Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Monday, 25 January 2010

Bahasa Pasar 101: Sharp Cat/Cats


Contoh

"Maman, lu tengok pak guard ni nyer pose..pergh, sharp cat siallll"

KT
ONLY THA FRESHEST.

Wednesday, 20 January 2010

Awek Off-Key Kena Sepak Yo!


Perghhhhhhhhhh~

Taro, orang turkish semua heavy cam ni ke?

KT
Only THA FRESHEST

Duta Subang Jaya: Joe Flizzow



Amacam semua? inilah single/video terkini Joe Flizzow dan album solo beliau PRESIDENT memang hangat. Aku suka layan lagu "bersamamu" kuat- kuat sambil jalan area Ara Damansara (area tokan aku)

Dan sebagai anak subang aku respek mamat ni, dan president kita sebenar Hannah Yeoh tapi kira Flizzow ni street president la.

Apa-apa hal Flizzow memang boleh bla dan aku salute kat mamat nih. Mana tahu one day aku leh rhyme 8 bars kat lagu dia ke, so kalau Joe dengar ni, bagi la aku spit hihihihi pleaseeee...

KT
"ONLY THA FRESHEST"

Monday, 18 January 2010

Oh Ye Ke?! Rapper Loon Dah Masuk Islam



takkan ko tak tahu mamat nyanyi "I need a girl" ngan P.Diddy. ko siap grind ngan chikaro- chikaro kat Nouvo dulu..huhu

Saturday, 16 January 2010

Friday, 15 January 2010

Apa Yang Heavy Pada Tahun 2010?



street Ju-jitsu bai. boleh kita hapuskan Abu Hackett dan rakan- rakan. (kalau diorang cari pasal dulu la, misalnya).

Apa yang tak heavy pada tahun 2010? basikal fixed gear dan kamera SLR (especially kalau ko chikaro)

KT "only tha freshest"

Sunday, 8 November 2009

Saturday, 5 September 2009

Bahasa Pasar 101: Mat Tetiba



Masih kekal dengan topik minggu kita hari ini "Melayu Singapore". Saksikan-lah klip / dokumentari ini dan terdapat beberapa "mat tetiba" kat dalam dokumentari bosan ini.

DINEEZYYY! Im richest too!

KT

Wednesday, 2 September 2009

Mana nak Re-chill atau Ponteng Puasa ?

Adakah anda konfius? stress buat kerja sampai lewat malam sehingga lupa sahur? saja saja nak buat pe'el? atau adakah anda terlampau liberal? untuk tidak menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan ini?

Meh sini aku bagi tips tempat tempat untuk rechill dan juga tempat nak ponteng puasa time tengah hari buta?

1. Traders Lounge (MATRADE)


Tempat ni sememang nya epic untuk lu orang nak lelap mata time tengah hari bila lu stress dan tension apabila kakak kakak kat pejabat dah tapau semua tempat lelap mata. Jangan risau beb, dari gambar memang nampak posh, dan exquisite. tetapi time puasa ni tempat ni tutup. So, line memang clear dan budak budak Matrade jarang lepak sini tengah hari pasal konfirm tak dapat bonus raya tahun ini. Sofa yang empuk dan terbenam bila lu orang duduk dan sandar, memang boleh lelap paling busuk 10 minit dan segala penat dan beban akan hilang. Oh ya, abang abang yang jaga maintainence Matrade selalunya ada surat khabar seperti Metro atau pun Kosmo untuk korang mengetahui liputan berita tentang cerita Linda Jasmin yang tengah mengandung.

2. Burger King KLIA



Sememangnya tempat ini khas untuk para pekerja pekerja yang berkerja di Sepang, Cyber Jaya dan juga Putra Jaya. Kalau nak makan kat Alamanda apa cerita, nampak abang yang pakai tux secara tiba tiba akan membuat kan diri anda sedar supaya agar teguh untuk berpuasa. Kalau kat port lain di kawasan kawasan yang sama waktu berbuka pulak lain macam pulak jadinya. Karang kantoi dengan akak akak yang cuti berpuasa pun payah. So nak senang cerita, gerak saja ke KLIA untuk makan mushroom swiss atau double whooper. Pasti lu akan kenyang dan masuk meeting mulut korang tak kan bau air liur kering je beb, sure paling busuk bau Coke Vanilla. Amacam?

