Showing posts with label Buku Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku Buku. Show all posts

Friday, 15 January 2010

Buku Tiptop 2010: My name is Lon. U laike me?


Campak saja buku freakonomiks atau buku superfreakonomics yang di tulis oleh mamat mamat harvard. ini aku rekemen satu buku ekonomi terbaik buat zaman sekarang. lebih relevan dan lebih senang paham. selain tu dalam buku ni ada cerita pasal kongkek kongkek hehe.

isi kandung yang sharp. penulisan yang senang untuk dipahami tanpa jargon jargon heavy selain

a) mamasan - mak ayam
b) boom boom - main
c) short time - main satu jam
d) long time - main dari kol 9malam - 8 pagi.
e) aw wee aww - nak ke tak nak?

so aku rasa korang tak de la confuse nak faham tentang cerita ekonomi.

Buku ini padat pasal minah ni tulis pasal sejarah, budaya dan juga sex-o-tourism negara siam. dan lebih syiok nya pasal situasi sekarang ekonomi negara siam.

so i bet u boys will enjoy this master-book.

anyways.

selamat membaca, kalau nak try rekei holla gua pasal tukang massage gua procure barang barang ni

J-Man

Wednesday, 27 May 2009

Buku Lost: Skinny Bastard


Amacam semua? Setelah membaca buku di atas selama dua setengah hari dan membuat kajian-kajian lain, aku bersedia untuk memberi sedikit sebanyak tentang buku ini. Aku tahu blog ini adalah tentang benda-benda yang boleh bla la kira, tapi dari tajuk buku ini, dan penulis buku ini, yang sebelum ini menulis buku  SKINNY BITCH, (yang telah dijual sebanyak 2 juta cetakan)..Hmmm...Adakah buku ini boleh bla? 

*Tiba-tiba Aku mendapat panggilan telefon*

Word up muh-brotha! Apa cer? Ini abang G yo, yang temubual bersama ko dan FZ hari-tu. Aku bengkek sikit la bro, sebab aku try nak temubual Jack Lingam but he's so busy dating and work, yo! That's not tight!
......Apa kau nak bai? Aku tengah nak review buku ni.

Word? Cun! Apa kata kalau aku temubual kau tentang buku itu, dan kau bagitahu aku sedikit sebanyak , yo! That sounds tight, G! I TOLD YOU IM'MA BE BIG ONE DAY!!!
....Semangatnya ko, Ok-lah. Aku tahu ko ni lonely. Perangai je hip hop tetapi sensitif kalah Balada- Balada meleleh di tanah air kita.

So, Mr KWAIDANN YO! Bagitahu kami sedikit sebanyak tentang buku ini, dan siapakah buku ini ditargetkan, uh huhhh!
Secara dasarnya, Skinny Bastard merupakan satu spin-off kepada buku pertama Rory Freedman dan Kim Barnouin iaitu Skinny Bitch. Mereka merupakan pejuang-pejuang prinsip mereka, iaitu memakan makanan yang asli, organik, tidak diproses, tidak diawetkan dan anti memakan produk-produk haiwan, atau haiwan. Mereka ni vegan la kiranya. Kalau ko tak tahu vegan tu apa, ko google. Tapi explanation yang simple, vegan ni tak makan apa apa haiwan atau produk haiwan, hanya bergantung kepada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan tumbuhan- tumbuhan lain yang boleh membekalkan gizi yang seimbang. Apa yang dikeluarkan oleh binatang seperti susu dan telur pun diorang tak makan

Are you serious, dawg?! No KFC? No Burger King?! Gila ah. Aku tak mahu kenal diorang.
Dari awal buku ini, penulis- penulis cunz ini akan menjelaskan kepada pembaca tentang keburukan makanan- makanan yang diamalkan oleh orang ramai. Mereka pula memberi dalil- dalil yang padu, akan kadar kegendutan, kanser dan penyakit jantung di dunia ini. Mereka memfokuskan keburukan makanan-makanan yang diamalkan oleh orang ramai mengikut bab. I,e: Keburukan daging, keburukan susu, keburukan bahan-bahan pengawet dan sebagainya.

Memang lost. Bab tentang keburukan penyembelihan ayam dan daging tersebut memang akan membuatkan ko rasa janggal sebentar sehingga hendak muntah. 

Susu atau produk dairy juga telah dilabelkan oleh mereka sebagai pembunuh orang ramai dan juga pembunuh kemaluan lelaki ( kebanyakan kes kanser prostat disebabkan oleh produk dairy ).

Mereka juga mempamerkan atlit-atlit sukan yang mengamalkan makanan vegetarian/ vegan tetapi badan mereka masih sasa dan kuat. Jadi mereka mensyorkan bahawa kita tidak perlu memakan daging merah untuk menaikkan tubuh atau otot kita.


Jadi, ko nak rakyat Malaysia mengamalkan makanan vegan la bro?
Aku tampar ko kang. Ko sama one sided, too conclusive, over sensitive seperti kebanyakan orang aku tahu. Sigh. Aku tak syorkan kaum lelaki tanah air mengamalkan makanan vegan, tapi buku ini at least bagitahu orang tentang kepentingan tumbuh- tumbuhan dan buah- buahan. Misalnya ko gi mamak, banyak doh lelaki dan juga pompuan order 'maggi goreng satu, tak mahu sayur'. Ini satu tabiat yang tak bagus, dan juga makan di mamak dengan kerap juga merupakan amalan yang amat jijik.

Kadar kesihatan di Malaysia merosot gila teruk. Kita merupakan negara Asia Tenggara yang pertama dalam kegendutan, dan kadar diabetes, darah tinggi kita juga melambung tinggi setiap hari, penyakit jantung etc..

HA! Diorang cakap rokok penyebab penyakit jantung, tapi tahukan anda di IJN, satu banci telah dibuat bahawa 53% kes jantung merupakan pesakit- pesakit yang TIDAK MEROKOK?

Lu fikir la sendiri. 

Malaysia pula juga mempunyai gizi yang mencampurkan lebih daripada satu protein dalam makanan. Contoh, nasi kandar, campur etc. Ramai yang letak ayam dan daging, atau ayam dan sotong dalam satu pinggan. Tahukan anda ini amat merbahaya kerana dengan mencampurkan dua jenis binatang, ia boleh melebihkan kadar intake protein dalam sehari, dan jika badan kita satu hari dah tak larat mencernakan protein-protein tersebut, gout la ceritanya lepas tu.

Di Malaysia juga, terdapat kes tentang reban ayam di atas, dan bawah kolam tersebut mempunyai ikan keli, dan ikan keli tersebut diberi makanan tinja ayam yang jatuh dari atas tersebut. Sigh...

