Amacam semua? Hari ini aku nak umumkan bahawa blog ini sudah pun meningkat usia dan dengan izin Tuhan, kami dari anggota TOP BOYZ berharap tidak akan mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan memberi maklumat- maklumat heavy kepada korang semua.
Hari ini, aku dan Jack telah berbincang tentang apa yang boleh anda saksikan tidak lama lagi. Kami ingat, kami nak guna duit sendiri untuk meluaskan kreativiti kami dalam blog ini. Oleh itu, aku ingin umumkan apa yang akan datang dalam blog ini dalam tahun kedua, dan jawatan- jawatan yang dipegang oleh BM-BM(blogger maut) ini.
Kwaidan Tarmizi.
Presiden Dalam Rekaan, Seni Dan Gaya Hidup.
-contohnya, filem, muzik, seni, makanan dan kegiatan orang kota semua aku handle/ approve dulu
Jack Lingam
Presiden Dalam Ekonomi, Perniagaan, Pemasaran dan Human Resource
-dia akan bagitahu korang tentang latest apa patut invest, apa patut elak, recruit blogger baru dan lain- lain lagi.
Faizal Zakaria
Presiden Dalam Kota, Sociologi, Psikologi, dan Keamanan
-dia ni kira mamat yang tahu 'what's the buzz on the streets' la kira
Shaf Hamdan
President Tentang Alam Sekitar, Belia dan Penerangan
-mamat suka geology, mamat suka explain. simple.
Armaya Maarof
President Dalam Automobil dan Perkilangan
-nak kereta atau motor paling sharp, mamat ni tahu jawapannya. Dan juga pengangkutan jalan raya.
Ayman Aiseyman
Ketua Pemuda Dalam Kota
-dia ni, apa- apa dalam kota, hingga ke perkampungan orang asli, dia akan bagi laporan. Mamat 'street team' kami.
Wazir Suleiman.
Pengarah Kreatif "BBB TV"
-kamu ingat Wazir? Dia dah lama tak blogging sebab dia pergi khusus pembikinan TV dan terbitan.
..YA! kami rancang setiap 12 hari (kalau tak malas) Blog ini akan buat satu News Program bertajuk BBB NEWS. atau Benda Boleh Bla. Jack, Aku dan Wazir akan menjadi newscaster anda melaporkan segala berita- berita kamu patut tahu di dalam negara ini. Dan juga berita luar negara. ( Macam Anchorman La Kira )
Jadi kalau ada orang nak sponsor pun tarahal, sekarang aku dan Jack dalam proses pembikinan skrip dan storyboard.
BBB News akan melaporkan segalanya, dari temubual hinggalah ke bola sepak.
TERIMA KASIH UNTUK MENYOKONG BLOG INI! TAHUN KEDUA, DOUBLE GEMPAK-NYA
kt