Thursday 30 April 2009

Sesi ambil tahu bersama Mr Shaf




Akibat kekurangan post saintifik yang ada kat dalam blog ni, aku pun ambil masa sedikit untuk tulis pasal binatang kat atas ni.

Pernahkah korang bertanya: 

"Macam mana dorang tahu suhu zaman dahulu kala?"

"Dorang kecoh pasal global warming, dorang dah hidup lama sangat ke sampai dorang tahu suhu berubah?

"Apakah teknik yang digunakan untuk mengetahui suhu bumi berjuta juta tahun dahulu?

"Apakah joget lambak?"

Sini aku explain.

Benda yang kat dalam gambar tu nama dia Picoplankton Crenarchaeota, sejenis plankton yang selalu berenang dalam kat dalam laut, kalau tak dimakan ikan paus. Benda ni kalau dah mati die akan tenggelam ke dasar laut lalu ia akan menjadi fossil. Benda ni kecik je jadi kalau korang dapat batu yang dah dipotong nipis oleh seorang teknisyen, korang boleh tengok dibawah mikroskop. Smart gak ah.

Benda ini mempunyai satu thermometer, atau lebih tepat, Paleothermometer yang bermaksud, thermometer zaman dahulu kala (direct translation dude). Jangan salah faham, die bukan ada thermometer macam ko usha kat dinding rumah member tu. Paleothermometer ni dipanggil TEX86. Bende Tex86 ni digunakan sebagai copy (macam kaset ko record lagu ah) suhu air laut berjuta tahun dulu berlandaskan jumlah komposisi cyclopentane (yang gambar cam spider web kat atas tu) didalam membran lipid (kulit si binatang tu la).

Kulit binatang tu boleh ada 1, 2, 3, 4, 5 and so on cyclopentane, bergantung kepada suhu air pada ketika binatang itu hidup. Jumlah cyclopentane didalam kulit binatang tu penting untuk si binatang itu kerana ia membantu mereka untuk maintain kekenyalan kulit dia kerana suhu berlainan akan menghasilkan tekanan air yang berlainan. Cyclopentane ni telah pun wujud di didunia melalui proses evolution sejak zaman Cretaceous lagi (antara 145.5 hingga 65.5 juta tahun dahulu). Sebab dah lama benda ni ada, kira bagus ah nak guna boleh nak compare antara tahun tahun lain.

Berasaskan Picoplankton Crenarchaeota modern, setiap satu cyclopentane telah di conclude kan untuk mewakili suhu tertentu. Ada saintis nama Jenkys ni telah menulis satu journal tentang study die dan dia dapat hasil bahawa Arctic ocean dulu mempunyai suhu 15 darjah celcius, agak tinggi kalau nak compare ngan suhu sekarang iaitu -15 darjah celsius. Agak crack bai.

So, macam tu la orang tahu suhu zaman sebelum kewujudan manusia di dunia. Ni salah satu cara, ada banyak lagi cara lain.

Amcam lads, boleh blah ke tak?

Untuk jawab soalan terakhir aku, aku pun tatau sebenarnya apa itu joget lambak tapi selalu nak tahu sejak aku kecik masa aku baca majalah gila gila dulu. Korang tau tak apa dia? (Ni mesti lepas ni kalau ada orang comment mesti pasal joget lambak takde pun pasal sains)

Shazammmm


une animation sur le guerre, la musique et le tranquilite que s'applait Aman Iman



Salut mes amis, ici  il'y a documantaire sur une groupe Malian que s'applait Tinariwen. C'est pas une documantaire solide sur la musique que ils jouerent. Enfett, il y'a plus que tu voudras et ecouter. Il y'a topic sur le guerre, de l'eau et beaucoup philosphie comme Voiltaire, Frantz Fanon et etecera2.

Donc, allez-y.


Jacques "a plus" Limeaongle

Wednesday 29 April 2009

Ulang tahun 101: Adolf Hitler


Sure ramai yang tau ari ni ulang tahun kematian abang otai kat atas ni. aku malas nak cerita panjang pasal quarter report sedang menimbun.  Sebagai wakil BBBBLK ingin mengucap kan terima kasih kepada almahrum adolf hitler, kerana tanpanya, dunia tak akan jadi macam apa yang kita ada sekarang. Sedekahkan je la apa yang patut (doa, pasang lilin etc) untuk adolf dan eva yang mati pada 30 april  1945.

wabillahitaufiq wal hidayah

Jack Lingam

Single Minggu ini: Kasabian



Kasabian- Vlad The Impaler

BEBUDAK SHARP YANG DIKETUAI OLEH SERGIO PIZZORNO YANG HANDSOME DAH KEMBALI DAN BUNYI DIA CUNZZZZZZZ!!!

MARI BERPESTAA! LUPAKAN BUKU- BUKU TEBAL SEKETIKA!

KT

Tuesday 28 April 2009

Mass Production

Good day guv!
Everything's all right guv?

Maafkan gua away agak lama, gua menghadapi serangan cherry berry yang dahsyat sehingga menyakitkan khyber pass gua dalam skala yang massive. So apa pendapat you all huh? Amacam post-post Jacky boy? Sangat menguja minda, terutama dengan gosip-gosip bidang hartanah/construction/stocks, plus kritikan sosial terhadap pihak bertanggungjawab Pusat Sains Negara dan pertukaran tajuk filem secara selamba dari Chicagolo kepada Chicago 10. Apa-apahal pun, gua respek Jack Lingam kerana sambil bekerja, menulis post, sempat juga flirt dengan Dill. Memang A. Sambil menyelam minum air bersama Dill. Air apa tu?

Semalam pun gua MC tak datang kerja. Jumpa doktor, kecik je perempuannya bawak Alphard brav!!! Perempuan itu hanya sebesar kuman, manakala Alphard tersebut adalah saiz Gojira. What have the world come to. Gua nak suruh bini gua lokum ah, boleh suruh dia angkat Integra DC5, dia pergi kerja bawak Persona dia gua bawak DC5 yang dia baru beli. Stailah-selectah!!!!!

Dah-dah. Cukup gua girang sorang-sorang.

Tadi gua borak dengan member gua, Fros. Gua taknak link drop, sebab nanti lu orang kena swine flu tengok blog tranny dia. Hahaha. Gua diskas dengan dia pasal smalltime productions dengan mass production lines. Cerita asal dia adalah sate.

Gua bagi case example kat dia. Sate Kajang Haji Samuri.
Untuk pengetahuan lu orang, gua bermastautin di daerah Bangi, Kajang, Serdang, dari gua lahir sampai sekarang. Memang agak bawah tempurung lah orang kata, wtf gua pedulik apa. Yang nyata, gua boleh memberi pendapat bernas pada orang-orang yang baru berhijrah ke bandar-bandar satelit ni. Maka, Fros ini adalah seorang immigrant dari fairy land. Dia pun tanya ah gua " FZ sharpest sharpener, di mana gua boleh cari lipstick..eh sate terbaik di hemisfera selatan" kata beliau.

Gua hati panas lah. Gua bukan sharpener. Gua sharp je. Dia ah sharpener, suka masuk pensil dalam lubang. Tapi gua malas nak sound. Gua cakap kat dia macam mana mass production akan melungkupkan empayar Sate Kajang Haji Samuri. Kata Fros " Samuri? Eh pemes** (excuse his language) hok tu. Banyok dekak KLIA pong ado."

Lu tau, dekat Sungai Ramal dalam ada kilang pengeluaran sate Haji Samuri secara massive. Employee disitu hampir kesemuanya adalah diimport dari seberang laut (tidak perlu refer Laut China Selatan mahupun Atlantik, hanya perlu melihat ke arah Selat Melaka). Mereka mengeluarkan beratus ribu cucuk sate sehari untuk diedarkan ke merata cawangan Haji Samuri di sekitar Klang Valley.

Dan hasilnya, lu pergi Jalan Dato Nazir Kajang, dekat sebelah stadium, self proclaimed origins of sate Kajang, lu makan sate dia rasa celaka betul?

