Showing posts with label muzik. Show all posts
Showing posts with label muzik. Show all posts

Saturday, 6 February 2010

Lagu Hujung Minggu: Roll The Dice

Cuba usha?



Lagu ni kira ringan je, kalu nak heavy, dgr lagu INTO THE GROUND..huuuuuuuu.

Kalu lu ske lagu lagu cam gini ketika lu orang buat seni lukis heavy, atau tengah buat website tuk client kau atau baju kahwin lu orang.

kalu lu rasa lagu ni bleh bagi lu inspirasi atau pemangkin untuk berfikir, wa syorkan lu supaya tekan kat link download kat bawah sanun

ingat nama kumpulan ni beb, pasal bila gua dengar album dia , hu memang. Style la beb. Abang stockholm yang bernama Mannerfelt dan Pardon sememangnya otai besar bila buat lagu lagu atau jingles untuk iklan iklan yang boleh membuat lu orang terpaku. Serius beb gua tak bohong. Cuba bayang kan lagu yang di paparkan kat atas ni jadi background music untuk cerita Universal Soldier II memang boleh menang Cannes 2010.

Selain itu, bukan mudah untuk buat musik elektronik yang boleh gel dengan instrumen instrumen analog dan digital, tetapi Mannerfelt dan Pardon telah berjaya menebuk lohong yang tersumbat di hati para pendengar nya dan dapat menghayati lagu lagu mereka berdua ini. Gila beb, Korg MS 20 campur M-audio Axiom campur Ableton punya midi? macam main gitar campur rebana ngan sitar. tak leh bla bunyi nya kalu lu bukan cham-pai-on dalam bidang bidang ini.

Dengan ketiadaan bunyi dram dan sequencing computer, Pardon dan Mannerfelt bergantung kepada 100% precision untuk mendapat bunyi hypnotic piano dan bunyi synth yang agak tip top ala kosmik

Sememangnya, benda ni memang boleh bla dan patut di bedal oleh semua umat.

Tekan sini untuk download.

Jack "malam ni lepak minum bebek suam @ PUCHONG" Lingam


Saturday, 23 January 2010

Single Minggu Ini: Julian Casablancas



Julian Casablancas- 11th Dimension

Awek ko sure suka lagu ni: yup
Aku suka lagu ni atas obsession aku dengan 80an: yup
Beat nak buat ko dance (kalau ko Abu Hackett, sila rujuk 2pac) : yup
Encik Julian akan menjadi bapa yang baik: yup

SEMOGA TERHIBUR

KT
"ONLY THA FRESHEST"

tambahan : klu lu nak dload. sini tekan blad

Wednesday, 20 January 2010

Duta Subang Jaya: Joe Flizzow



Amacam semua? inilah single/video terkini Joe Flizzow dan album solo beliau PRESIDENT memang hangat. Aku suka layan lagu "bersamamu" kuat- kuat sambil jalan area Ara Damansara (area tokan aku)

Dan sebagai anak subang aku respek mamat ni, dan president kita sebenar Hannah Yeoh tapi kira Flizzow ni street president la.

Apa-apa hal Flizzow memang boleh bla dan aku salute kat mamat nih. Mana tahu one day aku leh rhyme 8 bars kat lagu dia ke, so kalau Joe dengar ni, bagi la aku spit hihihihi pleaseeee...

KT
"ONLY THA FRESHEST"

Nat King Cole (nate gapo ni?) Malaya? - Beraksi Live di Changkat


Salam fren, apa cerita weekend ni kalau lu nak lepak ngan awek awek lu candle light dinner, apa kata aku plan kan untuk lu orang.




mula mula,

1. angkat girl lu kat umah. jam 3.
2. bawak dia pergi makan tiram segar kat hotel lisa de inn jam 3. 30
3. lepas tu bawak dia terus ke mont kiara bawak dia makan burger petak (wendys) kol 5.
4. Pastu bawak dia makan kek kat mana mana area tu. gua rekemen bawak dia gi alexis makan pecan pie. pastu cite cite sembang sembang. take it slow dan minum kopi sepam dua. isap rokok 5 batang dan belai belai dia (6 malam)
5. cabut gi no black tie untuk dengar nat king cole malaya mendendang kan lagu. (kol 9 start).

gua rekemen lu call bangla no black tie tuk buat reservation. kalau boleh meja depan. pasal baru lu orang rasa cultured cam cite mat salleh dalam cite cite gangster.

iye bai lu tak caya ada sorang mamat ni (nama dia otam) di perkenal kan oleh aku dari evid reader kitorang yang asal dari goatsfilm. aku tak ingat nama mamat goatsfilm tu. tapi bila gua usha video mamat ni nyanyi kat pasar malam, memang.. huiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

jangan la pulak tetiba bila lu orang dah tipsy tetiba mintak si otam main lagu cover "what a wonderful world". pasal itu lu boleh dgr kat youtube beb.. tak caye tekan link ni.

sekian.

recap -

1. bawak condom kalau lu orang nak ekot S.O.P (standard operating procedure) aku.
2. bawak kereta pelan pelan. awek cepat rimas bila kereta pelan. so ada chance la nak he he.
3. show start kol 9 kat no black tie.