3. Kueh Teow Subang Ria? gila beb

Kalau dulu time puasa boleh suruh orang runner atau kalau telor korang besar sikit korang terus runner makan kat sana. Tapi kini nyonya kueh teow tu pon dah cabut pergi kedai Jamal sebab kenaikan harga sewa. Tak kan nak makan sana? memang lu orang kena lecture dengan mamak mamak kat sana. Lebih lebih lagi kalau korang regular pulak kat sana en?

Ada satu tempat kueh teow yang boleh tahan jugak kalau korang nak bedal time tengah hari di bulan puasa ni. Tempat ni terletak nya di Plaza Kelana Jaya. Aku tak ingat nama kedai, tapi bila on the way ke damansara kalau korang lalu LDP, belok kiri sebelum Tasik Kelana jaya kat sebelah kiri korang. Bila dah masuk lengkok ke kiri, first junction ke kiri korang terus belok kiri. Kedai tu kedai cina dan kueh teow dia boleh bla gak. tapi kene bilang kat akak tu supaya jangan letak ajinamoto. Memang syiok bai. Kalau nak lagi syiok, lu order ah telur ceplok (telur tengah cair). Memang leleh bai...



4. Sky Park, Subang

Kalau korang nak lepak minum kopi pulak, aku rekemen lu orang lepak kat Sky Park Subang. Sememang nya tempat ini khas untuk abang abang urban yang suka benda benda post modern dan tempat tempat yang masih bau simen lagi. Semua ada kat Skypark ni, Maybank, tempat urut, starbucks, dan kedai jual rokok. Sememang nya boleh kata heaven lah di bulan puasa ini. Bukan itu aja, nak flirt dengan stewardess pon no hal dan sememangnya chikaro AirAsia memang boleh buat lu nak bersifat nakal aja.



So bai, aku bagi empat cukup la, kalau lu nak tambah port port yang lu selalu buat hal share la..

Selamat Berbuka

jack "bukan jin notti" Lingam



Monday, 24 August 2009

Bahasa Pasar 101: Off Key


Tak elok kutuk orang dalam bulan yang mulia ini, tapi lepas buka, aku harap ko tengok clip ni sambil menjerit "AK ELLA MAMAT NI OFF KEY SIOT, DAH LA ENGLISH PUN BERTERABUR, DARI SEMBAWANG TAPI SWAGGER KALAHKAN ORANG ATLANTA"

Selamat Berpuasa guys,

KT 'mending a broken heart in bulan Ramadhan aint easy'

Monday, 17 August 2009

Apa Cerita Semua?

Amacam semua? Aku harap korang masih cuak dengan kes H1N1 yang melanda di tanah air kita secara mendadak. Berita lain yang menakjubkan juga adalah si Akhil Hayy tu cerai bini dia, lepas tu dia nikah si Waheeda tu. Sigh, apa nak jadi dengan dunia sekarang brov aku bagitahu korang semua. Aku pun dah naik tension dah. Anak dah enam, bini dulu pun masih full spec condition, bini dah bagi izin untuk kahwin dua, tapi ko nak ikut new girl lu lak. Dulu aku follow program dia kat Astro, skarang aku tengok orang yang ada style rambut atau janggut kambrut dia pun gua naik angin baii...

Kepada sesiapa yang kat MTV World Stage, aku harap korang have fun dan fikiq dalam kapla otak lu sikit macam mana nak jadi band yang mempunyai identiti sendiri, bukan mentaliti "whoa bro, Kasabian ada synth, aku pun nak beli synth ah". Apa jadi baii dengan dunia ni, aku nak baca surat khabar pun dah takde mood, nak tengok Malaysia Kini pun takde mood, nak follow pasal Ben Hock punya kes pun takde mood. Semua ah shambles.

