis, tido dengan akak akak kat ofis dalam bilik file, sembang dengan Manolo dalam bahasa spanyol kuat kuat kat dalam ofis macam abang abang bank yang kat lobby cerita pasal deal ngompol, pasang lagu hindustan,lagu soundtrack sivaji, lagu lagu heavy, lagu tinariwen, lagu data, lagu melayu kangkang, orang mengaji quran kuat kuat kat dalam ofis, kacau nak spoon kakak sumber manusia, jadi bos kecik, jadi chairman meeting, kacau gayut dengan sekreteri sekreteri boss syarikat yang dilabur, masuk website blue masa pasang projector kat meeting room dan bermesra dengan akak akak indonesia yang kerja kat warung sebelah. Bukan main lagi beb, lepas chow, isnin telepon aku, selasa telepon aku, rabu telipon aku, khamis telepon aku suruh datang kerja. nasib baik la aku dah chow ke utara bai, memang betul pendapat aku "harimau mati tinggal kan kulit, analyst maut mati cashflow tak balance". tapi bai, dalam trip ni wa memang belajar benda yang paling penting bai dalam hidup. walaupun gua cirit guat demam, gua bubuh koyok kat dahi macam nenek lu, gua belajar satu benda yang penting ni blaad, " a journey is written but destiny is not". heavy tak heavy? gila bai, kalah puisi puisi Inferno yang ditulis Dante bai.
Anyways, aku saja nak kongsi dengan lu orang beb, ada album baru baik punya bai. dulu aku penah usha mamat ni perform live masa dekat elephant and castle memang tight walau pun aku lutut aku bukan main punya longgar dengan arkitek maut yang keje kat marks barfield beb dan rakan rakan sejoli yang lain..
Meh sini aku perkenal kan mamat ni yang bernama murcof. jangan risau bai, mamat ni bukan russian tetapi mamat ni mexican. biasa ar bai, products of world war 2. heavy tak heavy, album murcof yang berjudul la sangre ilumminada atau dalam bahasa orang putih "The exposed blood" atau dalam bahasa kita, "darah yang berahi". deep tak deep bai nama lagu ni.
Setelah mendengar 21 dalam album ini, memang gua rasa memang kental lah bai album ni. tetapi agak pelik kerana dalam album albu murcof yang lain, memang mamat ni selalu buat lagu tak lebih 10 dalam satu album pasal satu lagu tu mesti lebih 16 minit punya bai. memang kalau lu punya daya ingatan lu rendah, lagu lagu cam gini la yang boleh try lu improve memori lu bai. CONFIRM. bak kata Jools Holland "intelligen music".
Kalau lu suka pansonic, murcof ni memang salah satu ivy league dalam musik initeligen. memang tight, dengan memgunakan midi material organik, aabang solo ini telah mengubbah lagu menjadi lebih manis dari kata kata chikaro. memang heavy, bunyi celo, bunyi piano steinway, cello, gong, biola, casternet, triangle, dan macam macam lagi. bunyi yang tight, lagi tight dari efeck yang lu buat dari guna Korg MS 2000 atau MicroKorg lastu guna sample dari Kontakt Orchestra beb. Memang power.
Aku bajet, bila lu dengar lagu ni album ni lepas tu lu mesti suruh papa atau mama lu orang ajar bermain instrumen instrumen klasikal pada hujung minggu. serious bai. Mamat Murcof ini bukan saja power bikin lagu, dia punya video yang di buat masa concert concert beliau pon memang power. bukan macam damn dirty apes bai time urbanscapes, aku bajet diorang pakai visualiser itunes bai. tak bleh bla. Lu orang pon kena usha video video yang dia bikin bai. memang setaraf dengan video video phillip glass beb. aku bajet kalau allayarham yasmin hamid hidop lagi pon dia mesti akan guna track track murcof untuk buat scene scene epic beb. serious bai,
kalau jay-z kata death to autotunes, aku kata death to post rock, pasal this is the real crack bai, aku rekemen lu delete album album ambient atau post rock kotek lu semua macam sigur ros, mogwai, mono, godspeed, damn dirty apes, migala dan line line seperti itu ke dalam recycle bin, pasal gua rasa album ni memang lu orang puja lagu lagu abang murcof ni bai dan video video nya sekali bai
Gua bagi 5 bintang bai kat abang album ni, memang boleh bla dan tight macam album album lama nya. lu carik ah bai album album yang lain. gua bagi satu je kat sini
yang rasa penang so'hai,
Jack Lingam
Wednesday, 25 March 2009
Pharrell Lost Bai: Bukan Pasal Sunburst
Cuba buat cam ni kat McDonald's Subang Jaya confirm bebudak On Soon cari dia sampai lubang cacing bai....
