Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts

Saturday, 23 January 2010

Shanghai: Jangan percaya cerita cerita hollywood


kiranya A20 menglilingi radius shanghai. Skala julat 1.00cm:20km

Info Ringkas Shanghai

1. Bandar terbesar China
2. Populasi : Aku rasa 24 juta termasuk pendatang
3. GDP bandar shanghai perkapita : (218 usd billion)- macam satu malaysia,11-12k usd per kapita
4. Bila nak pergi? bulan 6- 12 tahun ini, pasal semua construction akan siap dan berhenti pada tahun 2010


Salam fren,

sorry lama tak posting, gua ni baru saja balik dari Shanghai di China. hu. memang bandar raya besar, pesat, canggih dan stim.

memang benar, lu orang pun tahu bertapa pesatnya china. sememangnya bandar ultrapolis itu sememangnya luar dari imiginasi kepala aku. baca di mana mana memang tak boleh diumpama kan dengan pesat nya negara itu dari segi ekonomi dan sosio.

mungkin kebanyakan abu hackett ingat kota raya london itu mewah atau si jintan manis mengatakan kota paris itu cultured. dari pendapat gua, kota raya yang mahal ini sememangnya mewah dan berbudaya. tak kira la kalau si ah kia suka meludah kahak di tepi jalan, atau si amoi bermekap tebal suka tunjuk muka cun (mmg cun pun).




tapi beb, kalau la gua kahwin nanti, memang bini no 2 aku aku bawak pergi shanghai untuk berbulan madu. lebih lebih lagi kalau aku kahwin bulan november pastu gi honeymoon bulan 12. just nice. sejuk bagaikan telur gantung yang tak boleh berfungsi sememangnya akan kami berdua menjadi belangkas sepanjang honeymoon itu. mana tak, kat sana sejuk dia bukan main beb. bukan setakat asap keluar kat mulut bila lu bernafas. memang bibir lu pon kalau terpacak isap rokok kat luar boleh kasik rokok tu tersasa di hujung bibir lu.

pesat memang pesat. budi perkerti orang di sana cukup stabil. dari segi servis yang di beri (gua belum masuk topik mandi kucing lagi ni joi) memang lagi power dari singapura. mana tak, turun saja di nanjing road, tiba tiba ada dua amoi sejoli dah menjemput aku secara tiba tiba. ho memang aku rasa aku separuh tuhan dan separuh manusia. ingat nak jalan jalan sama sama. tiba tiba pula si minah sorang tu cakap kat aku yang dia haus. jadi kita rekei la kedai kopi. sampai kat satu tempat dia cakap kopi situ boleh bla la kira. so aku pon ke sana. memang best jugak la, satu bandar boleh nampak. minum punya minum, tiba tiba waiter tu bawak air bukan bukan. mula mula gua steady lah. lepas tu gua buat la sasau, dua dua tu rasa lain macam. tapi beb. aku rasa kalau lu orang jumpa amoi tu, memang lekat beb. lu tak caya lu tgk la gambar awekx awekx oriental abang pelir manis (mm). memang lu pon toceng tgk gambar awekx kat posting posting dia.

sembang sembang aku pon malas nak layan lastu mintak bil, aku cakap air yang bukan bukan ni bukan aku yang order lepas tu amoi amoi sexay ni yang order. jadi aku bayar kopi aku jela. nasib baik servis sana baik, waitress itu pon paham konsep order and supply. so gua lepas. so memang sistem servis sana tip top. lu tak leh kena tipu punya melain kan lu bukan top boyz.

dari segi ekonomi pulak. semamangnya falsafah for mankind memang bagus di terapkan. kadang kadang aku harap di malaysia memang patut di buat macam itu. sebagai contoh, kalau nak import barang perlu di berikan cukai. palaing busuk 25%. amacam lu nak bayar ke kalau lu nak invest benda benda tu dari luar negara? gua bajet. mesti lu pikir sepuluh kali, kalau benda benda yang berlatar kan volume, lu beli 4 dah boleh dapat free satu. jadi memang si abang abang partai kominis memang mendukung para entrepreneur tempatan. memang best. bukan itu saja, kalau lu orang malaysia nak export servis kat sana, memang business tax lebih kurang 15%. ho bai, mana lu punya margi 25%? kalau biznez lu dapat average gross profit margin 30% aje, lu nak venture china dengan makan 5% je pon dah tak bleh bla. macam mana nak berkembang ni?

oleh itu dengan sikap dan budaya net exporter, memang nak bawak barang kat sana memang susah, ari tu gua meeting dengan client pon memang dia nak tekan gua kaw kaw. memang tak leh bla, tapi apa kan daya?

dari segi pembangunan, memang bangunan nya tinggi tinggi. elevated highwaynya kalau ikut kan boleh macam dari mulanya elevated highway di malaysia pergi ke genting highlands ulang alik dua kali. jambantan nya pulak, paling tinggi , tinggi separuh klcc (tak ada fjords pun, cuma merentas sungai paling sibuk di dunia. memang kota cina kota masa kini.

tapi bai, jerubu sana lain maca, aku rasa kalau lu punya spek tebal setengah inchi, memang visibiliti level 750 metre aja. lebih lebih lagi kalu lepak kat atas salah satu restoran macam di skybar malaysia.