Sate ayam warna kuning, dry, with burnt bits on the sides, kuah kacang yang menitik, sate daging yang keras hati (enggan meninggalkan lidi dan super liat). Servis macam haram, lu duduk situ lu akan tunggu selama 45 mins for the weekends, 30 mins for weekdays. WTF? Wey crap gila. This is all bull!

Aku sudah lama give up dengan Samuri. Jadi kekecewaan ini gua relate kan dengan theory of mass production. Sememangnya, seperti anda semua sedia maklum, kos untuk membuat secucuk sate mungkin RM0.25 sen, and when we mass produce, kita akan menarik kos tersebut ke bawah, menjadi mungkin RM0.15 to RM0.10 sen. Penggunaan resources yang efficient. Dan meminimumkan kos operasi, memaksimumkan profit. Siapa taknak?

Tetapi, pada firasat gua yang sharp ni, mungkin tak semua industri sesuai dengan konsep ni.
Dengan andaian semua firma ingin memaksimumkan keuntungan, mungkin andaian ini akan melibatkan kejatuhan firma tersebut. Kalau Haji Samuri buat TV LCD, pada gua waraslah dia mass produce. Kos overhed jatuh, kos input jatuh. Tapi kalau lu jual sate, kunyit lu kurang, lengkuas lu kurang, kacang nak buat kuah lu kurang, arang lu kurang, rasa sate yang berhubungan direct dengan amaun bahan-bahan ini akan turut kurang.

Lihat keluk di bawah.

Apa lanciew gua nak lukis keluk kat sini, lu ingat gua tengah belajar Microeconomics?

Pada firasat gua, kita sepatutnya jangan beralah dengan company-company macam ni.
Kita cari alternatif. Dan apakah alternatif kepada Haji Samuri-crap-crap-butty boy?
Willy Satay bro. Lu nak sedap, empuk, kuah kacang lu ada stim, lu pergi dekat Hasan Cafe Sungai Ramal takpun Ramal Junction maka perjuangan lu akan divindikasi kan. Memang stim bro. Ini adalah suatu revelation economics yang berjaya membuktikan theory mass production tidak sesuai digunakan di dalam sektor penyediaan dan pentibaian sate secara maksimum.

Bak sini gua bagi lu directions :

Lu dari KL, lu keluar Sungai Besi, lu naik KL-Seremban highway exit Kajang, lepas lu bayar tol, ada dua persimpangan dilema. Masuk yang kiri ke arah Kajang, lu straight-lurus-tanpa mengira alam sekeliling, masuk ke kiri lagi, dan straight lu akan nampak Ramal Junction (sebuah food court open air yang agak besar) maka lu parking di situ secara terhormat. Lalu lu order sate ayam 10 sate daging 10 selit ah ketupat sepam dua.

Balik lu exercise sikit brav. Menatang ni agak tinggi calories dia jon.

Faisal "Dill Kiss and Makeup" Zakaria
Opps nanti bini gua nampak matilah.

Pembaca yang sharp semua, sila bantah teori gua. Gua tau lu orang dah tak senang duduk dengan gua punya pendedahan ni.

Monday 27 April 2009

Pusat Sains Negara: the next national history museum

Salam semua, 

Tadi pagi abang jack baru saja pergi ke pusat sains negara selepas 12 tahun tak gerak sana. aku ingat banyak la yang dah berubah. rupa rupa nya tempat ini agak run down dan masih statik dengan apa yang aku lihat. ikan patin yang kat entrance tu je makin besar dan montok masak sambal tempoyak pon aku rasa tak sedap macam kolam ikan si comel kat ulu yam sana pasal ikan dia ada saluran air sungai congkak bai.

Apa yang aku lihat agak menghampakan jugak ah. bangunan je best bai, tapi isi dalam tak ada apa yang menarik. colour dalam pun agak pudar dan model model dinasour pun dah macam tak ada rupa dinasour yang kau lihat kat dalam national geograpic atau pun discovery channel. nak kata malaysia kebelakang dari segi sains dan teknologi tak jugak. dengan sebuah pengeksport besar kelapa sawit dan penemuan penemuan hebat dari universiti universiti lokal yang top notch pun tak ada di pamer kan di pusat sains negara ini. yang banyak nya unsur unsur sains eropah macam contoh orang orang batu zaman paleolitik lagi. tetapi cerita pasal orang orang senoi pahang atau iban pun tarak.

Tak tahu la ada bajet ke tak ada bajet. aku rasa pusat sains negara ini sepatut nya di jadikan medan publikasi penemuan penemuan yang di temu di malaysia. banyak beb. cerita je la pasal baja yang dibuat dari tandan kelapa sawit, mesin mesin CNC yang tedapat nya belambak di malaysia, kapal kapal terbang yang di beli dari russia, cara orang malaysia parut kelapa, perkembangan IT di malaysia dan macam macam break through malaysia penah buat la bai. aku rasa apa la sangat. tak kan la nak tunggu sponsor besar bagi duit baru nak beri initiatif lak bro?

gila la macam ni, kalau tak sampai bila orang kita nak pandai? tak kan sejarah sains kat malaysia tak mahu di rekod kan? kalau ada rekod kat SIRIM je buat apa bai? aku rasa Mosti, MiTi, SMIDEC, SME BANK dan banyak banyak lagi private financial institution kene buat somesteam ah tuk SME SME malaysia yang buat break through yang menarik. Selain itu, SME malaysia juga merupakan 90% peneraju ekonomi negara kita.

Selain itu aku menyeru awek awek dan juga abang abang yang berada didalam industri creatif dan jugak industri media ini untuk try approach benda benda cam ni (narrowcasted advertising/ information) la bai supaya menjadikan ia lebih menarik dan update sikit teknologi teknologi di dalam pusat sains ni bai. pasal aku rasa biasa saja bila jalan jalan kat situ tadi pasal macam tak ada apa yang baru yang aku tak tahu. Pendek kata semua nya sama je. 

Selain itu, siapa ada yang kait mengait atau ada talibarut ngan kerajaan punya agensi, suruh la diorang pump duit lebih sikit tuk majukan knowledge industry di malaysia ini.

Apa pendapat you all huh?

Jack "so dill, bila nak chit chat kat # 15" Lingam

Filem minggu ini: Chicagolo




hehe. Cerita chicagolo ini bukan lah sebuah filem tentang gigolo dari chicago. memang benar, nama filem ini telah menderung kan abang jack untuk membeli cerita yang agak plus fort atau heavy didalam bahasa omputih. Mula mula aku ingat cerita ni pasal gigolo pasal dulu banyak tgk toron toron Milf dan lain lain yang ada sama unsur beb. wa dulu pon teringin gak nak jadi gigolo. tapi apa dahal, terjebak dengan dentistry ni bukan nya sesuatu pekara yang agak lawak. anyways, aku nak rekemen cerita chicagolo ni kat lu orang pasal cerita ni ada unsur sejarah, seks, dadah dan whiskey. aku bajet dak dak arty yang suka duduk kat bas/taxi stand kat changkat pastu lepax ramai ramai mesti suka filem ini. biasa la bai, semua orang nak jadi lain dari yang lain betul tak?

Anywayz, meh aku bagi sinopsis cerita yang heavi ini kat korang...