KT
Friday, 25 July 2008
Scene Seks Tanah Air dan Negara Negara Asean
This summary is not available. Please
click here to view the post.
Saturday, 28 June 2008
Urbanscapes: Ari ni YTL buat duit lebih
Awek awek yang hadir lagi heavy dari awek yang kat atas ni. Kat atas ni macam starter kalau nak makan buffet apa cerita.. arini aku nak report sikit pasal satu event heavy kat KL bai.. Aku pon lama dah tak pegi event event cam ni. Kiranya event ari ni boleh bla la kira pasai chikaro chikaro dan cengkodok yang datang semua nya cun cun dan membuat abang jack dan rakan rakan terpukau dari segi keseksian dan kemanisan (awek awek tudung) yang hadir kat event ini. Abang jack memang lepak tengok chikaro saja.
Anyways, nak cerita sikit pasal lokasi yang event ni buat. Tempat ni memang lawa bai. Korang penah tak lepak kat Royal selangor golf club. Ha tempat tu macam gitu lah. Kiranya korang takkan sedar bahawa korang masih berada di Kolumpur. Aku rasa tempat ni YTL yang punya bai. Pasai aku kat sana tengok banyak je projek2 in progress dan papantanda besar yang ada lambang YTL. Memang bertuah betul si apek YTL tu. Murah betul rezeki dia, hari minggu pon dapat side income sewa tempat ni kat remaja remaja dan golongan golongan arty di tanah tumpah nya darahku.
Anyways, apa yang aku nak cerita ni memang pasal kat benda benda yang boleh bla la kat situ. Aku pon bukan nya banyak usha benda sangat time aku kat situ. Iyelah, kebetulan aku datang pon nak jumpa kawan yang dah 5 tahun aku tak jumpa sejak aku berangkat ke Manipal, India.
Anyways, bila aku sampai je memang hati aku dah berderau dah. Jantung aku pun dah makin tinggi tekanan dia. Lepas tu bibir aku pon macam nak tercabut bila aku usha awek ni sorang macam dia tulah habuan aku untuk hari ini bai. Gila bai, chikaro kat tempat ni tadi memang lost bai. Memang nak gigit je rasa.
Lepas tu aku jalan la kat market (angkatan Baju malaya) yang kat tengah panas tu. Tempat ni kira pembuat pembuat baju muda yang ringan ringan tetapi bercita cita untuk menjadi lebih heavy lah kira. Pusing punya pusing, banyak jugak lah seni seni dan lukisan yang menarik. Pastu, ada la jugak orang bukak kedai bundle ala ala Champbell. Pusing punya pusing, mata aku pun pening bai. Awek banyak gila bai, ada nampak chikaro ni bai, pakai hotpants. Aku ngan member aku pon melayan mata je kat sana (visual). Pastu banyak gila awek awek yang berpeluh kalau lah aku ada tuala, memang aku passing je kat mereka.
Lepas tu hujan la pulak, kitorang pon parking lah kat tempat teduhan ni. Lepak punya lepak ada chikaro lagi sorang pakai pakaian yang memanggil mata aku untuk melihat. Mata aku pon apa lagi, dah la iman aku kurang, memang pandang coverline, pandang coverline, pandang pastu buat buat gelak ngan member. Masa hujan tu pulak memang banyak la chikaro yang kebasahan, kalaulah aku ada payung, memang aku payung (bukan belanja) semua chikaro yang kebasahan, lebih lebih lagi yang pakai baju putih. Selain daripada visual awek awek yang panaz, aku suka gila lepak kat pot ni, pasal view dia memang lawa. Ada tasik, lepas tu banyak benda hijau. Memang apek YTL buat landscape boleh bla la kira.