Shanghai memang stim. mana tak? kalau awek muka macam zhang zhi yi keje kat reception tapi nama dia "I.N.T.E.R.N.E.T"? memang nak gelak pun lu akan menyesal seumur hidup.

Nukilan dari Shanghai, 2010/01/23
4.19 am

Friday, 10 October 2008

Lago di como: aku naik basikal sensorang 7 jam

bai, tak tenang ke hati lu?

tahap ni lutut aku memang patut di balut denga simen.
atas request reader sorang, aku nak tulis pasal pengalaman aku merantau dulu. tapi aku tak mau cite semua. wa cite sikit sikit. ari ni aku nak cerita tentang pengalaman aku dan mungkin benda ni boleh bagi para pembaca sedikit idea (lebih lebih yang nak honeymoon dekat paris,london atau barcelona; pasal selalunya semua sibuk joli (beli belah) bukan joli atas katil (dan juga para pelajar yang berada di eropah yang suka pergi amsterdam untuk carik awek atau jubin menarik daging korang pastu bayar dan ske pergi sana pasal nak cari yao). (perkataan joli atau jolly (dala bahasa omputih) bermaksud bersukaria, hiburan, atau mengeluar kan duit untuk berbelanja melayan nafsu batin (bukan zahir))



ok la destinasi yang wa nak cerita ni agak epik, pasal wa terkejut aritu bila wa baca kosmo pastu tau maya karin nak kahwin. lebih lebih lagi dia nak kahwin kat tempat yang keramat yang pernah aku jumpa.



nama tempat ni terletak nya hanya 40 minit dari milan. 1 jam 30 dari luzern (swiss). nama tempat ni adalah lago di como. atau dalam bahasa omputih- lake of como. tasik ni berbentuk seperti huruf Y terbalik memang membuat hati korang tenang. aku rasa kalau lu mempunyai masalah mental atau masalah hati (ie putus cinta, hati busuk etc) memang patut pergi ke lago di como kerana tasik yang bersih dan gunung ganang hijau yang membina banjaran alps akan tentu membuat jiwa mu tenang bagai air tasik como dan kepala mu hijau macam gunung ganang yang wa cerita itu. serios tak tipu.



selain itu tasik yang indah ini tidak lah seperti bandar bandar besar di itali. kerana bandar bandar seperti milan sememangya kotor bila wa pergi. bai lu naik ketapi nak masuk ke stesen milan, memang la kotor bai dia punya stesen bila lu nak approach masuk milan. macam dekat pasar ramadhan lepas azan isyak bai.



anyways.



kalau sesiapa yang berminat nak kesini dari malaysia lu boleh la naik apa apa airline yang pergi ke milan. tapi kalau lu dah sampai kat rome lu kene naik bas pergi ke stesen kereta api roma termini. lepas tu naik train inter-city italia sampai ke milano. dari rome nak ke milan memang lama bai. 3-4 jam ada. pastu sampai ke milan terpulang la lu nak lepak sini ke atau lu nak gi joli. tapi apa apa lu kene rilek dulu kat salah satu cafe , bukan kedai kebab, sambil menghisap rokok kontot macam curut tu sambil minum cafe nero (kopi hitam) tanpa gula. wah sudah tentu lu punya kepala dah berangan lain macam seperti ; nak beli vespa, pakai sharp dan lain lain)



masa aku ke milan, aku tak terus pergi como. Wa lepak dulu kat milan satu malam pasal wa sampai kat sana agak lewat 11.30. tuk mengelak kan tak dapat tempat tidur. aku terus carik hostel kat sana. wa tinggal dekat kawasan luar la jugak. yang seronok nya kalau tinggal kat luar bandar ni, memang ramai yang tak kan keluar. so ramai jugak yang lpak kat situ. sampai sampai, wa memang lapar gila. dekat hostel tu memang ada vending machine yang macam tempat lu beli air, tetapi jual speghetti, pizza, fetuchini, mozarella dan burger monza. tapi lu kena masuk kan dalam microwave ar lepas tu bai. wa pon tak tau apa dalam, wa main bedal je. rasa rasa ada kut ba alip ba ya dalam benda tu. tapi apa da hal kan? makan je la

sambil makan wa sembang sembang ah dengan orang yang merantau sekali. tapi biasak ah, cerita cerita diorang memang kurang menarik atau kurang intelektual. antaranya,

"bai, paris amacam? ko tau aku makan croissont 50 cent je"

"bro, aku dekat amsterdam beli yau 20 sen dengan harga 20 euro je"

"bai, dekat brugge, kalau kau tak mabuk memang rugi"

