Showing posts with label Seni. Show all posts
Showing posts with label Seni. Show all posts

Sunday, 24 January 2010

Filem bulan January : Dr. Caligari

Aku bajet semua dah bosan tgk cerita 3d, cerita yang ada tembak tembak dan cerita mainstream sex. ini dia gua ada barang baik untuk lu orang.

cerita sasau ini khas di tujukan kepada akak akak dan abang abang yang nak jadi avant garde dan post modern. lu tgk bangunan pelik pelik lu suka dan tgk cite cite yang lain dari yang lain pun lu orang suka. so di sini gua nak bagi lu satu movie yang lu bleh dload dan layan cerita ini seorang diri di bilik sambil makan nasik terbaring.

Ini dia cerita 1989, Dr. Caligari. Pendek kata saiko campur toron campur science lu dapat cerita yang macam aku nak suruh lu orang dload. pasal aku rasa cerita ni LOST BAI.




Kalu nak dload link link akan aku bubuh di bahagian buaran

salam cetek,
jack

Wednesday, 20 January 2010

Nat King Cole (nate gapo ni?) Malaya? - Beraksi Live di Changkat


Salam fren, apa cerita weekend ni kalau lu nak lepak ngan awek awek lu candle light dinner, apa kata aku plan kan untuk lu orang.




mula mula,

1. angkat girl lu kat umah. jam 3.
2. bawak dia pergi makan tiram segar kat hotel lisa de inn jam 3. 30
3. lepas tu bawak dia terus ke mont kiara bawak dia makan burger petak (wendys) kol 5.
4. Pastu bawak dia makan kek kat mana mana area tu. gua rekemen bawak dia gi alexis makan pecan pie. pastu cite cite sembang sembang. take it slow dan minum kopi sepam dua. isap rokok 5 batang dan belai belai dia (6 malam)
5. cabut gi no black tie untuk dengar nat king cole malaya mendendang kan lagu. (kol 9 start).

gua rekemen lu call bangla no black tie tuk buat reservation. kalau boleh meja depan. pasal baru lu orang rasa cultured cam cite mat salleh dalam cite cite gangster.

iye bai lu tak caya ada sorang mamat ni (nama dia otam) di perkenal kan oleh aku dari evid reader kitorang yang asal dari goatsfilm. aku tak ingat nama mamat goatsfilm tu. tapi bila gua usha video mamat ni nyanyi kat pasar malam, memang.. huiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

jangan la pulak tetiba bila lu orang dah tipsy tetiba mintak si otam main lagu cover "what a wonderful world". pasal itu lu boleh dgr kat youtube beb.. tak caye tekan link ni.

sekian.

recap -

1. bawak condom kalau lu orang nak ekot S.O.P (standard operating procedure) aku.
2. bawak kereta pelan pelan. awek cepat rimas bila kereta pelan. so ada chance la nak he he.
3. show start kol 9 kat no black tie.

Jack - tak kan nak dgr lagu bunyi cam BUNKFACE je brooooo- Lingam

Monday, 15 June 2009

Open Post to Jack Lingam the Sexist with a very nice Schoolmate. Is she a Bosnian?

Semoga kau tak call aku lagi pukul 12 nak bagi chikaro kau dengar caller ringtone gua yang **lost** bai. Memang hot siak chikaro kau time sekolah-sekolah dulu. Seluar sekolah lu dulu bell bottom tak bai. Memang lost pegi kantin makan pau sambal dengan seluar bell-bottom-cawat-kecik baru arr terbaik bai walaupun risiko untuk lu menghasilkan zuriat.

Gua copy paste dari wiki je tak kuasa gua nak tulis ennn gua sibuk keje n study sekarang final.

Global Deejays aka Ravers on Dope, is an Austrian dance and electronica trio composed of DJ Taylor (Konrad Schreyvogl), DJ Mikkel (Mikkel Christensen) and FLOw (Florian Schreyvogl). Their first three singles were big hits in Europe and Russia.