Aku skarang tengah chilling dalam hiatus untuk menerokai bidang rekaan dan seni. Dan aku nak tumpang tanya kat korang, kalau korang tahu apa benda tempatan yang sharp, korang bagi dalam comment k? Dari filem ke, ke muzik ke, ke seni ke, ke mana mana ah. Sebarang. Aku dengar citer filem Setem tu gempak, betul kah?

Aku juga mahu roger kat korang bahawa kat Tropicana City Mall dah ada kedai SEKS yang open dan aku dapat temu bual ngan owner kedai tu. Cibai, ada ke dia ingat aku nak vibrator. Tapi kepada chikaros chikaros out there yang lelaki korang tak boleh puaskan korang sebab dia terlalu sibuk mengejar kontrak untuk mendapat wang pantas sehingga minum kopi pracampur dan nasi putih berlebihan, sila ke sana untuk mendapat vibrator 3 in 1 yang aku tengok pun ganas rekaannya. Lelaki yang ingin tahan lama juga boleh membeli produk bernama 'delay spray'. Ko spray kat batang johnson ko, boleh la ko doggy awek ko tanpa kata "yangg, im tired alreadyy".

Itu je yang aku boleh fikir pada minit ini. Kalau korang nak blog sharp yang lain yang boleh korang paham . (Apparently orang ramai takleh paham blog ni, kata bahasa terlalu pasar la, ni la, too malay la) Well, suka hati korang ah, member gua ada blog nama www.arterimalaysia.com . Sharp gak ah, go check it out. Diorang dah offer blogger TOP BOYZ jadi contributor. Mungkin aku contribute, tapi still tetap bahasa aku. malas nak italic, bold benda semua, kata gua rempit, takde masa baiiii! vrooom!

Kwai 'Jack we da playaz' Tar

Sunday, 2 August 2009

Artikel Minggu Ini: Umair Haque

Dear Old People Who Run The World,

My generation would like to break up with you.

Everyday, I see a widening gap in how you and we understand the world — and what we want from it. I think we have irreconcilable differences.

You wanted big, fat, lazy "business." We want small, responsive, micro-scale commerce.

You turned politics into a dirty word. We want authentic, deep democracy — everywhere.

You wanted financial fundamentalism. We want an economics that makes sense for people — not just banks.

You wanted shareholder value — built by tough-guy CEOs. We want real value, built by people with character, dignity, and courage.


Baca seterusnya di sini, dan aku bagikan jari hantu kepada generasi tua tanah air yang tidak mempercayai generasi muda. Kami TOP BOYZ sokong generasi M. Well, at least aku sokong dan mendapat inspirasi dari post ini. Abang- abang melayu suka kuih manis dan kopi pracampur yang bodoh sombong boleh suckitttt!

KT

Sunday, 19 July 2009

Bahasa Pasar 101: Angin Goreng

Sorry ah aku tak de gambar makanan makanan cam abang Melayupelir manis (MM)

Pe cite frenz?

aku harap lu orang semua steady layan link toron yang aku bagi hari tu sampai lebam. Semalam aku lepak kat 786 makan roti sardin ngan kengkawan aku sambil tu aku belajar bahasa baik punya tuk para pembaca yang tengah sengkek pada hujung hujung bulan. Gua pon sengkek gak beb. sampai tokan kotak winston dah roger barang baik pon dah sampai dari felda Kampung Awah. Gila beb, memang lagi on dari Pineapple Express dan lagi stim dari Supa Skank Hoxton.

Anyways Bahasa Pasar ari ini berbunyi "Angin Goreng". Nak kata kenyang tak kenyang jugak. tapi melayan tambhi yang amik order tu sudey. kadang kadang malas jugak melayan gelagat si abang abang yang kerja keras tuk menyara keluarga mereka di bangladesh, nepal dan vietnam. tapi bila kau pergi teh tarik place dekat Lengkok (the curve) memang diorang akan tanya 10 kali pasal bahasa melayu pon diorang kureng beb. Kat Nirwana Maju bangsar tu la gi la cam pundek. mintak Sirap Bandung dia boleh bagi sirap bandung panas macam minum teh tarik beb. apa hal? lu mesti sebut ais jugak baru mari yang sejuk.