"dude, dekat copenhagen memang mermaid dia cun bai. kalah ariel dalam cerita little mermaid"

tapi yang best sangat pasal travel ni lebih lebih lagi kalu lu gi sorang, lu boleh kencing semua orang la bai. lu nak cakap lu cucu cicit dostoevsky ke pushkin ke avantgarde ke tara hal punya.

diorang mesti cakap "cool" / "que guay"/ "incroyable"

anyways,
berangkat ke como agak petang, waktu tu wa rasa dalam jam 3.00. aku sampai dalam masa pukul 4. sampai ke como memang la epic. aku nanti nantikan kedatangan aku kesini. tetapi aku tak tau la pulak asal aku nak pergi? oh ya. masa tu wa baca buku lime's photography masa aku dekat copenhagen. memang heavy la buku tu sampai boleh buat wa ke situ.

sampai como memang tenang hati aku. sampai sampai check in kat hostel (hostel 10 minit dari stesen). letak beg, kangkang kaki puas puas dan wa pusing dekat hostel tu.

Hostel tu memang terletak dekat tepi tasik. jadi pemandangan nya agak heavy dan lost dan EPIC bak kata encik AM.

servis hostel tu memang wa bagi 5 bintang. pasal dia ada jual makanan di sana. dan makanan dia memang lain macam pulak tu. lepas tu ada minuman komplimen. air tapai la apa lagi. sama ada lu nak yang merah, putih atau pun yang ber-gas (sparklng)

Pengalaman yang menarik aku dekat sana bila wa bawak basikal 7 jam mengililingi 1/3 tasik itu.

wa naik basikal dari como pergi menaggio, lepas tu naik ferry dari menaggio ke bellagio. dan dari bellagio aku kembali ke Como. mula mula memang menyesal pasal bila dah 2 jam mengayuh. naik bukit, turun bukit tanpa henti. tetapi bila lu pandang kanan tengok ada tasik yang indah membuat kan kepenatan kau hilang begitu sahaja.

tapi serious bai, kalau lu ada chance nak pergi ke itali, singgah la ke tempat ciptaan unik si maha esa. pasal tempat ni heavy lost.

tetapi, wa janji sapa kahwin ngan aku wa bawak gi tempat ni. CONFIRM


yang benar

jack "gila bai kepala wa berat macm batu. KL panas ar ini hari" lingam

Tuesday, 3 June 2008

Granada: Tempat renaissance Jack Lingam

Pandangan dari Albaicin ke Alhambra

Pandangan dari Alhambra ke Albaicin


Sorry la kawan, sebab dah dua hari abang jack tak posting benda. Bukan apa, last week memang busy sikit pasal bapak abang jack nak masuk bini no 4. So hari ahad lepas diorang dah selamat di walimatul uruskan dan hari ni diorang dah selamat terbang ke Granada, Spain untuk ada kan TST dan bulan madu diorang lah.

harini abang jack nak cerita kan pasal Granada lah. Bak kata orang kat sana, "Granada, *long pause* de puta madre!" maksud nya Granada, lost bai. Walau pun sesetengah daripada anda mungkin tahu maksud sebenar de puta madre itu adala pu*i mak. Tapi selepas ulang alik cop passport dekat sana lebih kurang 4 kali, selama 4 bulan, korang akan tau maksud maskud disebalik percakapan. Kiranya macam slang atau pon twang lah...

Mana dia granada ni? Tempat ni letak nya di andalusia spain. Kalau tak tau kat mana tu, cuba bukak peta dan belaja tengok peta. Aku rasa malaysian tak suka sangat tempat ni pasai tempat ni agak panas lepas tu masa aku tinggal kat sana dua bulan jual kari, memang hujan 2 kali je. Kiranya masa musim panas hujan sebulan sekali lah. Masa bulan sejuk pulak tempat ni memang sejuk, tapi memang lost lah view dia masa musim sejuk. Kiranya boleh nampak "topi salji" atau pun snow cap di atas Sierra Nevada.

Kiranya granada ni di kelilingi oleh banjaran banjaran yang tinggi lah. lepas tu, sierra nevada ni kiranya banjaran yang tertinggi di penisular iberia. Boleh kata macam banjaran titiwangsa dekat penisular negara kita ni lah.

Ape dia sejarah tempat ni? Sebelum kejatuhan ketangan kuasa kuasa islam, tempat ni dibawah naungan raja raja castilla. Lepas beberapa kurun, tempat ni jatuh ketangan kuasa kuasa islam afrika utara. Kiranya, orang orang bukit dari Banjaran Atlas cross tangier lepas tu hampir dapat seluruh peninsular iberia ni lah kira. Adalah dalam beberapa dekad dan zaman diorang kat negara ni. Boleh kata dah nak sampai france, lepas tu taklepas kene sekat dekat negara basque dan andorra.

