Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts

Saturday, 23 January 2010

Shanghai: Jangan percaya cerita cerita hollywood


kiranya A20 menglilingi radius shanghai. Skala julat 1.00cm:20km

Info Ringkas Shanghai

1. Bandar terbesar China
2. Populasi : Aku rasa 24 juta termasuk pendatang
3. GDP bandar shanghai perkapita : (218 usd billion)- macam satu malaysia,11-12k usd per kapita
4. Bila nak pergi? bulan 6- 12 tahun ini, pasal semua construction akan siap dan berhenti pada tahun 2010


Salam fren,

sorry lama tak posting, gua ni baru saja balik dari Shanghai di China. hu. memang bandar raya besar, pesat, canggih dan stim.

memang benar, lu orang pun tahu bertapa pesatnya china. sememangnya bandar ultrapolis itu sememangnya luar dari imiginasi kepala aku. baca di mana mana memang tak boleh diumpama kan dengan pesat nya negara itu dari segi ekonomi dan sosio.

mungkin kebanyakan abu hackett ingat kota raya london itu mewah atau si jintan manis mengatakan kota paris itu cultured. dari pendapat gua, kota raya yang mahal ini sememangnya mewah dan berbudaya. tak kira la kalau si ah kia suka meludah kahak di tepi jalan, atau si amoi bermekap tebal suka tunjuk muka cun (mmg cun pun).




tapi beb, kalau la gua kahwin nanti, memang bini no 2 aku aku bawak pergi shanghai untuk berbulan madu. lebih lebih lagi kalau aku kahwin bulan november pastu gi honeymoon bulan 12. just nice. sejuk bagaikan telur gantung yang tak boleh berfungsi sememangnya akan kami berdua menjadi belangkas sepanjang honeymoon itu. mana tak, kat sana sejuk dia bukan main beb. bukan setakat asap keluar kat mulut bila lu bernafas. memang bibir lu pon kalau terpacak isap rokok kat luar boleh kasik rokok tu tersasa di hujung bibir lu.

pesat memang pesat. budi perkerti orang di sana cukup stabil. dari segi servis yang di beri (gua belum masuk topik mandi kucing lagi ni joi) memang lagi power dari singapura. mana tak, turun saja di nanjing road, tiba tiba ada dua amoi sejoli dah menjemput aku secara tiba tiba. ho memang aku rasa aku separuh tuhan dan separuh manusia. ingat nak jalan jalan sama sama. tiba tiba pula si minah sorang tu cakap kat aku yang dia haus. jadi kita rekei la kedai kopi. sampai kat satu tempat dia cakap kopi situ boleh bla la kira. so aku pon ke sana. memang best jugak la, satu bandar boleh nampak. minum punya minum, tiba tiba waiter tu bawak air bukan bukan. mula mula gua steady lah. lepas tu gua buat la sasau, dua dua tu rasa lain macam. tapi beb. aku rasa kalau lu orang jumpa amoi tu, memang lekat beb. lu tak caya lu tgk la gambar awekx awekx oriental abang pelir manis (mm). memang lu pon toceng tgk gambar awekx kat posting posting dia.

sembang sembang aku pon malas nak layan lastu mintak bil, aku cakap air yang bukan bukan ni bukan aku yang order lepas tu amoi amoi sexay ni yang order. jadi aku bayar kopi aku jela. nasib baik servis sana baik, waitress itu pon paham konsep order and supply. so gua lepas. so memang sistem servis sana tip top. lu tak leh kena tipu punya melain kan lu bukan top boyz.

dari segi ekonomi pulak. semamangnya falsafah for mankind memang bagus di terapkan. kadang kadang aku harap di malaysia memang patut di buat macam itu. sebagai contoh, kalau nak import barang perlu di berikan cukai. palaing busuk 25%. amacam lu nak bayar ke kalau lu nak invest benda benda tu dari luar negara? gua bajet. mesti lu pikir sepuluh kali, kalau benda benda yang berlatar kan volume, lu beli 4 dah boleh dapat free satu. jadi memang si abang abang partai kominis memang mendukung para entrepreneur tempatan. memang best. bukan itu saja, kalau lu orang malaysia nak export servis kat sana, memang business tax lebih kurang 15%. ho bai, mana lu punya margi 25%? kalau biznez lu dapat average gross profit margin 30% aje, lu nak venture china dengan makan 5% je pon dah tak bleh bla. macam mana nak berkembang ni?

oleh itu dengan sikap dan budaya net exporter, memang nak bawak barang kat sana memang susah, ari tu gua meeting dengan client pon memang dia nak tekan gua kaw kaw. memang tak leh bla, tapi apa kan daya?

dari segi pembangunan, memang bangunan nya tinggi tinggi. elevated highwaynya kalau ikut kan boleh macam dari mulanya elevated highway di malaysia pergi ke genting highlands ulang alik dua kali. jambantan nya pulak, paling tinggi , tinggi separuh klcc (tak ada fjords pun, cuma merentas sungai paling sibuk di dunia. memang kota cina kota masa kini.

tapi bai, jerubu sana lain maca, aku rasa kalau lu punya spek tebal setengah inchi, memang visibiliti level 750 metre aja. lebih lebih lagi kalu lepak kat atas salah satu restoran macam di skybar malaysia.

Shanghai memang stim. mana tak? kalau awek muka macam zhang zhi yi keje kat reception tapi nama dia "I.N.T.E.R.N.E.T"? memang nak gelak pun lu akan menyesal seumur hidup.

