Showing posts with label Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Tokoh. Show all posts

Sunday, 6 September 2009

Kemandulan Asas Sosial Negara: Episod dua; Abang Long Mengamuk Dihadapan 2 Khalid dan satu Ma'am


Salam Semua,

apa cerita, aku bajet korang pon dah jemu dengan kesah kesah yang berlaku di bulan puasa. pada segelintir ada yang kesian melihat kaum yang di tindas. Bagaikan bangkai kepala lembu di guling dari satu tempat ke satu tempat dan kesatu tempat yang belum pasti lagi. Segelintir golongan terasa amat hebat apabila mentaliti mereka berasa mereka buat ini semua untuk agama, apatah lagi bulan puasa ini, nafsu untuk konon nya meneggakkan shiar islam bukan main lagi, kalah osama ben laden. Mufti mufti negara pon tahu bila time rileks dan bila nak buat kerja.. dari pandangan yang tidak mengambil endah tentang kejadian di shah alam baru baru ini, sememang nya seperti kemandulan Asas Sosial Negara/Negeri.

So apa yang kita boleh buat untuk negara/dunia semasa kita hidup ini??

Sememangnya semua kaum adam dan hawa ingin untuk berbakti kepada semua benda hidup. bak kata Trostsky, "for mankind", seperti juga motto universiti aku, "for mankind". tetapi, otak setiap manusia akan di penuhi dengan konfusi dan kuasa masing masing agak infinitesimal atau tidak tahu apa limitasi. Pendek kata, mereka semua gagal atau despair.

Minat yang berbeza, latar belakang yang berbeza, mentaliti yang berbeza dan kebanyakan diantara mereka agak Liable terhadap agama dan spiritualisma masing masing kerana tidak mempunyai impian yang sejagat.

apabila kita berfikir panjang tentang masa hadapan, kita pasti akan terasa kita tidak akan dapat buat banyak atau berbakti untuk masa hadapan. Ini kerana secara automatik kita akan terasa bahawa kita tidak dapat menghentikan benda benda yang tidak di ingini akan jadi pada masa hadapan. Kerana, kuasa kuasa luar dari kawalan sendiri sememangnya bukan nya mudah untuk di padam kan seperti memadam kan lampu sebelum tidur.

Sememangnya edukasi bukannya cara yang ideal untuk mengubah nasib masa hadapan. cara yang rebel ala Ali la Pointe sememang nya diperlu kan untuk asas sosial negara bernafas kembali.

Menurut filosof Ali La Pointe,

1. Kita beramai ramai seharus nya mengiktiraf bahawa, asas sosial negara sememangnya rosak. Dan cara perubahan atau perombakan sistem asas sosial tidak akan berlaku pada suatu hari atau ke-esokkan harinya.
2. Perubahan aspektasi. Kita tidak seharusnya berfikir tentang generasi akan datang. Tetapi, pada waktu atau masa perubahan itu di ingin kan. Iaitu, Sekarang. Bukan besok.
3. Pekara pertama yang kita harus lakukan adalah, memastikan kehidupan yang di ingini (tidak semestinya ideal) dan juga perubahan yang di ingini di bumi sekangkang kera ini.
4. Kesabaran dan Keberanian akan mendorong harapan dan juga memberi inspirasi untuk mengstimulasi unsur unsur negatif menjadi tenaga dan passion.

Lu orang buat ar research pasal ali la pointe. kat Peranchis dan negara negara meditereanean memang anggap mamat ni sebagai legend.

banyak agi buku yang di tulis oleh mr Ali time perang algeria dulu. memang deep stuff. Abang Brel sure suka

Jack "tomorrow is yesterday and now will never be forgotten" Lingam

Saturday, 25 July 2009

Pakar Jerit: Screamin' Jay Hawkins


Salam semua,




wa, semua mesti dah dgr bahawa cik yasmin ahmad masuk wad ari tu. aku bajet pasal ari tu dia ada baca blog ni pagi tu. mana la tau gua rasa dia terkejut tengok kat blog ni tak de sapa pon bagi post pasal filem dia beb. anyways, kami dari pihak BBBBLK ingin menyedekah kan doa dan kalimah kalimah dari yang maha esa.

anyways, lama dah tak tulis pasal legend legend ni semua beb. ini dia gua perkenal kan abang jay hawkins beb. dia ni memang otai jerit. kalau lu kata mawi jerit tune lari, kalau ning baizura jerit bikin lu stim atau fasha sanda jerit bikin lu mau lari kat dia, si abang hawkins ini pula mesti akan buat lu dengar lagu dia berulang ulang kali. memang pakar lah mamat ni. bukan itu saja beb. kalau lah aku dapat masuk akademi fantasia secara utopianistik nya, aku kalau boleh nak dia sebagai guru vokal. gila beb, bila cikgu tu tekan key kat piano, kalau boleh aku nak jerit macam abang jay jerit macam salah satu lagu mashyur dia "i put a spell on you" (atau dalam bahasa melayu bermaksud; aku beri mu nasik kangkang).

Anyways beb, bukan itu je mamat ni punya quartet pon dia punya songwriting memang sharp dari semua aspek. lyrics tip top. Melodi dia boleh bla. Musical composition dia memang boleh masuk menang juara lagu beb. tak bohong bai.

Bukan lagu "i put a spell on you" yang top of the list beb. lagu "Frenzy"atau bermaksud "sasau" memang tepat dengan title lagu nya itu. bunyi gitar yang ber-ala koboi. suara husky campur ekstra treble dan kurang bass. memang lost ah bai. tapi bila dia buat bunyi orang tengah muff-ing memang gua bajet boleh bagi chikaro makan julap tiap pagi supaya nampak seksi untuk abang yang suka jerit ni beb.

Bukan itu saja. lagu "constipation blues" atau "blues buasir" juga memang agak meriang kan. tetapi lagu ini boleh kira agak deep kerana beliau telah berjaya mengintepretasi kisah putus cinta nya dengan buasir. memang heavy. tone piano oleh serge gainsbourg juga telah menjadi kan lagu ini tidak menjijikan langsung di sebab kan ekspresi ekspresi bunyi yang telah dibuat oleh encik Hawkins. memang sharp.

Aku rekemen kan lu orang cilok lah lagu ini kat internet tu. pasal gua rasa benda benda yang di tulis dan di wartakan oleh Jay Hawkins memang boleh bla la kira.

kalau nak gua sapu tekan di link yang diberi


esok ari ahad. kalau lu nak rechill kat umah layan panas terik dan air limau ais kat depan umah lu, aku rekemen lu cilok lagu ni lastu pasang kuat kuat memang lu terus jadi abang long/ kak long kawasan lu la beb!

link lain lu carik ah sendiri.

Jack " 1.4.3 " Lingam


Monday, 15 June 2009

Open Post to Jack Lingam the Sexist with a very nice Schoolmate. Is she a Bosnian?