Jack - tak kan nak dgr lagu bunyi cam BUNKFACE je brooooo- Lingam

Friday, 15 January 2010

Helo. Album hunjung minggu





Album ni akan kluar pada 23/feb/2010

Hello gadis gadis yang suka dgr lagu lagu macam lagu sigur ros.

ini dia album baru Efterklang yang berjudul Magic Chairs.

Aku tau lu orang bila tengok abang abang scandi memang basah kat bawah tu macam paip bocor. sama jugak dengan abang abang bohjan sini, bila tengok awek scandi semua nya kalau boleh nak buat bini atau bahan pancut dinding.

anyways, gua tak dengar lagi lagu ni tapi kalau lu suka apa lagi, bagi tomahan seperti

"gila epppppppppppppppik sial"

"shit man, this is it"

"wowowo. fuck, bila i dengar i terus boleh lukis triangle guna microsoft paint"

"lagu ni layan bila bawak kereta"

"hehe, kalau i burn pastu bagi kat boyfriend i mesti kalau i nak autoroaming (pelocok kote) dia tade hal"

apa apa hal pon link ada kat bawah ni. nak dload, tanak tunggu minggu depan untuk lagu baru.
Link

Jack "impolitically correct" Lingam

Wednesday, 13 January 2010

Single Minggu Ini: Sade



Sebelum aku ucapkan selamat tahun baru, aku nak korang jangan emo- emo asal blog lama tak post, kita kena jadi soldier bai. Lupakan 2009, 2010 sudah datang. Jadi, apa azam korang? Citer ah kat kitorang dalam blog ni.

Blog mengucapkan semoga berjaya kepada Shaf Hamdan kerana beliau akan melanjutkan pelajarannya di luar negara. Jadi, 2010 ni, yang akan aktif hanya aku dan Jack Lingam. Dulu aku ada bagitahu korang kan tentang video projek aku ngan Jack nak buat. Tapi skarang aku dah relocate kat Taipei dan Jack pun tengah sibuk dengan kerja kawin dia.

Anyway, aku nak bagitahu korang. blog ini akan kembali kencang. Lupakan blog lain. Serious.

Banyak blog tunjuk diorang berbasikal fixed gear je. Bosan ah, on to the next one ah friend. Asal takde gang melayu buat long distance running? Tak cool ke sebab takleh gantung SLR sambil lari?

KT the President

Friday, 23 October 2009

Lagu Minggu Ini: Banhart; apa nak jadi, jadi

Jawa campur yahudi barpakaian ala ala bapak ayam


Salam Semua,

Dengan segala gembar gembur budget 2010, sure lu orang tension. yang jadi cikgu lagi lah tension pasal pekerja pekerja civil telah di beri tahu dimana pada tahun 2010 tiada bonus untuk pekerja pekerja civil. gua pun tahu bagaimana rasannya apa bila bonus di batal kan, walhal aku pernah bertekak dengan bos aku tentang kenaikan gaji gaji para pegawai pegawai yang berkerja di bawah naungan nya. bukan itu saja, malahan aku terpaksa di halau dari meeting kerana bersikap money-orientated.




anyways, aku cadang kan para perkerja pekerja sivil supaya tidak membuat mogok atau riot setelah mendengar budget tahun 2o1o. kerana ia bukan saja menjejas kan ekonomi malahan ia juga bercanggah dengan falsafah 1malaysia. Dengan itu, aku cadang kan lu orang dengar apa yang aku nak offer di bawah ini.

Siapa tak kenal devendra banhart, kalau lu tak tau abang yang boleh main gitar plucking macam man bai memang maksud nya lu belum sharp dan lu kena lebih banyak membaca buku buku informasi dan bukan nya baca buku buku yang mencerita kan tentang spesifikasi gadget macam majalah, Stuff Magazine kerana gua gerenti lu orang yang soalan soalan tentang gadget tak kan keluar dalam kuiz seperti Famili Ceria, who wants to be a millionaire, jom teka lagu dan macam macam.

anyways, kalau lu tak kenal devendra banhart tak pa beb, untuk mengelak kan bias punya rating, gua rasa baik tak payah tau latar belakang si ahli muzik. Gua ingin memperkenal kan album terbaru mr. banhart yang bakal keluar pada 29 october ini.