Nukilan dari Shanghai, 2010/01/23
4.19 am

Monday, 14 September 2009

Snapshot Ekonomi



Amacam kengkawan? Harap harap lu gentle dan jangan sampai terasa nak mengentel pulak time tengah hari yang panas ni. Ada hari tu salah seorang avid reader yang atas nama aming Tanya kat aku situasi ekonomi yang Nampak cam ok tapi ok ke? Anyways Nampak semua macam ok geng. Biasa la, festive season. Semua orang joli bukan main lagi, aku tahun ni siap dapat baju raya sampai 4 helai. Seluar chequered je 2 pasang. Topi Tropicana life ada girl beli kan tuk aku satu tetapi kasut hobbs yang gua nak sau kat KLCC tu bukan main siak. Harga RM 2,020. Memang bikin tekak gua berlobang macam iklan kat atas rokok tu bai. Tapi gua dah promise kat sally yang gua akan beli kasut itu dalam masa yang terdekat ah joi.

Anyways, tentang ekonomi Negara pula, jom kita analyze graf graf yang gua dapat dari top analyst dari bank unta. Tetapi sebelum itu, kita usha dulu indicator indicator sharp untuk long term performance. Apa cite kalau tengok benda lepas aje kan? Prospek masa depan pon nak kena tau gak aaan? Kalau lu tgk benda yang lepas je buat pe beb, lu tak kan jadi top boyz.

Anyways, dalam masa 5-7 tahun akan datang, Negara kita akan menjoli sebanyak RM 61.7 billion atau 17.8 billion USD. Kalau lu rasa itu satu pembaziran yang besar gua rasa lu wrong. Pasal ciput je bai 17.8 USD tu. Budget 61.7 billion tu semua nya approved contracts dan semua nya ada lah public service orientated punya investment. Meh gua selongkar sikit untuk lu punya pengetahuan dan lu boleh la cite lebih besar kat member member lu yang suka cite pasal project, meeting , project dan meeting. Budget 61.7 billion itu meliputi pelaburan kepada

  • a) Pahang Selangor Water transfer
  • b) Klang Valley LRT extension
  • c) Langat 2 water supply scheme
  • d) Bakun Transmission Line
  • e) West coast expressway
  • f) LCCT
  • g) Gemas- Johor Bahru Double Tracking Project

Kebanyakan projek projek ini akan di monitor oleh syarikat syarikat tempatan. 40% dari pada projek ni akan di beri kepada kontenda kontenda dari jepun, india dan Canada. Nampak gaya, kalau lu nak buat business dalam jangka masa yang akan datang, gua bajet lu carik la produk produk luar yang tight lepas tu lu approach la contractor contractor yang di beri projek ini untuk mengguna kan produk produk lu. Gua rekemen lu buat mikro analysis ah sub produk yang boleh digunakan untuk kesemua 7 projek besar ini.



Dari statistic di atas, Negara kita telah mengalami negative growth. Pada suku akhir tahun 2008, Negara kita punya GDP hanyalah 0.9%, pada suku pertama pula lebih kurang -6%, dan -4% pada suku ke dua. Jangkaan aku pada akhir tahun lepas sememang nya bolsai (bullseye) dan Negara kita sememang nya berada dalam keadaaan recession. Jangkaan pada suku ke-3 pula, analyst analyst maut menyata kan bahawa keadaan akan menjadi lebih baik. Walaupun suku ke tiga masih negative, tetapi trend nya menghadap ke utara. Jangkaan pada suku ke-4 pula, ekonomi Negara akan meloloskan daripada ceiling yang membeza kan negative dan positif. Di jangkan bahawa GDP Negara akan meningkat sebanyak 5% pada suku ke 4. Secara rumusan nya, GDP Negara tahun ini sememang nya akan berada di atas pagar sama ada negative atau positif kita tunggu dan lihat. tapi baunya macam bau negatif je beb

Dengan adanya musim musim perayaan yang bergiat berlaku di Negara, sememangnya banyak pelaburan pelaburan kecil berlaku dengan volume yang banyak. Tetapi jangan lah sangka kan semua nya baik baik belaka. Dengan kadar minyak yang kurang aktraktif di sektor ekspolrasi dan produksi, projek projek minyak yang besar Nampak kurang aktif dan majority operator pelantar minyak semua nya sedang menuggu minyak naik lebih kurang $80 sebelum bergiat aktif semula.

Ini dapat dilihat dengan introduksi produk minyak yang kualiti rendah dan kadar pengeluaran harian semakin merosot setiap bulan. Di kota Labuan pula, kapal kapal banyak melabuh di pinggiran pantai kerana supply kapal yang berlebihan namun kadar pengunaan yang rendah. Bukan itu saja, indikasi seperti “shipment period” (semua syarikat perkapalan sekarang ni semua akan menyinggah ke port A, Port B , Port C dan Port D sebelum sampai ke port Klang, pendek kata memang mereka sedang all out dengan cost saving punya activity) yang semakin lembab juga telah menunjuk kan bahawa secara makro nya ekonomi dunia masih lagi lembab.


Kepada sesiapa yang tidak reti membaca graf, graf di atas itu menjunjuk kan accumulated loans disbursed. Nampak gayanya, sektor perbankan masih lagi lembab . walau bagaimanapun, indikasi diatas menunjuk kan bahawa kadar pengeluaran loan semakin meningkat dengan kadar yang agak terkawal. Peningkatan yang di lihat hanya lah lebih kurang 0.005% boleh di katakana agak slow. Kalau lu tak percaya, cuba la Tanya bapak lu kalau diorang ada mintak loan kat bank ke mana ke. Menurut info dalaman aku, kebanyakan wany yang di keluar kan ini lebih kurang 70% adalah terdiri daripada program program microfinance oleh syarikat bank. Lu nak tau apa itu mikro-finance, lu tengok ah cerita “yes man”. Anyways, kebanyak kan loan loan ini di saran kan kepada pembeli pembeli kereta. Kita pun tahu sejak kebelakangan ini semua benda lu nak beli boleh pakai credit. Konon nyaa di sebab kan oleh keadaan ekonomi yang menusup kalbu tat kala masyarakat. Sememangnya benar, kempen penjualan kereta nasional seperti MyVi semakin meningkat, kadar pembelian proton juga meningkat. Lu nak beli kereta sekarang tak payah bayar down payment pon tak pe bai, semua bank tanggung. Cuba lu tengok graf bawah ni, kadar pembuatan kereta kereta nasional meningkat sejak akhir akhir ini.