Semoga kau tak call aku lagi pukul 12 nak bagi chikaro kau dengar caller ringtone gua yang **lost** bai. Memang hot siak chikaro kau time sekolah-sekolah dulu. Seluar sekolah lu dulu bell bottom tak bai. Memang lost pegi kantin makan pau sambal dengan seluar bell-bottom-cawat-kecik baru arr terbaik bai walaupun risiko untuk lu menghasilkan zuriat.

Gua copy paste dari wiki je tak kuasa gua nak tulis ennn gua sibuk keje n study sekarang final.

Global Deejays aka Ravers on Dope, is an Austrian dance and electronica trio composed of DJ Taylor (Konrad Schreyvogl), DJ Mikkel (Mikkel Christensen) and FLOw (Florian Schreyvogl). Their first three singles were big hits in Europe and Russia.

Their song "The Sound of San Francisco" partially samples the 1967 (The Summer of Love) song "San Francisco (Be Sure To Wear Flowers In Your Hair)" sung by Scott McKenzie. The video includes scenes of the band in a decorated school bus driving through popular destinations.

In 2005 they won the MTV Award and the Eska.

On April 12, 2008, Global Deejays performed for the first time in San Francisco, the city that made them famous.

The song has also peaked as far as number 4 on the Australian Itunes Chart.

This was due to the high amount of airplay during the t.v commercials over summer for Channel Ten's reality program called So You Think You Can Dance (Australia).



Maka lu call gua lagi malam-malam, termaktublah di dalam buku hidup gua lu adalah cilanat.

Monday, 4 May 2009

Amaran Keras terhadap Playboy-Playboy Melayu Terakhir.

Gua terpanggil untuk beri peringatan kepada lu orang PMT semua.
Perbuatan yang dilakukan di dalam artikel di bawah mungkin menyeronokkan, dan mendatangkan kepuasan tanpa risiko kehadiran "pihak ketiga" di masa-masa akan datang.

Tetapi, bajet-bajet arrr sikit enn buat kat mana. Tengok macam abang boss kita yang separa sharp. Di kemudian hari mungkin tidak boleh pacak lagi.

Hahahaha.


Sila klik di sini untuk mengetahui apakah yang gua carutkan diatas.

p/s : hockey adalah permainan yang menyeronokkan.

Tuesday, 7 October 2008

15 Fakta Random Tentang Armaya Maaroff Yang Mungkin Ko Tak Tau.

Apa cerit semua? Sebab aku dah lama hilang pastu tetiba muncul time raya pulak tu, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada pembaca-pembaca blog yang berumat Islam. Hari ni aku nak citer pasal 15 fakta tentang aku yang mungkin ko tak tau. Mesti ko semua cam potong sial mamat ni, tengah stim cerita pasal pinggan dengan robot, tetiba je aku cerita pasal diri sendiri. 

Anyways,

1. Aku dulu time sekolah memang kaki ponteng. Kalau nak kira dalam time satu tahun, ada la dalam 2-3 bulan je aku betul-betul kat sekolah. Aku dan geng-geng aku selalu ponteng gi main game starcraft dan counter-strike kat sebuah cybercafe di kawasan Flat San Peng. Pernah sekali ni aku dengan member aku lagi sorang tengah ponteng on the way pergi cybercafe, terserempak pulak dengan cikgu PE aku keluar Sports Toto usya nombor baru beli muka senyum je. Kalau aku tak ke cybercafe, aku aku ke KLCC tengok wayang free lalu pintu belakang. Masa tu memang aku up to date ah dengan movie-movie yang keluar, movie cun/palat semua aku usya. Kena rotan dengan cikgu dan kejar dengan pak guard KLCC dulu boleh dikatakan routine sehari-harian.

2. Aku gemar memandu. Kengkadang tu aku akan sesaje keluar bawak kereta pusing-pusing sambil dengar lagu. Putrajaya ah paling best bawak kereta malam-malam. Sekarang harga petrol dah naik aku pun jarang ah buat benda ni.

3. Aku juga gemar menggayakan pakaian berwarna hitam.

4. Aku pernah naik bas selama 16 jam dari London ke Lyon. Memang epic ah.

5. Masa aku umur 4 tahun camtu, bapak aku cukur misai dia clean aku nangis gila babi sebab time tu aku ingat tu bukan bapak aku. Sejak tu bapak aku dah takde misai.

6. Masa aku umur 9 tahun, aku gatal gila nak pakai spec. Aku pun convince la gila babi kat parents aku yang aku tak nampak apa cikgu tulis kat papan putih semua. Padahal, power sikit je, nampak clear, saja mengada. Bila siap spec tu aku pakai 2 hari je. Sampai sekarang aku tak pakai spec.

7. Aku juga suka berkaraoke. Favourite spot aku kat Plaza Yow Chuan tepi hotel Crown Princess.

8. Aku memang fobia dengan jarum. Pernah sekali ni aku gi GP dekat rumah aku nak buat normal check-up. Nurse cucuk jarum nak ambik darah, darah aku tak keluar bai. Aku genggam tangan buat penumbuk pastu lepas laju-laju banyak kali still keluar sikit-sikit je. Ada ah dalam seminit lebih nak isi test tube tu.

9. Sebab tu jugak aku dah setahun lebih tangguh buat STD check up. Aku dengar doktor akan inject kat lubang punai lu untuk check Gonorrhea. Crack sial.

10. Currently, album  kegemaran aku adalah Sunset Mission dari kumpulan Bohren dan Kelab Gore Itu. Ada member aku sorang cakap lagu-lagu dia macam lagu dalam filem porno.

11. Aktiviti kegemaran diwaktu lapang: APA LAGI, BLAZE AH BLAD!

12. Aku tak pernah tengok apa-apa movie Star Wars. Aku pernah try nak tengok sekali tapi robot gold C-3PO tu annoying sangat sampai aku terus tutup.

13. Band paling cun aku pernah usya live semestinya BRMC. Aku pergi tengok derang ni 2 kali masa zaman-zaman aku belajar dulu. Sekali dekat London pastu tak puas gerak Brighton pulak usya kat sana. Gila bai masa kat London Shaf Hamdan dapat drumstick, sebab blad nye pasal, dia passing la drumstick tu kat aku sebab aku memang minat gila band ni. Kat Brighton pulak aku sampai curik-curik masuk backstage. Band members pun cun derang tak panggil security halau aku. Instead kita sembang-sembang tangkap gambar semua. Memang lost ah time tu.

14. Gambar aku tengah tahan bodysurf Emily Haines pernah keluar NME magazine suatu ketika dulu. Time tu aku banyak dengar lagu indie.