Their song "The Sound of San Francisco" partially samples the 1967 (The Summer of Love) song "San Francisco (Be Sure To Wear Flowers In Your Hair)" sung by Scott McKenzie. The video includes scenes of the band in a decorated school bus driving through popular destinations.

In 2005 they won the MTV Award and the Eska.

On April 12, 2008, Global Deejays performed for the first time in San Francisco, the city that made them famous.

The song has also peaked as far as number 4 on the Australian Itunes Chart.

This was due to the high amount of airplay during the t.v commercials over summer for Channel Ten's reality program called So You Think You Can Dance (Australia).



Maka lu call gua lagi malam-malam, termaktublah di dalam buku hidup gua lu adalah cilanat.

Sunday, 19 April 2009

Miroir Noir: Sebuah Documentary Arty Gila



Semestinya setiap dokumentari dokumentari musik rock merupakan sebuah revelasi. Lihat saja akan filem cum dokumentari melayu, Rock, telah mengubah trend musik di Malaysia.

Dokumentari ini sebaliknya bukan lah sebuah revelasi yang turun dari langit malahan, ia sememangnya arty (agak subjektif, so lu kena tgk dan respon kat Abg. Jack), obtuse dan juga agak impressionistik. Filem yang ala - ala kolaj ini di buat oleh Encik. Vincent Morisset, seorang website designer untuk Kumpulan Arcade Fire.

FIlem 70 minit ini tidak mempunyai dialog langsung, malah, apa yang anda dengar adalah mesej suara yang di kumpul dari nombor toll free. "Memang Heavy bai, Kena tengok cite ni."

Walaupun filem ini dia ambil oleh Perakam Filem tangan (hand-held cam), tetapi shot yang agak grainy ini membuat kan dokumentari ini agak heavy/

Apa apa Pun, Dokumentari ini cunz dan aku rekemen kepada stu. stu. yang buat/belajar filem-o-tografi kat kolej, uni atau real life. toton ah filem yang agak NICE ini.


Tekan lah sini kalau nak download menerusi rapidshare


Sekian,

Jack "WCB 8858" Lingam


Thursday, 31 July 2008

Blog Boleh Bla: What I Saw Today

Untuk citarasa aku, kamera untuk aku adalah alat paling tidak menarik hati aku la dalam bab bab seni ini. Akan aku bincangkan segment seni dalam blog ni tak lama lagi, tapi seniman-seniman kegemaran aku termasuk Mark Rothko, Joseph Beuys, Ron Mueck dan ada la beberapa lagi , akan aku ingatkan nanti. Aku tak minat sangat jurukamera sebagai seni, tak tahu kenapa. Aku ada sebab- sebab aku tapi aku rasa itu adalah alat paling mudah untuk orang rasa diorang kreatif? Paham tak?

Sejak kebelakangan ni, ramai chikaro suka bawak kamera digital dan pergi ke disko-disko untuk menangkap gambar perempuan dan lelaki berpakaian tak senonoh, berpakaian yang sukar aku nak bawak jumpa ibu bapa aku dan kata, "Ayah, ni bakal isteri Kwaidan, ayah" sambil dia hisap rokok menthol, leggings kempam, dress ala vintage dan juga way-farers. Ew. Abang Kwai tak minat cam tu, abang Kwai lebih suka perempuan yang berpenampilan 'elegant' dan 'dark'

Walau bagaimanapun, aku nak tunjuk ko blog ni. Aku dulu ada idea nak buat cam ni, sebab aku pun suka gak lukis- lukis ni. Dari tangkap gambar pakaian orang, baik lukis diorang betul tak, saya rasa lukisan ringkas atau sketch tidak begitu popular berbanding dengan dulu, sebab skarang ko tau la, era fotoshop kamera digital ni, semua chikaro dan lelaki nak buat gaya hidup diorang cam poster. Jari tengah buat korang, Ibu jari untuk orang yang masih berjalan membawa kertas, pensil dan melukis apabila melihat sesuatu yang menarik perhatian korang. Lukisan adalah satu alat komunikasi peribadi yang menggunakan anggota tangan dan minda. Apa yang kau lihat, adalah lain apa yang orang lain lihat, jadi kalau lukisan ko buruk ke, cantik ke, aku rasa itu unik kerana setiap orang berlukis dengan cara yang berbeza. Untuk aku, kalau gambar, dia telah ditetapkan suatu situasi, tarikh , tempat, cuaca dan waktu. Kalau lukisan, dia bersuara banyak lagi. 