Album yang terbaru ini berjudul, apa nak jadi dengan kita atau pun que seramos (bahasa spanyol) atau quoi nous serons (peranchis) atau pun what will we be (bahasa orang putih). Album yang bermotif romantisma ini mempunyai ciri ciri yang unik. dari segi bunyi, merdu dan stimulan. Secara ringas, ketiga tiga aspek ini memainkan peranan yang penting untuk membentuk latar belakang muzik banhart. Atau lebih pendek, ketiga tiga unsur itu mempunyai karma yang mempunyai mutual synchronized pependicular. In short, co-related.

Album yang terang terang jiwang ini sememangnya penyedap hati pendengar. Dengan irama yang berentak mellow sememangnya warja didendangkan pada musim monsoon. Pendek kata, gua label album ini sebagai album monsoon tahunan.

Anyways, kalau lu orang nak tibai laguu ni, gua rekemen lu tekan kat sini


Sekian

Jaki

Thursday, 17 September 2009

Lagu Minggu ini : woo hoo layne Stanley dah mati William DuVall pon OK WEI






apa cite geng.

harap harap semua orang on form dan gua harap mood raya tidak akan menggangu konsentrasi anda sewaktu berkerja dan bersekolah. anyways, gua nak inform lu orang lebih lebih lagi kepada season players yang suka musik ala ala crude grunge.

gua ada dapat info baru daripada boy seattle gua yang bernama roger menyata kan album baru Alice in Chains yang berjudul "Black Gives Way to Blue". Jangan risau beb, diorang tak sell out macam audioslave dan diorang tak main lagu ala ala Blues Geng. Pendek kata, diorang masih stay true macam M.Nasir dan konsep lagu ethnik nya. tapi Dengan si - alice in chains ini pula diorang masih main lagu ala ala era Layne Stanley, masih sharp dan tone tone lagu ala ala seattle boys masih lagi menjadi prinsip no 1. so, lu orang jangan risau la dengan penyanyi baru mereka yang bernama Mr.Will.i.am DuVall. Suara dia memang lebih kurang seperti si arwah Layne. Dan bila lu orang dengar album ni, memang bunyi album ni tak off key macam bila Zach.D chow dari Rage against the machine.

Cerita dia macam ni, setelah 14 tahun mendiam kan diri, Mr Cantrell dan rakan rakan telah buat re-union punya konsert pada tahun 2005 untuk raise fund mangsa mansa tsunami yang meletus dia Acheh. Untuk membuat band ini stay true kepada roots masing masing, Mr Cantrell telah memanggil rakan nya Mr. DuVall untuk menjadi front liner konsert yang telah di ada kan di Seattle. tight beb gua cakap lu. Pada konsert itu, kumpulan ini telah mendapat sambutan hangat dari pada peminat peminat Alice In Chains. memang heavy

Anyways, album 54 minit ini mempunyai 11 lagu yang boleh bla la kira dan gua gerenti lu memang sedap di dengar sewaktu lu orang buat assignment, paperwork, cashflow dan bila lu sasau (pasal suara dia memang STIM BAI).

Album ini di jangka akan keluar pada 29 September 2009. Oleh sebab gua top dan sharp, lu boleh tekan kat sini untuk tibai lagu ni beb..

Pendek kata, album ni memang boleh bla la kira bai..

sapu jangan tak sapu

J.L

Monday, 31 August 2009

Pusat Muat Turun: Jay Z BluePrint

gua bukan andywarhol. the name is jack.



Salam fren,

aritu abang hopperz kita Mr. K to the T ada buat satu post tentang single baru Mr. Jay z.

tak per caya? tekan sini.

anyways kalau lu peminat setia Jay Z dan ingin menyahut cabaran untuk put a stop to autotunes
sila tekan sini untuk dengar album baru Jay Z yang berjudul BluePrint

Jack-L

Tuesday, 18 August 2009

Ian Brown.:stellify (pantat mana aritu delete post ni memang kote)




Salam friend,

aritu ada blogger sua yang tetiba tak puas hati ngan gua terus delete posting gua. memang "chingon" (bagus) betul ar. tapi apa dahal, nasib baik hati gua tak seperit yang lu orang sangka. bila kena backstab bangun balik ar en?

anyways, gua nak perkenal kan kembali kepada you all, mana yang sempat baca baca, dan yang tak sempat gua bagi lu better notation tentang singles baru abang ian yang terdapat 4 lagu berbeza.