15. Suatu hari, aku akan beli motor ni.

Yang esok ada date dengan awek indon-german,
Armaya Maaroff

Saturday, 5 July 2008

Cikgu Sitar: Mr Ravi Shankar

Asyik main gitar atau pun main dengan gergaji ala "amiina (bukan altantuya)". Apa apa pun abang jack nak perkenal kan sebuah instrument yang macam gitar tapi bukan gitar. Nama alat ni adalah sitar. Sitar ni instrument yang pernah di dominasi oleh pemuzik pemuzik kelasik Hindustan sejak zaman 400. Kiranya, alat ni memang dah lama dah. Apa apa pun, kenapa nama benda ni sitar? mengikut al kisah zaman raja raja persia, dalam bahasa persia ia bermaksud 30 tali. Kira nya sitar ni ada banyak tali lah. Gila bai, 30 tali? aku rasa jimi hendrix pon mati lambat sikit sebab nak belajar main instrument ini. Pasai main benda ini perlukan kesabaran dari segi mental dan rohani.

Salah seorang otai yang main benda ni adalah ravi shankar (bukan ravi si penggunting rambut di area kelana jaya; mamat tu dah meniggal dah). Ravi Shankar ni di lahir kan pada tahun 1920, bulan april hari bulan tujuh. di sebuat negeri yang di beri nama Benares. Kiranya, mamat ni memang seorang Pioneer dalam bermain alat ni. Dia ini juga belajar main musik di sebuah sekolah yang di beri nama
Maihar gharana, Sekolah Musik Kelasik di india.



Otai tak otai, mamat ni pernah menjadi seorang guru kepada seorang ahli pemuzik pop di britain (bak kata orang di malaysia; oldies), the beatles. Siapa kah gerangan mamat ini? nama dia george. George harrison. Gila bai, mamat ni pun terkejut beruk bila ada orang famous cam si george ni nak belajar main sitar. Kiranya, macam pak ngah pun terkejut bila Tiesto suruh Pak Ngah buat sample rebana atau pun kompang.

Musik mamat ni memang layan bai, lebih lebih lagi pagi ahad macam hari ni bila korang tengah malas dan sambil memikirkan nasib keluarga.

Oh ya, selain itu, mamat ni memang dapat banyak award, kira nya dapat jadi "Ahli Mangku negara India" pada tahun 1999. Selain itu, mamat ni juga bapa kepada Pemuzik yang kutip hadiah kategori jazz tak lama lalu, Norah Jones



Apa apa pun korang carik la torrent si Ravi ni. Bagi aku mamat ni memang main sitar boleh bla la kira, tade cam metalicca try main.

Jack Lingam

Friday, 20 June 2008

Melayu Pertama Round Dunia

baiii... pe cite? korang mesti tertanya tanya apa cite ngan dengan dak dak BBLK.. bukan apa bro, kat kl ni memang isu isu dia semakin hangat arr lately ni. BUKAN pasal minyak je, bab bab politix lagi la menimbun. SO dak dak BBLK tak kan nak tulis ikut source je, so kitorang turun padang arr..

1. Kwaidan - Cover story najib bukak restoran dekat england

2. Ayman Ayattolla - Cover story harga restoran dan kedai kedai kat kantin kantin skolah2

3. Jack Lingam - Cover story Internasional credit rating malaysia "Dari A- kepada A-(safe)"

so kira nya kat malaysia ni memang tengah huru hara la dengan isu isu yang kelat nih.

OK WEI. ari ni wa nak cerita sikit pasal seorang mamat semasa zaman kesultanan melaka (bkan melayu). Nama mamat ni AWANG. lepas tu dia dijadikan panglima selepas berkomplot membunuh majikan dia di Cebu, filipina. Kalau kau nak tau siapa dia majikan dia? Magellan. Orang pertama yang keliling dunia dan lukis peta globe.

AKu pon lama asyik cite pasal dunia hiburan je, aku pon nak ar jugak cerita pasal sejarah. Panglima awang ni memang lah bijak. Dia ni pandai berbahasa. Masa awal awal dia jadi kuli si magellan je. dah lepak atas kapal berzaman dengan si kepten yang (asal dari Spanyol), mamat ni pun fasih dalam bahasa tu. Kira masa first trip abang magellan ni, dia angkut si Awang ni jadi kuli dia. Pastu balik ke spain semula lepas tu dia cite la kat ratu Spain. Masa tu zaman raja Ferdinand ngan Pemaisuri Isabella. Kira nya, Magellan ni memang "pengimport dan Pengeksport" otai kat Spanyol. Kira nya memang salesman otailah kira. Dia cite punya cite punya cite kat raja dan bini dia, dapat la geran untuk mengimport halia, kari, cengkih, kelapa sawit, dan segala jenis rempah kat benua kita ni. So, cite punya cite, si Awanng ni pon ikut lah kemana saja tuan dia pegi.

Jadi, setelah kembali ke asia tenggara, si malaun ni jadi penukar bahasa tuk cik magellan.

Itulah cerita nya pasal si Panglima awang ni. Otai ni ada banyak nama, dalam omputih, di tafsir kan sebagai; henry the black, Kat bahasa Spanyol pulak, nama dia enrique of malacca.

Kalau nak usha dan tahu lagi pasal otai ni : tekan sini bai

Wednesday, 11 June 2008

Nafas Baru Dalam Arena Klasikal: Gustavo Dudamel



Amacam semua? Harap korang sihat walafiat dan gembira sentiasa dengan kehidupan masing- masing. Hari ini aku nak citer korang tentang satu konduktor muzik klasikal yang namanya sering disebut oleh para pengikut irama ini. Nama abang ni Gustavo Dudamel, dari Vanezuela, dan bai, member ni baru 27, tapi dah menjadi konduktor di acara- acara klasikal terkemuka seperti BBC Proms dan juga satu di Los Angeles.

Camana mamat ni mula berkecimpung dalam bidang ni? Mesti korang nak tau kan, kalau korang tak nak tahu, suka hati korang lah. Gustavo ni, dia dah kenal muzik sejak kecil lagi, dan masa dia 4 tahun dia dah tahu komposer-komposer klasikal dan lagu-lagu mereka, dan masa dia 10 tahun dia dah otai gak dalam biola. 

Tuah menimpa kepada mamat rambut maggi mi ni bila masa dia 12 tahun, konduktor dia lambat masuk latihan orkestra. Jadi, dia macam budak-budak biasa cuba la gi depan dan pura- pura jadi konduktor. Bai, tetiba dia rasa macam benda ni semulajadi ngan dia, dan menambahkan lagi fokus dalam tone, tuning dan cuba memberi impak maksima kepada orkestra tersebut. Perghhh, mamat konduktor yang datang lambat tengok budak ni dari belakang dan berkata:

"Blad, esok ko jadi assistant aku" ( Aku harap satu hari Stefano Pilati cakap cam tu kat aku )

Pernah dilabel sebagai "Mick Jagger untuk bidang klasikal", Gustavo terkenal atas karisma dan keghairahannya atas pentas. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal dia ni... Usya di bawah







Ada klip beliau sedang beraksi. Saksikanlah

Yang berbudaya tinggi,
Kwaidan 'I used to date you' Tarmizi

Friday, 6 June 2008

Buku yang membuat Nietzche Gila


hey bai, pe cite? ari ni kite cite skit pasal buku maut yang membuat anda tergugat bila baca tajuk tajuk cerita yang di tulis dalam buku ini (ECCE HOMO). Antara tajuk tajuk buku ini "Why am I so Great" (Kenapa aku masyur) dan "Why I write so well" Kenapa aku pandai menulis).
Amacam nak tau ke trik mamat nietzche ni? so kalau nak tau kena la baca. Pasal buku ni bleh bla la kira dan bleh dapat kat market malaysia senang. Kat kinokuniya ada , kat section falsafah.