Anyways penggunaan Angin Goreng memang senang beb.

Meh aku tunjuk satu situasi yang ringan ringan tuk korang semua praktis. tapi kene konfiden beb, nanti mau makan dal kosong ngan papadom je kang.

Osman : yo bai ape cite? mana tercampak? lama tak nampak. Lu roaming ngan chikaro mana sekarang ni beb.

Abu : mana ada roaming man... kucing aku sakit ah kena lastik ngan dak dak Taman T.A.R ari tu.

Osman : itu ah dia ari tu aku dengar diorang masuk kampung. Gila beb. memang nak makan tanah macam Adik beduk budak budak Kampung Tunku dulu bai. dak dak vatos locos diorang memang tak mari dah la beb. Sham Tiger dah kerja kan dak dak tu dah beb. Ko ingat agi ak masa kitorang beduk Abang Best kat padang sampai pak cik rahman keja kitorang dulu beb.

Abu : ha mana pulak aku tak ingat beb. yang aku tak tahan tu dia mari balik kat umah aku lepas kena beduk tu bai. memang mintak maaf. haha. tapi agak lain macam gak ah si Abang Best tu. cite nak best je. main ngan omputih la, raba chikaro la. macam macam ah cite dia. Semua pon best kat telinga. dak dak dah mengirap memang tunggu timing je ah nak beduk. Gila bai, lama gila seh kes tu. 1998 kot. Time bulan puasa lak tu. Aku pulak baru balik bukak puasa kat Sheraton subang ngan family aku. roaming jap kat padang naik basikal sekali mamat tu dah lebam dah. last call memang jiran aku abang Noel panggil suruh beduk mamat ni sekali pasal masa aku kecik dia selalu buli aku beb. memang gua sepak macam Mark noble libas bola ah beb.

Osman : ha. agak ah lu memang samseng ah dulu. nama pon dulu tak leh bla. orang siap panggil lu komeng kot. haha.

Tiba Tiba...

Hassan : Ha bang. Mau minum apa?

Abu : ha lancau. aku dah habis satu cite baru kau datang nak amik order. aku nak limau ais kurang manis satu.

Hassan : sorry la bang, semua orang dalam u duduk luar susah la sikit mau amik. Ini hari orang kurang la bang kerja.

Abu : aik. menjawab pulak kau ek?

Hassan : ha u bang, mau minum apa?

Osman : bagi aku sirap bandung double satu. Jangan tanya tanya macam mana. budak budak kat dapur tau la nak buat macam mana. tiap aku datang nak kene eksplen susah ah bai.

Hassan : ok ok. tak mau tanya pon. Makan apa mau?

Osman : goreng goreng ada?

Hassan : ada.

Osman : bagi nasik goreng danging satu sama bikin itu telur setengah masah pecah atas itu nasik lepas masak tau. bagi leleh sikit.

Hassan : Ok. Cakap saja la macam biasa. saya tau la.

Osman : aik kau pulak nak mengajar aku.

Hassan : ha u bang, mau makan apa?

Abu : bagi aku "angin goreng" satu. sedap sedap tau.

Hassan : ok ok. Sikit jam mari ha.


Itu la cara penggunaan "angin goreng" atau dalam bahasa yang telah di proses, tak mau makan. Konfirm dalam bil tak ada bil punya. pinggan pon dia tak bagi. Dan yang paling penting dia tak cite apa yang ada kat dalam menu tu bai. Kat Shah Alam ada port 101 jenis roti. kalau kau nak dengar memang tak de hal lah.

Selamat mengguna dan selamat berkerja.


Jack " gua dah khatam belajar piramid kapitalis. Lepas ni cabut belajar pasal Minyak" Lingam

Friday, 12 June 2009

Open Post to the Malaysian Government

Dear Sirs,

I hope you would consider taking some time off from your busy schedule running the country, and take some time to read this petty ramblings of mine. To date, I have been a citizen of Malaysia for the last 25 years, left the country sometime back to New Zealand for a short stint and just cant wait to head back home. Malaysia has always been the place where my heart is, where my blood is, and with current rumbles and tumbles, I will always hold Malaysia up high in my heart.