Di sektor kelapa sawit pula, harga pasaran sememang nya rendah. Dengan announcement yang di buat oleh Presiden bambang untuk membina Highway highway besar di Indonesia untuk menyambung Bandar Bandar besar Indonesia dan juga menambah output kelapa sawit telah menyebab kan harga pasaran menjadi kurang dari pada RM 2500 se-tan. Namun jua, kadar pengguaan di Malaysia dan dunia semamang nya masih tinggi dan kadar peningkatan harga sawit akan meningkat sebelum pengeluaran kelapa sawit di Indonesia meningkat. Jika anda tidak tahu, Malaysia merupakan pengeluar sawit terbesar dunia dan Indonesia merupa kan pensaing utama Malaysia di dalam industri pengeluaran sawit. Pada julai 2009, stok kelapa sawit di Malaysia, ada lah dalam lebih kurang 100% dari pada kadar pengunaan nya. Persoalan persoalan yang harus di tegar kan untuk memastikan industri Kelapa Sawit menjadi kukuh adalah

  • a) Mampu kah kita menjadi pengeluar terbesar kelapa sawit jika impian Bambang menjadi realiti?
  • b) Mampu lagi kah kita untuk mengawal harga pasaran?
  • c) Menciptaan mesin atau jentera jentera bio diesel bila nak siap? Kerana jika plant plant biodiesel menjadi 100% optimum, kadar pengunaan sawit boleh di diversifikasi kan lalu meningkat kan kadar pengunaan sawit untuk masa hadapan.


Akhir kata, Negara kita kini mengalami deflasi. Tak percaya, lu boleh dapat makan teh tarik dengan roti canai dengan pakej 1Malaysia. Anyways, dengan ada nya deflasi ini, nilai wang yang ada di dalam kocek anda semua nya akan meningkat, jika kejadian ini tidak di kawal, ia boleh member kan impak negative kepada nilai matawang Negara dan secara rawak nya boleh meninggal kan kesan kepada movement import dan export. Bagai mana kah zeti akan mengawal kadar deflasi yang semakin menurun ini? Jika potongan interest yang semakin menjadi jadi, ini akan menyebabkan pelaburan asing di Negara ini menjadi kurang aktraktif dan rating bond Negara menjadi lebih rendah kerana yield yang diberi menjadi kurang. Dengan kadar interest yang sudah rendah ini, mampukah kita me-rejuvinasi kan keadaan ekonomi yang lembab ini?

Lu pikir la sendiri

Sekian,












JACK LINGAM

Saturday, 5 September 2009

Bahasa Pasar 101: Mat Tetiba



Masih kekal dengan topik minggu kita hari ini "Melayu Singapore". Saksikan-lah klip / dokumentari ini dan terdapat beberapa "mat tetiba" kat dalam dokumentari bosan ini.

DINEEZYYY! Im richest too!

KT

Wednesday, 2 September 2009

Mana nak Re-chill atau Ponteng Puasa ?

Adakah anda konfius? stress buat kerja sampai lewat malam sehingga lupa sahur? saja saja nak buat pe'el? atau adakah anda terlampau liberal? untuk tidak menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan ini?

Meh sini aku bagi tips tempat tempat untuk rechill dan juga tempat nak ponteng puasa time tengah hari buta?

1. Traders Lounge (MATRADE)


Tempat ni sememang nya epic untuk lu orang nak lelap mata time tengah hari bila lu stress dan tension apabila kakak kakak kat pejabat dah tapau semua tempat lelap mata. Jangan risau beb, dari gambar memang nampak posh, dan exquisite. tetapi time puasa ni tempat ni tutup. So, line memang clear dan budak budak Matrade jarang lepak sini tengah hari pasal konfirm tak dapat bonus raya tahun ini. Sofa yang empuk dan terbenam bila lu orang duduk dan sandar, memang boleh lelap paling busuk 10 minit dan segala penat dan beban akan hilang. Oh ya, abang abang yang jaga maintainence Matrade selalunya ada surat khabar seperti Metro atau pun Kosmo untuk korang mengetahui liputan berita tentang cerita Linda Jasmin yang tengah mengandung.

2. Burger King KLIA



Sememangnya tempat ini khas untuk para pekerja pekerja yang berkerja di Sepang, Cyber Jaya dan juga Putra Jaya. Kalau nak makan kat Alamanda apa cerita, nampak abang yang pakai tux secara tiba tiba akan membuat kan diri anda sedar supaya agar teguh untuk berpuasa. Kalau kat port lain di kawasan kawasan yang sama waktu berbuka pulak lain macam pulak jadinya. Karang kantoi dengan akak akak yang cuti berpuasa pun payah. So nak senang cerita, gerak saja ke KLIA untuk makan mushroom swiss atau double whooper. Pasti lu akan kenyang dan masuk meeting mulut korang tak kan bau air liur kering je beb, sure paling busuk bau Coke Vanilla. Amacam?

3. Kueh Teow Subang Ria? gila beb

Kalau dulu time puasa boleh suruh orang runner atau kalau telor korang besar sikit korang terus runner makan kat sana. Tapi kini nyonya kueh teow tu pon dah cabut pergi kedai Jamal sebab kenaikan harga sewa. Tak kan nak makan sana? memang lu orang kena lecture dengan mamak mamak kat sana. Lebih lebih lagi kalau korang regular pulak kat sana en?