Kalau kita fuck-up gizi makanan diorang, lepas tu kita sembelih diorang dan makan. memang hidup ini macam cycle bai. Tuhan dan buat haiwan- haiwan ada kategori diorang masing masing, harnivor, karnivor etc. Ko gi tukar la, letak hormon untuk diorang besar cepat la. Satu hari nanti, balasannya tetap akan kena kepada orang yang memakannya.

Iaitu rakyat-lah.

Konklusinya, tengok orang keliling kita. Ramai yang semakin gendut, ramai yang mempunyai kencing manis, banyak yang panas baran, (kadang kala panas baran dan terlalu emosi dan sensitif terjadi atas ketidak seimbangan kimia dalam badan, yang juga terjadi akibat gizi yang tidak baik, seperti banyak bahan pengawet, MSG dan sebagainya) .

Kita perlu ubah dan tidak perlu ubah secara drastik. Mungkin dengan kadar membaca, kita tahu betapa pentingnya tumbuh- tumbuhan asli, dan kebaikannya, dan kita boleh tukar skit cara kita. Kurangkan nasi sikit, lebihkan ulam- ulam, kurangkan gula yang 'refined', amalkan gula- gula asli seperti gula perang atau madu.

Gua bukan doktor bai, tapi ramai orang lately acting weird siot sebelah aku. Or is it just me?

*Bunyi berdengkur*
....guys , you see what i mean? dia yang call, dia lak tertidur.

Sekian,
Kwai 'awek 8tv cuteeee' Tar

Friday, 17 April 2009

Buku Best Baca Suka- Suka: For One More Day

Amacam semua? sibuk tak sibuk pun aku kembali dan sebelum aku mulakan post aku, aku nak minta maaf atas kemas kini yang lambat di blog ini. Aku kadang- kadang memang respect blogger macam brov MM sebab dapat update blog dia smooth je. Dah la kita ni satu pasukan, dia seorang je (kot). Entah- entah blog tu ramai orang kot. Mana aku tahu. 

Anyways, cuaca hari ni panas gila, dan aku skarang tengah menggangur, jadi pagi tadi aku layan buku Mitch Albom ni. Sebelum ni aku dah baca dua karya dia, Five People You Meet In Heaven dan juga Tuesdays With Morrie. Pada pendapat aku, stail penulisan Mitch ni lebih ke arah diskripsi dan ke arah- arah nostalgik ( Malaysia suka la benda- benda nostalgik ni, sebab tu kita tak maju, semua nak macam dulu. Contoh, Kopitiam, siap dengan gambar- gambar lama kat Oldtown tu. Cuba ko fikir, zaman dulu sure diorang rasa tu "future" of coffee making kan? Skarang sure diorang sedih kita nostalgik dan masih simpan benda - benda tu dan pasarkan dan perahkan sehingga perkataan kopitiam tu telah menjelakkan tekak aku)

Layan gak ah buku ni. Although buku Tuesdays With Morrie lagi aku suka. Citer ni pasal mamat ni nama Charley Benetto , dia ni dah lost la, hilang arah tuju, kaki botol, bini tinggalkan dia, tapi dia kenangkan kisah arwah mama dia dan benda- benda mama dia pernah buat. Satu hari dia gi balik kampung dan dapati mama dia ada. Jadi untuk satu hari dia nak recall la apasal dia lost ni, dan nak tahu tentang asal usul hidup dan kehidupan. 

Actually, habis baca, layan lah jugak. Kata hari ni hari Jumaat. Kalau Isnin Hingga Khamis aku dah chilling tunggu Lagenda Merah Putih kat TV9 tu. Awek- awek gedik yang berlakon citer tu aku macam nak Bo je. Tapi mamat Merah tu, aku suka cara dia berlakon, dulu dia belakon citer Kami pun, aku suka gila, aku respect dia gila ah. Top actor tanah air. Kalau aku buat filem sure aku panggil dia ah. Takkan nak panggil AKO MUSTAFA?!

Sekian, panas gila, aku nak kena teh halia.
KT

Wednesday, 4 March 2009

Buku Sharp: The Storyboard Design Course


Amacam semua? Harap korang masih cuba 103 dan gelak cam sial akan loghat awek tersebut. Ini dia ha, aku nak syorkan korang satu buku aku beli haritu. Secara basic, diorang ajar la dengan penuh teliti cara nak buat jalan cerita dengan betul.

Ko tahu la kan, negara kita kalau bukan cerita hantu, mana jual. Jadi kalau orang ada idea nak bikin satu filem atau satu komik, dapatkan buku ini kat internet. Aku dah bosan dah dengan cerita- cerita tanah air. Kasi la cerita up skit, jadi kita boleh masuk Sundance Festival Filem ke, Cannes ke, dan kalau korang aim tinggi terus masuk Oscar la dalam kategori Filem Asing Terbaik. Amacam? Cun ke tak cun?

Aku ada idea untuk filem tentang SUDIRMAN . Aku nak korang bagi idea korang dalam comment. Amacam? Bagi sikit okayyyyy!! Serious ni..

Sekian,
KT

Monday, 20 October 2008

monkey wrench gang: buku tuk lu orang




salam fren. aku dah lama tak cite sal buku pasal wa ni memang semi ulat buku. dulu ah sejak balik dari manipal wa memang lama dah tak sentuh buku selain buku buku food science yang ditulis oleh nigel slater, gordon ramsay atau otai food science jamie "O"liver.

Apa apa wa nak promote kan sikit buku yang tak memerlu kan lu orang berfikir banyak seperti kalau lu baca buku buku "intelektual" seperti bukit kepong, pusaran dan konserto terakhir.

cerita yang aku nak cite ni di tulis oleh penulis yankee atas nama Edward Ebbey. Aku pon tak tau macam mana aku boleh beli buku ni tetapi buku ni agak rebel dan mencerita kan tentang dilemma manusia. antara dilemma yang manusia ada lah meng-kontemplasikan pekara baik dan pekara yang benar. kerana selalunya kita aku lakukan pekara yang baik, seperti yang telah didik oleh guru, ibu bapa, rakan dan uztaz. tetapi apa pulak pasal benda yang benar? sebab tak semesti nya benda yang baik itu benda yang benar. benar dalam konteks ni bukan real. tetapi benar atau pun benda yang betul yang lu patut buat la kan bai? sebagai contoh, kite tengok cara orang makan guna tangan. apa sal kta makan guna tangan kanan? asal bukan sebab tangan kiri? tau ah pasal lu cibuk guna tangan kiri. tapi lu tau ke aku cibuk bila aku berak guna tangan yang mana? atau, kau tau ke sama ada aku cibuk atau tidak.. ha amacam?

sebelum aku confuse kan lu orang. meh aku cite kan sikit pasal buku ni. buku ni memang buku fiksyen yang terbaik jugak lah. pasal dia masuk jadi buku penguin klasik. cerita ni mencerita kan tentang konsep sabotaj untuk memprotes. iye la selalu nya lu usha kat al jazeera orang berhimpun pasang lilin je. so kiranya buku ni memang mencerita kan tentang konsep yang berlawanan daripada konsep pasang lilin di bukit aman.