Tapi buku ni di tulis pada 1908, time tu malaysia blom ada lagi lepas tu buku ni tulis sebelum mamat nietzche ni jadi gila seperti yang di komfem kan oleh doktor doktor tanjung rambutan kat swiss. apa apa pun mamat nietzche ni anti kristian. Aku suke bkan sebab aku anti kristien. Pasal kadang kadang bila baca soalan atau kritikan nya memang ada maksud lah.

Sebagai contoh. " tahu kah apa itu benar atau salah? yang benar itu mungkin salah dan salah itu mungkin benar" dari segi benda benda macam tu kita sendiri pon tak tau cuma di bagi tahu yang benda itu salah atau betul. Kira nya macam kau budak kecik lah. tengah syiok isap okok kat longkang time skolah rendah pastu ada pakcik ni plak cakap jgn isap okok pasal berdosa. Kiranya, memang salah dan betul dah jadi macam ada satu buku yang dah tulis. Sebagai contoh, undang undang rakyat (common law) tau tau je dia apa yang betul dan salah dan kebaikan dan keburukan undang undang. So bai, kita nak kembang kene rebel sikit lah. Kalau nak buat kari ayam baca resepi buat apa. asyk rasa sama je nanti. Bes ke tak bes kalau macam tu. Kalau nak jadi chef yang terbaik kene la main campak je dan tak yah letak ajinamoto.

Begitu juga kata abang nietzche, kalau nak jadi superhuman (Ubermann dalam bahasa jerman) kena berani, mencuba dan menentang. Supaya kita tau sama ada benda itu baik atau buruk. Pasal setiap manusia ada kapasiti jantung, otak, pendengaran, bau dan ketinggian yang berbeza. Tuhan pon dah buat kita unik tapi kita stil jadi macam orang lain. MCM mana tu??

Cuba kau tengok gambar kat atas tu, aku pilih bukan sebab "arty" abg nietzche ni mmg suka merantau panjat gunung. Ketika di satu tempat. dia pon tertantya "cam, ne ha nak gi puncak tu? dia pon relate lah perjalanan ke satu puncak ke satu puncak. Kiranya memang berbukit bukau lah life ni. Atau dalm kata lain, hidup ni susah dan tuk sampai ke puncak semua bukit mesti lenjan je beb

kiranya abang nietzche ni bukan gila. tapi dia suka persoalkan guideline guideline yang sedia ada sejak dia lahir.

So kiranya buku ecce homo ni bleh bla la kira!

Friday, 30 May 2008

MALAYSIAN CAN!!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. ye,gua tau lu boleh!.tapi gua bukan nak citer pasal generasi lu.generasi lu tak boleh pakai. Ini gua nak citer pasal zaman 70'an dulu.Citer pasal muzik 70an dan sorang aney(brade india) yang rock.

Ye gua tau lu orang ada dengar lagu lagu 70an dari barat kat Loft Jumaat malam.Kalau lu orang tak dengar kat situ,paling busuk pun lu orang ada la dengar lagu Deep Purple kat radio.
Sekarang lu orang dengar lagu 70an kat 'benda-benda boleh bla la kira' plak.

Inilah 'Can' dari Germany.band yang memainkan lagu-lagu "Krautrock". sejenis rock eksperimental yang lahir di Germany dulu. Gua memang rasa unsur muzik band ni tampak dalam band band yang gempak sekarang dan tahun 90an.malah mungkin masih lagi advance dari kebanyakan band sekarang.Tak salah aku radiohead pun ada cover lagu diorang,tajuk 'Thieves'.



Video yang lu baru tengok tu lah Can waktu tahun 71.Waktu ni penyanyi dia nama Damo Suzuki,dari Jepun.Can ni banyak tukar vokalis.Sebelum Damo Suzuki,Malcolm Mooney yang bernyanyi-nyanyi.Lepas diorang dua ni,ada ramai lagi vokalis yang keluar masuk.Salah sorang yang menyanyi tuk Can ialah Thaiga Raj Raja Ratnam,seorang ane dari Malaysia.itu pasal la wa cakap 'Malaysian Can' kat tajuk artikel ni,bukan sebab nak bangkitkan semangat nasionalis lu orang.

Sayang,Thaiga Raj Raja Ratnam menyumbang suara dia hanya untuk 3 gig Can.Cuma satu dari persembahan tu dirakam.Kalau lu orang jumpa,KONGSI LAAAAAAAAAAAAAAA.

tak taula pe citer sekarang.Kalau lu ada terjumpa Thaiga ni,kot kot dia tgh minum todi ke kat brickfields,KASITAU LAAAAAAAAAAAAAA kitorang.


Wednesday, 28 May 2008

Mulatu Astatke: Cikgu Muzik Harvard

Ari ni kita cite skit pasal cikgu muzik yang otai ni. Bkan otai yang bleh buat solo macam man kidal, main bass macam pacai, pun main dram macam yazid, pakai seluar cerut macam the strokes. Ini dia seorang otai yang dapat mengkompos lagu dan menulis lagu lagu yang bertema etnik. Pak ngah pon kalah bai.

Ini dia, Abang Mulatu Astatke yang berasal dari negara jiran Somalia ia itu Ethiopia. Dia ni kiranya, memang peneraju utama musik tradisional Ethiopia. Beliau ni di lahir kan pada tahun 1943 di bandarraya Ethiopia yang bernama Jimma. Lepas tu mamat ni chow london kemudian ke New york dan lepas tu menjadi student Afrika pertama yang dapat menerus kan pelajaran di Berklee College of Music, Boston. Lepas tu apa lagi, dia rojak kan bunyi bunyi jazz dan bunyi bunyi latin dengan muzik tradisional Ethiopia. Selalu nya benda benda fusion ni memang susah nak bagi boleh bla. Sebagai contoh Speghetti masak lemak cili api, Bubur kacang yang berkuah Strawberi dan macam macam lagi benda benda fusion yang telah di reka.

Pendek kata, mamat ni memang seorang yang berpengaruh di dalam dunia Jazz ini. Kiranya dan pendek kata, kenny G pon tak se -influential dengan mamat yang penuh kreatif dan low profile di arena muzik walaupun sudah banyak bahan bahan telinga yang telah di tulis dan di kompos oleh abang Astatke.