Buat masa kini juga, abang ian brown sedang sibuk membuat album terbarunya selepas 2 tahun mediam kan diri, membuat konsert, dan membuat mini reunion bersama the roses setelah 20 tahun menjengkel kan diri masing masing untuk membuat lagu dengan cita rasa tersendiri masing masing. itu semestinya lumrah hidup, setiap perjalanan hidup, jangan sekali ada garis linear constant. sama ada garis itu songsang atau pun terus ke atas, yang penting jangan konstan dimana y=mx+c, tetapi apa bila y=c sahaja, sememanang nya lebih baik hidup didalam kubur.


anyways, gua nak perkenal kan singles baru Ian brown yang berjudul Stellify. Stellify bermaksud, perasaaan menjulak tinggi sampai ke laskar bintang bintang di angkasa. perasaan ini hanya boleh didapati sekiranya, anda graduate dan menyebabkan ibu anda tersebak kerana bagi beliau mission dia accomplish, part mula mula bercintan, apa bila lu main dengan 3 perempuan dalam one scene (kadang kadang lu boleh depress jugak beb) dan apabila lu dapat nombor talipon chikaros yang kerja dekat petronas mesra (gila bai, dekat dungun punya stesen pam memang STIM BAI MATA MEMANDANG, semua student UiTM Dungun. U know what people seyz about uitm chikarino ann?, tapi sorry beb, dua dua yang kat petronas tu gua dah tapau, tak percaya tanya KT, aku siap buat lauk sarapan pagi dan minum petang)

Anyways, aku tak mau cerita mendalam sangat tentang kisah kisah hidup private gua sangat. selebih lanjut nya, singles ini mempunyai 4 lagu.

Tetapi, singles kali ini sememangnya tight. dan syabas kepada ian brown kerana berjaya lagi menggunakan bunyi dan melodi yang bertema orkestratik. Pendek katam bunyi dia memang ala ala pertembungan ritma staccato bertemu bass dan bunyi brass yang agak euhporic. Memang sharp.

Pendek kata, singles ini memang boleh bla, dan patut di cilok oleh orang ramai. kalau hari hari dengar lagu "Kantoi" je buat apa beb, kesian zee avi beb, aku rasa stesen lagu Xfm malaysia ini patut di bakar, bikin rosak lagu. setiap 30 minit pasang lagu sama aja. memang kantoi ah. beron

Nak dload tekan sini bai.

Jack " i am the marathon man, catch me if you can" Lingam

Monday, 17 August 2009

Lagu tido aku malam ini: Singles baru radiohead





Sorry,

gua baru jumpa lagu tip top buat para pembaca yang tak leh tido malam untuk malam ini. mintak maaf lagi sekali pasal tadi dah posting lagu Ian Brown.

Tetapi sekarang ini. Saja je nak kongsi Info pasal singles baru Radiohead. lu tak percaya. lu try sini download tengooooook enn?

Gila beb. lagu dia ini memang tip top. dan taniah kepada thom yorke yang berjaya melompat dari satu bunyi yang lain kepada bunyi yang lain dari album yang sebelum atau sejurusnya.

These are my twisted words.

Jacky Jipang

Wednesday, 12 August 2009

Single Minggu Ini: Jay- Z

Jay- Z feat. Rihanna and Kanye West. Run this Town

Sebelum aku berkata apa- apa, inginku memohon maaf atas kehilangan TOP BOYZ selama seminggu. Maklumlah, dalam kegawatan ekonomi ini, kitorang harus bekerja lebih keras, dan jauhkan diri daripada makanan- makanan yang kurang berzat seperti...makanan ruji tanah air kita ini.

ANYWAYS, single minggu ini, masih hip- hop kerana tiada muzik fresh yang memberikan semangat 'hustle' berbanding dengan muzik- muzik yang lain, pada masa ini. Kalau aku pasang single post rock kang lu meleleh terus nak gi Singapore beli Electro Harmonix etc etc, buat apa baiiii.

Jay Z tetap fresh, dah la dia sebut Maison Martin Margiela. Tak tahu siapa tu? Ko gi check la sendiri.

Yang penting, We Run This Town memberikan saya (dan juga TOP BOYZ yang lain) semangat apabila kita mendengar lagu rancak ini.

SEMOGA TERHIBUR.