Ada satu tempat kueh teow yang boleh tahan jugak kalau korang nak bedal time tengah hari di bulan puasa ni. Tempat ni terletak nya di Plaza Kelana Jaya. Aku tak ingat nama kedai, tapi bila on the way ke damansara kalau korang lalu LDP, belok kiri sebelum Tasik Kelana jaya kat sebelah kiri korang. Bila dah masuk lengkok ke kiri, first junction ke kiri korang terus belok kiri. Kedai tu kedai cina dan kueh teow dia boleh bla gak. tapi kene bilang kat akak tu supaya jangan letak ajinamoto. Memang syiok bai. Kalau nak lagi syiok, lu order ah telur ceplok (telur tengah cair). Memang leleh bai...



4. Sky Park, Subang

Kalau korang nak lepak minum kopi pulak, aku rekemen lu orang lepak kat Sky Park Subang. Sememang nya tempat ini khas untuk abang abang urban yang suka benda benda post modern dan tempat tempat yang masih bau simen lagi. Semua ada kat Skypark ni, Maybank, tempat urut, starbucks, dan kedai jual rokok. Sememang nya boleh kata heaven lah di bulan puasa ini. Bukan itu aja, nak flirt dengan stewardess pon no hal dan sememangnya chikaro AirAsia memang boleh buat lu nak bersifat nakal aja.



So bai, aku bagi empat cukup la, kalau lu nak tambah port port yang lu selalu buat hal share la..

Selamat Berbuka

jack "bukan jin notti" Lingam



Saturday, 25 July 2009

Kontradiktori Bahasa, Terma dan Sejarah Bahasa

salam frenz,

malam semalam ada orang tanya beb. pasal organizational structure united kingdom. soalan nya berbunyi macam di bawah. aku tak tau la kalau dia saja je nak meng-anjing kan aku atau dia betul betul nak tanya. anyways, soalan dia berbunyi cam gini...

"cenggini jack,

"britain, england, united kingdom, scotland, wales, scotland yard, london"

berdasarkan yg kat atas tu, boleh tak ko terangkan secara panjang lebar dalam bahasa pasar ko... tentang sejarah,politik dan apa-apa yang berkaitan la.

aku musykil la,

cthnya : england tu negara dalam britain ke atau negara dalam united kingdom.atau united kingdom tu bandar dalam england dan england tu dalam britain.london tu dalam england ke atau dalam united kingdom.kenapa scotland dan wales tu macam selalu dkaitkan dengan england.scotland yard tu pulak apa dia?dalam peta pun cuma ada united kingdom dan london je.pernah terbaca dalam majalah,united kingdom tu cuma bandaraya di pinggir england je, ye ke?

ok jack."...

amacam heavy? ke tak heavy.

aku akan cuba terang kan dengan cara yang paling mudah, harap harap tak akan memening kan sesiapa.

gua rasa apa yang mengkonfius kan lu adalah konsep sebuah organisational struktur sebuah koperasi besar. cuba lu pergi bursa saham dot kom lepas tu lu download annual report sime darby beb. kat dalam report tu mesti ada organisational structure dimana Sime Darby Berhad merupakan kepala segala kepala untuk anak anak syarikat sime darby yang telah exist disebabkan mergers dan acquisition. Iye beb, sime plantation, sime property, sime industrial dan macam macam lagi beb.

Ko bayang kan la pulak macam ni, Sime Darby itu sebagai sebuah listing vehicle sebelum naik pergi listing kat bursa saham, untuk memantap kan lagi value supaya senang nak raisefund kat publik, business kena diverse, source of income kena diverse supaya tight and sharp dimana future source of income akan datang bukan dari tanam kelapa sawit je beb. baru la investor tak cuak bila labur saham (walau pun filosof macam ni agak ideal). Di Sime Darby Berhad adalah sebuah syarikat besar yang handle benda benda management untuk menkonsolidate kan segala jenis benda yang jadi kat bawah tu. Pendek kata Sime Darby Berhad sememang nya raja yang memberi perintah kepada syarikat bawahan nya untuk buat apa yang patut dan approve kan sama ada bonus tahun ni berapa banyak dan lain lain.

Sama jugak dengan united kingdom, era zaman perkapalan sememangnya telah mengubah intercourse pemerintah pemerintah british. Apalagi era zaman revolusi industri lagi lah telah mengubah fikiran pemikir pemikir seperti adam smith dan rakan rakan untuk pemerintah britain.

meh kita cover lagi deep. Britain tu apa bai? britain itu nama yang agak symbolik yang telah di berikan oleh empayar romawi kepada kawasan jajahan nya ketika mereka berada di sebuah pulau. di pulau itu pula banyak nama yang lain diberi kan kepada kawasan kawasan di pulau itu seperti caledonia, hibernia dan macam macam lagi. tetapi Britannia adalahkawasan yang ada di southern iles yang merangkumi pekan pekan (dahulu) seperti Bath, Barnstaple, dan juga kota Londinum. Bila askar askar romawi cabut, akibat unifikasi puak puak celts dan amuk kan orang orang saxon. orang saxon ini bukan saja mengangu ketenteraman askar askar romawi. malah mereka juga bersikap buas terhadap rakyat tempatan yang membuat orang ramai memberontak kepada orang orang saxon. Descartes pernah menulis "...a king will always be the self proclaimed ones..." memang benar, raja arthur sememang nya a self proclaimed, seperti napoleon dan raja raja lain yang mengaku raja.

Dalam masa beratus tahun selepas itu, konsep feudalism telah terbentuk. oleh sebab kan sistem pentadbiran monarki oleh golongan golongan yang self proclaimed raja, hidup bersatu telah berubah kepada hidup ber-se-kutu. atau dalam kata lain, orang telah hidup berpuak dan tidak submersive kepada raja yang satu. Di situ lah bermula pergolakan dan zaman gelap di britain dan juga eropah.