Pada tahun 1968, Democratic National Convention yang di adakan di Chicago telah di perah keras oleh golongan golongan protestan. Banyak ah bai, bakar tayar, mogok tak makan, jalan kaki dari bandar bandar besar amerika ke chicago dan makan sampah macam punkers malaysia dulu (kosmo, 25hb May 2005) pastu sebut "kami anti kerajaan". Seperti mana yang kita telah tahu, perang Vietnam telah membuat bumi amerika koncang kancing macam sekarang, tetapi dulu lagi heavy. Dengan riot yang di organisasikan oleh aktivis aktivis yang hero seperti Jerry Rubin, Abbie Hoffman dan hippies hippies lain, sememangnya riot ini merupakan riot yang terbesar di bumi amerika syarikat. Unsur atau content protest pada waktu itu adalah protest membantah perang, membantah capitalism dan juga protest memberitahu kegagalan Amerika mengatasi perang dingin bersama pihak russia. Terdapat 8 orang ketua yang telah ditahan termasuklah encik Rubin dan cik hoffman, Bobby Seale (otai black panther) telah di tahan atas kesalahan mengorganisasikan dan juga mengapi apikan riot tersebut. Setelah itu, mereka semua di bicara kan di High Court Chicago.. nak tau apa jadi lu kena la tengok filem ni kay..

eh rupa nya nama filem ini Chicago 10 la bai.. anways kalau nak download lu carik la link kat bawah ni kay

http://rapidshare.com/files/224881891/Chicago_10.part1.rar
http://rapidshare.com/files/225115178/Chicago_10.part2.rar
http://rapidshare.com/files/225168138/Chicago_10.part3.rar
http://rapidshare.com/files/225206317/Chicago_10.part4.rar
http://rapidshare.com/files/225248933/Chicago_10.part5.rar
http://rapidshare.com/files/225294685/Chicago_10.part6.rar
http://rapidshare.com/files/225488068/Chicago_10.part7.rar
http://rapidshare.com/files/225524420/Chicago_10.part8.rar


SAFE TRIP Bai,

Jack Lingam

Info FANAS 101: Sime Darby berminat balik nak angkat Ramunia?

They are making RM 2-3 billion a year through welding? 


Helo helo helo,

Abang jack baru saja balik dari site dari pasir gudang. Seperti biasa aku gerak balik port kesayangan aku dan fabshop yang best macam disney land untuk aku, MMHE. sememang nya banyak job job yang sedang dibuat, antara nya contract RM 2billion untuk mem-fabrikasikan sebuah offshore oil rig untuk tauke minyak dari Qatar. Iye bai, mmg buat kat sini. pasal dulu memang pusing pusing kat Amerika, tapi dah kurang sikit kat sana tu. Skarang MMHE kira top boy jugak la kira. 

Bukan itu saja, aku juga sempat visit pusat fabrikasi Sime Darby yang dulunya bernama Sime Sembawang. Diorang pun taiko jugak dalam industri fabrikasi ini. tapi MMHE still numero uno ah bai. Anyways, terelentas pula dengan aktiviti atau prospek baru untuk sime darby. Kata nya dia akan membeli Ramunia untuk membentuk segi tiga di malaysia. Kat lumut satu, pasir gudang satu dan lagi satu yang baru kat Ramunia beb. huiyo memang banyak duit abang abang ini. 

Selain itu ada lagi berita panas untuk abang abang dan chikaro chikaro yang ingin berkecinampungan dengan industry ke-ewangan atau kalau you all nak jadi equity guy macam abang jack ni mmg tada hal. wa boleh suap lu orang kaw kaw.

So bros, menurut informer abang jack yang keje kat ambank, terdapat beberapa GLC malasia yang berminat untuk membeli share Ramunia Holdings Bhd. Kat last week pon dah tulis dah bai, kat akhbar mingguan the Edge. Itu la lu orang baca pasal jeans cerut, ngan baju belang belang dan baca magazine ROTTW je mana boleh geng.

Antara syarikat yang berminat termasuk lah syarikat yang buat 28 billion tahun 2007 dan 34 billion pada tahun 2008 (Sime Darby). heavy beb. dengan kadar perkembangan yang tak menentu di malaysia ini, salah satu cara yang dapat menentukan "sustainability" Sime Darby adalah membeli Ramunia Holdings bro. Future estimation kalau project ini on, revenue boleh meningkat setinggi 40 billion setahun. Pendek kata, deal ini lebih tight dari pada deal beli Institut Jantung Negara.

Yang paling best nya deal ini adalah, ia tiada kaitan dengan pembayaran wang. Dengar kata, GLC akan mendilusi (dilute) share pegangan mereka di Sime Darby dengan cara share swap dengan  Tabung Haji  dan Ramunia Energy and marine corporation. Pendek kata, putar putar situ je la, jap agi Tabung Haji ngan Ramunia Energy and Marine Corp akan menjadi shareholders tuk Sime Darby ah bai. 

Kenapa nak beli beb? Selain meningkat kat revenue untuk sime darby engineering (SDE). Sekarang SDE memang dah fully capacitized dah bro. paling busuk pon boleh buat projeck 3 billion kat port pasir gudang.  Kalau tambah lagi 170 acre (besar fabrication yard kat ramunia) diorang boleh kaw tim income RM 10 -15 billion ringgit beb. huiyo. kalau lah deal ni masuk MEMANG MENGANCAM LA. Dengan ongoing project kat Melawati sana, aku rasa model model dan chikaro chikaro akan kejar abang abang yang keja kat sime darby pasal diorang punya income agak secure la for many years to come. 

dan yang untuk abang abang lelaki pula, beli la stock sime darby aku bajet boleh naik sampai RM 20 dalam masa 3 tahun. pasal sekarang RM 6.5 je beb.

APALAGI BRO? PULUN AH

AMACIEM?

Jack " wa banyak betul agenda si zahid hamidi dengan Najib ni" Lingam


Sunday 26 April 2009

Bahasa Pasar 101: I.C.T

pergh, itu longkang ke parit bai?


Jam 2145. Lokasi di sebuah Kelab Malam, Zeta Bar, Hilton KL. Ali dan Ayub sedang bersembang sembang tentang bisnes baja kompos yang baru di mulainya.

Kelihatan banyak juga chikaro chikaro season-ed yang masih bergetah. 

Ali: Wei Bro. Tgk ICT tu, lain macam sial masih fit boleh joget macam Lindsay Lohan lagi. 
Ayub: Ha?ICT? tapi dia gelek macam Inul la bai. Lindsay Lohan pon kalah. ICT tu apa bro?
Ali: ICT la bai. Tak kan tak tau? Komeng tak bagi tau ke pasal dia punya one night stand dengan ICT kat Chrystal Crown Johor ke bro?
Ayub: Ha? gila bai aku lost ah.
Ali: ICT la bro. IBU CUN TUNGGAL. Lu ni apa la.
Ayub: ak elaaa. asal kau tak cakap janda baik je. kecoh la kau.
Ali: ala bai, where have u been bai? siapa guna term janda baik lagi?
Ayub: ek ela.
Ali: Eh bai, rupa nya ICT tu mak Ismi la bro. gila sial. mmg tergigit bibir aku bila tgk dia gelek macam inul..dammmmmn son.

Jack-ed L-ingram

Thursday 23 April 2009

Revolusi Militari Sang Epal dan Kawan-kawan Menghadap Raja Firaun



Pasti lu orang tau gambar diatas merujuk kepada apa.
Tak perlu cakap banyak, ini adalah kebanggaan Steve Jobs, suatu simbol minimalism, dan secara tidak langsung menyatakan tanpa perlu bersuara "Hey Joni, lu boleh simpan lu punya mobile dalam poket tak?"

Gua taknak cerita pasal iPhone 3G yang baru sampai kat Malaysia (habis pecah kepala Product Developer Maxis nak buat kontrak mahal nak mampus tu tak? Baik gua beli kat Singapore, jailbreak setel problem.) mahupun Macbook (Frank Hafis boleh pergi ke jahanam) mahupun the whole trend. Sebab lu orang pun dah tahu.


Gua membelek Newsweek tadi dan nampaknya, Apple manufactured Ipod Touch dan decide untuk supply kepada USMC (United States Marine Corps) untuk Marines di Iraq. In fact, Pentagon declined to comment how many Ipod Touch has been deployed and Apple declined an interview about this matter.

Hush hush, Jobs.

In addition to that matter, nampaknya US Military officials sekarang nak push untuk lebih banyak Apple products di"militarize"kan dan digunakan untuk warfield intelligence. Biar betul siak. Adalah tidak stim untuk mengetahui bahawa Apple membuat keputusan seperti berikut. Gua betul-betul harap Apple akan menjadi revolutionaire, bukan setakat capitalist, profit maximizing scum macam Microsoft.