Lepas tu, ada member aku sorang kat sana. Dia memang dah tua, keje dia mengecat bangunan dan tampal simen. Bini ada dua, tapi tinggal ngan mak bapak dia. Nama dia Paco. Dia tanya, apa beza france, england dan Spain. kata nya...,

"dari segi tradisi dan cara hidup, negara ini telah berjaya menanam semangat nasionalis dan sayang kan negara walhal negara seperti france dan england telah hilang budaya klasiknya kerana negara ini pernah dijajah oleh islam. Jadi kalau bukan kerana islam, negara spain tidak lagi macam ini" aku dan member aku hembus asap rokok dan berkata "como eso, tio?" atau pun dalam bm "ye ke bai?"

So apa ada kat Granada ni? tempat ini memang tempat re-chil (relax dan chill) lah kira. Nak kenyang murah sini. Kalau kau order apa apa air tak kira todi ke, tanik ke, air potong ke atau air tapai, mesti dapat tapas free. Sebab sini memang cara adat dia macam tu. Kiranya kalau korang pegi la bodega semata mata nak makan tapas, baik korang simpan duit korang dan pergi ke granada dalam masa 3-4 tahun. Dah la benda benda kat la bodega tu tak sedap.

Lepas tu, granada ni memang tempat untuk bawak tunang atau scandal kat sana. Pasal kalau bini, mesti diorang dah stereotype kan tempat tempat seperti Paris, london, bermuda dan pulau ketam sebagai tempat honeymoon. Karang takbawak kang terus cerai pulak, baru je beberapa hari kahwin, nak tst pon tak lepas nanti.

Selain itu, tempat ni memang macam dekat palestin zaman zaman dulu. Pasal kat sini ada 3 quaters. Satu tempat untuk orang lokal (spanyol;dimana semua nya orang kristian) orang arab (dimana terdapat orang yahudi dan islam). Jadi kalau yang rasa dah meleleh air otak memikirkan keseronokan yang telah ditarik selepas membaca post ini, tetapi risau tentang makan minum, jangan risau, dekat sini memang banyak pak pak arab. Jadi nak carik makanan halal senang.

Selain tapas, dekat sini ada kebab paling best kat dalam dunia yang aku telah makan. Kebab paling bes adalah kebab "shawarma de pollo, con queso, con champinon, con huelvos" nak tau apa tu? kebab ayam letak keju, letak cendawan lepas tu letak telor. GILA BAI, aku yang tulis ni je naik lapar dan teringin nak makan walau pun baru je lepas makan Ikan parang masak asam pedas yang ama aku baru lepas masak.

Itu jelah aku nak cerityang a, kalau nak tahu pasal al hambra, dan albaicin, pegi lah ke granada sendiri kalau nak tahu, pasal apa yang aku nampak mungkin lain dari pada apa yang korang nampak.



Jack "rindu kat Aida awek flamenco" Lingam





Sunday, 25 May 2008

Krakow












1.Auschwitz tempat kem org yahudi
2.Tempat main trumpet


Bandar majestik yang fantastik di penuhi perempuan perempuan yang bukan plastik walau pun ada segelintir perangai yang sepastik seperti... apa lagi yang akhir -ik?.

Apa apa pun bandar ini merupakan salah satu bandar kesukaan abang jack kerana dulu abang jack ada scandal dengan cikgu bahasa ingeris dari Gdanks waktu abang jack dekat Krakow.

So macam mana abang jack boleh sampai kat sini?
I sampai waktu musim panas 2005. Masa tu abang baru habis 1st year dekat uni. Jadi abang pun merantau lah dekat eropah ni.


So abang jack kat mana sebelum sampai ke ceruk krakow ni?
Sebelum sampai kat krakow, abang jack taim tu ada dekat Warsaw. sepatut nye pergi ke belah utara, ke Gdanks tapi abang lambat 10 minit sebab abang jack singgah beli rokok dekat stesen. Pasal dekat atas keretapi tak ada jual rokok. Oleh sebab tiket abang ni open (tiket inter-rail) abang pon malas nak tunggu 2jam untuk keretapi seterus nya. SO, abang amik lah keretapi ke Selatan ke Krakow.


So, berapa lama naik keretapi dari Warsaw ke Krakow?
Tak silap abang 3 jam.


Wah lama nya! Abang tak rasa penat ke?
Mana ada lama itu kira kejap je. Kat keretapi di Eropah, lebih lebih lagi keretapi InterCity (IC: Bandar ke bandar eropah), boleh isap rokok. SO abang rilek je. Abang lebih suka lagi naik keretapi sebab boleh jalan jalan, jumpa orang yang merantau sekali.


Maksud abang? Abang boleh cakap je dengan perantau lain?
Apasal pulak tak boleh? Lagi pon kebanyakan merantau sorang. Abang pon merantau sorang masa tu. Banyak pon yang sepi je, jadi nak test ketebalan muka dan keberanian, abang sembang je lah. Masa abang kat Florence italy pon abang siap gamble share bilik dengan sorang jantan yang jumpa kat dalam tren pasal hostel semua pon penuh.


So tiga jam dalam tren abang buat apa?
oh. Sebab malam semalam tido lambat, abang tido tuk 1 jam. Lepas tu singgah kantin dalam tren makan goulash ayam.