metaforikali, maksud monkey wrench memang membawa maksud yang agak heavy, sabotaj dan membuat sesuatu benda rosak lebih lebih lagi mesin. cerita ni mengisah kan tentang 4 orang rakan yang datang dari latar belakang yang berbeza tetapi didalam hati masing masing mempunyai satu kesamaan atau ketidak puas hati yang sama. kesamaan hati mereka ialah panas terhadap kerajaan tempatan yang suka membuat benda benda pembangunan di kawasan kawasan semulajadi di selatan amerika. antaranya buat trek kembar kereta api, buat highway, buat empangan dan macam macam lagi pembangunan yang dapat memudah kan hidup manusia seperti dapat bergerak dengan lebih pantas, dapat kurang kan bil eletrik dan banyak lagi.

tetapi 4 sekawan ni memang rebel pasal semua benda yang berdasar kan pembangunan mesti harus di letup kan la bai. pendek kata "hippie style 4 eva" lah.

cerita ni memang menyeronok kan dan tak menjemu kan pasal banyak main kejar kejar dengan polis. letup sana. menyorok sini. panjat bukit, terjun air terjun dan banyak lagi sketsa sketsa yang mengairahkan.

pendek kata lu tak kering tekak lah kalau lu baca buku ni.


antara review review yang buku ni dapat adalah-



"A sad, hilarious, exuberant, vulgar fairy tale... It'll make you want to go out and blow up a dam."



"Since the publication of The Monkey Wrench Gang, Mr. Abbey has become an underground cult hero."



"One of the best writers to deal with the American West."



"What a thing of beauty is Edward Abbey's The Monkey Wrench Gang."





apa apa pun buku ni memang boleh bla la kira.

JACK 'temberang la, lu tak tau jack lingam sapa" LINGAM

Wednesday, 10 September 2008

Baca buku ni sebelum ia di-jenakakan

hai kawan kawan.apa bikin di pagi hari?saya tengah relek jap dari mengaji ni,jadik saya ingat saya tulis blog la skejap dengan pedoman sebagai inspirasi saya.

Selain ngaji,buku feveret saya of all time yang lain termasuklah buku Watchmen.
Walaupun saya suka sangat buku ni,saya tak penah terpikir nak tulis pasal buku ni kat dalam blog ni sebab saya yakin memang dah belambak orang lain rekomen kat lu orang suruh baca buku ni.Memang komik mesti baca la kira.

Tapi di sini saya tanak crite panjang lebar la pasal buku ni sebab kalau nak crite pasal tafsiran buku ni bleh jadi esei 5000 perkataan.Tapi yang saya nak crite skang cuma adalah desakan gua supaya lu orang pigi la baca buku ni sebelum buku ni diperlawak bodohkan dalam panggung wayang nanti.Mungkin lu orang ada dengar ada cerita ala ala "Heroes" nak kluar panggung...crite itu sebenarnya bukan ala ala "Heroes"...
Crite ni sebenarnya ditulis oleh Alan Moore,tetapi kerana dia tidak mahu terlibat langsung dengan produksi filem Watchmen, dan juga kerana ceritanya V for Vendetta juga dipersendakan,dia memilih supaya kredit pereka cipta cerita watchmen ni cuma diperkenalkan sebagai Alan Smithee.
Panggilan Alan Smithee ni untuk orang-orang yang nak cover malu la dari satu production.


Alan Moore yang bengkek sebab risau cerita dia jadik macam 300

Gua tatau kalau filem ni nanti boleh bla ke tak,tapi supaya kredibiliti Watchmen sebagai karya yang bernas dan mendalam ni kekal,lu orang baca la dulu Watchmen sebelum Watchmen membaca kamu.

Issue pertama Watchmen.Gua E-bukukan tuk lu orang.Takdahal punya beb.


Saturday, 30 August 2008

Media Alternatif

Selamat Merdeka Kotarayaku yang Keliru
Lu ada dengar crite ak?alaaa takkan lu takde dengar.Kita kan budak2 generasi sentiasa updated.
Tapi lu pastikan la crite yang lu dengar tu betul.Pertimbangkan sumber-sumber lain.
Kejahilan tu dosa besar bai.
Hari ni gua tolong adik gua,Zaki,belajar tuk PMR dia subjek sejarah.
Terang-terangan seterang bulan lu tau la yang buku teks dia ni adalah unilateral.

Jadik gua suruh adik gua baca buku Where Monsoons Meet.
Buku ni ditulis waktu 60an ke 70an dulu oleh budak2 Musimgrafik.Buku ni dicetak semula tahun lepas dan versi bahasa melayu juga di adakan.
Versi yang gua ada ni versi bahasa orang puteh.Biasanya buku-buku sejarah bahasa omputeh yang lain kebanyakannya dari sudut pandangan si kolonialis.
Buku ni plak dari sudut pandangan rakyat malaysia sebagai satu kolektif jadik lu dapat baca kesignifikasian sumbangan setiap kaum kepada penubuhan Malaysia moden.

Alhamdulillah kerana kita sekarang tak lagi hanya mempunyai buku teks dan surat khabar sahaja sebagai rujukan.Kita ada buku-buku alternatif dan kita juga ada blog yang boleh bla ni.

Gua nak E-bukukan buku ni tuk lu orang sebab penyampaian dia memang caya,tapi gua rasa kali ni lu orang pegi beli je la.Lu boleh beli kat satu kedai ni kat pj dekat2 UM.Disampaikan dalam bentuk komik,buku ni jadi senang dan cepat dibaca tapi input dia padat.

babai.gua nak balik gua punya gua.situ takde wifi dan susah nak updated jadik tu pasal gua jarang post.

Thursday, 7 August 2008

Buku Untuk Para Pereka: Layout

Ada sesetengah pihak yang ingin tahu kenapa layout website kita tak bergaya seperti blog blog lain?
Jawapannya, kita nak korang baca info saje, dan tak kisahkan latar laman web ini. Tapi sejak dua menjak aku lepak sorang- sorang, betul apa member aku sorang cakap.

"Malaysians man, they only read what they see"

Deep ke tak deep bai? Deep gila untuk aku. Jadi aku nak bagi korang satu recommendation. Ini buku khas untuk para pereka atau bakal penulis- penulis blog yang inginkan satu latar yang hot la kira. Buku ini ditulis oleh para pereka Ambrose dan Harris, dan diorang menerangkan kepentingan 'layout' di satu muka surat. Kepentingan keluasan atau 'space' memainkan peranan yang penting untuk orang melihat, membaca, mendapat info dengan cepat dan juga untuk mendapat kefahaman yang disampaikan untuk semua pihak, dari yang arty hingga ke yang blur tak tahu apa kejadah pun. Dulu abang Kwai buat thesis untuk medicine, guna buku ni la, untuk dapat ilham layout. Terus dapat high mark brooooo!! Jadi gi amazon dan dapatkan sekarang! Buku yang memang boleh bla!