Hidup sebagai negara monarki ala feudal. Income semua datang dari mana? mana lagi beb? cukai pintu lah. Dari dulu sampai sekarang. Tanah sememang nya di lihat sebagai asset yang paling berharga dan nilai nya akan appreciate dan ia nya boleh di sewa kan dan boleh di jadi kan ladang dan lepas tu boleh profit sharing dengan sesiapa saja yang nak sewa tanah itu untuk tanam buah, cili, lengkuas dan serai. bukan itu saja bela lembu boleh dan bela kambing pon boleh. Atas ke-taksub-an raja raja untuk meng-finance-kan perang 100 tahun dengan pihak peranchis, raja raja feudal britain telah mengambil langkah untuk menyuruh scotland submerge kedalam britain dan menghantar bunga emas kepada raja britain tiap tahun. Seperti negeri negeri utara di ketika pre-tanah melayu, mereka harus hantar bunga emas kepada raja siam. Konsep ala samseng ini sememangnya tidak menyenangkan penduduk scotland yang mempunyai identiti yang tersendiri, budi tersendiri dan bahasa yang lain dari pada orang selatan. lalu perang pun berlaku di utara dan di barat pulau britain. Scotland di perah secara keras dan akhir nya mereka submerge kepada pemerintahan british. Sama juga seperti wales dan Eire. Semua nya jatuh kebawah naungan London kerana cukai tanah untuk finance perang perang raja raja Anglo-Norman ini.

Masa pun berlalu, perang atau pergaduhan sememang nya penting dari segi pembentukan sebuah watak. nak tau limit kena test water, raja raja anglo norman dan juga raja raja peranchis telah belajar pekara penting iaitu "art of negotiation" selepas perang seratus tahun. kira peak zaman gelap dua gergasi eropah dah mula reda. bak kata orang kita, "darah muda sememang nya sering mengelegak."

Dalam 200 tahun selepas itu, pelayaran dan navigasi telah pun berubah. hubungan peranchis dan britain menjadi semakin intim. Trading accross the English channel memang tight. Semua nya ingin kan bahan mentah dan bahan bahan ruji. Perniagaan cross-sea di antara Pioneer membuat lager (beer) dan Pioneer membuat wine makin meletup. Masa dulu, memang dekat english channel itu memang penuh dengan tongkang tongkang atau sampan sampan dari Dover sampai lah ke Calais. Inovasi juga berlaku pada zaman gelap. Darwin percaya akan evolusi spesis hidupan tetapi aku lebih percaya kepada evolusi minda. Tongkang menjadi sampan, sampan menjadi kapal layar, kapal layar menjad kapal layar yang ber nakhoda dan kapal layar menjadi kapal stim, kapal stim menjadi feri, feri mejadi cruise, cruise menjadi aircraft carrier dan macam macam lagi evolusi minda atau otak. Evolusi perkapalan britain telah membuat langkah kaki pemuda pemudi british makin jauh.

Selepas beratus tahun berniaga Antara syarikat syarikat british yang berjaya waktu itu ada lah syarikat hindia timur ingeris (SHTI). Namun, sebelum SHTI di establish kan, terdapat lagi banyak Government linked Companies (GLC) british yang ada. Sebelum pandang ke timur. Zaman kolonial british meledak di barat pulau britain. Negara negara west indies dan negara negara amerika telah menjadi daya tarikan peniaga britain di sebab kan kaya nya pokok kapas (cotton) yang boleh di proses untuk membuat kain dan di jual degan harga yang mahal. Konsep feudalism berulang kembali. di sebab kan kekurangan populasi untuk membuat Kapas. lalu GLC, GLC britain telah memandang ke selatan untuk mengimport buruh buruh dari afrika untuk ke amerika dan berkerja. Bukan Britain sahaja, peranchis juga membuat langkah yang sama. Belanda dan negara negara kolonial yang lain. Kingdom Kingdom Zulu, Euthopia, Congo dan lain lain semua jatuh ketangan penjajah yang fully equipped dengan alatan perang dan juga kehebatan mereka untuk "negotiate". Mereka lalu di hantar ke amerika menjadi tukang kebun tukang kebun untuk tanam kapas dan tanam makanan dan tanam tembakau dan jadi kuli. Barangan ini kemudian nya di export semula ke britain untuk di salur kan ke european market.

Oleh di sebabkan kehebatan empayar british ini, kerana dapat export barangan barangan premium ke eropah, ia membuat kan empayar empayar lain seperti spanyol dan peranchis naik bulu di sebab kan taksub kepada kuasa dan wang. Kapal kapal british banyak di gangu sewaktu pelayaran dari Portsmouth menyberangi Lautan atlantik oleh lanun lanun yang di konskript kan oleh pihak spanyol dan peranchis. bila darah naik dua dua ajak one on one kat laut. Namun, Spanyol telah berintegrasi dengan Peranchis (masa zaman napolean) untuk battle dengan Britain. Oleh sebabkan kepakaran laut oleh orang orang laut britain, pihak britain berjaya meloloskan Peranchis dan juga Spanyol dengan kapal kapal layar mereka. Nakhoda Nelson yang merancang kejayaan britain menetang dua kuasa itu namun mati sewaktu battle of trafalgar.