Salam Satu Malawi,
KT

Saturday, 1 August 2009

Album Maut : Murcof; La Sangre Illuminada

Pergh bai, memang muka vatos locos kat san quentin bai
Salam fren,

apa cite? walaupun gua cirit dalam trak bila roaming bahagian utara malaysia, tapi gua happy pasal dapat cuti camgini selepas 1 tahun 3 bulan kat pejabat kesayangan aku. walaupun tetap lelah, menguji kepanasan orang orang atasan, membuat report report yang berjenis ala kadar, kerja lewat malam, duduk di tingkat 30 sambil isap rokok dan satu botol kopi cap kapal layar, ponteng puasa 30 hari, jadi setan di pejabat 99% kaum melayu dan 1 % singh, kacau pak guard, naik lrt pagi pagi, gelagat direktor direktor yang bagi arahan yang tak serius, jalan jalan visit syarikat yang di labur, terbang ke jakarta, pikir kan masalah masalah hutang setiap investee dari syarikat kami, peluk bini orang, kacau kejar bibik/kakak buat kopi kat dalam ofis, tido dengan akak akak kat ofis dalam bilik file, sembang dengan Manolo dalam bahasa spanyol kuat kuat kat dalam ofis macam abang abang bank yang kat lobby cerita pasal deal ngompol, pasang lagu hindustan,lagu soundtrack sivaji, lagu lagu heavy, lagu tinariwen, lagu data, lagu melayu kangkang, orang mengaji quran kuat kuat kat dalam ofis, kacau nak spoon kakak sumber manusia, jadi bos kecik, jadi chairman meeting, kacau gayut dengan sekreteri sekreteri boss syarikat yang dilabur, masuk website blue masa pasang projector kat meeting room dan bermesra dengan akak akak indonesia yang kerja kat warung sebelah. Bukan main lagi beb, lepas chow, isnin telepon aku, selasa telepon aku, rabu telipon aku, khamis telepon aku suruh datang kerja. nasib baik la aku dah chow ke utara bai, memang betul pendapat aku "harimau mati tinggal kan kulit, analyst maut mati cashflow tak balance". tapi bai, dalam trip ni wa memang belajar benda yang paling penting bai dalam hidup. walaupun gua cirit guat demam, gua bubuh koyok kat dahi macam nenek lu, gua belajar satu benda yang penting ni blaad, " a journey is written but destiny is not". heavy tak heavy? gila bai, kalah puisi puisi Inferno yang ditulis Dante bai.

Anyways, aku saja nak kongsi dengan lu orang beb, ada album baru baik punya bai. dulu aku penah usha mamat ni perform live masa dekat elephant and castle memang tight walau pun aku lutut aku bukan main punya longgar dengan arkitek maut yang keje kat marks barfield beb dan rakan rakan sejoli yang lain..

Meh sini aku perkenal kan mamat ni yang bernama murcof. jangan risau bai, mamat ni bukan russian tetapi mamat ni mexican. biasa ar bai, products of world war 2. heavy tak heavy, album murcof yang berjudul la sangre ilumminada atau dalam bahasa orang putih "The exposed blood" atau dalam bahasa kita, "darah yang berahi". deep tak deep bai nama lagu ni.

Setelah mendengar 21 dalam album ini, memang gua rasa memang kental lah bai album ni. tetapi agak pelik kerana dalam album albu murcof yang lain, memang mamat ni selalu buat lagu tak lebih 10 dalam satu album pasal satu lagu tu mesti lebih 16 minit punya bai. memang kalau lu punya daya ingatan lu rendah, lagu lagu cam gini la yang boleh try lu improve memori lu bai. CONFIRM. bak kata Jools Holland "intelligen music".

Kalau lu suka pansonic, murcof ni memang salah satu ivy league dalam musik initeligen. memang tight, dengan memgunakan midi material organik, aabang solo ini telah mengubbah lagu menjadi lebih manis dari kata kata chikaro. memang heavy, bunyi celo, bunyi piano steinway, cello, gong, biola, casternet, triangle, dan macam macam lagi. bunyi yang tight, lagi tight dari efeck yang lu buat dari guna Korg MS 2000 atau MicroKorg lastu guna sample dari Kontakt Orchestra beb. Memang power.