Laman myspace Abang Mulatu

Jack "yeay dapat gaji" Lingam

Monday, 26 May 2008

Tokoh: Paul Arden



Apa cerita semua? Aku harap korang dapat rehat yang secukupnya pada cuti minggu. Aku standard ah, usya- usya kedai buku, tengok dvd skiet, buat penyelidikan skiet. Walau bagaimanapun, aku tak lupakan korang. Sebab aku tahu sure korang nak info yang sharp, betul tak. Ni ha, aku nak bagitahu korang pasal tokoh pada pandangan aku. Paul Arden. bukan Paul Lissek ( coach hoki Malaysia lama ) ataupun Sean Paul ( pak tam yang stengah putih tu )

Paul Arden merupakan Otai dalam industri pengiklanan. Dia ni bekas pengarah kreatif syarikat pengiklanan yang paling terkenal Saatchi and Saatchi. Beliau pun pernah menderma idea kreatif nyer ke akhbar The Independent di UK.
Mamat ni memang kritik yang besar bai, masa waktu waktu arahan dia. Dia selalu kata yang seseorang itu bagus dari idea terakhirnya. Maksud beliau, kita kena menuju ke hadapan ah, jangan asyik rasa yang apa idea yang kita pernah buat yang laris dulu, akan laris akan datang. Bertahun-tahun, dia ni bertanggungjawab dalam iklan-iklan sharp kat UK,dengan cara pemikirannya yang luar dari petak. Ko paham la kan, aku pun blogger yang tak suka bagitahu banyak sangat pasal seorang, nanti korang lemak pulak, tak nak selidik sendiri.

Pada tahun 2003, dia tengok market buku- buku 'tolong diri' semakin meningkat, lalu dia terbit satu buku bertajuk "It's Not How Good You Are, It's How Good You Want To Be". Cara dia buat buku ni pun memang lain bai, sebab selalu buku tolong diri ni semua tebal- tebal dan banyak citer, dier buat setiap muka surat, dia akan bagi satu ayat je. dan ayat- ayat dia besar dan isi ayat dia memang bernas. Bai, aku ada buku ni bai, aku cakap sama lu, aku simpan buku ni sampai anak cucu, sebab buku ni memang sharp!

Contoh satu ayat dalam buku tersebut: ( ini dalam muka surat yang awal )
"Nearly all rich and powerful people are not notably talented, educated, charming or good looking"

Amacam? baru starting dah bagi satu ayat baekknya..ooops, ada orang tegur aku dari tepi.....

"Abang Kwai, Syamsul tak paham Inggeris la, apa maksud si Paul tu?"
-Terima kasih atas kejujuran kamu Syam. Dia tulis tu pada awal muka-surat sebagai satu faktor realiti yang dia ingin luahkan kepada orang ramai. Beliau ni dah kaya, dan dia kaya dari kerja- kerja kreatif, jadi inilah dari perspektif seorang pengarah kreatif, kira dia guna cara lain la untuk tulis buku 'tolong diri' ini. Cara yang anti- buku tolong diri.

"OOH...Abang Kwai dah makan?"
-Dah, tunang abang buat sandwis ngan keju brie, ngan buah-buahan beri tadi. Dah dah, abang nak lecture ni.

Buku lagi satu adalah "Whatever You Think, Think The Opposite". Buku ni kegemaran aku gak ah. Lost bai buku ni. Buku ni ada kata- kata teladan pendek dari orang- orang terkenal dan juga kata- kata teladan dia sendiri. Aku nak kongsi korang ngan satu muka surat ni, yang buat aku terus kerja keras untuk ijazah degree aku, sampai dapat kelas pertama bai. Ko ingat Abang Kwaidan dari Alor Gajah ni bodo ke. 

A young man worked as a runner in an advertising firm. One day he said to his manager,
 'I am going to be a drummer'.
But the manager said, 'I didn't know you play the drums'
He replied, 'I don't, but I'm going to'
A few years later that young man played in a band with Eric Clapton and Jack Bruce, and it was called Cream, and the young man's name is Ginger Baker.
He became what he wanted to become before he knew he could do it
He had a goal.

Bai...kalau ko tak tahu Bahasa Inggeris, ko suruh la cikgu mana terjemahkan, tapi bila aku baca teks tu, aku terus fikir epic bai. Macam blog ni ah, aku ngan Jack nak jadi blogger, sebelum trend blog ni wujud kat alam ni . ( tipu sunat je )

Paul Arden meninggal dunia kira- kira bulan lepas. Kami dari TOP BOYZ ingin mengucapkan takziah buat dia dan keluarga dia. Semoga orang ramai dapat tahu lagi jasa tokoh yang aku hormati ini. Akhir skali, member ni memang sharp!

Yang gersang (kali kedua)
Kwaidan 'Love in this club' Tarmizi.

Tuesday, 20 May 2008

孫子兵法: bukan cerita wesley snipes atau pun album bonethugs


Hari ni kita cerita pulak pasal salah seorang falsafah terkenal di muka dunia. Dia ini bukan orang putih seperti kebanyakan tokoh tokoh yang disembang kan dalam nukilan nukilan yang lalu. Orang ni juga bukan lah orang malaysia. Mamat yang terhormat yang aku nak cerita ini dilahir kan pada zaman pokok masih banyak dalam muka bumi ini. Ada kemungkinan juga, saki binatang binatang seperti dodo dan dinasour masih hidup lagi. Pendek kata, dia lahir pada tahun 544BC dan meninggal pada tahun 496BC (kalau korang konpius, sapa suruh korang ponteng sejarah form 1-2 kelas masa bawah umur dulu).

Mamat ni seorang general masa zaman dinasti wu (sekarang China) yang digelar lagenda masa zaman dinasti itu juga. Buku yang aku nak cerita hari ni adalah buku "Cara Cara berperang"/ Art of War". Buku ni kira sharp dan epic jugalah. Ada 13 tajuk mini. Kira kira kurang daripada 40 helai muka surat campur depan belakang, pasal setiap bahagian satu bahagian ada la dalam 2-4 mukasurat (kalau korang tak boleh bayangkan, tebal dia separuh buku siri doremon) . Kira nya kalau nak saving duit singgah aja kat kedai kedai buku dan baca terus dekat situ. Aku nak warning awal awal, buku ini takde gambar, jadi aku nak bilang dekat korang cara cara baca buku buku yang tak ada gambar ni; korang haruslah guna kan la kepala untuk mengimiginasi kan diri korang sebagai penulis tu. tapi jangan sampai tutup mata pula. baru boleh feel beb. ini nak feel bila atas katil ngan bila kepala sasau saja susah la, cuba feel bila dalam keadaan keadaan terjaga (bangun/sedar/ dalam kawalan).