Kejayaan itu telah mengubah identiti britain sebagai Pioneer laut laut dunia. Ke-raja-an britain telah mendedikasi kan kekayaan negara itu kepada sektor perkapalan atau logistik. Kapal kapal besar telah banyak di fabrikasi kan di kilang kilang kapal di Durham. Bukan itu saja, ke-raja-an british juga telah invest banyak duit kedalam syarikat syarikat trading seperti Syarikat Hindia Timur Ingerris (SHTI) untuk mengembangkan network trading nya di rata dunia. Untuk mengelakkan pergolakan berlaku pada masa depan konsep mergers dan acquisition oleh pihak british sememang nya menjadi semakin rakus di rata dunia. Banyak empayar empayar besar seperti empayar India, empayar Malaya, empayar zulu, Empayar falklands, Empayar Sudan, Empayar Rhodesia, Empayar Fiji, Empayar Samoa dan banyak lagi empayar empayar yang mempunyai raja jatuh ketangan Empayar british. Lalu jadilah sebuah term yang berbunyi United Kingdom of Great Britain atau pun didalam bahasa melayu ia berbunyi " kesatuan Empayar Empayar di bawah naungan Britain yang masyur".

So ko tanya, apa beza British dan England. Senang saja. British adalah diviasi perkataan britannia yang di beri oleh orang romawi. selepas romawi di halau oleh orang anglo-saxon. kerana vikings vikings percaya bahawa mereka dan orang orang di pulau itu datang dari golongan yang sama. English sememangya diviasi daripada perkataan Anglo yang di sebut oleh orang viking untuk memanggil orang pulau itu. itu je beb. Selepas beberapa kali befikir tentang evolusi, bukan idea saja yang berevolusi, bahasa juga. dari anglo, ke anglais (peranchis) , ke ingles (sepanyol) jadi english.

Scotland yard tu pulak memang nama polis london. itu je. kenapa asal aku tak tau. lu nak tau gi usha kat internet. macam kat malaysia la, apasal tetiba ada nama seperti Andalusia, Hyde Park yang tiada kaitan dengan kita.

Pundek sial lu rai, sebab kau aku miss tengok MELODI. fak ah!

Jack " " Lingam

Tuesday, 30 June 2009

Belajar Baca Akaun 101: Leverage dan Cash Management : Case study Air Asia


Salam fren, ari ni ada info panas baik punya. Wa baru dapat report dari abang banker sorang yang menyatakan bahawa sebuah syarikat sanjungan rakyat Malaysia yang bermaustautin di Sepang. Ya, sudah pasti kamu semua tau syarikat apa yang aku bilang ni. Air Asia hari ini telah mengumumkan bahawa mereka akan mengisu kan sekurang kurang nya 20% syer baru untuk mengurang kan kadar “leverage” untuk mengukuh kan cashflow yang ada sekarang. Sebagai sebuah syarikat yang agak besar dan di sanjungi oleh para pemimpin Negara, peminat bola sepak dan Kemeterian Pelancongan, para analyst analyst maut menjangka kan bahawa kadar interest akan meningkat dalam masa yang terdekat.

SO, wa bajet lu mesti serabut nak Tanya apa itu leverage, apa itu cashflow dan apa kena mengena dengan tindakan Air Asia dengan kadar interest yang dijangka akan meningkat?

Meh gua story sikit kisah Air Asia ini. Memang tidak di nafi kan bahawa air asia merupakan syarikat yang telah berkembang pesat. Dalam jangka masa 8 tahun. Pada awal nya syarikat ini dimiliki oleh kerjaan Malaysia yang di urus kan bawah “special purpose vehicle” syarkat DRB Hicom. Pada 2001 dimana kegawatan ekonomi dunia yang disebabkan “internet buble”. Pada penghujung Tahun 2001, Tuan Besar Tony telah membeli syarikat ini dan Berjaya membuat turnaround dalam masa yang singkat. Beliau telah mengubah konsep penerbangan di bumi asia ini dengan mengikut konsep penerbangan low cost yang Berjaya di praktik kan oleh syarikat syarikat eropah seperti Ryanair dan EasyJet (bos dia budak cass beb). Bukan sekadar itu saja, tuan besar ini juga telah membuat strategic alliance dengan kumpulan kumpulan besar seperti Manchester united, Oakland raiders dan banyak lagi syarikat syarikat penerbangan medium di Negara Negara asing seperti Indonesia, Myanmar, Cambodia dan di England untuk memanjukan industri pelancongan Malaysia. Aku suspect, duit itu datang dari kerajaan untuk memajukan industry pelancongan Malaysia. Apa dahal, last call pelancong datang gi shopping dekat Pavilion. Kalau nak harapkan kat orang lokal, aku bajet pavilion pon tak dapat bikin duit.

Apa itu leverage? Lu orang pon mesti tahu, buat business tak semesti nya pakai 100% duit lu kalau lu pakai duit lu 100% dan dapat bikin macam air asia sekarang lu memang TOP BOY no 1. Kalau pakai duit lu 100% sememang nya senang. Tetapi untuk bergerak laju dengan pace globalisasi yang semakin hari semakin laju ini sememang nya susah. Berbalik kepada case study kita hari ini, Air Asia,. Hari tu diorang announce nak beli 40 bijik lagi kapal terbang A320 dan 40 bijik lagi lepas 2013. Contoh ini di ambil kerana ia agak straight forward dan tak ada hanky panky (bak kata abang abang banker yang suka pergi massaas nakal). Oleh sebab pembelian kapal terbang memerlukan pelaburan yang dikata kan capital intensive, pinjaman wang dari bank sememang nya di perlukan kerana kalau nak bayar cash memang akan mengoyakkan cashflow Air Asia. Pendek kata 3500 orang yang keje kat sana memang tak dapat gaji ah.