Aku bajet, bila lu dengar lagu ni album ni lepas tu lu mesti suruh papa atau mama lu orang ajar bermain instrumen instrumen klasikal pada hujung minggu. serious bai. Mamat Murcof ini bukan saja power bikin lagu, dia punya video yang di buat masa concert concert beliau pon memang power. bukan macam damn dirty apes bai time urbanscapes, aku bajet diorang pakai visualiser itunes bai. tak bleh bla. Lu orang pon kena usha video video yang dia bikin bai. memang setaraf dengan video video phillip glass beb. aku bajet kalau allayarham yasmin hamid hidop lagi pon dia mesti akan guna track track murcof untuk buat scene scene epic beb. serious bai,

kalau jay-z kata death to autotunes, aku kata death to post rock, pasal this is the real crack bai, aku rekemen lu delete album album ambient atau post rock kotek lu semua macam sigur ros, mogwai, mono, godspeed, damn dirty apes, migala dan line line seperti itu ke dalam recycle bin, pasal gua rasa album ni memang lu orang puja lagu lagu abang murcof ni bai dan video video nya sekali bai

Gua bagi 5 bintang bai kat abang album ni, memang boleh bla dan tight macam album album lama nya. lu carik ah bai album album yang lain. gua bagi satu je kat sini

yang rasa penang so'hai,

Jack Lingam




Monday, 27 July 2009

Single Minggu Ini: Clipse

Clipse feat. Kanye West- Kinda Like A Big Deal.

Bai, amacam semua? Pergh, single minggu ini masih tertakluk kepada genre Hip Hop kerana kebanyakan kugiran tidak mengeluarkan lagu- lagu yang boleh top lagu ini. Dalam video ini, aku teringat aku di Elephant and Castle ngan Jack Lingam dan Shaf Hamdan, kira aku Kanye dan yang dua tu Jack ngan Shaf la. PERGH! power sial single ini. Kalau korang tak minat, korang leh suck itt...

Kinda Like A Big Deal merupakan single terbaru Clipse untuk album ketiga mereka. 

Kita ucapkan selamat tinggal kepada Jack dalam arena kewangan dan bon chance! untuk kerjaya barunya di bidak gas dan minyak. Jack ini memang kinda like a big deal, dawgs.

KT

Saturday, 25 July 2009

Pakar Jerit: Screamin' Jay Hawkins


Salam semua,




wa, semua mesti dah dgr bahawa cik yasmin ahmad masuk wad ari tu. aku bajet pasal ari tu dia ada baca blog ni pagi tu. mana la tau gua rasa dia terkejut tengok kat blog ni tak de sapa pon bagi post pasal filem dia beb. anyways, kami dari pihak BBBBLK ingin menyedekah kan doa dan kalimah kalimah dari yang maha esa.

anyways, lama dah tak tulis pasal legend legend ni semua beb. ini dia gua perkenal kan abang jay hawkins beb. dia ni memang otai jerit. kalau lu kata mawi jerit tune lari, kalau ning baizura jerit bikin lu stim atau fasha sanda jerit bikin lu mau lari kat dia, si abang hawkins ini pula mesti akan buat lu dengar lagu dia berulang ulang kali. memang pakar lah mamat ni. bukan itu saja beb. kalau lah aku dapat masuk akademi fantasia secara utopianistik nya, aku kalau boleh nak dia sebagai guru vokal. gila beb, bila cikgu tu tekan key kat piano, kalau boleh aku nak jerit macam abang jay jerit macam salah satu lagu mashyur dia "i put a spell on you" (atau dalam bahasa melayu bermaksud; aku beri mu nasik kangkang).

Anyways beb, bukan itu je mamat ni punya quartet pon dia punya songwriting memang sharp dari semua aspek. lyrics tip top. Melodi dia boleh bla. Musical composition dia memang boleh masuk menang juara lagu beb. tak bohong bai.

Bukan lagu "i put a spell on you" yang top of the list beb. lagu "Frenzy"atau bermaksud "sasau" memang tepat dengan title lagu nya itu. bunyi gitar yang ber-ala koboi. suara husky campur ekstra treble dan kurang bass. memang lost ah bai. tapi bila dia buat bunyi orang tengah muff-ing memang gua bajet boleh bagi chikaro makan julap tiap pagi supaya nampak seksi untuk abang yang suka jerit ni beb.

Bukan itu saja. lagu "constipation blues" atau "blues buasir" juga memang agak meriang kan. tetapi lagu ini boleh kira agak deep kerana beliau telah berjaya mengintepretasi kisah putus cinta nya dengan buasir. memang heavy. tone piano oleh serge gainsbourg juga telah menjadi kan lagu ini tidak menjijikan langsung di sebab kan ekspresi ekspresi bunyi yang telah dibuat oleh encik Hawkins. memang sharp.

Aku rekemen kan lu orang cilok lah lagu ini kat internet tu. pasal gua rasa benda benda yang di tulis dan di wartakan oleh Jay Hawkins memang boleh bla la kira.

kalau nak gua sapu tekan di link yang diberi


esok ari ahad. kalau lu nak rechill kat umah layan panas terik dan air limau ais kat depan umah lu, aku rekemen lu cilok lagu ni lastu pasang kuat kuat memang lu terus jadi abang long/ kak long kawasan lu la beb!

link lain lu carik ah sendiri.