Tetapi, idealistic views sentiasa terkolap (baca : collapse) di dalam dunia realiti.

Selagi keuntungan, duit yang menjadi drive, akan sentiasa berlakulah benda-benda macam ini.


Gua bukan anti-Amerika, gua cuma anti polisi World Police yang mereka praktikkan.


ZOPFAN mungkin patut dijalankan di seluruh dunia, bukan sekadar di Asia Tenggara. (speaking of which, tak menjadi pun polisi buduh ni.)


Keputusan Apple ini mungkin membuatkan aku akan membeli mobile lain.

Masa untuk melanting Iphone ini ke kedai handphone Cina mintak trade in dengan Nokia 5800 Xpress Music.


Tapi orang kata, Nokia bagi fund kat Israel?


FUBAR.

Buaran

Buaran merupakan perkataan melayu kelasik yang terdapat didalam hikayat melayu kelasik seperti hikayat raja abdullah, hikayat Hang tuah, Hikayat Hang Nadim dan hikayat hikayat kelasik zaman srivijaya pada waktu itu.

Asal dari daripada bahasa sanskrit, perkataan ini banyak di gunakan di dalam buku "ramayana".

contoh pengunaan -

Sedang sibuk Bharata berbincang dengan Lakshamana tentang Ravana, tiba tiba Hanuman tiba dan terus mem-buar tentang ladang pisang di hutan dandaka yang telah di bakar oleh Ravana dan konco konco nya.

Buar - pandangan, pendapat atau memberi contoh tentang sesuatu pekara didalam satu diskusi.

buaran - sekelompok idea, pendapat, pandangan, contoh yang tedapat didalam satu diskusi.


amacam? OK TAK


Jack Lingam

Wednesday 22 April 2009

tumpangkan saya,enchek.

Motor gua kena sita beb.Kalau nak naik bas dari rumah gua,gua kena menapak 20 minit kalu nak sampai bas stop.Lrt plak takde kat belah Kota Damansara nieh.Kalu Teksi,gua memang tak boleh bla laa.gua dah berapa kali bertekak ngan dreba sebab takmo ikut meter,takpun harga kat meter melantun.
Nak tak nak,gua kena merempat gak kat rumah adik gua yang usang ni.

Naik benci gua tengok muka adik gua.

Semalam gua dah sangap berdarah nye beb,gua rasa semua benda dah takleh bla.Jadik,gua test power berapa jauh gua boleh 'hitch hike' dari KD nieh.Ingat boleh la jugak gua menukar pemandangan dan layan borak ngan orang gua tak kenal ek.Mana tau,gua boleh balik rumah mak bapak gua kat Seremban.Gua tau kalau naik bas senang citer,takde susah payah.tapi boleh ke memana bas,tren takpun kapal terbang bagi lu stim seperti 'hitchhiking' nieh.Redah je bai.Baru stim.

Jadik gua pun tunggu la tepi jalan.Ingat gua boleh tumpang sampai highway.Lama sangat gua tunggu jadi gua capai kesimpulan yang orang kota susah sket nak tumpangkan orang nieh.Jadik gua berjalan sampai ke Tol lebuhraya.
Kat situ plak,gua dah rasa macam Jebat dalam citer Kembara Seniman Jalanan lakonan M. Nasir sebelum dia sell out.Beza gua ngan Jebat cuma gua tak bawak gitar je,gua bawak gua punya harmonika.Mana tau,kalau Nasir Jani nak buat filem baru dia pakai kisah gua ni plak.

Belakang cerita,seni 'hitchhiking' ni memang tak wujud dalam pada zaman ini,ataupun masyarakat kita.Salah satu dari itu la.Yang wa tau,wa gagal untuk bergerak ke mana-mana dari tempat2 yang gua rasa strategik tuk menahan kereta/motor yang lalu lalang.Gua dah jalan sampai tepi highway,Petronas dan tol sungai besi.

Ini mungkin kerana gua bukan Jack Kerouac,ataupun mana mana mat saleh pun kot.Gua rasa orang Malaysia memang saling tak percaya sama sendiri.Adakah itu hakikatnya?gua belom tau.
Gua selalu dengar cerita orang tua-tua pasal member2 derang yang 'hitch' sampai Eropah,Russia dan tah memana lagi.
Esok gua nak cuba sekali lagi,tapi gua pakai Kopiah.
Bukan sebab gua pretentious bai.Sebab gua tau 1st impression tu penting.

Monday 20 April 2009

Gila Kentang

Gila kelabu layout.
Gua rasa sungguh brick wall bila berada di blog ini.
Amacam brader-brader dan sistah-sistah?
Mesti lu orang dah mimpi-mimpi basah rindukan Abang FZ yang lu orang semua puja-puja macam Fros Salleh puja Mariah Carey kan? Oh cracker!!!!!! Siapa Fros? Oh beliau hanyalah seorang shemale yang pernah menjadi wingman - wtf? wingwoman occay!!! - abang waktu kerja dulu.

Gua yakin pembaca-pembaca BBBBLK adalah semua sharp dan bijak laksana bagai ayam keris di kaki, tau apakah racisme. Haha ini adalah topik yang menyeronokkan. Gua yakin lu orang semua dari kecik-kecik sudah diasuh menggelarkan masyarakat kaum lain dengan sesuatu nama yang kita sendiri tak pernah tau akan mengoffendkan mereka. Memang crack ah.

Pernah dulu time gua lepak kat Seri Kembangan dengan x-schoolmates, tengok diorang main bola, ada satu pokok yang nama diberi, pokok duit-duit. Ada lah sekumpulan budak-budak Melayu memanjat pokok tersebut. Gua layankan ajelah. Budak-budak ni aku referkan kepada budak-budak yang tidak melepasi tahap umur pra-sekolah lagi. (ape lanc budak-budak umur 4-5 tahun panjat pokok, tepi jalan besar? mak bapak kau mana syaitan?)

Datanglah dua budak-budak India, muka innocent gila serius wa cakap lu. Gua tengok bebudak tu gua teringat Salim and Jamal gua rasa nak buat tarian Jai Ho. Diorang sudah bertepek kat bawah pokok tu.

Sambil mendongak.
Membuka mulut lalu bertanya " Woi, kitorang nak main sekali boleh tak?" in perfect Bahasa Melayu siap slang (insert "ennnn...." at the end of sentence.)

Lepas itu dengan selamba tindakan refleks budak Melayu atas pokok jawab...

"Ini pokok Melayu, Ke**** tak boleh panjat. Pergi panjat pokok Ke****."

Gua terkangkang terkejut bai.
Umur 4-5 tahun dah racist gila babi. Gua pun tak pernah panggil seorang India pakai the K bomb.
And there were some upbringings practiced, menggunakan kaum lain untuk tujuan menakut-nakutkan anak.

"Shami!!! Jangan keluar, nanti Ke**** ambik!!"

Crap!!!!! Apa dah jadi?
Gila tak One Malaysia.

Sekarang gua nak tanya lu orang.
Kalau kaum lain, lu orang nak offend, lu orang tau, apa ayat nak pakai. In fact you have multiple versions of them, in every dialects. Damn. Tapi, lu orang tau tak camana diorang nak offend kita? Apa diorang gunakan nak offend kita?

Kepada kalian yang ultra-ethnic, rechill. Gua bukan nak provoke apa-apa, take this lightly.
Okay bravs?

Signing off

Abang FZ "Perabang 3 Line?"

Sunday 19 April 2009

Miroir Noir: Sebuah Documentary Arty Gila



Semestinya setiap dokumentari dokumentari musik rock merupakan sebuah revelasi. Lihat saja akan filem cum dokumentari melayu, Rock, telah mengubah trend musik di Malaysia.