Berbalik kepada buku encik Sun Tze ini, seperti yang dibilang di atas, buku ini memang ada 13 chapter aja. Aku boleh bagi rumusan setiap chapter kalau nak, tapi jangan la lepas baca rumusan ini korang nak bergebang dekat *jubin jubin yang korang angkut pada malam ini nanti. Buku ini bagus bukan sebab dia suruh kita berperang. Dia mencerita kan tentang cara cara berperang dalam seharian hidup mahu pun ada musuh di hadapan, di kiri, dikanan mahu pun di belakang. Dia juga mencerita kan tentang musuh musuh bawah selimut yang bersiap sedia untuk meloboskan anda.

Selain itu banyak orang yang telah membaca buku ini telah digunakan secara terbuka seperti encik stalin ketika perang dunia ke-2 sebagai contoh, ketika peperangan sedang hangat di eropah, encik stalin mengadakan rundingan damai dengan encik hitler pada tahun 1941. Walhal encik stalin mempunyai idea idea nya yang tersendiri. Encik Hitler pun menandatangani perjanjian tersebut dengan encik stalin, kerana dia sedang sibuk berperang di sebelah barat Jerman. Encik stalin bukan main happy, lalu dia terus mengarah kan perajurit perajurit nya membina kekuatan askar nya dalam jangka masa 2 tahun. Lepas semua dah siap, Encik Stalin memulakan peperangan dengan mencerobohi Poland Jerman. Lepas tu kucar kacir terjadi kerana "theory opportunity cost" telah di gunakan oleh pihak pihak bersekutu keatas pihak jerman. Dalam bahasa yang lain, pihak jerman tidak boleh memfokuskan tenteranya di sebelah barat lalu beliau membunyi kan semboyan untuk membahagikan tenteranya kepada timur dan barat. Lalu benteng pertahanan jerman mudah di bolos oleh pihak bersekutu. Jadi, apa yang aku nak katakan adalah walhal politik telah membantu orang russia dan pihak bersekutu menang dengan melalui teknik teknik berpolitik. Politik ini adalah salah satu 5 pekara yang di bincang kan dengan mendalam. 5 pekara tersebut adalah

1. politik
2. keadaan cuaca
3. keadaan geografi
4. komander
5. doktrin

Selain kegunaan dari unsur unsur ganas, prinsip prinsip buku ini memang elok diamal kan untuk kehidupan seharian dan buku ini memang ada kaitan dengan perniagaan walaupun perniagaan anda sekangkang kera.

sila lah beli atau baca (bak kata orang kolumpur; chekedaud ah!) buku ini kerana buku ini boleh bla!!

JL

*JUBIN= perkataan sopan untuk BOHSIA ataupun Chiaa`

Monday, 19 May 2008

GONZO JE!



Paling best pegi layan konsert,bila lu kerja cover story konsert tu.Kadang-kadang bos lu bagi pas media,tapi kalau takde tu,Gonzo je lah.Redah je beb.
Walaupun gua dah olah prinsip gonzo ni sampai jadi gaya hidup gua,(sebab skang gua dah tak peduli dengan peraturan rasmi beb),Gonzo ni sebenarnya satu stail kewartawanan yang melawan peraturan rasmi dalam penulisan.Lupakan la cara lu tulis surat rasmi kat sekolah dulu.Tak guna.
Stail gonzo ni caya.Orang membaca tak bosan pastu penyampaian dia lagi ikhlas sebab cerita yang lu tulis tu disampaikan dengan naratif orang pertama.cam gua lepak kedai kopi cerita kat lu la.bukan macam berita dalam surat khabar.
Gonzo ni bemula dari Hunter S. Thompson,sorang wartawan yang 24 jam stim.Dia tak main obat takpun batu cam kutu kat KL ni.Dia main Halusinogen,benda-benda yang buat lu jadi ILUSI beb.Sebab tula artikel yang dia tulis selalu melampaunya sasau.Haha cuba lu bayang cerita dia camaner.Masuk air beb.Tapi cerita mamat ni tak akan lari daripada konteks mesej yang dia nak luahkan.Dia selalu kaitkan pengalaman dia dengan mesej dia nak sampaikan.Kira kalau dia nampak rasaksa,lu orang pandai pandai la tafsir raksasa tu bagai polis ke,anjing ke.takpun mak lu.
Kalau lu jadi bos Hunter ni dulu,memang lu sakit hati la.Dia tak pernah hantar kerja dia awal daripada dateline.Dia mesti hantar last minit,betul-betul sblom akhbar takpun majalah tu dah nak cetak.Ni bukan sebab dia pemalas tak buat kerja macam lu!tapi ni sebab dia tanak bos dia edit kerja-kerja dia.Dia percaya kejujuran dalam cerita dia sebagaimana ia dituliskan dan tak diubahsuaikan.Gua rasa ni sebab banyak surat khabar zaman dia dulu
pro kerajaan.Ni waktu zaman Nixon jadi presiden.Sama macam kerajaan Badawi la kot.Berita semua nak megahkan kerajaan je.Jadik,member ni pantang cerita dia kena edit.
Gua nak sangat cerita pasal Hunter S. Thompson ni.Tapi banyak sangat cerita pasal dia.Berapa banyak filem la yang orang dah buat pasal mamat masuk air ni.Buku yang dia tulis pun belambak-lambak.Nanti gua follow up lagi dengan cerita pasal mamat stim ni.Legend wei mamat ni.Lu orang tengok la cerita pasal dia,Johny Depp belakon jadi dia dalam Fear and Loathing in Las Vegas.Ada satu cerita dari salah satu buku yang mamat ni tulis,tajuk buku dia "
Hell's Angels;The Strange and Terrible Saga of the Outlaw Motorcycle Gangs"cerita pasal dia lepak ngan rider-rider kat Amerika,Hell's Angels.Member lepak sebab nak dapat story pasal Hell's Angel's ni la.belakang citer,member kena lauk ngan budak2 Hell's Angels ni.tapi steady je,dia lepak gak ngan bebudak Hell's Angels.kena lauk tu benda biasa beb.waktu tu Hell's Angels memang hangat la dalam akhbar sebab tak abis-abis buat hal.Macam geng rempit kita kat sini la.HAHA.RESPEK.dalam hatiku,gonzo journalism bla.




Yang Benar dan Penulis 'Debut' dalam blog ini,
Ayman Ayatolla

Sunday, 18 May 2008

Lars Von Trier dan Pegerakan Dogme95



Hari ni wa nak cerita pasal benda heavy sikit, selama ni asyik tulis pasal benda benda seperti tempat, buku dan lagu. Topik hari ni aku nak tujukan kepada pelajar pelajar industri filem yang sama ada yang tengah belajar di luar negara mahu pun di lim kok wing. Kalau korang tengah garu kepala pasal apa nak tulis untuk final year punya thesis ke aku cadang kan korang tulis pasal pegerakan DOGME95.

Untuk memulakan, pengasas pegerakan DOGME95 (D95) ni adalah Encik Lars Von Trier dan Encik Thomas Vinterberg. Aku penah pergi ke ceramah Lars Von Trier tapi encik Thomas. Masa ni aku tak bertapa tahu sangat pasal dia ni dengan seorang awek chakli danish masa aku dekat London. Awek tu memang ON lah. Tetapi apa nak buat tak kan nak ada cinta tiga segi? Buat romen dalam wayang boleh la kot.