I was reading through the online version of one of the most circulated local daily, The Star, and cant help but to notice this article. The article is a very good news, from my point of view. Especially when we talk about the additional number of doctors and nurses that the Government is planning to hire. With the current H1N1 pandemic, I am certain this move, though was not quick enough, will prepare our nation, just in case anything unthink of would happen.

However, I would have to say, that hiring 5,000 more doctors and 5,000 more nurses, would not really tackle the major issue. I am not referring to the pandemic, but i am referring to the social welfare of the doctors and nurses currently practising in local hospitals. I am a proud husband of a doctor who is currently practising in one of the hospitals in Malaysia. She is a charm. She work herself off, enjoying it, and she won't give it up for the rest of the world. But, from my point of view, with the taxing schedule at work, balancing the hospital requirements and patients with a needy and clingy husband and a child (maybe soon!), I predict, when she finishes her bond with the Public Service Department, she will be prised away by the private hospitals, which will be able to provide her a less hectic schedule, bigger remuneration package, and a better lifestyle.

I have asked her opinion on working as a private practitioner, she is against it. She said "I owe the country a great deal of debt, and i dont mean financially." But how can that sentiment alone, would toughen her up when there are parties, ready to cater for the skills she owns with better benefits? I had an enjoyable moment reading how one of the top brass in your administration blew his top off at the Accident and Emergency Unit in one of the hospitals recently. Made me think, these doctors, are just waiting to be sniped by the authorities! It turned out the doctors that were told off by the top-shot, was just having a break from attending a patient, and one of them had just finished his shift. Talk about redemption.

I think the government needs to speed up the hiring process for doctors and nurses. Make it your a priority. And, refine the remuneration package. You are expecting them to work 10 hours daily, being efficient at the same time, with minimum amount of mistakes occurences, ( i mean, you're dealing with somebody's life, and limbs here.) but with the inflation rate, cost of living, you're giving them a rather small pay packet each month. Top service, cheap price. Isnt that what all we Malaysians after? Maybe we ought to change the mindset.

I have no intentions to offend, nor do i want to step on anybody's toes, but the plight of these wonderful people that we turn to while having bodysores, headache, and the people we depend on with our life, with scalpels, and torniquets in their hands, may need some attention. Maybe to provide handsome pay is not feasible to the nation's budget, but at least, make their working experience a pleasant one. I hope you would consider my suggestions, but hey, its just an opinion.

Yours Sincerely,
FZ
Top Boyz Inc.

Thursday, 4 June 2009

Apa Blogger-Blogger Blog Ini Pakai Semasa Berjumpa dan Bekerja?



Ye betul, kami memakai RAF SIMONS AUTUMN WINTER 09/10. Satu gang pakai. Kecuali Faisal Zakaria yang masih mencintai tux Alamanda lamanya. (hehe)

Big up kepada Raf Simons, salah satu otai pakaian lelaki. Ini blog yang mempunyai citarasa yang sharp bai. No second best. Jadi ko takleh nampak kita puji Supra atau apa- apa yang menunjukkan muflis dalam kualiti dan design line.

KT 'we da sharpest'

Sunday, 31 May 2009

Bahasa Pasar 101: Musim Mengawan

Pe cite fren?

amacam ari minggu lu orang beb? ada on ke tak? aku cam biasa je ah. member aku badul ajak roaming pusing pusing parlimen, jamek, mahameru lastu cam biasa ah, rendez-vous kat dataran ah beb. Tapi lately ni agak tight gak ah, banyak seh otek yang tak pakai baju otek buat checking kat tepi jalan. aku harap lu nye hari minggu boleh bla la en?

Ok bai, bahasa pasar minggu ini adalah : Musim mengawan. 

Contoh Penggunaan:-

taniah dan selamat maju jaya kepada para pengantin yang akan kahwin di musim mengawan kali ini. 