Dokumentari ini sebaliknya bukan lah sebuah revelasi yang turun dari langit malahan, ia sememangnya arty (agak subjektif, so lu kena tgk dan respon kat Abg. Jack), obtuse dan juga agak impressionistik. Filem yang ala - ala kolaj ini di buat oleh Encik. Vincent Morisset, seorang website designer untuk Kumpulan Arcade Fire.

FIlem 70 minit ini tidak mempunyai dialog langsung, malah, apa yang anda dengar adalah mesej suara yang di kumpul dari nombor toll free. "Memang Heavy bai, Kena tengok cite ni."

Walaupun filem ini dia ambil oleh Perakam Filem tangan (hand-held cam), tetapi shot yang agak grainy ini membuat kan dokumentari ini agak heavy/

Apa apa Pun, Dokumentari ini cunz dan aku rekemen kepada stu. stu. yang buat/belajar filem-o-tografi kat kolej, uni atau real life. toton ah filem yang agak NICE ini.


Tekan lah sini kalau nak download menerusi rapidshare


Sekian,

Jack "WCB 8858" Lingam


Kemungkinan buku ini controversial untuk sebilangan tinggi rakyat Malaysia


Hello avid readers!

First of all, seperti biasa aku ingin meminta maaf atas kehilangan aku dan big up kepada Kwai dan Jacky L kerana staying on top of their game dalam arena blogging ini. Aku juga ingin mengucapkan selamat datang kepada sharp cat Faizal Zakaria kedalam team!

Aku baru balik dari pulau Sicily Italy, memanjat gunung berapi Etna yang memegang title sebagai gunung berapi paling aktif di dunia. Crack bai epic gila babi masa kat atas tu. Kena lak aku dapat barang hash dari Sicilian sorang ni. Apa lagi taxi ah kat 3200 meter bermain main dengan awan putih gebu!

Selama trip aku kat Sicily ni, aku membaca buku yang dalam gambar tu. Argument buku ni agak ekstrim ah actually. Basically buku ini merupakan compilation essay essay ditulis oleh geologists, palaeotologist atau biologist yang melawan theory intelectual design (ID creationism). Silalah Wiki kalau tak tau ye?.

Basically, pakar pakar tu semua cam nak tunjuk yang dorang boleh explain semua benda step by step macam mana terciptanya bumi ini dan semua semua benda yang ada kat dunia ini (termasuk hidupan) manakala bebudak ID atau creationist takleh nak explain anything untuk back up argument dorang.

Jangan salah faham. Agama dengan Sains memag takleh campur sebab tulah buku ini ditulis. Tapi anda kena faham kenapa argument ini mengambil tempat. Ini adalah kerana pakar pakar saintis berasa Intelectual Design tidak sepatutnya diajar dalam dalam buku text sains kerana ia bukan sains tetapi Faith manakala bebudak creationism percaya benda ID ni scientific. Itu saje bukan apa pun. Dulu pun dah kecoh kat CNN pasal Intelectual Design di kelas Sains. Ramai negara reject tetapi ada yang menyokong. 

Aku bukan nak promote korang bertukar jadi Atheist. Saje je aku suruh korang baca buku ni, jadi kita tahu apa argument orang "professional" tentang bumi ini. Last call bumi ni rumah kita ko kena tahu la gak kan apa kes semua. Last last ilmu ko jugak bertambah dan bila ada chikaro nak start cakap "deep" ngan korang boleh la nak selit ilmu "deep" korang. Jangan deep die pasal bila nak kawin sudah ah. Itu kena sembang kat PMT.

Aku bajet bajet la buku ni susah sikit nak cari kat Malaysia. Jadi kalau korang memang berminat boleh la pesan pesan member yang baru nak balik dari kota London ke Amerika ke. As a change to the normal baju Hackett maybe?? Bukan mahal pun. RM60 je. Hmmmmm 

Ok braders and sisters.

Rock HARD~~ Ahakx

Shaf

Saturday 18 April 2009

Krispy Kreme Di Malaysia: Apakah?

Amacam semua? Aku harap korang semua steady, apatah lagi dengan cuaca sejak kebelakangan ini yang amat terik. Kepada bebudak yang pakai seluar ketat denim tu, aku tetap tabik sama lu, sebab aku pun dah gantung seluar denim BALENCIAGA aku dan juga denim DIOR HOMME aku di dalam almari, dan keluar balik seluar- seluar pendek skate aku. Eh, ini bukan blog PMT jadi asal aku label drop. Anyways..

Hari ni aku gi town. Saje jalan- jalan ngan adik- beradik aku. Gi makan, shopping semua ah. Kebetulan di Berjaya Times Square, ada countdown untuk pembukaan Krispy Kreme doughnuts dari Amerika Syarkiat ni. Tetiba ada queue panjang bai, kalah queue kat Fabric, London, zaman muda- mudi aku, tengok dj set Justice. Ramai orang beratur, dari bebudak luar bandar (ko leh tau ngan muka diorang, eyeliner diorang, pakaian diorang), mak bapak ngan anak- anak kecil, hingga ke pak guard bangla, nepal dan sebagainya. Rupa- rupanya sebelum countdown ni, syarikat franchise ni memberi seorang setengah dozen donut dalam kotak untuk percuma. Tak pernah aku tengok orang Melayu di Berjaya Times Square Begitu ramai.

Antara cara pemasaran diorang ialah, kalau ko first customer kat open day tu, ko boleh dapat supply donut untuk 1 tahun free bai. dan first 100 pelanggan ada la yang dapat free supply. Gila bai, marketing ke tak marketing tu. Diorang nak tapau semua ah, jadi J Co donut to semua boleh bungkus, sebab pioneers are here to stay la kira.

So, apa pendapat you all huh. Kesian kan, last call kita negara yang kurang maju, masih terkinja- kinja produk barat untuk percuma, masih tertarik dengan "catchphrase" atau "tag lines". Dari Nabil 'Lu fikir lah sendiri' hingga macam macam lah. Takkan ko tak tahu. AC Di Sini "Sempoiii"

Aaaaaa bukan nya sedap sangat pun Krispy Kreme last call. Penat je gua queue, saje participate.

KT

Friday 17 April 2009

Buku Best Baca Suka- Suka: For One More Day

Amacam semua? sibuk tak sibuk pun aku kembali dan sebelum aku mulakan post aku, aku nak minta maaf atas kemas kini yang lambat di blog ini. Aku kadang- kadang memang respect blogger macam brov MM sebab dapat update blog dia smooth je. Dah la kita ni satu pasukan, dia seorang je (kot). Entah- entah blog tu ramai orang kot. Mana aku tahu. 

Anyways, cuaca hari ni panas gila, dan aku skarang tengah menggangur, jadi pagi tadi aku layan buku Mitch Albom ni. Sebelum ni aku dah baca dua karya dia, Five People You Meet In Heaven dan juga Tuesdays With Morrie. Pada pendapat aku, stail penulisan Mitch ni lebih ke arah diskripsi dan ke arah- arah nostalgik ( Malaysia suka la benda- benda nostalgik ni, sebab tu kita tak maju, semua nak macam dulu. Contoh, Kopitiam, siap dengan gambar- gambar lama kat Oldtown tu. Cuba ko fikir, zaman dulu sure diorang rasa tu "future" of coffee making kan? Skarang sure diorang sedih kita nostalgik dan masih simpan benda - benda tu dan pasarkan dan perahkan sehingga perkataan kopitiam tu telah menjelakkan tekak aku)

Layan gak ah buku ni. Although buku Tuesdays With Morrie lagi aku suka. Citer ni pasal mamat ni nama Charley Benetto , dia ni dah lost la, hilang arah tuju, kaki botol, bini tinggalkan dia, tapi dia kenangkan kisah arwah mama dia dan benda- benda mama dia pernah buat. Satu hari dia gi balik kampung dan dapati mama dia ada. Jadi untuk satu hari dia nak recall la apasal dia lost ni, dan nak tahu tentang asal usul hidup dan kehidupan. 