Lepas tu kita pusing kat main building yang kat situ. Bangunan ni memang lawa bai. Kiranya memang ultra modern london style lah. Ada batu, ada cermin. Itu macam lah. Kat sini tempat dak dak buat, pameran benda benda yang boleh bla La kira. Antaranya, ialah sejenis robot yang namanya "Tapau-man" Lepak pusing pusing, nampak pulak seorang awek yang pakai topi macam orang main golf pakai jeans ketat warna hitam pastu baju warna ungu bai. Masa tu pulak dia tengah ikat kasut. Dia pulak tengah tercangkung . Kitorang pulak jalan dari belakang chikaro ni. Lepas tu nampak pulak ada benda tersalut dekat kawasan keramat dan bahagian belakang chikaro ni. Memang mata seko seko memandang sambil memikirkan pekara yang tak sepatut nya di fikir kan di kawasan orang ramai. Kalau lah aku ada gam dunlop memang aku tolong gam kan tali kasut chikaro ni bai.
Pastu kitorang pusing pusing pusing, nak naik atas kena tahan pulak kat pak guard yang buat overtime hari minggu. Sekali dia tak kasik masuk, memang sial lah. Nak bayar 35 ringgit pon memang kitorang tak mampu bai.
pastu singgah la pulak kat kedai kopi dalam bangunan pulak. mata aku masih tengah merayap tanpa henti. Pandang kiri nampak Hani Wachaa' yang kat astro tu. Pandang kanan nampak kaki awek yang panjang yang nampak betis punya line. pandang depan pulak nampak awek baju kuning dengan member dia tengah menghembus rokok sambil bercerita tentang isu isu semasa seperti kes altatuya. Pandang belakang pulak, nampak mat salleh buncit yang bertetek loyot. pandang atas, nampak pulak benda benda yang tak kami ekspek untuk di lihat.
Pendek kata, tempat ni memang best tuk jantan jantan datang untuk usha chikaro bai. Memang awek zaman sekarang ni sedap dipandang ( yang dah tua jangan terasa; kalau nak kami judge boleh hantar foto: apa apa pun kami bukan judgemental). ada juga benda benda yang aku nak beri cadangan kepada pihak Klue. Harap harap korang boleh:
1. Bilang kat YTL suruh tambah pokok kat tempat market yang panas tu pasai macam padang jarak padang terkukur ( padang pasir)
2. Kurang kan harga bai (RM 35 mahal lah). Aku rasa klue buat duit banyak gila hari ni selapas event ini. Patut nye sapu lah duit penganjur., bukan sapu duit pendatang.
3. Rajin rajin lah buat benda ni agar supaya benda ni boleh jadi annual event.
selain itu kitorang ada jugak nak beri nasihat dan pandangan kami tentang observasi kami di tempat ini. Aku tengok awek awek sekarang minum tanik memang macam minum 100 plus lepas lari. Nasihat aku adalah, korang tu memang lawa bai, memang boleh jadi model sepuluh bintang bai, tapi bila aku tengok korang minum alkohol macam minum air suam lepas jogging tu yang merisau kan. Nanti 2-3 tahun lagi, kalau tak jaga, badan jadi macam porn star cerita blue "aksi datin" nanti susah bai, jantan jantan gersang atau pun peon peon pon tak pandang nanti.
apa apa pun event ari ni memang boleh bla la kira bai lebih lebih lagi semua awek awek yang hadiri majlis hari ni! taniah
Yang Sedang bermimpi
Jack "sabun" Lingam
***Oh ya, ramai antara anda (lebih lebih lagi kaum chikaro, cengkodok, dan perempuan) mesti takpaham asal aku tulis pasal awek kat post ni. Bukan apa kak long, tadi saya dah buat survey, dan tanya jantan jantan dan bojan bojan yang ada kat sini. soalan nya berbunyi seperti begini ;
Jack: bai, amacam bai? best tak?
Nawas: gila bai, chikaro kiri kanan bai, mata wa pon pening!
Sunday, 25 May 2008
Ravenous: Soundtrack EPIC! LOST BAI!