Berbalik kepada Encik Lars Von Trier, mamat ni memang bagak (saiz besar) orang nya. Asal nya dari denmark. Umur dalam lingkungan 50an. Cara nya rilek sahaja. Memang bergaya orang sibuk. Aku rasa kalau boleh dia memang malas nak pergi ke situ untuk beri ceramah. Tapi mungkin duit yang dia dapat itu masyuk kot. Walau bagaimana pun dia terus papar kan filem sebuah filem yang berjudul the Idiots. Aku pon tak pernah tengok cerita yang dibuat macam ni. Kalau nak pikir balik cerita ni macam cerita pakcik aku amik filem video hari raya. Rupa rupanya, ada juga jenis filem seperti ini. Filem filem inilah yang mengakuri atau mengikut undang undang D95.

Tapi apa dia undang undang D95?

  1. Filem harus lah dilakukan di lokasi. Prop tidak dibenarkan guna. Hanya pokok-pokok, pegerakan manusia, kereta atau lori yang ada dekat lokasi itu adalah prop. Kiranya, segala batu bata yang ada dekat lokasi itu lah prop korang.

  2. Suara tidak bolehlah di sharpkan dengan menguna kan teknik teknik artificial. kiranya kalau guna kamera dekat handphone, itu lah suara yang digunakan kalau filem itu kluar wayang. Untuk backrgroun musik pula, tak boleh di selit kan dalam filem selain dekat lokasi sunting filem ada kedai mamak yang pasang cd orang mengaji.

  3. tangan harus lah digunakan untuk memegang kamera. Jalan kereta api mini tidak boleh sama sekali digunakan.

  4. Filem harus lah berwarna, lampu artificial seperti lampu xenon atau lampu sodium halide tidak dibenar kan.

  5. Filter lense atau pun night vision tidak dibenar kan.

  6. Keadaan cuaca atau geographi tidak boleh di tukar. Sebagai contoh, kalau nak hujan tunggu hujan baru sunting, tak boleh guna air pili bomba untuk buat hujan.

  7. aksi aksi ganas seperti bergusti,tembak menembak atau letupan c4 adalah dilarang sesama sekali kerana itu semua tidak beretika. Macam la ada orang bergusti tiap tiap hari atau orang tembak menembak macam cerita koboi zaman sekarang, melain kan anda nak buat filem atau siri seperti 'roda roda kuala lumpur' (tapi kalau ada ini bukan D95, ini dah jadi macam encik yusuf haslam).

  8. filem ini tak boleh di label sama ada 18sx, 18pl atau pun cerita blue. Cerita ni memang macam ni sahaja memang tak ada lebel romantik, politik, fantasi, sejarah dan lain lain label.

  9. lepas tu, filem ni boleh guna lensa 35mm sahaja lepas tu aku nisbah aspek harus lah 4:3 (aku harap pelajar pelajar filem tahu lah pasal benda ni, kalau benda teknikalfilem ni aku tahu pasal hitam putih , exposure dan..itu jelah kot: harap harap boleh la korang explain)

  10. Tuan direktor tak perlu di kredit. Iye lah bagi akupon kalau korang amal kan d95 baik kredit jurukamera sebab dia melakukan tugas tugasan berat seperti tangkap filem dalam keadaan hujan, jerubu, kesesakan lalu lintas dll.

Aku harap kalau lah ada direktor seperti yusof haslam, hussien abu hassan (direktor legenda: cerita gila gila remaja, belakon cerita bukit kepong; dah meninggal), dan para direktor masa depan yang masih belajar (tak kira di menara gading atau pun di bangku sekolah) nak cuba cuba buat filem macam ni (try la guna kamera dekat talipon tu dulu nanti dah ada simpan duit jangan kawin terus, invest lah beli kamera 35mm), kami memberi sokongan dari belakang.


Jack Lingam

Pengalihan Emosi Kepada Tarian Kontemporari




Salam sejahtera semua ! Hari ini aku nak memperkenalkan satu pereka tari yang agak baru dalam industri tarian kontemporari ini. Nama beliau adalah Hofesh Shecter. Mamat kurus kering ni berasal dari Israel dan seorang siswazah dari Akedemi Tarian Jerusalem. Selapas itu, beliau terus memulakan kerjayanya di Syarikat Tarian Batsheva, Tel Aviv. Syarikat tarian ini amat terkenal di seluruh dunia.


Para penyoal pertama : Jadi, kenapa aku patut tahu...
- Ko lagi..aku ingat ko tak berminat.


Para penyoal pertama: Betul gak, aku ingin tanya je, tandas kat mana.
-Ko keluar dari bilik ini, pusing kiri, terus dan pintu pertama tu tandas la Abu Nuwas.


Para penyoal pertama: Oh ok. Nama aku bukan Abu Nuwas tapi.
-Aku tahu, tapi suka hati aku


*para penyoal pertama keluar dari bilik*
-fuh, lega aku.


Walau bagaimanapun, Hofesh ini telah meletakkan namanya di peta tarian kontemporari dengan rekaannya yang modern, tulen dan dinamik. Apa yang membuat aku tulis pasal beliau pun atas kelainannya, mencampur adukkan tarian dan gerak-geri askar. Lagipun aku memang suka orang yang jujur dan tetap pendiriannya. Ada jugak orang yang ingin menolak industri tarian kontemporari yang tidak diminati ramai ke arah yang baru.


Link di atas adalah tarian yang berjudul 'Uprising'. Harap semua terhibur. Kalau tidak, dan kamu masih suka akan tarian-tarian yang biasa dalam mata korang.


1) Halami www.youtube.com
2) Taip Usher Love in This Club
3) Tengok betapa kacaknya Kanye West tu.


Sekian,
KT

Saturday, 17 May 2008

Purata Rakyat Malaysia Hanya Membaca 1 Buku Setahun. Mengapa?


Salam sejahtera, Hari ini saya akan mengesyorkan sebuah buku karyaan falsafah terkemuka iaitu Sigmund Freud. Korang kena ambil tahu tentang mamat ni, kerana buku buku yang beliau tulis mungkin dapat menjawab soalan-soalan yang korang kelana selama ini dalam kepala otak kau. Buku kegemaran saya dari beliau adalah Jokes and Their Relation to the Unconscious.

Mesti korang pernah mengalami situasi di mana korang akan gelak kepada lawak-lawak yang pernah diceritakan oleh kengkawan korang masing-masing. Tapi mengapakah lawak-lawak tersebut masih kelakar, dan adakah lawak yang diulangi berkali-kali boleh layak dicap sebagai 'lawak'. Encik Freud akan menceritakan kenapa minda kita akan tertarik dengan sebuah cerita pendek atau sketsa yang membolehkan kita bergelak ketawa sorang-sorang atau bersama rakan-rakan (atau sambil menghisap dam/yao dll).