Actually, habis baca, layan lah jugak. Kata hari ni hari Jumaat. Kalau Isnin Hingga Khamis aku dah chilling tunggu Lagenda Merah Putih kat TV9 tu. Awek- awek gedik yang berlakon citer tu aku macam nak Bo je. Tapi mamat Merah tu, aku suka cara dia berlakon, dulu dia belakon citer Kami pun, aku suka gila, aku respect dia gila ah. Top actor tanah air. Kalau aku buat filem sure aku panggil dia ah. Takkan nak panggil AKO MUSTAFA?!

Sekian, panas gila, aku nak kena teh halia.
KT

Thursday 9 April 2009

It is Here.

Bai, gua super stim tengok Neo CPS.
Boleh kata the last erection i had with a national car would be when they released Proton Putra 1.8 back then in 1995. Imagine a primary school kid, standing beside a car while having a hard-on (figuratively speaking son). Time tu, Putra adalah the echelon, the primera, ze magnifique of cars lah. Maafkan gua, gua time tu tak banyak exposure. Zaman tu mana ada blog pasal kereta.

Lepas Proton dengan Mitsubishi go their separate ways with their partnership (kalau gua pun tak tahan. lu partner agak lama jugak lah, technology transfer macam cipet bai. Memang gua cabut ah..) keluar design-design body dan enjin yang karut-marut seperti yang dapat kita lihat terjadi kepada Proton Savvy. Proton Juara pun pun boleh tahan lucahnya (obscene ape do dalam bahasa Melayu?). Macam-macam nama keji telah dilemparkan terhadap Juara seperti mesin-basuh, peti ais, tin biskut, dan pelbagai perkakasan rumah yang lain. Dan Proton Savvy pulak, lu pernah bawak AMT version? Peh. Macam lu bawak jentolak bai. AMT (Aiyak-Memang-Takble Blah ataupun Automatic Manual Transmission) dia jerky nak mampus. Ada baik jugak lu bawak troli supermarket pergi kerja.

Rundingan dengan Volkswagen AG, PSA, GM semua kantol.

Tapi, pada gua ah...ada satu tahap yang boleh kita anggap sebagai milestone kepada rebranding and resurrection of Proton. Acquisition of Lotus, and the appointment of new CEO, Datuk Syed Zainal Abidin to replace the Tengku fella (cant remember the chap's name).

It totally revolutionized Proton. The styling house got revamped. Technology transfer from Lotus improved the brand's credentials with regards to the ride and handling. R3 comes into play. Memang stim ah.

Dan...Neo CPS sudah tiba.



Impressive jugak.
Neo version ini datang dengan variable lift system (sistem lif pembolehubah? ada baiknya aku biar dia kekal dalam English.) yang konsepnya adalah sama adik-beradik dua tiga pupu lah dengan enjin VTec kebanggaan Soichiro Honda. CPS pulak kalau gua tak silap adalah abbreviation kepada Cam Profile Switching, pun ialah konsep yang sama dengan VTec.



Readings on the performance pun adalah menarik, 125PS at 6500rpm, 150Nm torque at 4500rpm, menunjukkan kalau kau nak makan BMW M3 memang tak dapatlah jack, tapi kalau lu nak sayurkan Wira wannabe masuk enjin 4G91, tak pun 4G93, mungkin kau berpeluang. Sport rim pun santek, set-set Advanti (macam celup design je, pahal Proton?)

Memandangkan benda ni pakai teknologi profile switch, maka kau kena rembat sampai rpm dah cecah 3.8 baru high cam tendang. Huuuu...itu jam memang ada stim. Gua tumpang EG SiR member gua dulu, Limited Edition 2 door, time bukak cam tu air mazi gua ada terbit sikit lah gua ingat. Sial dia, tau ah kereta power ko berlagak la pulak joi. Eksiden dah pun padan muko kau.

So, improved looks, performance, and all these arrive at your doorstep at RM58k.
Good call.


pictures credit to :
fattahjamaludin.blogspot.com
star motoring

Single Minggu Ini: Rick Ross Feat. John Legend



Apa citer semua wahai para pembaca sekalian. Abang Kwai dah kembali setelah sibuk travel sini sana, lawat nenek sakit dan macam- macam lagi. Tetiba hidup aku ni banyak benda- benda heavy sejak kebelakangan ni. Anyways ni ha single kita minggu ini, feel dia lain sikit. Aku suka Rick Ross dalam arena Hip Hop dan John Legend, tak dapat dinafikan antara artis mainstream yang paling berbakat dalam nyanyian dan juga penggubah lagu. Jadi dengan kabungan ni, terimalah lagu berjudul Magnificent.

Siapa kata blog ni tak versatile. Faizal Zakaria kita dulu ahli kumpulan Phlowtron tak silap aku.

Love all,
Kwai

Oh la la, Je vais danser avec toi cet soir



coming from a world best business school/ capitalist school of thought in the world, my lecturers always told me to not to follow what economics theorist such as this mr Karl iskandar Marx, adam smith, fitzgerald, daim, mahathir, david Ricardo, keynesian, thatcher economics and many other theorethical award winning or from such noble man. We do not even have a specific textbook during my time at that school. Everything was a case study base education which is more fun than reading a text book.. Anyways

economics, finance nor accounting is not a technical subject whereby there is a specific way or remedy to fix a crisis of which we are having now.

 What I speculated is that maybe your lecturer was talking the bad of capitalism. And what created the economic situation now and all the negativity about capitalism. Likewise everybody would like to be a hero like Che’ who died in Bolivia as a legend or a revolutionary.  For sure that your lecturer spoke about other alternatives which the capitalist could do instead of doing such specific implementation. In other words, why must do using method A when you can try to use method B or C or D or E as proposed by Mr. Karl Marx in his guess/estimate/prediction/anticipation in the Das Kapital. Not only that, he uses past evidence to criticize capitalism. How concrete is that?

 Well brothers and sisters in arms (shall I call you comrades?) , finance, economics nor accounting is a very subjective subject. There are various drugs or remedy that can be use to cure or to treat a negative growth in any aspect. A mixture of good social science and low level of greed (zero greed only works on paper) shall ensure a very good economic growth/position in the future (Islamic finance). For sure. Social science = everyone win win. Low greed = less pressure for others to make money but they need to know that they need to make enough to payback what they get from others. This include the person who got the money from the lender, by not going to Naza for example to pay for  the down payment  of a brand new Reds or a beamer.  Pendek kata, a good individual financial management should make the world a better place (which is lacking among us today).

 The way and the only way is to learn how to do so. Which you cant learn on paper or books or from others. You need to sort it out by yourself.

 By the way, Karl Marx did not live long enough to see what we have seen today. Of course it was a down fall. The judgement  he made in 1867, was not a good one that is for sure. I believe that the capitalist would do what they got to do to bounce back.Well they may collaborate with the principal of  Islamic finance which im sure that they are doing this at the moment. There’s a lot of islamic financing instruments in the money markets these days.  But the profit sharing basis are killing the lendee.

 So yes Islamic finance, is the option. But with the level of greed that the arab or any other muslim have is the same of what the capitalist have today. In other words, position your self your mind as a conservative muslim. What would you do to the opposite religion. Same as what they would do or did to us. In short just look at our country? The concept of bumism it self is reflecting our greed as the sole breed of this country. So whats up?

 A lot of things need to be done to make a good sustainable growth in terms of economics, finance and others. The problem is not the theory nor the philosophy. Once the implementation is right everything should be OK. I guess that the capitalist did quite well to be in town for quite sometimes.

 even As a graduate from Cass, I did “khatam” the das kapital over a pint of beer at bricklane during weekends. If you want to read it go read it. You do not even have to get a real book to read it. These days we can always download an e-book from the internet. Thanks to CAPITALISM.

I am a venture capitalist (haha ilek pej, aku tau kau sure tgh cakap "hak elee",

Jack Lingam

 

 

 

 

Wednesday 8 April 2009

Das Kapital

Siapa ada buku Das Kapital?
Aku nak pinjam. Nak kaji socialist economy dan keberkesanan untuk diaplikasikan untuk mengatasi kemelut ekonomi dunia sekarang.