So apa pendapat you all huh? Mahu mulakan blog lukisan  dari pergambaran sahaja? Hidupkan semula roh-roh pensil dan pen dan art block? Cuma berkongsi pandangan saje. Tu lah, rakyat kita, susah nak kritik dan bagi pendapat. Kalau negara maju lain, skolah seni diorang, lecturer kutuk bukan main lagi, ko pun kena relek ah.Tapi kalau kat kl, lecturer sound ko terus "Jumpa kat luar Bar Blonde ar beraniiiii!"

Sekian

Kwaidan Tarrr

Wednesday, 30 July 2008

T-shirt baru di pasaran

sejak minggu lepas selepas "akta universiti dan universiti kolej 1971 " telah di hapus kan, aku pun saja je la jalan jalan kat area kampung baru, tetiba tersinggah pulak kat Uni kolumpo situ, sekali ada la pulak orientasi pelajar pelajar kat situ la kot.. ada la chikaro jual dunkin donat 2.50 sekeping (mahal gila sial), lepas tu ada jubin lak jual bubur ayam panas.. ada pak cik tua promote tempat futsal dia, brother cina dua orang jual broadband celcom, dan antara bahan utama yang menjadi sasaran adalah t-shirt di bawah..hihihi:-


aku rasa mamat yang design benda ni memang pandai dengan menggunakan slogan sebegitu rupa.. dia memang mempunyai ciri-ciri seorang usahawan.. bkan apa memang dia mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi sub-kultur yang sedang bergiat di kuala lumpur..aku tak tau la kalau dia buat market research guna bloomberg terminal atau pun Thompson one banker..tetapi mamat ni memang dah buat kerja rumah dia sebelum dia design baju yang berkonsepkan minimalis..kira nya memang direct ah bai... marketing strategy dia pon dah betul lah pasal timing dia pun memang sharp.. kalau lah dia dapat kontrak print baju ni dari tauke tauke baju bangladesh, vietnam atau china..memang dia next bill gates ah kat kl-town. iye ah
kata kan lah dia outsource satu helai =1 ringgit, campur transportation, dan etc tapi minimum order 50,000 helai. pastu jual kat kedai kedai bundle atau pun kedai kedai "arty..hihih" kat KL, JB, IPOH, KOTA bahru dll dengan harga rm 10 inggit sehelai..memang buat easyyyyyyyyyyyy money ah... tapi kalau lu hantar baju lu masuk tesco atau giant memang market lu terus gone (hilang) baiiiiiiiiii!!
Jack " aiseh wa rasa wa straight foward sangat ah" lingam

Sunday, 13 July 2008

Tanah Air: Photography

Aku sejak dua menjak ni ada la scanning gambar gambar awek yang panas panas kat facebook untuk dijadi kan robekkan ku (kk memain je). Aku bukan usha pasal nak tarik daging. Aku ni memang minat tengok gambar dari segi teknik fotografi. Banyak yang aku tengok Semuanya seperti gambar di bawah ini:

Ha. skarang ni memang banyak sangat gambar cam ni yang di guna oleh jantan jantan dan bohjan melihat perut awek yang sedap (boleh buat bantal) atau pun yang ramping. Cuba la amik gambar sebegini. Kalau la ada chikaro yang amik gambar cam ni aku rasa facebook terus declare IPO (enlist dekat stock market) bai :



Amacam? gambar atas atau gambar bawah yang boleh bla? Gambar yang mana lebih dramatik.? fokus nya bkan kat budak itu saja, malah cuba usha background dia dan renung kan apa yang anda nampak..

kalau suka gambar gambar yang kat bawah, aku dah carik satu facebook dah, tetapi takdapat jumpa satu apa pon.. Apa apa pun, try lah carik buku rm 25 inggit kat MPH. Buku tu hardcover, memang murah la kira kalau buku hard cover 25 inggit. kalau kat UK 5.99. Mana murah?

tajuk tajuk nya:
a. The Forties in Pictures
b. The Fifities in Pictures
c. The Sixties in Pictures
d. The Seventies in Pictures


Selain dari pada usha gambar, korang pon boleh belajar pasal isu isu sejarah yang terjadi dalam dekad (10 tahun) dekad yang tertentu.