Apa itu leverage, leverage bermaksud pinjaman duit (dari financial institution; atau pun debt dalam Bahasa orang inggeris) untuk menambah jumlah wang yang ada sebagai cash (sepenuhnya duit lu dan duit geng geng lu, cash, dan tak masuk pinjaman dari bank) untuk mengembang kan perniagaan. So beb, siapa guna leverage ni? Sebagai contoh, macam kes airasia, leverage sememangnya di perlu kan untuk membayar airbus untuk pembelian kapal terbang beb. Sememangnya AirAsia takkan bayar cash kepada Airbus dan pembayaran ini akan sama seperti jika ko beli kereta ngan proton atau produa. Down payment yang agak tinggi sememangnya akan menjadi beban kepada AirAsia untuk membeli 40 bijik kapal terbang A320. Sekarang ni, AirAsia sendiri telah berhutang/mendapat pinjaman sebanyak RM 4.6 billion dari bank dan mereka juga mempunyai equity (pelaburan wang ke Air Asia dan sebagai ganti, pelabur akan mempunyai syer di dalam syarikat dan mereka bebas untuk menjual syer mereka anytime). Itu je beb. Susah ke? Pening sikit sikit je en? Apa apa pun wa bajet lu boleh handle benda benda sepekara ini.

Methodologi yang lain pula selain pinjam loan ada lah pengissuan syer baru untuk menambah cash didalam cashflow lu beb. Kenapa issue syer baru seperti tindakan AirAsia yang baru sahaja announce untuk mengisu 20% ordinary share (saham biasa) dari apa yang mereka ada sekarang. Kini AirAsia mempunyai RM 2.3 billion ringgit yang di kutip menerusi public (untuk pengetahuan lu orang, air asia merupakan syarikat public yang listed di main board Kuala Lumpur Stock Exchange). Oleh disebabkan cost of capital dari pinjaman loan adalah lebih mahal dari angkat duit dari public, pengisuan syer baru merupakan cara yang lebih murah kerana AirAsia hanya perlu issue dividend kepada peng-subscribe syer mereka. Kalau taknak issue takde hal, yang penting project masa depan kena ngam ah. Bila prosepek ada, harga syer pon naik. Ha? Confuse? Ilek bai, meh gua explain. Syer price di calculate mengguna kan 3 method 1. Net Tangible Asset, 2. Discounted Cashflow (DCF) dan PE multiple yang mana satu tinggi itu la jadi pilihan. Tapi banyak lebih gemar tuk tengok Discounted Cashflow untuk mengira value sesebuah syarikat, kerana ia mengambil kira future prospect syarikat syarikat tersebut. Tapi ilek beb. Kita belaja satu satu, kalau nak belajar semua memang HEAVY. Dalam kes air asia ni pulak, mereka memang ada intention untuk raise 200 juta untuk meminimumkan pembayaran interest kepada financial institution yang member pinjaman kepada Air Asia. Gila beb, lu pinjam RM 4.6 billion, interest lu memang tinggi. Kata kanlah interest 2%, lu kena bayar tiap Tahun sama dengan RM 96 million tiap Tahun je lu bayar interest. Mana bank tak kaya beb, makan interest aja pon dah cukup sedap. Itu kalau 2%, mana nak carik financing punya facilities 2% sekarang ni. Jadi, dengan pengisuan ordinary shares boleh dikata kan lebih murah daripada pinjaman loan dari bank bank untuk meng-expandkan perniagaan AirAsia yang saban tahun semakin berkembang.

Dengan kadar minyak yang semakin meningkat, kos operasi airasia kian akan meningkat, dengan kadar expansion yang agak laju buat syarikat ini, cost akan naik dan profit mungkin akan turun disebabkan environment industry pelancongan yang agak tergugat dengan kes H1N1? Lu nak labor tak ? aku rasa hang on. Volatiliti market minyak sememangnya agak volatil lebih lebih lagi minyak special yang digunakan untuk kapal terbang (agak niche jugak ah, tak silap aku minyak yang di korek dari Malaysia banyak di gunakan tuk buat minyak kapal terbang beb pasal sulfur dia just nice ah).

Itu jelah yang aku nak cite ari ni, arap arap u all belajar sumthing la eh.

Topic akan datang, valuation: lu nak jual syarikat lu? Berapa harga? Harga dari lu dapat Turun dari langit ke beb?

Sekian,

Jack "lagi power dari adam smith" Lingam

Thursday, 18 June 2009

Bahasa Pasar 101: Situation Crack

Contoh:
Afif: "Bai apa jadi bai ngan adik sedara ko, makan gelojoh sampai satu buku roti. Tengok dia nak bernafas pun tak betul,"
Adil: "Tu ah, ko rasa apa kes budak ni ah? Aku pun dah tak leh tolong baii,"
Afif: "Serious blad, ni dah situation crack dah ni. Ini kes macam bebudak Amerika dah."

Sekian
K to the T blaze
CEO of New Demonic Blaze

Wednesday, 27 May 2009

Buku Lost: Skinny Bastard


Amacam semua? Setelah membaca buku di atas selama dua setengah hari dan membuat kajian-kajian lain, aku bersedia untuk memberi sedikit sebanyak tentang buku ini. Aku tahu blog ini adalah tentang benda-benda yang boleh bla la kira, tapi dari tajuk buku ini, dan penulis buku ini, yang sebelum ini menulis buku  SKINNY BITCH, (yang telah dijual sebanyak 2 juta cetakan)..Hmmm...Adakah buku ini boleh bla? 

*Tiba-tiba Aku mendapat panggilan telefon*

Word up muh-brotha! Apa cer? Ini abang G yo, yang temubual bersama ko dan FZ hari-tu. Aku bengkek sikit la bro, sebab aku try nak temubual Jack Lingam but he's so busy dating and work, yo! That's not tight!
......Apa kau nak bai? Aku tengah nak review buku ni.

Word? Cun! Apa kata kalau aku temubual kau tentang buku itu, dan kau bagitahu aku sedikit sebanyak , yo! That sounds tight, G! I TOLD YOU IM'MA BE BIG ONE DAY!!!
....Semangatnya ko, Ok-lah. Aku tahu ko ni lonely. Perangai je hip hop tetapi sensitif kalah Balada- Balada meleleh di tanah air kita.