Yang hairan akan penulis-penulis blog yang menghilang,
Kwaidan Tar

Friday, 1 August 2008

Buku Untuk Jejaka: Action Hero's Handbook

Dalam satu penyelidikan, purata orang Malaysia hanya baca satu buah buku setahun (ye, macam cibai). Lelaki aku rasa, lebih malas baca daripada kaum Hawa. Diorang lebih suka berjoli, suka kacau pompuan kat sms sambil sidai tuala diorang kat tingkap, tepi tingkap ada bancuhan Milo. Dan juga gaduh (abisss). Jadi, nak mulakan pembacaan sebagai hobi, aku recommend buku ini.

Antara skill buku ini mengajar korang adalah cara bergaduh dengan betul, cara nak tilik masa depan, cara nak halau hantu (kegemaran aku), cara menari ngan chikaro dengan betul (bukan bump and grind sampai terpancut kat jeans), camana nak tembus tingkap macam filem Steven Seagal tanpa menyeksa diri dan banyak lagi. Ko habis buku ni, ko leh jadi macam MAGNUM P.I bai. McGuyver ke..CicakMan ke. 

Menarik bukan?

Yang akan bercuti selama 3 malam mulai esok
KwaiTar

Monday, 28 July 2008

Sambutan Hangat: Vogue Italia Isu Black



Jualan habis di sekitar kawasan Eropah seperti London, Paris dan Milan. Kawasan- kawasan NYC pun tengah dok cari kat E-Bay, chikaro- chikaro Jepun pun tengah mencari, kedai- kedai terkemuka kata laris dijual dalam masa 4 jam setelah dikapalkan masuk ke kedai tersebut. APAKAH FENOMENA INI? Jawapannya Vogue Italia "A Black Issue".

Abang Kwaidan, Kenapa Abang Kwaidan tetiba nak cakap pasal majalah fesyen pompuan?
-Sebab Abang minat dengan kakak engkau yang minat fesyen tu. Oh ya, Abang pernah sup lidah kakak ko gak.

Ceritanya ringkas, Vogue Italia, memang tersohor dengan peragaan-peragaan yang innovatif, konteks dan artikelnya juga dua langkah hadapan berbanding dengan majalah- majalah fesyen lain. A Black Issue ini adalah satu isu khas menampilkan peragawat- peragawati berkulit hitam, antaranya Chanel Iman, Naomi Campbell, Alek Wek dan juga bekas teman wanita Abang Kwai, Liya Kebede....Sebut je nama dia , Abang Kwai punya bulu dada mesti luruh!

Isu ini meraikan budaya hitam atau dalam bahasa omputih, black culture, bukan black metal. Black Metal tu ko taip Dimmu Borgir kat Google mesti dapat info. Dengan pertolongon jurugambar dan stailis yang ternama, Vogue Italia telah menerbitkan majalah fesyen yang telah mengubah sejarah industri ini. Abang Kwai punyalah macho, siap dapat satu isu beb! Korang takde kan? Abang Kwai ada sebab nak bagi akak si dayus yang tanya soalan tadi ah kat abang.

Abang Kwai akan tunjukkan beberapa gambar dari Isu ini. Susah beb nak dapat isu ni skarang, semua tengah cari. Sampai kemungkinan besar syarikat Vogue akan menerbitkan beberapa ribu naskah lagi. Pergh! Memang Boleh bla, Sebab abang Kwai minat chikaro berkulit gelap pun! Yang hitam manis, bak kata orang kita. 

Ok!

Kwaibaby (nama tunang bagi time sms manja)

Inovasi? atau daddy-kasi...

assalamualaikom kepada semua...
ari ni brother jack nak cerita pasal satu site yang brother jack bukak boleh kata setiap pagi lah. Kiranya brother jack dah tak import surat khabar El Pais, le monde dan Daily Borneo. Skarang ni pon kegawatan ekonomi, brother jack dah jadi makin fulus dan bakhil... apa apa pon ini dia website yang aku bkak pagi pagi untuk cari inspirasi..Website ni adalah sebuah website berita, kira nya cam the star, utusan dan lain lain.. tetapi ada satu sekysen yang aku minat.
kiranya cerita dalam seksyen ni semua nya pasal innovasi. gila bai inovasi ni penting pasal banyak idea idea yang lu bleh cilok (cilok idea tak salah). Banyak lah benda yang menarik kat sini, dari pada arkitektur, seni automotif, ekuiti jenama, permainan, seni, media dan jenama.
posting dia semua memang boleh bla la kira. semua nya pembuka minda bai. apa apa pun yang wa nak galak kan kat sini adalah mulai hari anda dengan innovasi (dan juga bismillah)..


jack lingam

Saturday, 26 July 2008

Majalah Monocle: Satu Langkah Depan Dalam Informasi Gaya Hidup




Apa khabar semua? Harap korang semua tengah rehat dan menikmati hari minggu anda. Ni aku nak chit-chat sikit pasal satu diskoveri aku. Aku jumpa member aku ni, top boy gak ah mamat ni, sharp cat. Aku gi minum kopi ngan dia. Dia ni memang semua pakar ah. Kira 'si-fu' gak dalam informasi terkini. Jadi, aku tanya dia. 

"Aku nak la, kalau ada satu majalah ni, yang boleh mencantumkan informasi-informasi terkini dalam politik, budaya, ekonomi, keadaan dunia dan juga cakap pasal rekaan terkini. Jadi aku tak payah beli majalah GQ, Economist, dan Wallpaper, sebab ini boleh mengeringkan dompet aku"

Dia, relek je blad, Hembus asap rokok kata. "Monocle bai. Majalah tu ko kena check-it-out"

Aku terus gi ah kedai kecik depan rumah aku, diorang jual majalah ni. Pergh, bai. Aku tengok beberapa muka surat je, aku dah suka akan cara penulis penulis diorang punya stail. Majalah baru diorang, ada 'main cover' tulis 25 most livable cities. Aku pun nak tahu ah, sebab sejak aku dah bebaik ngan tunang aku, kita ada plan nak hijrah tempat lain. Dunia dah global bai, takkan tinggal satu kota je, betul tak. Hidup pun cuma skali.

Jadi aku baca la sebab-sebab kenapa 25 kota ni diorang kata paling boleh bla la kira (termasuk Singapore siot) , dan diorang bagi dalil diorang dari sudut-sudut keadaan negara, 'urban planning', transportasi awam dan macam- macam lagi. Diorang juga cakap pasal penduduk-penduduk, diorang gembira ke tak, Kadar inflasi dan sebagainya. Tak pernah aku tengok majalah yang bagi konteks dalam banyak sudut. 