Soalan: Tapi, buku ni nampak cam tebal je bro!
Takpe, Encik Freud pandai menyusun ayat-ayatnya dengan jelas dan teliti, jadi kamu tidak boleh menggunakan sebarang alasan untuk membaca buku ini.

Soalan: Bai, tapi buku ni cam tak cool la, takde gambar semua.
Sebab tu ko bebal.

Para penyoal: *Sambil melayan i-podnya* cibaaaai, aku terdelete album Saosin aku.
Hmm, takpelah, aku tak mahu kacau kau, mungkin kawan kau yang berminat dalam buku ni.

Kawan para penyoal: Aku takde hal bai, janji aku open, aku cunnnn
Ko pun bebal rupanya..

Pada dasarnya, buku ini memang ditujukan untuk orang yang minat berjenaka (i.e 99.9% orang Malaysia) dan cuba korang fikirkan dengan lebih mendalam, tentang faktor faktor yang membuatkan sebuah cerita pendek/sketsa itu kelakar pada pandangan korang.

Para penyoal dan membernya: bai, lapar ah, aku dengar ada tempat sedap kat Damansara...

Ok aku give up, tapi buku ni memang boleh bla..

Sigh

Yang berputus asa,


K.T

A Clockwork Orange



Siapa yang tak tahu cerita filem experimental dan psykedelik British ini (A CLOCKWORK ORANGE). Filem yang di buat oleh seorang direktor yang terkemuka di dunia filem (STANLEY KUBRICK). Tetapi tahu kah anda bahawa filem ini ditulis oleh seorang penulis yang profilik. Namanya Anthony Burgess.

Si dia dilahir kan pada tahun 1917. Pada waktu mudanya beliau sambung belajar ke University of Manchester. Kemudian beliau masuk menjadi tentera di dalam sektor Royal Army Medical Corps. Beliau di telah distesen kan di Gibraltar selama beberapa tahun.

Setelah itu beliau kembali ke England dan menjadi guru bahasa Ingerris. Setelah beberapa tahun menjadi guru di Bournemouth, beliau dipanggil untuk temuduga untuk dijadikan guru bahasa ingeris di negeri negeri koloni. Kemudian, beliau terpilih untuk menjadi "Colonial Officer" di Malaya. Tugas tugas yang diberikan kepada beliau adalah menjadi pentadbir pelajaran dan guru bahasa ingeris di dalam Pusat pentadbiran Koloni ingeris. Beliau di stesen kan di kolej melayu kuala kangsar untuk mengajar bahasa ingeris.

Buku Malayan Trilogy ini mengisah kan pengalaman encik Burgess di Malaya pada zaman kolonial. Terdapat 3 novel dalam buku ini. Judul Judul nya adalah :-

  1. Time for a Tiger (Masa untuk minum tiger Beer)

  2. The Enemy in the Blanket (Musuh dalam selimut)

  3. Beds in the east (tilam di timur)

Buku ini memang boleh bla!! Terdapat beberapa episode dimana beliau mencerita kan tentang terdapat berapa banyaknya terms yang digunakan oleh orang melayu untuk SEKS, antaranya adalah jama, ancok, berjima, asmara, bersetuboh, ayut, ayok dan banyak lagi.

Selain itu, ada juga sketsa dimana beliau menceritakan pengalaman beliau ketika bersetuboh dengan perempuan India ketika beliau di kuala kangsar. Selain itu, beliau juga menceritakan pengalaman beliau ketika beromen dengan seorang pelacur di Malaya selepas anak si-pelacur pergi mengaji.

Banyak lagi pekara pekara yang agak lucah tetapi boleh bla!! untuk dibaca oleh khalayak ramai.

malang sekali buku ini adalah haram di Malaysia. Tetapi saya ada terjumpa buku ini di Kedai buku di KLIA. Buku ini boleh dapat dengan mudah sekali di England. Saya harap kawan kawan di sana tidak melepas kan peluang untuk membaca buku ini.

Friday, 16 May 2008

Down and Out in Paris and London: Bukan buku pasal shopping



Siapa kah orang tua di sebelah ini? Nama sebenar Eric Blair. Beliau adalah dari keluarga kolonial british. Beliau di lahirkan di Bihar, India. Beliau juga telah menulis sebanyak 9 jenis Novel. 3 daripadanya adalah catatan hidupnya seperti novel Homage Catalonia yang mengisah kan tentang pengalaman beliau ketika perang saudara antara rakyat di Espanyol (antara Stalinist dan Marxist). Buku seterus nya adalah The Road to Wigan Pier mengisah kan tentang analisis cara hidup kelas kelas pekerja yang berkerja di lombong lombong batu arang di Utara Britain. Buku yang akan kita sembangkan untuk sesi ini ada lah buku yang berjudul Down and Out in Paris and London (DOPL).

Buku ini di cetak untuk pertama kalinya pada tahun 1933 di England. Buku ini mengisah kan tentang pengalaman encik Orwell tentang kemiskinan ketika beliau menginap di Paris dan juga London. Terdapat beberapa peristiwa yang menarik seperti " kawan makan kawan", peristiwa tentang kumpulan komunis yang ingin membuat revolusi di paris, aksi menjual beli baju buruk untuk membeli tembakau, peristiwa dimana badan cik orwell ini tidak boleh tahan lagi tidur di atas lantai dan banyak lagi isu isu kemiskinan yang disembang kan seperti dilemma kemiskinan.

jika ingin tahu lagi tentang encik Orwell, sila layari ke:-
http://en.wikipedia.org/wiki/George_Orwell

Buku ini memang boleh bla!!!

Buku ini boleh didapat kan di mana sahaja, untuk rakyat jelata di Malaysia, buku ini boleh didapat kan di Kinokuniya atau pun Borders@ the Curve. Untuk pelajar di England pula, buku ini boleh didapat kan di mana sahaja.

Nak tahu siapa raja pereka fesyen lelaki





Ni la dia bai. Nama dia Carol Christian Poell, tidak bukan Dolce and Gabbanna atau Bon Zainal atau Tom abang Saufi.

Mamat ni berasal dari Austria tapi studio dia dekat Milan (Member aku kata dia ni kat depan mata handsome macam pelakon). Dia ni anak orang kaya, lalu dia gunakan duit mak bapak dia dengan penuh manfaat. Rekaan beliau mungkin agak aneh untuk khalayak ramai, tetapi cara beliau memandang skop fesyen memang lain daripada yang lain.

Dalam sejarah rekaan, tiada siapa yang akan memotong seluar bercorak 'S' dan menggunakan rambut manusia untuk membuat kot dan juga membuat tie daripada bulu seekor kuda. Sigh, aku cuma ingin bagitahu bahawa beliau patut diberi 'attention' yang lebih atas kerjayanya dan beliau boleh menjada inspirasi kepada para pereka fesyen dan juga rekaan lain.

Dari mana?

Analytics