Fuuuh. Lecturer aku sungguh subversif.

Sunday 5 April 2009

Crack Sungguh Kehidupan.

Gua tak faham.

Untuk makluman lu orang, gua adalah seorang consultant untuk sebuah company yang membuat keputusan untuk meminimumkan kos, dan menjual peluang pekerjaan rakyat Australia kepada masyarakat Malaysia. Tak kira dari perspektif macam mana pun lu orang tengok, gua memang tak berminat kepada konsep outsourcing. 

Cukuplah kita bersembang pasal etika business. Bukan gua ada bisnes pun, gua makan gaji je ennn...sekarang ni gua nak cerita pengalaman gua dealing dengan wholesale suppliers dan retail customers. Serius gua cakap lu, gua tak tau kenapa lu, diorang semua, we can easily turn into a insensitive bastards over the phone. Gua tak tau apasal. 

Lu imagine, time gua cakap "Sir, i would like to advise that there are some discrepancies with the documentation you provided, we would need you to provide the corrected forms, and then we will be able to reconsider your application. I am seriously sorry over this matter sir."

Lu tau dia cakap apa?

"Fuck off you scripted asian monkey, just do as you're told, and get me my Internet quick."

I was like...
What the fuck?

Tanpa kelibat orang yang sedang kau berbicara dengannya, just hearing his voice, adakah kau akan menjadi seorang celaka secara automatis?

Dan gua yakin, majoriti di antara kita, pernah membuat perangai celaka seperti ini dengan pekerja-pekerja customer service di TM Streamyx (waktu international link problem, memang emo lah hati lu takleh bukak facebook tengok survey apa member lu buat ennn...), bank lu, dapat pulak itu orang sudah announce satu bad news...memang melompat-lompat lah lu nak maki dia enn?

Crack ah lu brav.
Apa pasal lu jadi macam tu? 
Lu pikir bai, bukan lu sorang buat perangai camtu, heaps of other people are doing it as well.
Melepaskan amarah pada orang yang tak sepatutnya. Lu marah customer service yang jawab lu punya call, cakap "lu punya company memang banyak cipet ah!! memang servis macam cilaka, nak sambung internet pun lembab macam haram, dahlah gua bayar mahal, macam mana gua nak baca Faisal Zakaria post apa hari ni!!Kimak Connect gua cepatt!!", memang tak kemana ah joi, habis kuat je mamat tu letak je telepon tu nanti.

Rechill brav.
Mereka ada perasaan jugak.
Macam mana palat pun lu cakap dengan diorang, diorang DIWAJIBKAN untuk bersabar dan bercakap dengan lu dengan penuh courtesy. Amacam? Lu ingat kerja senang? Lu kena maki, lu nak cakap balik dengan dia pelan-pelan, takleh maki, padahal membuak-membuak, siap lu asah pisau lagi sambil cakap telepon ngan customer.

Selamatkanlah customer service seluruh dunia daripada orang-orang yang tidak ada tatasusila.
One command respect only after he respect another.

R.E.S.T.E.C.P - Ali G.


FZ yang restecp. 

Saturday 4 April 2009

KL Design Week: TemuBual Bersama batalion seniman dan seniwati malaysia

Hello fren,


Setelah di tanya oleh avid reader seperti dena_r, aku pun telah mengambil initiatif untuk ke salah satu port pameran pameran arty malaysia. Lokasi nya lebih kurang 5 minit dari ofis aku, di CapSquare. Kalau tak silap terdapat banyak lagi lokasi lokasi yang di tempat kan khas untuk pameran ini. Antaranya, di pusat MaTIC malaysia, Dewan Seni Negara, Kuala Lumpur Convention Centre, KL Tower dan banyak lagi.

Sememang nya aku jarang atau hanya kadang kadang sahaja pergi ketempat tempat sebegini. Kerana aku sememangnya kurang fasih dalam seni modern yang serba beda dari yang aku dapat lihat selama ini. Pekara ini sememangnya bagus. Tetapi ramai antara exhibitor yang berada di CapSquare tidak ada pada waktu itu untuk di temu bual oleh abang Jack.

Antara seniman dan seniwan yang aku dapat interview adalah, self proclaimed hippie yang pakai baju kebaya, awek molek kelantan yang belajar elektrikal elektronik di batu pahat tetapi kepala otak nya dah fuse dan sekarang berminat menjahit jeans jeans yang di potong jika seseorang ingin senteng kan seluar nya, budak budak eco-bag yang jual bag mahal dan venture kapital yang specialize dalam mengeksploitasi kemahiran seseorang dengan mengkomersilkan rights yang di beli, mereka adalah genesis boyz.

Ok la bai, ari ni wa tak mo cite panjang sangat en. tapi ari ni wa nak cerita kan la sikit tentang interview interview abang J.Li dengan chikaro chikaro seni ini semua bai.

(SENIWATI NO 1) Abby: tekan sini untuk ke laman web cik abby dan di sini juga

Abby adalah seorang seniwati malaysia yang berkerja di dua tempat bai. Dia Isnin sampai jumaat dia ada kerja ngan tauke seni tradisi di pekan, Pahang. Dan pada hari sabtu dan ahad pulak dia ada bukak sekolah seni untuk sesiapa yang berminat untuk belajar melukis. Target student nya adalah kanak kanak yang berumur 4 hingga lah jika anda tua juga takda hal kalau nak belajar melukis teknik budak budak. Sorry la bai, aku tak ingat la jenis seni lukis pasal rupa rupanya banyak juga term term seni ni ek. macam musik ah ada indie ada pop ada brit dan ada etnik. Pendek kata kak Abby ni melukis teknik macam budak budak selalu lukis. Dari pada pandangan aku iya adalah lebih open dan tiada undang undang dalam teknik ini. tapi colouring kene sharp la bai. cuba lu tengok gambar atas. Itu gambar abby la bai lukis.. lu nak tau bapa aku kene bayar untuk gambar tu bai? 5 inggit. gila mahal

Oh ya. sekolah cik abby ini terletak di bukit antara bangsa dan harga kos nya lebih kurang 120 ringgit untuk 4 sesi dan tak termasuk processing fee iaitu sebanyak 20 ringgit. 20 inggit tu pasal dia nak kena booking salah satu business unit di kondonya yang terletak dalam kawasan bukit antarabangsa tu.

Si dia ini juga dahulu seorang penjual insurance. katanya, kepala nya pening menjaga client client yang cerewet, lebih lebih lagi yang tak bayar premium tetapi ingin kan servis seperti orang orang yang bayar premium. Setelah bosan melukis carta di Microsoft excel, cik abby telah masuk kebidang seni ini sehingga sekarang.

Selain sekolah, cik abby ini juga bergiat dalam menjual design design kad kahwin, kad raya dan ang pow. Antara clientele yang beliau pernah cater adalah untuk Aishah Sinclair (kad kahwin). Selain itu beliau telah beberapa kali keluar paper. kalau tak silap aku semalam pon keluar jugak la bai dekat the star. 

Lama jugak kita bersembang semalam, ada lah lebih kuran 30 minit. antara soalan soalan yang di kemukakan oleh abg Jack adalah

So apa pendapat u huh pasal industri seni sekarang?
Hmm.. aku rasa kan jack, ada la jugak improvement dari segi seni ni sekarang. sebagai seorang cikgu seni, aku rasa kerajaan patut la bagi lebih perihatin untuk memupuk anak anak masa depan supaya dapat menjadi seperti Picasso dan juga Le Bouget.