Carilah buku itu, "si vous voulez etre incroyable comme Mr. Lingam"

Jack Lingam

Saturday, 21 June 2008

Komik: Siapa cakap komik tak bagus?


LUKISAN YANG DI LUKIS OLEH SPIEGELMAN 24/11/01 -POST 11/11/01


hello geng... kitorang dah seminggu hartal bro. Bukan apa? last week dekat KL ada riot pasal minyak masa kat dang wangi dan kawasan kawasan kampung baru. So sebaga assistant kepada peneraju utama blog ini.. kitorang propose untuk blog ni di hartal kan selama seminggu.. kira nya macam kalau ada orang meninggal ada 4 minit silence arr kira!

anyways, masa aku kecik kecik, bapak ngan mak aku slalu cakap, baca komik ini tak mengembang kan minda. Tapi masa kecil dulu mana la nak tau cam ne nak explain kat derang. jadi bila aku dah besar ngan arty ni, aku rasa nak bagi tau aku ske tgk benda benda berwarna. Kira nya masa aku kecik aku ni memang tak sharp lah. Dah besar ni baru la nampak true colours abang jack. paham?

anyways, ari ni wa nak cerita sikit pasal seorang penulis dan pelukis komik yang boleh bla la kira. Mamat ni aku kenal dia masa aku stadi kat manipal. masa tu abang jack pergi ke goa tuk jalan jalan selepas belajar buat surgeon. maklumlah belajar operate operate ni memang stress. Bukan apa, pasal kat pala abang jack ni terbayag bayang lah kalau bana aku yang kene potong bai.. Uih sengsara la!!

anyways, masa kat Goa abang jack berjalan ngan seorang cengkodok kat tepi pantai Goa tuh. Memang tengah tengok sunset lah, sambil tu pimpin tangan ngan foreplay sikit. Pastu masa tu abang jack ngan cengkodok ni haus lah kira. Pastu, kitapon gi la cari air kelapa muda. Pastu masa kat India, memang susah nak dapat buku buku yang lost bai. Pastu singgah la satu kedai ni nama dia "sarekat india trading". Buku dia ngan komik dia memang tak mengelabah la kira. Aku pon nampa satu buku ni. Nama dia MAUS.

So aku pasti ramai antara kamu tahu pasal maus?
Gila bro kau kidding apa? siapa maus ni?

Maus ini sebuah komik yang mencerita kan tentang kehidupan tahanan perang yang berbangsa polish tetapi dia yahudi.
Gila bro? Polish pon ada yahudi ke?

Iye la bai. Anyways tau tak sapa tulis buku ni?
*tetiba ada mamat belakang bermata Sepet dan tinggi 6kaki angkat tangan* bro tak silap aku kan bro cupin kan yang lukis?

Gila kau? itu dia lukis pasal motor boleh la kot. Anyways aku malas nak tanya soalan lagi. baik aku berceramah. Si penulis dan pelukis ini nama dia Art Spiegelman. Dia ni lahir di sweeden. Tapi lepas perang dia pindah ke US, NY. So kiranya, sepanjng idup dia dia lepak dan chilek sana arr.

Mamat ni sebenar nya seorang penulis. Tetapi oleh kerana manusia tak suka membaca, dan suka melihat, dia pon terfikir untuk melukis. Jadi oleh kerana bijak pandai mamat ni sendiri, dia di pilih menjadi 100 manusia yang berinfluansi dalam dunia ini pada tahun 2005 oleh majalah Time.