Asyik tulis pasal movie saja aku ni. Ini dia aku nak tulis sikit pasal irama baik untuk malam ini. So siapa kenal Encik Damon Albarn dari kumpulan Blur. Ya. Damon Albarn, orang depan kumpulan gitar rancak (Ku-Gi-Ran), Blur. Ini soundtrack ni memang epic bai. Soundtrack ini adalah soundtrack dari sebuah filem yang berjudul "Ravenous" yang mengisah kan cerita orang makan orang (bukan macam kawan makan kawan; tapi kanibalisme). Soundtrack ini dibuat oleh encik Albarn dengan Michael Nyman iaitu seorang ahli musik minimalis di tanah britain yang telah membuat banyak gila rekod dan tulis lagu. Oleh itu saya persembahkan lagu "lets go kill that bastard" (sorry bukan niat nak mencarut)
Jika anda suka lagu ini, boleh la tekan dekat sini untuk dapat kan album soundtrack ini
Sunday, 18 May 2008
Asi del Precipicio: bukan cerita Telenovela
Aku rasa orang dekat malaysia ni dah boleh cakap bahasa sepanyol kalau mereka dapat luang kan masa selama 2 jam dihadapan tv sahaja. Terdapat banyak cerita cerita telenovela dari dulu sampai sekarang yang di paparkan di kaca tele. Sekarang cerita paling panas yang dikategorikan bawah cerita telenovela adalah cerita Storm. Yang dulu aku minat adalah Luz Clarita dengan Maria Mercedez.
Hari ini kita sembang cerita pasal review filem. Filem ini aku baru tengok 2 minggu lepas. Cerita ini dilayarkan di panggung wayang pada tahun 2006. Filem ini memang boleh bla la kira. Pelakon pelakon wanita yang belakon cerita ini semua nya lawa lawa belaka, kalah filem hollywood. Filem ini di sunting di Alcapulco, Mexico.
Ini sebuah filem dari negara Mexico yang di buat oleh seorang wanita yang bernama Teresa Suarez. Aku pun sebelum ni belum pernah lagi tengok cerita yang di sunting oleh akak Teresa melain kan filem ini yang berjudul "Asi del Precipicio" ataupun "Jap lagi bala datang/sampai" mengisahkan hidup malang seorang wanita yang bernama Lucia. Beliau ini seorang mempunyai ketagihan kokain dan alkohol.
Lucia berkerja sebagai pembantu direktor disebuah syarikat yang agak masyur.Oleh disebabkan ketagihan kokain dan alkohol, beliau sering bangun lambat untuk pergi kerja. Walau bagaimanapun beliau hampir dibuang kerja disebab kan sikap beliau yang kurang berdisiplin. Beliau telah keluar masuk kedalam lokap atas sebab tertentu. Selepas satu masalah yang dihadapi oleh beliau dengan pihak polis (hampir membunuh pejalan jalan raya), beliau bernekad untuk memberhentikan segala kegiatan kegiatan kokain dan alkohol.
Selain itu Lucia ini juga dilamun cinta dengan seorang "matador" (pelawan lembu yang gunakan kain merah untuk membuli silembu). Tetapi beliau takut bahawa si matador ini bermain kayu tiga dengannya.
Selepas bernekad untuk berhenti "snot" dengan minum, Lucia bukan lagi Lucia. Beliau menjadi semakin dingin dan kurang bersosial dengan sahabat sahabat nya yang masih kuat isap kokain dan minum. Oleh itu beliau menjadi lebih pening dengan dunia yang global ini.
Untuk tahu lebih lanjut tentang filem ini sila lah tonton filem ini. Sekali lagi, filem ini memang boleh bla!!!
** Link akan diberi jika mahu atau pun guna kan torrent untuk download**
Brader Hip Hop yang real - Encik Lupe Fiasco


Ni la dia, brader Hip hop yang memang "keeping it real" bak kata kata orang. Dia ni asal dari Chicago kat Amerika dan bakat brader ni dijumpai oleh tidak lain dan tidak bukan, Encik Jay - Z. Brader ni memang solid ah lagu lagu dia.
Jay - Z si abang Legend kata dia ni "a breath of fresh air"
Iya, memang die ni hip hop, tapi jangan salah sangka, brader ni bukan lah seorang rapper macam vanilla ice, black eyed peas mahupun ying yang twins.
"Kenapa lak tak sama? kata hip hop, sama ah kan?" para pembaca mungkin bertanya. Inilah sebab kenapa dia ni lain.
Die ni, lagu lagu die, semua ada mesej yang hendak disampaikan. Memang iya, semua lagu ada mesej nak disampaikan, tapi lagu lagu brader sorang ni, mesej die sampaikan memang yang boleh kita connect atau "feel". Brader ni tak rap pasal kereta mewah, party besar kat heritage row, atau main awek kat dalam club, brader ni rap pasal kesusahan seorang budak membesar sebab takde bapak dan mak pula seorang penagih dadah, pasal kisah cinta antara dua orang skater boy dan skater girl, dan juga benda benda yang membabitkan politik, agama, hidup, isu perkauman dan juga sosial.