Gila beb, ini hari jalan semua pun jam bai satu malaysia. memang ah budak sekolah cuti bai, tapi bila lu masuk jalan lama, bunga manggar lagi banyak dari bunga pokok durian bai. time cuti sekolah membuat kan kebanyakan orang orang melayu gersang macam musang jantan tak main ngan musang betina 

dan yang last sekali aku saja je nak wish good luck kepada segelintir sharpshooter untuk season kali ini. kita tunggu result dalam 3-6 bulan lagi. shotgunners semua wa tak kira tau bai. Tapi kalau nak partake, dalam season kali ini, lu email aku lu nye tarikh perkahwinan lastu dalam masa 3-6 bulan sama ada telinga atau hidung bayi dalam perut bini lu dah menjadi. All the best ah 

Sekain

Jack "Thonarai" Lingam

Wednesday, 27 May 2009

Buku Lost: Skinny Bastard


Amacam semua? Setelah membaca buku di atas selama dua setengah hari dan membuat kajian-kajian lain, aku bersedia untuk memberi sedikit sebanyak tentang buku ini. Aku tahu blog ini adalah tentang benda-benda yang boleh bla la kira, tapi dari tajuk buku ini, dan penulis buku ini, yang sebelum ini menulis buku  SKINNY BITCH, (yang telah dijual sebanyak 2 juta cetakan)..Hmmm...Adakah buku ini boleh bla? 

*Tiba-tiba Aku mendapat panggilan telefon*

Word up muh-brotha! Apa cer? Ini abang G yo, yang temubual bersama ko dan FZ hari-tu. Aku bengkek sikit la bro, sebab aku try nak temubual Jack Lingam but he's so busy dating and work, yo! That's not tight!
......Apa kau nak bai? Aku tengah nak review buku ni.

Word? Cun! Apa kata kalau aku temubual kau tentang buku itu, dan kau bagitahu aku sedikit sebanyak , yo! That sounds tight, G! I TOLD YOU IM'MA BE BIG ONE DAY!!!
....Semangatnya ko, Ok-lah. Aku tahu ko ni lonely. Perangai je hip hop tetapi sensitif kalah Balada- Balada meleleh di tanah air kita.

So, Mr KWAIDANN YO! Bagitahu kami sedikit sebanyak tentang buku ini, dan siapakah buku ini ditargetkan, uh huhhh!
Secara dasarnya, Skinny Bastard merupakan satu spin-off kepada buku pertama Rory Freedman dan Kim Barnouin iaitu Skinny Bitch. Mereka merupakan pejuang-pejuang prinsip mereka, iaitu memakan makanan yang asli, organik, tidak diproses, tidak diawetkan dan anti memakan produk-produk haiwan, atau haiwan. Mereka ni vegan la kiranya. Kalau ko tak tahu vegan tu apa, ko google. Tapi explanation yang simple, vegan ni tak makan apa apa haiwan atau produk haiwan, hanya bergantung kepada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan tumbuhan- tumbuhan lain yang boleh membekalkan gizi yang seimbang. Apa yang dikeluarkan oleh binatang seperti susu dan telur pun diorang tak makan

Are you serious, dawg?! No KFC? No Burger King?! Gila ah. Aku tak mahu kenal diorang.
Dari awal buku ini, penulis- penulis cunz ini akan menjelaskan kepada pembaca tentang keburukan makanan- makanan yang diamalkan oleh orang ramai. Mereka pula memberi dalil- dalil yang padu, akan kadar kegendutan, kanser dan penyakit jantung di dunia ini. Mereka memfokuskan keburukan makanan-makanan yang diamalkan oleh orang ramai mengikut bab. I,e: Keburukan daging, keburukan susu, keburukan bahan-bahan pengawet dan sebagainya.

Memang lost. Bab tentang keburukan penyembelihan ayam dan daging tersebut memang akan membuatkan ko rasa janggal sebentar sehingga hendak muntah. 