Lukisan ni memang sharp bai, cerita nya penuh terang dan mudah faham. Kira nya buku yang dia tulis semua nya macam memoir atau pon autobiografi. Aku saja je nak tulis pasal manusia memang suka nak tahu cerita pasal orang. Insya allah derang boleh jadi cam derang. tapi pendapat aku. jadi diri sendiri lagi best bai.,!

anyways, korang carik arr buku buku yang di tulis oleh Rabbi Art Spiegelman ni. Pasal buku dia memang boleh bla la kira

Friday, 6 June 2008

Buku yang membuat Nietzche Gila


hey bai, pe cite? ari ni kite cite skit pasal buku maut yang membuat anda tergugat bila baca tajuk tajuk cerita yang di tulis dalam buku ini (ECCE HOMO). Antara tajuk tajuk buku ini "Why am I so Great" (Kenapa aku masyur) dan "Why I write so well" Kenapa aku pandai menulis).
Amacam nak tau ke trik mamat nietzche ni? so kalau nak tau kena la baca. Pasal buku ni bleh bla la kira dan bleh dapat kat market malaysia senang. Kat kinokuniya ada , kat section falsafah.

Tapi buku ni di tulis pada 1908, time tu malaysia blom ada lagi lepas tu buku ni tulis sebelum mamat nietzche ni jadi gila seperti yang di komfem kan oleh doktor doktor tanjung rambutan kat swiss. apa apa pun mamat nietzche ni anti kristian. Aku suke bkan sebab aku anti kristien. Pasal kadang kadang bila baca soalan atau kritikan nya memang ada maksud lah.

Sebagai contoh. " tahu kah apa itu benar atau salah? yang benar itu mungkin salah dan salah itu mungkin benar" dari segi benda benda macam tu kita sendiri pon tak tau cuma di bagi tahu yang benda itu salah atau betul. Kira nya macam kau budak kecik lah. tengah syiok isap okok kat longkang time skolah rendah pastu ada pakcik ni plak cakap jgn isap okok pasal berdosa. Kiranya, memang salah dan betul dah jadi macam ada satu buku yang dah tulis. Sebagai contoh, undang undang rakyat (common law) tau tau je dia apa yang betul dan salah dan kebaikan dan keburukan undang undang. So bai, kita nak kembang kene rebel sikit lah. Kalau nak buat kari ayam baca resepi buat apa. asyk rasa sama je nanti. Bes ke tak bes kalau macam tu. Kalau nak jadi chef yang terbaik kene la main campak je dan tak yah letak ajinamoto.

Begitu juga kata abang nietzche, kalau nak jadi superhuman (Ubermann dalam bahasa jerman) kena berani, mencuba dan menentang. Supaya kita tau sama ada benda itu baik atau buruk. Pasal setiap manusia ada kapasiti jantung, otak, pendengaran, bau dan ketinggian yang berbeza. Tuhan pon dah buat kita unik tapi kita stil jadi macam orang lain. MCM mana tu??

Cuba kau tengok gambar kat atas tu, aku pilih bukan sebab "arty" abg nietzche ni mmg suka merantau panjat gunung. Ketika di satu tempat. dia pon tertantya "cam, ne ha nak gi puncak tu? dia pon relate lah perjalanan ke satu puncak ke satu puncak. Kiranya memang berbukit bukau lah life ni. Atau dalm kata lain, hidup ni susah dan tuk sampai ke puncak semua bukit mesti lenjan je beb

kiranya abang nietzche ni bukan gila. tapi dia suka persoalkan guideline guideline yang sedia ada sejak dia lahir.

So kiranya buku ecce homo ni bleh bla la kira!

Saturday, 24 May 2008

Artis Minggu Ini: Dalek


James Marshall, atau nama samarannya Dalek akan mempamerkan kerjanya bertajuk "Overweight", di Irvine Contemporary di Washington, Amerika Syarikat. Mamat ni dulu pernah jadi pembantu Takishi Murakami kat studio beliau. 

Amacam, boleh bla bukan? Lost gak kan bai?

Yang Benar,
Khatijah Jantan ( saje letak nama tunang )

Dari mana?

Analytics