Majalah ni juga ada cerita tentang negara- negara lain, kalau kita nak bercuti ke, tapi diorang bagi tempat-tempat yang paling kaya dalam konteks rekaan dan nilai sesuatu tempat tu, mengikut keadaan masing-masing. Ada satu video ni pasal "Things to Improve your life", semua boleh bla baiii..


Aku harap korang dapatkan majalah ni dan baca sendiri, Ada banyak benda yang kita tak leh mampu yang diorang suruh kita cuba, tengok dan sebagainya, tapi dengan cari ini, aku rasa diorang bagi kita satu aspirasi untuk bekerja keras dan menikmati keadaan dunia sekarang dengan cara yang paling 'top'.

Ok bai, setelah aku bincang ngan tunang aku, kita dah buat keputusan mana nak membesarkan anak-anak kita kalau kita dah kawin. Korang pulak? Takkan hartamas je!

Yang kreatif,
Kwaidan 'i think i love my wife' Tarmizi

Sunday, 13 July 2008

Tanah Air: Photography

Aku sejak dua menjak ni ada la scanning gambar gambar awek yang panas panas kat facebook untuk dijadi kan robekkan ku (kk memain je). Aku bukan usha pasal nak tarik daging. Aku ni memang minat tengok gambar dari segi teknik fotografi. Banyak yang aku tengok Semuanya seperti gambar di bawah ini:

Ha. skarang ni memang banyak sangat gambar cam ni yang di guna oleh jantan jantan dan bohjan melihat perut awek yang sedap (boleh buat bantal) atau pun yang ramping. Cuba la amik gambar sebegini. Kalau la ada chikaro yang amik gambar cam ni aku rasa facebook terus declare IPO (enlist dekat stock market) bai :



Amacam? gambar atas atau gambar bawah yang boleh bla? Gambar yang mana lebih dramatik.? fokus nya bkan kat budak itu saja, malah cuba usha background dia dan renung kan apa yang anda nampak..

kalau suka gambar gambar yang kat bawah, aku dah carik satu facebook dah, tetapi takdapat jumpa satu apa pon.. Apa apa pun, try lah carik buku rm 25 inggit kat MPH. Buku tu hardcover, memang murah la kira kalau buku hard cover 25 inggit. kalau kat UK 5.99. Mana murah?

tajuk tajuk nya:
a. The Forties in Pictures
b. The Fifities in Pictures
c. The Sixties in Pictures
d. The Seventies in Pictures


Selain dari pada usha gambar, korang pon boleh belajar pasal isu isu sejarah yang terjadi dalam dekad (10 tahun) dekad yang tertentu.

Carilah buku itu, "si vous voulez etre incroyable comme Mr. Lingam"

Jack Lingam

Saturday, 21 June 2008

Komik: Siapa cakap komik tak bagus?


LUKISAN YANG DI LUKIS OLEH SPIEGELMAN 24/11/01 -POST 11/11/01


hello geng... kitorang dah seminggu hartal bro. Bukan apa? last week dekat KL ada riot pasal minyak masa kat dang wangi dan kawasan kawasan kampung baru. So sebaga assistant kepada peneraju utama blog ini.. kitorang propose untuk blog ni di hartal kan selama seminggu.. kira nya macam kalau ada orang meninggal ada 4 minit silence arr kira!

anyways, masa aku kecik kecik, bapak ngan mak aku slalu cakap, baca komik ini tak mengembang kan minda. Tapi masa kecil dulu mana la nak tau cam ne nak explain kat derang. jadi bila aku dah besar ngan arty ni, aku rasa nak bagi tau aku ske tgk benda benda berwarna. Kira nya masa aku kecik aku ni memang tak sharp lah. Dah besar ni baru la nampak true colours abang jack. paham?

anyways, ari ni wa nak cerita sikit pasal seorang penulis dan pelukis komik yang boleh bla la kira. Mamat ni aku kenal dia masa aku stadi kat manipal. masa tu abang jack pergi ke goa tuk jalan jalan selepas belajar buat surgeon. maklumlah belajar operate operate ni memang stress. Bukan apa, pasal kat pala abang jack ni terbayag bayang lah kalau bana aku yang kene potong bai.. Uih sengsara la!!

anyways, masa kat Goa abang jack berjalan ngan seorang cengkodok kat tepi pantai Goa tuh. Memang tengah tengok sunset lah, sambil tu pimpin tangan ngan foreplay sikit. Pastu masa tu abang jack ngan cengkodok ni haus lah kira. Pastu, kitapon gi la cari air kelapa muda. Pastu masa kat India, memang susah nak dapat buku buku yang lost bai. Pastu singgah la satu kedai ni nama dia "sarekat india trading". Buku dia ngan komik dia memang tak mengelabah la kira. Aku pon nampa satu buku ni. Nama dia MAUS.

So aku pasti ramai antara kamu tahu pasal maus?
Gila bro kau kidding apa? siapa maus ni?

Maus ini sebuah komik yang mencerita kan tentang kehidupan tahanan perang yang berbangsa polish tetapi dia yahudi.
Gila bro? Polish pon ada yahudi ke?

Iye la bai. Anyways tau tak sapa tulis buku ni?
*tetiba ada mamat belakang bermata Sepet dan tinggi 6kaki angkat tangan* bro tak silap aku kan bro cupin kan yang lukis?

Gila kau? itu dia lukis pasal motor boleh la kot. Anyways aku malas nak tanya soalan lagi. baik aku berceramah. Si penulis dan pelukis ini nama dia Art Spiegelman. Dia ni lahir di sweeden. Tapi lepas perang dia pindah ke US, NY. So kiranya, sepanjng idup dia dia lepak dan chilek sana arr.

Mamat ni sebenar nya seorang penulis. Tetapi oleh kerana manusia tak suka membaca, dan suka melihat, dia pon terfikir untuk melukis. Jadi oleh kerana bijak pandai mamat ni sendiri, dia di pilih menjadi 100 manusia yang berinfluansi dalam dunia ini pada tahun 2005 oleh majalah Time.