Goulash? Ayam? dalam Tren? HALAL KE?
Goulash tu macam stew orang orang timur eropah makan. Rasa nya macam bertomato. Itu rasa memang sedap lah. Makan pon ngan roti je. Kalau dalam duit pound ada la dalam 2 pound. Halal tak halal nak buat macam mana. Abang pikir satu benda je, mesti yahudi yang sembelih danging ni, jadi ayam tu terus menjadi halal.


So. Apa ada kat Krakow ni?
Awek di memang panazzz dan kontroversial. Memang peramah. Lepas tu semua tempat minum dan kelab malam semua nya ada bawah tanah. Kiranya, boleh nampak batu batu macam dekat Sungai Congkak dijadikan dinding. Selain itu, dekat sana ada sebuah square yang terbesar di eropah dan di jaga oleh Unesco yang diberi nama Market Square. Bandar inibersih sunguh lapang tetapi banyak bangunan. Dimalaysia, lapang dan semua nya jauh pasal nak "Cater" kereta dulu baru rakyat.


Hehe.Selain itu?
Krakow ini bandar diraja. Tapi takde macam Shah Alam pun. Krakow ini memang bandar Majestik lah. Selain itu banyak taman taman kecil, square (bukan hartamas square) itu port tikus sebesar kucing. Ada juga istana disana. Nama istana itu Istana Wawel.


Wawel? apa mende punya nama tu seh? asal tak bagi nama macam Istana USJ 44 ke?
Mana aku tau mungkin dia suka bagi nama bukan bagi nombor. Kat malaysia iye lah kot. Kalau boleh nak bagi nombor. sebagai contoh, Seremban dua, subang dua. Macam takde nama lain kot. Tapi jangan la pulak cilok nama nama macam andalusia ke, berverly hills ke. Memang tak original langsung. Bagi la nama taman Lingam ke, Lingamcity ke dll.


hehe. Betul jugak. Lagi apa ada kat sana?
Kau pernah tak tengok jam berbunyi?


Pernah bang. Kenapa?
Ha kat Krakow ni. cuba kau bayang kan jam macam dekat Dataran Merdeka. Tapi tinggi dia macam tinggi rumah kedai 5 tingkat. Lepas tu kat tingkat 5 ada orang tinggal. Setiap Jam mamat tu keluar main Trumpet. Amacam? Lost tak?


Betul ke?
Correct, correct, correct, correct, correct aaaaaaaaa


wah. Berapa lama abang kat sana? Abang tinggal dekat mana?
Abang kat sana 4 hari. Lepas tu abang tinggal dekat hostel. Hostel tu murah je. Masa 2005, 1 pound = 1.4 euro. abang bayar 10 euro satu malam. Lebih kurang 7 pound. Kat situ makan murah. Abang selalu makan dekat jewish ghetto di Krakow. Sedap pon sedap. Murah pon murah.


Apa lagi kat krakow tu?
Hmm. Masa tu abang ada singgah pergi ke kem auschwitz. Tempat tu 2 jam dari bandar krakow. Kalau ikut tour=100 zlotych. Tapi kalau naik bas baru 16 zlotych. Sebagai lone ranger, abang naik bas 16zlotych. Bas dia lebih kurang sama je macam kat malaysia.


Apa ada dekat kem tu?
Itu tempat kem orang yahudi kena tahan oleh pihak nazi. Tak kan tak tau?? gi tengok Schindlers List lah. Abang pon dah sedih ni sebab tempat tu memang agak depressing pon. Nasib baik masuk free.


Ok lah bang. Nah tisu..
*terus chow*

iya krakow ini memang bandar epik murah dan tak banyak tourist. Semua nya baik. Siap ada seorang tourist tu ingat aku seorang yang tak ada rumah dan dia dan suami dia belanja aku makan ayam kosher yang dibakar di tengah tengah Market square.


Krakow. Memang tempat Boleh bla la kira!!


Jack "traveling soldier maut" L

Monday, 19 May 2008

Bukan Sebarang Bilik Tidur






Aku dulu baca kat surat khabar tanah air bahawa Malaysia adalah salah satu pengguna Viagra yang terbesar di dunia. Aku tak salahkan mereka yang beli. Inilah sebab- sebabnya (kot) :

a) Balik pejabat, bini pakai kaftan, satu pakaian yang tidak menimbulkan keghairahan langsung. Jadi, terpaksa telan dan lakukan nafkah.


b) Anak- anak kecil rakyat kita tak tahu duduk diam (lihatlah perangai mereka di Spektra dan lain lain)


c) Terlalu lama duduk di pejabat dan tidak melakukan senaman/senam rimau lalu kebekuan darah berlaku di bahagian peha dan pungung.


....Apa aku merapu ni?