So, Mr KWAIDANN YO! Bagitahu kami sedikit sebanyak tentang buku ini, dan siapakah buku ini ditargetkan, uh huhhh!
Secara dasarnya, Skinny Bastard merupakan satu spin-off kepada buku pertama Rory Freedman dan Kim Barnouin iaitu Skinny Bitch. Mereka merupakan pejuang-pejuang prinsip mereka, iaitu memakan makanan yang asli, organik, tidak diproses, tidak diawetkan dan anti memakan produk-produk haiwan, atau haiwan. Mereka ni vegan la kiranya. Kalau ko tak tahu vegan tu apa, ko google. Tapi explanation yang simple, vegan ni tak makan apa apa haiwan atau produk haiwan, hanya bergantung kepada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan tumbuhan- tumbuhan lain yang boleh membekalkan gizi yang seimbang. Apa yang dikeluarkan oleh binatang seperti susu dan telur pun diorang tak makan

Are you serious, dawg?! No KFC? No Burger King?! Gila ah. Aku tak mahu kenal diorang.
Dari awal buku ini, penulis- penulis cunz ini akan menjelaskan kepada pembaca tentang keburukan makanan- makanan yang diamalkan oleh orang ramai. Mereka pula memberi dalil- dalil yang padu, akan kadar kegendutan, kanser dan penyakit jantung di dunia ini. Mereka memfokuskan keburukan makanan-makanan yang diamalkan oleh orang ramai mengikut bab. I,e: Keburukan daging, keburukan susu, keburukan bahan-bahan pengawet dan sebagainya.

Memang lost. Bab tentang keburukan penyembelihan ayam dan daging tersebut memang akan membuatkan ko rasa janggal sebentar sehingga hendak muntah. 

Susu atau produk dairy juga telah dilabelkan oleh mereka sebagai pembunuh orang ramai dan juga pembunuh kemaluan lelaki ( kebanyakan kes kanser prostat disebabkan oleh produk dairy ).

Mereka juga mempamerkan atlit-atlit sukan yang mengamalkan makanan vegetarian/ vegan tetapi badan mereka masih sasa dan kuat. Jadi mereka mensyorkan bahawa kita tidak perlu memakan daging merah untuk menaikkan tubuh atau otot kita.


Jadi, ko nak rakyat Malaysia mengamalkan makanan vegan la bro?
Aku tampar ko kang. Ko sama one sided, too conclusive, over sensitive seperti kebanyakan orang aku tahu. Sigh. Aku tak syorkan kaum lelaki tanah air mengamalkan makanan vegan, tapi buku ini at least bagitahu orang tentang kepentingan tumbuh- tumbuhan dan buah- buahan. Misalnya ko gi mamak, banyak doh lelaki dan juga pompuan order 'maggi goreng satu, tak mahu sayur'. Ini satu tabiat yang tak bagus, dan juga makan di mamak dengan kerap juga merupakan amalan yang amat jijik.

Kadar kesihatan di Malaysia merosot gila teruk. Kita merupakan negara Asia Tenggara yang pertama dalam kegendutan, dan kadar diabetes, darah tinggi kita juga melambung tinggi setiap hari, penyakit jantung etc..

HA! Diorang cakap rokok penyebab penyakit jantung, tapi tahukan anda di IJN, satu banci telah dibuat bahawa 53% kes jantung merupakan pesakit- pesakit yang TIDAK MEROKOK?

Lu fikir la sendiri. 

Malaysia pula juga mempunyai gizi yang mencampurkan lebih daripada satu protein dalam makanan. Contoh, nasi kandar, campur etc. Ramai yang letak ayam dan daging, atau ayam dan sotong dalam satu pinggan. Tahukan anda ini amat merbahaya kerana dengan mencampurkan dua jenis binatang, ia boleh melebihkan kadar intake protein dalam sehari, dan jika badan kita satu hari dah tak larat mencernakan protein-protein tersebut, gout la ceritanya lepas tu.

Di Malaysia juga, terdapat kes tentang reban ayam di atas, dan bawah kolam tersebut mempunyai ikan keli, dan ikan keli tersebut diberi makanan tinja ayam yang jatuh dari atas tersebut. Sigh...

Kalau kita fuck-up gizi makanan diorang, lepas tu kita sembelih diorang dan makan. memang hidup ini macam cycle bai. Tuhan dan buat haiwan- haiwan ada kategori diorang masing masing, harnivor, karnivor etc. Ko gi tukar la, letak hormon untuk diorang besar cepat la. Satu hari nanti, balasannya tetap akan kena kepada orang yang memakannya.

Iaitu rakyat-lah.

Konklusinya, tengok orang keliling kita. Ramai yang semakin gendut, ramai yang mempunyai kencing manis, banyak yang panas baran, (kadang kala panas baran dan terlalu emosi dan sensitif terjadi atas ketidak seimbangan kimia dalam badan, yang juga terjadi akibat gizi yang tidak baik, seperti banyak bahan pengawet, MSG dan sebagainya) .

Kita perlu ubah dan tidak perlu ubah secara drastik. Mungkin dengan kadar membaca, kita tahu betapa pentingnya tumbuh- tumbuhan asli, dan kebaikannya, dan kita boleh tukar skit cara kita. Kurangkan nasi sikit, lebihkan ulam- ulam, kurangkan gula yang 'refined', amalkan gula- gula asli seperti gula perang atau madu.

Gua bukan doktor bai, tapi ramai orang lately acting weird siot sebelah aku. Or is it just me?

*Bunyi berdengkur*
....guys , you see what i mean? dia yang call, dia lak tertidur.

Sekian,
Kwai 'awek 8tv cuteeee' Tar

Dari mana?

Analytics