Lukisan ni memang sharp bai, cerita nya penuh terang dan mudah faham. Kira nya buku yang dia tulis semua nya macam memoir atau pon autobiografi. Aku saja je nak tulis pasal manusia memang suka nak tahu cerita pasal orang. Insya allah derang boleh jadi cam derang. tapi pendapat aku. jadi diri sendiri lagi best bai.,!

anyways, korang carik arr buku buku yang di tulis oleh Rabbi Art Spiegelman ni. Pasal buku dia memang boleh bla la kira

Wednesday, 11 June 2008

Kebebasan Lu Bersuara

Selamat pagi kotaraya kotorku.
Pastikan cukai lu orang terbayar,kasihanla menteri-menteri manja kita tu semua,camaner diorang nak gi makan angin tanpa mengepau periuk nasi kita.
Artikel pertama gua tulis kat blog ni dulu adalah pasal Hunter S. Thompson,tokoh jurnalis gonzo yang berpengaruh berani kepada aliran media massa,media massa yang kini ditawan oleh bapak-bapak ayam di parlimen.Gua harap dari membaca artikel 'Gonzo je!' semangat jurnalistik lu orang semua semakin meluak-luak sebab dalam masa beginila rakyat perlu lebih bangkit bersuara.Kalau Hunter tak cukup membakari semangat kebenaran dalam diri lu,gua kenalkan lu kepada Spider Jerusalem,Semangat Hunter S. Thompson yang telah diilustrasi,didakwatkan dan dihidupkan kembali dari mati.


Di sebuah bandar di Amerika,bau busuk daripada najis najis si mereka yang mentadbir negara mencemari kesucian penduduk kotaraya dan isi kandung media massa,tetapi dengan kata-kata kesat daripada Spider,kebenaran semakin disedari rakyat yang buta dan melopong.

Spider Jerusalem adalah watak yang digunakan oleh Warren Ellis untuk meluahkan pandangannya terhadap politik semasa dan juga jangkaannya akan konteks sosio-politikal masa akan datang melalui komik "Transmetropolitan."
Komik ni memang layan.Gua terpegun dengan naratifnya yang direk dan ikhlas.Tapi gua jadi takut sebab gua terpikir pasal jangkaan George Orwell dalam ceritanya '1984' yang menjadi nyata.Gua cuak kalau jangkaan Warren Ellis ini pun menjadi kenyataan sebab memang isu-isu yang ada dalam komik ni adalah realiti.Cuma efeknya teramat menakutkan.
Gua cuma ada isu ke-tujuh komik ni(isu ketujuh ni ada introduksi yang ditulis Darren Aronofsky,terima kasih pada Ngan sebab bagi pinjam kat gua),jumlah yang ada adalah 10 isu.Akan gua kumpulkan kesemuanya.Tapi sebelum gua beli kesemua 10 isu tuk buat koleksi,gua tengah download siap-siap sebab gua tak sabar sangat nak baca semua.
Isu pertama telah gua E-bukukan tuk lu orang.
klik majalah dibawah tuk layan saiz sepenuhnya,
selamat membaca.

Friday, 6 June 2008

Buku yang membuat Nietzche Gila


hey bai, pe cite? ari ni kite cite skit pasal buku maut yang membuat anda tergugat bila baca tajuk tajuk cerita yang di tulis dalam buku ini (ECCE HOMO). Antara tajuk tajuk buku ini "Why am I so Great" (Kenapa aku masyur) dan "Why I write so well" Kenapa aku pandai menulis).
Amacam nak tau ke trik mamat nietzche ni? so kalau nak tau kena la baca. Pasal buku ni bleh bla la kira dan bleh dapat kat market malaysia senang. Kat kinokuniya ada , kat section falsafah.

Tapi buku ni di tulis pada 1908, time tu malaysia blom ada lagi lepas tu buku ni tulis sebelum mamat nietzche ni jadi gila seperti yang di komfem kan oleh doktor doktor tanjung rambutan kat swiss. apa apa pun mamat nietzche ni anti kristian. Aku suke bkan sebab aku anti kristien. Pasal kadang kadang bila baca soalan atau kritikan nya memang ada maksud lah.

Sebagai contoh. " tahu kah apa itu benar atau salah? yang benar itu mungkin salah dan salah itu mungkin benar" dari segi benda benda macam tu kita sendiri pon tak tau cuma di bagi tahu yang benda itu salah atau betul. Kira nya macam kau budak kecik lah. tengah syiok isap okok kat longkang time skolah rendah pastu ada pakcik ni plak cakap jgn isap okok pasal berdosa. Kiranya, memang salah dan betul dah jadi macam ada satu buku yang dah tulis. Sebagai contoh, undang undang rakyat (common law) tau tau je dia apa yang betul dan salah dan kebaikan dan keburukan undang undang. So bai, kita nak kembang kene rebel sikit lah. Kalau nak buat kari ayam baca resepi buat apa. asyk rasa sama je nanti. Bes ke tak bes kalau macam tu. Kalau nak jadi chef yang terbaik kene la main campak je dan tak yah letak ajinamoto.

Begitu juga kata abang nietzche, kalau nak jadi superhuman (Ubermann dalam bahasa jerman) kena berani, mencuba dan menentang. Supaya kita tau sama ada benda itu baik atau buruk. Pasal setiap manusia ada kapasiti jantung, otak, pendengaran, bau dan ketinggian yang berbeza. Tuhan pon dah buat kita unik tapi kita stil jadi macam orang lain. MCM mana tu??

Cuba kau tengok gambar kat atas tu, aku pilih bukan sebab "arty" abg nietzche ni mmg suka merantau panjat gunung. Ketika di satu tempat. dia pon tertantya "cam, ne ha nak gi puncak tu? dia pon relate lah perjalanan ke satu puncak ke satu puncak. Kiranya memang berbukit bukau lah life ni. Atau dalm kata lain, hidup ni susah dan tuk sampai ke puncak semua bukit mesti lenjan je beb

kiranya abang nietzche ni bukan gila. tapi dia suka persoalkan guideline guideline yang sedia ada sejak dia lahir.

So kiranya buku ecce homo ni bleh bla la kira!

Wednesday, 28 May 2008

Lime's Photography: Sebuah gambar scandal


Buku maut ini khas untuk para penangkap gambar maut yang suka ambil gambar dan membaca buku sementara menunggu matahari naik atau turun. Aku nak cite sikit pasal mamat yang tulis buku ni. Nama dia Leif Davidsen dan kalau ada nama "sen sen" ni selalu nya orang "Scan-d". Mamat ni asal nye dari denmark pastu di lahir kan di atas sebuah pulau yang nama nya "Pulau Fionie" kat scan-d ni memang banyak pulau. Archiepelago Jawa lagi banyak pulau pulau nya seperti pulau komodo dan lain lain pulau pulau yang lawa lawa. Selain itu, mamat ni pernah menjadi seorang koresponden di Mosko, Russia dan pernah menjadi seorang reporter seperti encik Karam Singh Walia di Radio Denmark.

Meh sini aku cite plak pasal buku mamat ni. Cerita nya di setting kan di sebuah bandar Kecil di utara Milan Lago de Como. Tempat tu memang lawa beb. Kalau kau berani naik basikal dari Como ke Menaggio lepas tu naik feri dari Menaggio ke Bellagio dan pastu ko balik ke Como. Cuba test tengok, sama ada lutut lu ada macam nak kene simen atau tak. Selepas 7 jam berbasikal, lutut abang jack rasa macam nak kena konkrit. Tapi lepas kena air tapai memang tidur baik punya lah.