Terus kepada topik blog hari ni, aku nak memperkenalkan korang dengan satu 'hotel butik/ konsep hotel' kat Berlin.Hotel ini telah direka oleh seorang artis bernama LARS STROSCHEN. Beliau mencampurkan 'visual dan audio' dengan konsepnya dan menghasilkan bilik-bilik hotel yang lain dari yang lain. Setiap bilik mempunya tema tersendiri dan kepada yang berumah- tangga yang ingin mengapikan percintaan korang semula, jangan tunggu lagi, kunjungilah hotel ini di Berlin pada musim cuti. Konsep bilik 'sangkar' paling sesuai dikongsi bersama teman hidup, konsep bilik terbalik pula paling sesuai dikongsi bersama rakan- rakan yang gemar menelan dan mencekik ubatan yang disalah-gunakan dan konsep bilik cermin pula sesuai untuk pasangan suami isteri yang ingin mengangkasakan keintiman mereka.


TEMPAT NI MEMANG BOLEH BLA. wei bebudak arty tanah air, cuba fikir benda- benda cam ni skiet.


link untuk menempah semalam di BERLIN


Yang gersang,
Kwaidan Tarmizi




Saturday, 17 May 2008

Tempat rilek hari minggu


Mana nak rilek time hari minggu ye? Tempat ni tak lah jauh sangat dari Kuala Lumpur. Hanya dua jam sahaja dari Kelana Jaya. Keadaan trafik nak kesana tak lah heavy sangat. Tetapi kalau dah masuk "old trunk road" (jalan lama) dari rawang ke atas bukit Fraser memang lah memeningkan. Bukan saja jalan yang siku siki nak naik atas bukit. Bila tiba sahaja di Rawang kelihatan banyak lori lori tangki minyak dan lori lori 10 tan. tetapi walaupun jalan sesak, waktu perjalanan masih 2 jam.


Mana mau lalu kalau nak ke Bukit Fraser? Kalau dari Kelana Jaya ambil jalan federal ke Shah Alam. Lepas tu carik lebuh raya Guthrie. Lebuhraya guthrie ni memang kosong. Kalau nak pecut satu lima pon tak ada masalah. jangka masa dari Shah Alam ke Rawang adalah dalam 30minit. Lepas tu ambil sisir keluar Rawang. Dari Rawang pandai pandai lah carik jalan ke Kuala Kubu Baru. Dari Kuala Kubu memang ada banyak signboard yang tunjuk macam mana nak pegi ke fraser hill. Dari bawah hendak ke fraser hill ada lah dalam 40 km. Tetapi jalan nak naik atas memang lost bai!


Setelah masuk kedalam jalan yang menuju ke Fraser hill anda akan lalu dengan sebuah empangan yang besar. Kalau rasa dah mabuk atau bosan naik kereta sensorang, anda di rekemen kan untuk singgah ke empangan tersebut. Di situ kelihatan ramai kaki kaki joran yang sedang memancing. Si bini pula ditugas kan untuk mengambil air yang mengalir dari bukit. Hari tu satu family siap bawak 10 tong satu gallon. Maklumlah harga air dah naik. Nasib baik Selangor dah tukar pentadbiran, kalau tidak dah naik lagi.


Kalau singgah dekat empangan tu(nak hisap rokok ke, memancut ke), memang anda takkan percaya bahawa selama ini tempat tempat tersebut dahulu hanyalah gaung dang pokok pokok. Tetapi sekarang manjadi tasik yang besarnya macam tasik chini.


Lepas tu sambung terus naik atas. Pastikan anda tak bawak laju laju sebab banyak lori turun masuk dan saya rekemen supaya tengok dekat surat khabar sama ada hari yang anda hendak pergi tu hujan atau pon tidak. Kawasan itu kawasan bahaya, sebab banyak tanah runtuh. Kalau hujan memang tidur bawah tanah la. Oleh sebab demikian, kini terdapat banyak lori kluar masuk sebab mereka nak buat tembok konkrit untuk mengelakkan tanah runtuh.


Ketika melalui jalan yang berliku ini, terdapat banyak sungai sungai. Kalau nak singgah mandi pon boleh. Tetapi yang pelik nya, terdapat banyak pokok krismas yang telah ditanam secara tidak semula jadi nya di atas bukit tersebut. aku lagi suka kalau ada pokok pokok tropikal sahaja di atas tu. haih.. memang jakun la negara ni.


Fraser hill. Bandar koloni dipuncak bukit yang membahagi kan antara selangor dengan Pahang. Aku pon tak tahu macam mana tiba tiba ada rumah orang putih dekat atas tu. Katanya, dulu orang british datang naik ke atas mengguna kan Keldai. Udara dekat atas tu memang nyaman. suhu dari 35 darjah terus jadi 22. Dekat atas tu, memang ramai juga awek awek dan mamat mamat yang jakun memakai baju sejuk dan selendang tebal.


Kalau nak bazir minyak, korang "roaming" (ronda) lah kat atas tu, kalau nak jalan kaki memang jauh dan memenatkan kerana keadaan muka bumi yang berbukit.