Jack " 1.4.3 " Lingam


Thursday, 16 July 2009

Single Minggu Ini: Placebo



Placebo- Devil In the Details

Amacam semua? Maaf kerana lambat posting. Aku tolong member aku buat filem dan scene- scene filem tersebut terletak di Kuala Kubu Bahru dan gua busy bai tolong. Nanti gua posting gambar- gambar, heavy siot.

By the way, ini dia single terbaru minggu ini, Brian Molko dan rakan- rakan telah kembali dengan album terbaru, Battle for The Sun dan ramai memberi tepukan gemuruh atas comeback mereka. Diorang ni stay true ngan sound diorang sejak dulu lagi. Jadi, mereka boleh bla pada pendapat aku. Dan diorang pakai sharp- sharp.

Juga, saya mohon maaf atas sebab ketidak- damaian antara para blogger sejak kebelakangan ini. Nanti aku sort it outtt yeahhh!

Yang happy internet kembali,
KT

Friday, 3 July 2009

Album crack minggu Ini: Staff Benda Bilili


sememangnya lagu memain kan banyak peranan dalam hidop. kadang kadang bila berfikir sambil mendengar lagu, lagu sendiri dapat mengubah persepsi pemikiran seseorang dengan lirik dan alunan perkakas yang di main. Pendek kata lagu sememangnya agak personal. tak percaya, cuba lu dengar lagu tupac. walaupun dia cite pasal orang kena tembak tapi bila lu dengar sememangnya rasa macam member lu dah mati kena tembak. lu tak caya cuba dengar lagu "how long will they mourn me".

anyways, ari ni wa bukan nak bukak cite falsafah doestoevsky atau pun pushkin pasal musik, pasal wa dengar tchaikovsky pon belom abis khatam lagi. ari ni wa nak intro lu orang satu musik afrika yang berasal daripada Kinshasa, Republic of Congo. Aku tau bila sesetengah orang dengar pasal congo, diorang mesti ingat pasal cite Congo (1995) yang pasal gorilla yang agak snappy. Anyways, aku bajet lu orang mesti tak penah dengar band Congo ini yang bernama "Staff Benda Billi". Aku pon tak penah dengar bai. tapi tadi lepas aku makan apam balik kat depan masjid kampung baru masa orang tengah sembahyang, aku pon download ah album ni. Menurut research aku, band ni terdiri daripada golongan mangsa mangsa perang Congo dulu beb. biasa la beb, lepas perang mesti ada "all stars" punya bai. macam kat belgiam dulu, django reindhart jadi "all stars" sana.

Anyways, lu jangan underestimate abang abang tempang ni semua beb. Suara memang tiptop macam lagu melayu zaman before-p.ramlee. Gitar dia kalah malmsteen. lagi organik memang street boys yang tak belajar main gitar kat bently atau yamaha. kiranya gitar dia agak rojak beb. tiap lagu memang line line beza. ada yang heppi, ada yang bikin lu nak joget tango dengan chikaro, satu yang bikin lu nak jadi macam tokoh politik pon ada, ada bunyi gitar macam lagu the libertines ada gak. tapi dia punya rojak memang bukan takat kuah rojak je beb, pesembur ada, telur gantung ada, timun ada ngan cucur ikan bilis beb. Solo dia bukan main lagi. kalau kat luar fret pon aku bejet kalau boleh dia nak petik bai. dram dia lagi ah beb. memang tight.

Serious bai, album ni memang terbaik. kepada abang abang yang mencarik inspirasii buat solo gitar yang bikin chikaro terkangkang memang sila lah tekan kat sini beb.



try ah bai, belom try belum tahu.
kalau nak try, ko tekan kat try.

Try CD1
Try CD2

oh ye. Staff Benda Billi itu bermaksud "look beyond appearances". TIGHT BAI NAMA





"Jack" Lingam a/l Osmankeling

Monday, 29 June 2009

Single Minggu Ini: Jay-Z


Jay-Z : D.O.A ( Death Of Autotune )

Rapper terbaik dunia, kini telah kembali dengan single terbaru-nya D.O.A. Memang timing sharp ah, sebab banyak orang guna Autotune sejak kebelakangan ini. Album Joe Flizzow pun guna Autotune dalam lagu pertama dia dan selanjutnya..Hmmm...apa- apa hal. Album terbaru boss bernama Blueprint 3

ROC BOYS DALAM BANGUNAN, blad.