Anyways, buku ini mengisah kan sebuah jejaka yang professi nya menangkap gambar gambar yang maut. Kira nya buku ni agak thrill la jugak, tapi takde la macam baca buku buku yang membuat saluran darah semakin sharp. Sebagai contoh, buku buku cerita toron. Oh ya, pastu, pada suatu hari mamat ni tengah buat satu report pasal seorang yang korap (macam lingam lah; nampak macam saya, bunyi macam saya, tapi bukan saya) dekat itali. Dia follow lah si mamat ni yang tengah bersantai dengan awek awek scandal dia di tengah tengah lago de Como. Ada la juga beberapa mamat lain yang korap juga ada kat atas tongkang mahal tu.

Ada satu scene ( takmau cite) , lepas tu mamat si Lime ni tangkap arr gambar scene tu, lepas tu bawak kluar paper kat italy. Bermula lah satu adventure yang agak syiok kalau nak di baca. Selain itu encik lime ni baru sahaja berputus hubungan dengan bini dia dan dia pulak ada anak. Bermula lah satu aksi tikus dan kucing yang lebih kronik pasal si tikus tu ada midlife krisis.

Buku ini memang boleh bla kepada sesiapa yang suka tangkap gambar dan sesiapa yang suka merantau di dunia eropah pasal mamat ni dia suka lari dari satu bandar ke satu bandar. Bkan cam cite bourne identiti. Buku ni lagi KAW KAW LEY YA dan BBLK!!!!

Scan-d = umat yang tinggal di negara negara Norway, Sweden dan Denmark. Kadang kadang Iceland dan Finland di masuk kan oleh sebab adat adat yang ada talian dengan Norway Sweden dan Denmark

BBLK = Boleh bla la kira

Monday, 26 May 2008

Tokoh: Paul Arden



Apa cerita semua? Aku harap korang dapat rehat yang secukupnya pada cuti minggu. Aku standard ah, usya- usya kedai buku, tengok dvd skiet, buat penyelidikan skiet. Walau bagaimanapun, aku tak lupakan korang. Sebab aku tahu sure korang nak info yang sharp, betul tak. Ni ha, aku nak bagitahu korang pasal tokoh pada pandangan aku. Paul Arden. bukan Paul Lissek ( coach hoki Malaysia lama ) ataupun Sean Paul ( pak tam yang stengah putih tu )

Paul Arden merupakan Otai dalam industri pengiklanan. Dia ni bekas pengarah kreatif syarikat pengiklanan yang paling terkenal Saatchi and Saatchi. Beliau pun pernah menderma idea kreatif nyer ke akhbar The Independent di UK.
Mamat ni memang kritik yang besar bai, masa waktu waktu arahan dia. Dia selalu kata yang seseorang itu bagus dari idea terakhirnya. Maksud beliau, kita kena menuju ke hadapan ah, jangan asyik rasa yang apa idea yang kita pernah buat yang laris dulu, akan laris akan datang. Bertahun-tahun, dia ni bertanggungjawab dalam iklan-iklan sharp kat UK,dengan cara pemikirannya yang luar dari petak. Ko paham la kan, aku pun blogger yang tak suka bagitahu banyak sangat pasal seorang, nanti korang lemak pulak, tak nak selidik sendiri.

Pada tahun 2003, dia tengok market buku- buku 'tolong diri' semakin meningkat, lalu dia terbit satu buku bertajuk "It's Not How Good You Are, It's How Good You Want To Be". Cara dia buat buku ni pun memang lain bai, sebab selalu buku tolong diri ni semua tebal- tebal dan banyak citer, dier buat setiap muka surat, dia akan bagi satu ayat je. dan ayat- ayat dia besar dan isi ayat dia memang bernas. Bai, aku ada buku ni bai, aku cakap sama lu, aku simpan buku ni sampai anak cucu, sebab buku ni memang sharp!

Contoh satu ayat dalam buku tersebut: ( ini dalam muka surat yang awal )
"Nearly all rich and powerful people are not notably talented, educated, charming or good looking"

Amacam? baru starting dah bagi satu ayat baekknya..ooops, ada orang tegur aku dari tepi.....

"Abang Kwai, Syamsul tak paham Inggeris la, apa maksud si Paul tu?"
-Terima kasih atas kejujuran kamu Syam. Dia tulis tu pada awal muka-surat sebagai satu faktor realiti yang dia ingin luahkan kepada orang ramai. Beliau ni dah kaya, dan dia kaya dari kerja- kerja kreatif, jadi inilah dari perspektif seorang pengarah kreatif, kira dia guna cara lain la untuk tulis buku 'tolong diri' ini. Cara yang anti- buku tolong diri.

"OOH...Abang Kwai dah makan?"
-Dah, tunang abang buat sandwis ngan keju brie, ngan buah-buahan beri tadi. Dah dah, abang nak lecture ni.

Buku lagi satu adalah "Whatever You Think, Think The Opposite". Buku ni kegemaran aku gak ah. Lost bai buku ni. Buku ni ada kata- kata teladan pendek dari orang- orang terkenal dan juga kata- kata teladan dia sendiri. Aku nak kongsi korang ngan satu muka surat ni, yang buat aku terus kerja keras untuk ijazah degree aku, sampai dapat kelas pertama bai. Ko ingat Abang Kwaidan dari Alor Gajah ni bodo ke. 

A young man worked as a runner in an advertising firm. One day he said to his manager,
 'I am going to be a drummer'.
But the manager said, 'I didn't know you play the drums'
He replied, 'I don't, but I'm going to'
A few years later that young man played in a band with Eric Clapton and Jack Bruce, and it was called Cream, and the young man's name is Ginger Baker.
He became what he wanted to become before he knew he could do it
He had a goal.

Bai...kalau ko tak tahu Bahasa Inggeris, ko suruh la cikgu mana terjemahkan, tapi bila aku baca teks tu, aku terus fikir epic bai. Macam blog ni ah, aku ngan Jack nak jadi blogger, sebelum trend blog ni wujud kat alam ni . ( tipu sunat je )

Paul Arden meninggal dunia kira- kira bulan lepas. Kami dari TOP BOYZ ingin mengucapkan takziah buat dia dan keluarga dia. Semoga orang ramai dapat tahu lagi jasa tokoh yang aku hormati ini. Akhir skali, member ni memang sharp!

Yang gersang (kali kedua)
Kwaidan 'Love in this club' Tarmizi.

Tuesday, 20 May 2008

Buku Terbaik untuk memulakan tabiat membaca lu orang;Animal Farm memang Boleh Bla!