Masa aku dekat sana, aku rilek 4 jam. Singgah dekat SmokeHouse. Makan steak dan minum 2 gelas kopi dan satu air coca cola dan hisap rokok. Masa aku dekat situ kerja aku memang duduk dan melayan mata tengok pokok pokok sahaja. Tapi memang best sebab senyap bunyi serangga lepas tu udara nya memang nyaman.


Kalau dah sampai sana jangan lupa cuba minum air ManggaMadu dan lepas itu minum KopiJantan satu shot.


Kalau rasa sangap nak buat apa di hari minggu seperti hari esok atau lusa, bawak lah mak bapak ke sana.


Jack Lingam

Friday, 16 May 2008

Mana nak pegi cuti hari wesak?

Pelantar minyak yang baru di fabricate di Kilang Sime Darby


Suasana malam di MMHE




Siapa tahu hari wesak hari apa? sudah tentu bukan hari tashrik. Hari wesak adalah hari kelahiran Gautama Buddha yang jatuh pada hari isnin. Siapa buddha ni? seorang anak raja yang tak tahan jadi anak raja. Dia ingin tahu lagi tentang ilmu alam. Justeru itu beliau mengembara sehingga menjadi seorang guru falsafah yang boleh bla!! (terbaik)

Hari wesak jatuh pada hari isnin ini. Jadi seluruh malaysia akan bercuti selama 3 hari. Segelintir kaum pekerja telah mengambil cuti pada hari jumaat untuk dapat kan cuti 4 hari. Tetapi mana harus kita pergi?

Bagi saya tempat atau pun port yang terbaik adalah Pasir Gudang, Johor. Bagi sesiapa yang tidak pernah ke Pasir Gudang mesti akan memikir kan pekara yang bukan bukan. Bagi aku Pasir Gudang adalah tempat yang agak epik di Malaysia ini. Setelah sampai di Masai, berhampiran dengan Johor, terdapat beberapa gerai gerai makan. Terdapat satu tempat berhampiran dengan kilang membuat Kontena Evergreen (kontena paling murah di market sekarang). Kedai itu ada lah seperti sebuah "square" dimana semua dapur dapur berada di hadapan dan kita harus masuk dari pintu belakang. Kawasan yang mempunyai lebih kurang 30 kedai. Kebanyakan kedai kedai telah terbengkalai. Terdapat beberapa kedai makan yang agak enak. Di sana aku rekemen kedai makan Hussin. Terdapat seorang mak cik yang jual nasik Ayam terbaik. Satu pinggan kira kira RM 4 Ringgit. Air fresh oren dalam RM 1.90. Yang unik nya Pasir Gudang ni, bila turun saja dari kereta, aroma dan bau telah berubah. Dari bau perfume air cond kereta kepada bau kelapa sawit. Lain rasa nya.

Apa yang ada di pasir gudang? Pasir gudang adalah pusat perindustrian. Para sesiapa yang tak pernah tengok kilang kilang besar di alu alu kan ke Pasir Gudang. Sewaktu aku di situ, aku sempat singgah ke Kilang Sime Darby. Sewaktu itu aku dapat melihat bagaimana pelantar minyak dibina. Bagi aku itu lah arty!. Pada Masa itu terdapat 3 biji pelantar yang sedang di bina. Memang menarik. Sinaran sinarang mesin welding itu memang nampak nya bagai kan mercun yang dimain pada siang hari. Aku rasa kalau waktu malam mesti macam kita nak sambut merdeka.

Selain dari kilang Sime Darby, aku juga singgah ke kilang buat kapal. Nama kompani kilang itu adalah Malaysian Marine and Heavy Engineering atau lebih dikenali sebagai MMHE dikalangan inginiur inginiur malaysia. Kilang Itu adalah 10 kali ganda besar nya daripada kilang Sime Darby.
Aku jadi jakun bagai kan seorang budak yang first time tengok cerita Toron (blue). Masa tu terdapat sekurang kurangnya 15 bijik kapal Tanker (kapal angkut minyak) ada jugak tanker yang buat petrol atas kapal. Memang "stupefiant" (bliss).

Johor Bahru juga tak lah jauh sangat. Agak agak dalam 40 minit dari Bandar Johor Bahru. Kalau nak makan best dekat Johor Bahru singgah la ke Pantai Lido. Kena makan murtabak. Kalau murtabak Special Special adala dalam 9 ringgit. Lepas tu kena makan kerang masak sambal dengan kupang masak halia. Aku rekemen tak yah makan nasik. Sebab lepas tu boleh kena Mee Rebus. Pemandangan dari gerai merebus itu memang lah epic. Dapat nampak tambak johor. Siapa lah yang biol buat tambak johor tu ye.? aku pon tak tau.

Kalau nak tido pulak memang banyak hotel di Johor Bahru. Yang murah murah punya pon ada di Masai (dekat dengan Pasir Gudang). Nama hotel yang aku tido hari tu T.S hotel. Kalau korang tak boleh tahan bau minyak Tencho aku rekemen supaya tido kat hotel lain lah. Hotel TS ni agak murah juga. 60 Ringgit satu malam. Sebelah hotel ada kedai massage. Siap ada secret passage dari hotel.