Dalam album pertama brader ni yang berjudul Lupe fiasco's food and liquor, brader ni berjanji untuk buat lagu yang ada mesej real dan bukan cakap kosong sahaja. Nampaknya, brader ni tidak menipu!
Album kedua telah pun keluar dan mesej yang disampaikan pula bertemakan "cool" dimana brader ni membincangkan hal hal yang berkaitan dengan apakah yang dimaksudkan dengan "cool" dan adakah benda benda ini sangat penting dalam hidup manusia zaman sekarang?
Disebabkan benda benda yang die cakap tu, brader ni dapat gelaran "Modern day Shakespeare"
Brader ni cakap die buat lagu bukan untuk duit, tapi semata mata nak reach kepada pendengar pendengar dan memberi tahu apa pendapat die tentang benda benda kat dunia ni. Jadi disebabkan begitu, brader ni cakap die akan keluarkan 3 album sahaja sebab dalam 3 album ni dah keluarkan semua pendapat dia. Jadi marilah kita saksikan bersama kalau brader ni menipu atau tidak (harap harap tak ah sebab die hero aku dan aku tak nak ah kecewa).
Brader ni jugak seorang saudara Islam, mengikut sumber sumber entertainment (yang tatau ah betul ke tak kekadang dorang ni cakap nak buat gimik ah tapi aku harap betul ah) brader ni tak minum arak, isap rokok mahupun isap dam. Die clean ah kira. Die memang bangga dengan dirinya yang seorang Islam walaupun die duduk kat negara yang nama Islam sering dicemarkan. Dalam intro album pertama dia, awal awal lagi die cakap "Bismillahhirrahmanirrahim". Nama die kat cover album pun die tulis dalam style tulisan Khat cam kat atas tu.
Kalau semua ni betul, aku memang bangga ngan orang camni, sebab tu die hero aku.
Senang cakap, Brader ni solid ah
Dan bagi aku brader ni memang boleh blah. Dengar lagu kat bawah ni, die cerita macam mana benda yang kita gila gilakan macam diamond tu mengakibatkan kesengsaraan kat orang orang.
Die cakap jugak yang kan Kanye west buat lagu "Jesus walks" die cakap ni
Lupe Fiasco: "I wanted to flip 'Jesus Walks' when it first came out, and I did a record called 'Muhammad Walks' because I'm a Muslim, so I flipped it from a Muslim perspective."
jadi ni lah lagi "Muhammad Walks"
Pengalihan Emosi Kepada Tarian Kontemporari
Salam sejahtera semua ! Hari ini aku nak memperkenalkan satu pereka tari yang agak baru dalam industri tarian kontemporari ini. Nama beliau adalah Hofesh Shecter. Mamat kurus kering ni berasal dari Israel dan seorang siswazah dari Akedemi Tarian Jerusalem. Selapas itu, beliau terus memulakan kerjayanya di Syarikat Tarian Batsheva, Tel Aviv. Syarikat tarian ini amat terkenal di seluruh dunia.
Para penyoal pertama : Jadi, kenapa aku patut tahu...
- Ko lagi..aku ingat ko tak berminat.
Para penyoal pertama: Betul gak, aku ingin tanya je, tandas kat mana.
-Ko keluar dari bilik ini, pusing kiri, terus dan pintu pertama tu tandas la Abu Nuwas.
Para penyoal pertama: Oh ok. Nama aku bukan Abu Nuwas tapi.
-Aku tahu, tapi suka hati aku
*para penyoal pertama keluar dari bilik*
-fuh, lega aku.
Walau bagaimanapun, Hofesh ini telah meletakkan namanya di peta tarian kontemporari dengan rekaannya yang modern, tulen dan dinamik. Apa yang membuat aku tulis pasal beliau pun atas kelainannya, mencampur adukkan tarian dan gerak-geri askar. Lagipun aku memang suka orang yang jujur dan tetap pendiriannya. Ada jugak orang yang ingin menolak industri tarian kontemporari yang tidak diminati ramai ke arah yang baru.
Link di atas adalah tarian yang berjudul 'Uprising'. Harap semua terhibur. Kalau tidak, dan kamu masih suka akan tarian-tarian yang biasa dalam mata korang.
1) Halami www.youtube.com
2) Taip Usher Love in This Club
3) Tengok betapa kacaknya Kanye West tu.
Sekian,
KT
Saturday, 17 May 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