Itu hari member gua Kwaidan ada citer pasal kehampaan dia dengan betapa rendahnya purata buku yang budak-budak malaysia baca.
INI DIA!SATU BUKU YANG TERBAIK TUK MEMUPUK MINAT LU ORANG DALAM KESUSASTERAAN!HIP HIP HA HA HIP!
Buku Animal Farm ni memang sesuai dibaca oleh sape sape pun lah.Malah,bila gua dah jadi bapak pada anak yang malang itu nanti(malang kerna dilahirkan ke dalam dunia The Man),akan gua suapkan buku karya George Orwell ni pada dia biar budak tu sedar akan hierarki dunia yang dicipta manusia laknat.
Buku ni memang pakai stail dan setting yang menarik dan mudah difahami.Stail ni diberi nama Alegori.Alegori ni macam kiasan la.takpun perhiasan.Hiasan pada mesej yang berimpak maksima.
Cerita dia pasal binatang-binatang kat satu ladang ni yang dah berjaya hapuskan penguasaan manusia ke atas diri mereka.Jadik binatang binatang ni mentadbir hidup diorang sendiri la.Mula-mula diorang hidup aman dan adil saksama,tapi lama-lama,binatang-binatang pun ada yang jadik gila kuasa.Jadik,macam itulah Alegori!George Orwell guna binatang-binatang ni sebagai perwakilan kepada apa yang sedang benar-benar jadik kat dunia kita.Iaitu,kegilaan kuasa si babi-babi dekat dalam kabinet tu atau anjing-anjing di balai polis kawasan perumahan anda.Tapi dalam konteks Orwell pada masa tu,dia menujukan buku ini sebagai penceritaan tentang penguasaan diktator Joseph Stalin.Bacala buku ni,baru lu orang bersyukur dengan pentadbiran negara kita?.

BUKU INI WAJIB DIBACA OLEH SEMUA ORANG!
Biarpun anda rakyat yang taat,pengganas,cikgu tadika,shuffler ataupun murid sekolah rendah.Buku ni memang boleh bagi kesenian dan kesusasteraan dalam diri lu orang bla.Lebeh2 lagi kalau lu orang tertarik membaca artikel yang member gua Jack Lingham tulis pasal George Orwell dan ingin sangat membaca buku-buku dia,Gua nasihat lu orang supaya disekolahkan oleh Animal Farm dulu.Carik dekat kedai buku.gerenti ada.

babaibabi
Ayman Ayatolla

孫子兵法: bukan cerita wesley snipes atau pun album bonethugs


Hari ni kita cerita pulak pasal salah seorang falsafah terkenal di muka dunia. Dia ini bukan orang putih seperti kebanyakan tokoh tokoh yang disembang kan dalam nukilan nukilan yang lalu. Orang ni juga bukan lah orang malaysia. Mamat yang terhormat yang aku nak cerita ini dilahir kan pada zaman pokok masih banyak dalam muka bumi ini. Ada kemungkinan juga, saki binatang binatang seperti dodo dan dinasour masih hidup lagi. Pendek kata, dia lahir pada tahun 544BC dan meninggal pada tahun 496BC (kalau korang konpius, sapa suruh korang ponteng sejarah form 1-2 kelas masa bawah umur dulu).

Mamat ni seorang general masa zaman dinasti wu (sekarang China) yang digelar lagenda masa zaman dinasti itu juga. Buku yang aku nak cerita hari ni adalah buku "Cara Cara berperang"/ Art of War". Buku ni kira sharp dan epic jugalah. Ada 13 tajuk mini. Kira kira kurang daripada 40 helai muka surat campur depan belakang, pasal setiap bahagian satu bahagian ada la dalam 2-4 mukasurat (kalau korang tak boleh bayangkan, tebal dia separuh buku siri doremon) . Kira nya kalau nak saving duit singgah aja kat kedai kedai buku dan baca terus dekat situ. Aku nak warning awal awal, buku ini takde gambar, jadi aku nak bilang dekat korang cara cara baca buku buku yang tak ada gambar ni; korang haruslah guna kan la kepala untuk mengimiginasi kan diri korang sebagai penulis tu. tapi jangan sampai tutup mata pula. baru boleh feel beb. ini nak feel bila atas katil ngan bila kepala sasau saja susah la, cuba feel bila dalam keadaan keadaan terjaga (bangun/sedar/ dalam kawalan).


Berbalik kepada buku encik Sun Tze ini, seperti yang dibilang di atas, buku ini memang ada 13 chapter aja. Aku boleh bagi rumusan setiap chapter kalau nak, tapi jangan la lepas baca rumusan ini korang nak bergebang dekat *jubin jubin yang korang angkut pada malam ini nanti. Buku ini bagus bukan sebab dia suruh kita berperang. Dia mencerita kan tentang cara cara berperang dalam seharian hidup mahu pun ada musuh di hadapan, di kiri, dikanan mahu pun di belakang. Dia juga mencerita kan tentang musuh musuh bawah selimut yang bersiap sedia untuk meloboskan anda.

Selain itu banyak orang yang telah membaca buku ini telah digunakan secara terbuka seperti encik stalin ketika perang dunia ke-2 sebagai contoh, ketika peperangan sedang hangat di eropah, encik stalin mengadakan rundingan damai dengan encik hitler pada tahun 1941. Walhal encik stalin mempunyai idea idea nya yang tersendiri. Encik Hitler pun menandatangani perjanjian tersebut dengan encik stalin, kerana dia sedang sibuk berperang di sebelah barat Jerman. Encik stalin bukan main happy, lalu dia terus mengarah kan perajurit perajurit nya membina kekuatan askar nya dalam jangka masa 2 tahun. Lepas semua dah siap, Encik Stalin memulakan peperangan dengan mencerobohi Poland Jerman. Lepas tu kucar kacir terjadi kerana "theory opportunity cost" telah di gunakan oleh pihak pihak bersekutu keatas pihak jerman. Dalam bahasa yang lain, pihak jerman tidak boleh memfokuskan tenteranya di sebelah barat lalu beliau membunyi kan semboyan untuk membahagikan tenteranya kepada timur dan barat. Lalu benteng pertahanan jerman mudah di bolos oleh pihak bersekutu. Jadi, apa yang aku nak katakan adalah walhal politik telah membantu orang russia dan pihak bersekutu menang dengan melalui teknik teknik berpolitik. Politik ini adalah salah satu 5 pekara yang di bincang kan dengan mendalam. 5 pekara tersebut adalah

1. politik
2. keadaan cuaca
3. keadaan geografi
4. komander
5. doktrin

Selain kegunaan dari unsur unsur ganas, prinsip prinsip buku ini memang elok diamal kan untuk kehidupan seharian dan buku ini memang ada kaitan dengan perniagaan walaupun perniagaan anda sekangkang kera.

sila lah beli atau baca (bak kata orang kolumpur; chekedaud ah!) buku ini kerana buku ini boleh bla!!

JL

*JUBIN= perkataan sopan untuk BOHSIA ataupun Chiaa`

Dari mana?

Analytics