Kalau korang tinggal 2 hari satu malam, hari esok nya boleh ke Restoran Rahmat. Tanya sahaja orang di Pasir gudang mana dia restoran rahmat. Mesti diorang tahu. Di sana specialnya ikan siakap deep fried sama udang bakar letak butter. Memang kalau hari jumaat tengah hari makan, memang tak pergilah semayang Jumaat. Mesti buat port semayang dekat tepi laut bawah pokok dekat dengan TNB power station.

Kepada Sahabat yang beragama buddha, Kami TOP BOYZ mengucap kan selamat hari wesak.

yang benar,

Jack Lingam

Mana nak pegi cuti musim panas ni?

Mana Lyon beb?

Sebagai seorang traveling soldier TOP BOYZ, aku nak recommend kan korang pergi ke Lyon. Tempat sunyi tak ramai seperti bandar bandar di Utara seperti Lille, Paris dan bandar bandar Selatan seperti Marseille, Nice dan Cote Azur.

Lyon Sebuah bandar seperti Paris. Ile de France (Pulau Perancis) kawasan dimana terletak nya Notre Dame Paris. Dekat perancis ni memang banyak Notre Dame. Jangan keliru dengan cerita Hunchback of Notre Dame. Notre Dame dalam bahasa Perancis yang bermaksud Pemaisuri Kami. Seperti juga dalam bahasa Itali iaitu Madonna yang bermaksud Gadis Kami atau pun lebih kurang Pemaisuri kami. Notre Dame ada lah dituju kan kepada Ibu nabi isa, Mariam ataupun Mary dalam dunia Eropah.

Berbalik kepada Lyon, bandar yang mempunyai dua sungai yang bertembung dan membentuk sebuah pulau di tengah tengah Banjaran Rhone (Rhone Valley). Rhone dalam bahasa orang orang Gaul (sebelum di jadi kan bangsa Roma ketika pendudukan tentara Roma di kawasan kawasan orang orang Gaul) adalah bermaksud "heroism". Tak heran lah orang orang disana mempunyai sikap yang lain daripada orang Perancis yang berada di daerah daerah lain.

Tetapi apa yang ada di Lyon ini? Sudah tentu tiada singa disana. Bak pepatah orang orang di Lyon yang berbunyi "Il-n-ya pas du lion a Lyon" yang bermaksud "tiada singa di lyon". Untuk menasihat kan para pelajar pelajar yang berada di eropah, saya nak rekemen kan kamu tinggal di Lyon selama 2-3 hari.

Jika anda teringin tinggal di Lyon lebih selama seminggu, dinasihat kan anda sewa Velo (basikal) yang berkonsep kan "teori kencing" setelah anda sewa cuba renung kan kembali.

Apa yang hendak dilakukan? Jika anda ingin rilek dan menjadi malas setelah tamat peperiksaan boleh lah duduk di atas Bukit di Lyon yang terletak di Katedral Notre Dame Lyon. Ia adalah sebuat "port" untuk melihat seluruh bandar lyon.

Kepada mat mat ganja yang ingin lepak di tepi sungai atau di bilik hotel, hashish boleh didapat kan di kawasan Croix Rousse berhampiran dengan Stesen Metro Opera.

Kepada yang ingin berpesta sampai lewat malam boleh lah ronda ronda di tepi sungai. Kerana anda boleh berdansa sehingga lewat malam di dalam bot. Di Lyon terdapat lebih kurang 15 kelab malam di atas 15 biji bot. Terdapat juga restoran restoran yang esklusif disana.

Kepada backpackers, terdapat juga hostel Internsional di atas bukit yang berhampiran dengan katedral. Harganya lebih kurang 20 euro semalam. Setiap malam mereka akan merewang untuk membuat bar be que. Terdapat juga dapur di dalam hostel tersebut.

Cadangan untuk ke lyon. Saya akan beri kan cara paling mahal untuk ke Lyon. Paling mahal, naik EuroStar dari St. Pancras ke Paris Gare Du Nord. Kemudian ambil teksi dari sana ke Gare du Lyon di selatan Paris. Dari sana anda boleh naik kereta api Laju perancis (TGV) ke Lyon dalam masa 2 jam. Jangka masa dari london ke Lyon naik kereta api 6 jam paling busuk.

Terdapat juga penerbangan kos rendah daripada London ke Lyon. Sila rujuk kepada Ryan air ataupun Easy jet. Penerbangan BA juga ada ke airport di Lyon.

Bagi pengemar Kek. Harus lah minum teh seperti orang kaya dan makan kek kek beraneka ketika di Lyon. Saya cadang kan anda mencuba "tarte praline" kerana itu ada lah kuih tart yang di buat di Lyon SAHAJA!. Kalau setakat "Tarte au fraise (kuih tart strawberi), pain au chocolate (roti cokelat)" dekat Delifrance pon ada.

Lyon memang boleh bla untuk summer ini!!

Dari mana?

Analytics