Aik, aku dulu kat sekolah pon ada belajar seni cik Abby. tapi kan aku rasa belajar seni di sekolah sememangnya teramat sekejap. Nak lukis apa sejam bai? lain daripada itu, kita kena buat apa yang di suruh saja. Seni sepatutnya di beri kebebasan dari segi pilihan warna, konsep dan juga metaphore nya tersendir. selain itu pembelajaran seni lukis di Sekolah rendah agak berkonsepkan propaganda. Contohnya asyik melukis bendera, buat kolaj gambar perdana menteri dan lain lain.Apa pendapat Cik abby?
Sememang nya betul apa yang kau nak kata kan Jack, tetapi nak belajar seni ni mesti ada peringkat nya, mana boleh belum apa apa nak lukis rumah. kena la go step by step. Antaranya pembukaan pemikiran dan cara menginterpertasi kepala lu dengan apa yang akan ko lukis di cebisan gambar yang kau nak lakarkan. Sebagai contoh, bila kau tengah tripping kan jack, lu punya kepala mesti lain dari kepala aku pon kan bai? ko lukis benda yang ko syiok sendiri tapi aku tgk pon tak paham apa yang kau lakar kan. so kene go steps by steps arr bai. Tengok lah kadang kadan dapat cikgu seni yang garang atau yang agak rigid mmg tak on lah utnuk kau melukis. tapi bila kau tengok produk lukisan kau semestinya berbeza jika kau belajar dari seorang guru yang hippie cam saya. hihi. sebagai contoh, arkitek atau urban planner bandar bandar seperti di New York atau di Berlin semuanya datang nya dari Sekolah Sekolah yang guru Seni nya ketat. itu pasal bandar bandar itu well planned atau agak rigid dan agak sharp dan agak statik.

Wa... lain macam je cik abby.. anyways last question?
ha, Apa dia?

Cik Abby dah kahwin belum?
hmm belum.. asal berminat ke? hihihihi

*gelak sengih sengih* anyways, this is my card nanti kalau ada apa apa bagi tau je la ek. Saya nak kena pergi meeting dah ni. anyways, see you around.
Thanks for dropping by. 

(SENIWATI NO 2) Liyana: Tekan Sini untuk ke laman web cik Liyana

Cik mek molek Liyana ini asal nya dari Kelantan. Tetapi tak tau la kat mana. Beliau kini adalah seorang freelancer yang baru saja graduate dari Universiti Tun Hussien Onn di Parit Raja, Repubulik of Batu Pahat. Menurut kepada Liyana, beliau merupakan graduan ilmu eletrik dan elektronik. Gadis yang berumur 24 tahun ini memberitahu kepada Jack Lingam bahawa "setelah menyelesaikan kertas kerja yang berjudul "what is the difference between electric and electrical engineering?" beliau telah mengalami depressi post graduate seperti kebanyakan orang ". Lalu beliau telah berkencendurungan terhadap ilmu ilmu jahitan. 

Si gadis ini juga merupakan seorang entrepreneur yang sedang menghadapi dugaan kegawatan ekonomi yang semakin meleset. Hasil hasil tangan cik liyana ini kebanyakan nya beg duit kalung yang diperbuat daripada suku terakhir jean yang telah dipotong di kedai kedai gunting. Isu qualiti control diambil serius supaya beg duit kalung yang di jahit tahan koyak. Menuturut cik Liyana, " semua beg beg ini di perbuat oleh satu jenis kain sahaja. Saya sering akan pusing KL pada hari Sabtu dan Ahad untuk membeli kain kain dari franchise franchise levis."

So apa pendapat u pasal keadaan ekonomi ini sekarang? adakah ia menjejaskan business awak cik liyana?
Hmm.. tak jugak pasal sekarang kan bro, makin ramai orang pegi ke Bijou Bazaar untuk beli baju, buku dan macam macam lagi. Pasal saya dah follow bijou memang lama tapi waktu mula mula tu ek, memang sepi macam kat pekan Mantin. Tapi saya rasa, sejak ekonomi ni dah melolos, ia telah menyebab kan orang semakin berjimat tapi tetap spend kan duit orang. Kalau tak dulu, semua orang nak beli kat topshop. Sekarang business Yana pun makin berkembang.

Hmm betul lah tu. Sekarang memang orang malaysia dah kurang pegi shopping dekat pavillion. Kebanyakan nya yang ada di situ Arab dan Pelancong dari Timur. Keadaan memang lah dah teruk bai, sampai haritu kat CIMB dah issue letter of offer untuk para perkerjanya mengambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan. Menurut Bank Negara Malaysia, forecast ekonomi Malaysia tersungkur dari forecast yang dilakukan awal bulan tiga tahun 2008. Hmm.. anyways, so apa pendapat awak tentang industri kesenian  di Malaysia Kini?
As for now. I rasa Malaysian dah mula awareness dah dengan pekara pekara seni ni sekarang. Maklumlah, pada waktu dahulu kita telah mengagung agung kan Allahyarham P.Ramlee bagai kan seorang romeo yang cemerlang. Beliau mencuit hati perempuan bah kan lelaki. Sekarang sudah kurang sikit. Sekearang dah ada channel channel radio macam 103.0 yang main kan lagu lagu indie local mcam Hujan dan Etcetera. Bukan itu sahaja, kaca telivision juga telah menghasilkan artis artis muda yang berbakat macam mawi, johor bai!, faizal tahir, hans Isaac dan lain lain. SO i think kan, orang sekarang dah kurang dah sikit tentang Kisah kisah silam macam P Ramlee, S Jibeng, A Rahman, Black Dog Bone, XPDC, dan banyak lagi. Macam seni jugak, kebanyakan dahulu tak banyak exhibition macam ni. Dulu tengok dekat pasar seni je la kot. SO exposure tak banyak macam sekarang. Tapi sekarang exposure dia besar dan agak competetive. Bukan itu sahaja, dengan ada nya Streamyx di Malaysia juga telah membantu saya untuk berniaga dengan dunia luar dari kuala Lumpur. Ada jugak kadang kadang dapat order dari Amerika, Peranchis dan Lain lain. So sekarang ni memang arty industri ni memang dah kembang. Dulu masa kecik kecik dapat baca majalah ujang, gila gila dengan gempak je. I hope kan, masa kecik dulu i dah beli majalah vouge kalau ye lah kan, i memang dah tak amik electrical and electronik engineering.

Wa setuju setuju, wah, saya rasa masa dah up dah, azan zohor pon dah berkumandang. Soalan terakhir, asam pedas sedap ke makan budu sedap?
Mestila asam pedas. Walaupun i 4 tahun je kat johor, masak asam pedas ikan terubok dengan campur dengan daun kethom memang Safe Trip bro. Anywas, Jack, datang lah esok pasal ada closing ceremony dengan ada free flow arak dekat RED SQUAR start puku 10 pagi esok sampai puku 2 pagi hari ahad malam. Kalau tak silap Richard Branson sponsor sewa jalan dang Wangi untuk buat spin kereta Team Brawn jat situ, Sure best kan. Kalau you datang esok i belanja u makan dekat jalan alor. Pasal i tak drink dengan tak clubbing,

Itu dia bai, temu bual denga  dua chikaro chikaro yang bukak gerai gerai mereka ni bai kat CapSquare. tapi aku agak confuse jugak dengan bila tengok display display seperti HEXA PROJECT, OH & OU yang nampak macam tak ada motif. diskripsi kerja pun tarak. membuat kan orang yang tak sharp dengan ilmu seni ini ilang rasa untuk membaca sesuatu jenis kerja pula.

ANYWAYS bai, aku rasa lu orang patut tengok sendiri la kat cap square itu atau dimana mana lain temapat. Jgan la pulak kau tengok sahaja exposition itu. kalau boleh sembang lah sekali dengan si pereka yang mencipta kerja kerja yang di pubilish kan. Bukan saja kau makin faham dengan apa yang sedang di pamerkan. Paling busuk pon lu boleh ajak pereka yang awekx awekx minum teh atau nasik lemak rumah hijau jalan raja abdullah en? Tapi masa aku pegi semalam dan hari jumaat. yang kebanyakannya orang mengambil gambar saja. 

Anyways,

J.Lingam

Dari mana?

Analytics