KT

Tuesday, 23 June 2009

Mum: Sing along to Songs you dont know


Salam boyz,

aku tau benda bawah tu semi heavy dan tak cukup heavy lagi. kalau ada sesiapa yang pening kepala macam nak compute apa yang aku cuba tebarkan, lu dload lah album baru MUM (moom) yang berjudul Sing along to songs you dont know atau dalam bahasa melayu, nyanyi lagu yang ko tak tau.

Aku baru je muat turun lagu ni so far so good. dulu sign ngan fat cat record skarang dah bawah naungan Morr Label.

Nak ke aku gebang panjang pasal album ni. ? ko semua pon tau lagu mum sememangnya ideal ketika bawak kereta, sambil tgk filem noir atau pun sambil naik LRT.

Atau dalam kata yang pendek lagi, album ni agak Lost bai dan boleh bla la kira. kalau lu nak dengar, lu picit ah sini

Album akan kluar bulan ogos, tapi contact aku kat Fat Cat records (jamal), brighton agak beef ngan mum pasal tak mau sambung bikin album ngan Fat Cat. so dia bagi ah link tu kat aku.

Top boyz

J.L


Wednesday, 17 June 2009

Lagu Minggu Ini: Mia Doi Todd (bukan chikaro Vietnam)







Apa cite fren?

Arini berita heavy kat metro beb, “jerat bini muda” membuat ramai jantan jantan tua yang dayus gersang dan tandus terperangkap dalam situasi love hate relationship atau pun dalam Bahasa orang putih. The golden triangle ah. Ada sorang mamat tu bernama Haji Sabu (bukan nama sebenar) telah tertipu dengan 2 chikaro warga asing akan kehendak mereka yang telah menyebabkan Haji sabu kehilangan wang sebanyak RM 100,000 dan terpaksa mengadaikan harta dan barang kemas nya untuk beruja dengan 2 chikaro yang sedia memberikan 2+1 action atau pun ménage a trios didalam Bahasa peranchis atau ala trio dalam Bahasa spanyol. Last call bini lari, chikaro 2 orang sapu duit dan tuan yang bertarap haji kehilangan kewarasan bagaikan ikan sepat yang baru lepas lompat dari akuarium.

Heavy tak heavy?

Anyways,

Ari ni punya posting bukan pasal cerita kosmo malahan aku nak tulis pasal lagu minggu ini. Aku nak perkenalkan seorang chikaro yang agak hebat dari segi penulisan lagu. Pendek kata chikaro ni lebih power dari kristo bimbo, jimbara dan laloq (allahyarham). Yang agak menarik lagi, awek ni ari tu penah bikin album ngan dungen dan gua agak syakwasangka yang awek ni sure kena gang bang ngan otai otai Swedish masa buat tour.

Kolaborasi lirik dan music yang dibikin oleh cik mia ini memang heavy, pasal tanpa music nya, liriknya agak meaning less dan tanpa lirik nya, music yang dibikin oleh chikaro ini agak meaningless. In short, vice versa ah. Tapi wa cakap memang betul beb, lagu dia memang agak lain dari yang lain walaupun bunyi agak sama sampai lu boleh differentiate lagu dia dengan lagu lagu yang di bikin oleh Tom, Dick dan Harry.

Lagu album Morning music ini sememangnya epic dan bukan hanya sesuai bila lu bangun tidur. Pasal wa bajet bila lu bangun lastu lu dengar sudah pasti lu punya otak mesti terbang kea lam dimensi yang lain dan boleh menyebab kan anda lewat pergi ke kerja atau solat subuh.. Menurut kata/komen cik Mia, Morning Music “bukanlah sebuah album yang sesuai didendangkan pada waktu pagi, malah ia merupakan sebuah lagu yang boleh gel ketika waktu masak atau ketika membuat list pekara yang perlu dibuat atau ketika mengambil nafas yang agak deep ketika anda tengah lepak nak buat multibillion punya business plan”. Kata katanya sememang nya aku setuju kerana, bila lu dengar lu tak boleh beri perhatian 100% kepada lagu ini. Lagu ini sememangnya khas bila lu nak re-chill mengenang kisah kisah lama ataupun ketika lu nak keluarkan diri lu dari alam fana yang agak intense ini. Dari aspek lain, let’s just chill out and take life a little seriously for a minute.

Amacam?

Pendek kata album ini boleh bla la kira. Oh ye album ni instrumental

Kalau lu nak try tekan kat try.

Jacky0)))

Dari mana?

Analytics