Susu atau produk dairy juga telah dilabelkan oleh mereka sebagai pembunuh orang ramai dan juga pembunuh kemaluan lelaki ( kebanyakan kes kanser prostat disebabkan oleh produk dairy ).

Mereka juga mempamerkan atlit-atlit sukan yang mengamalkan makanan vegetarian/ vegan tetapi badan mereka masih sasa dan kuat. Jadi mereka mensyorkan bahawa kita tidak perlu memakan daging merah untuk menaikkan tubuh atau otot kita.


Jadi, ko nak rakyat Malaysia mengamalkan makanan vegan la bro?
Aku tampar ko kang. Ko sama one sided, too conclusive, over sensitive seperti kebanyakan orang aku tahu. Sigh. Aku tak syorkan kaum lelaki tanah air mengamalkan makanan vegan, tapi buku ini at least bagitahu orang tentang kepentingan tumbuh- tumbuhan dan buah- buahan. Misalnya ko gi mamak, banyak doh lelaki dan juga pompuan order 'maggi goreng satu, tak mahu sayur'. Ini satu tabiat yang tak bagus, dan juga makan di mamak dengan kerap juga merupakan amalan yang amat jijik.

Kadar kesihatan di Malaysia merosot gila teruk. Kita merupakan negara Asia Tenggara yang pertama dalam kegendutan, dan kadar diabetes, darah tinggi kita juga melambung tinggi setiap hari, penyakit jantung etc..

HA! Diorang cakap rokok penyebab penyakit jantung, tapi tahukan anda di IJN, satu banci telah dibuat bahawa 53% kes jantung merupakan pesakit- pesakit yang TIDAK MEROKOK?

Lu fikir la sendiri. 

Malaysia pula juga mempunyai gizi yang mencampurkan lebih daripada satu protein dalam makanan. Contoh, nasi kandar, campur etc. Ramai yang letak ayam dan daging, atau ayam dan sotong dalam satu pinggan. Tahukan anda ini amat merbahaya kerana dengan mencampurkan dua jenis binatang, ia boleh melebihkan kadar intake protein dalam sehari, dan jika badan kita satu hari dah tak larat mencernakan protein-protein tersebut, gout la ceritanya lepas tu.

Di Malaysia juga, terdapat kes tentang reban ayam di atas, dan bawah kolam tersebut mempunyai ikan keli, dan ikan keli tersebut diberi makanan tinja ayam yang jatuh dari atas tersebut. Sigh...

Kalau kita fuck-up gizi makanan diorang, lepas tu kita sembelih diorang dan makan. memang hidup ini macam cycle bai. Tuhan dan buat haiwan- haiwan ada kategori diorang masing masing, harnivor, karnivor etc. Ko gi tukar la, letak hormon untuk diorang besar cepat la. Satu hari nanti, balasannya tetap akan kena kepada orang yang memakannya.

Iaitu rakyat-lah.

Konklusinya, tengok orang keliling kita. Ramai yang semakin gendut, ramai yang mempunyai kencing manis, banyak yang panas baran, (kadang kala panas baran dan terlalu emosi dan sensitif terjadi atas ketidak seimbangan kimia dalam badan, yang juga terjadi akibat gizi yang tidak baik, seperti banyak bahan pengawet, MSG dan sebagainya) .

Kita perlu ubah dan tidak perlu ubah secara drastik. Mungkin dengan kadar membaca, kita tahu betapa pentingnya tumbuh- tumbuhan asli, dan kebaikannya, dan kita boleh tukar skit cara kita. Kurangkan nasi sikit, lebihkan ulam- ulam, kurangkan gula yang 'refined', amalkan gula- gula asli seperti gula perang atau madu.

Gua bukan doktor bai, tapi ramai orang lately acting weird siot sebelah aku. Or is it just me?

*Bunyi berdengkur*
....guys , you see what i mean? dia yang call, dia lak tertidur.

Sekian,
Kwai 'awek 8tv cuteeee' Tar

Saturday, 23 May 2009

8TV Late Night Quickie: Or Something Like That

...aku terserempak ngan salah satu host 8TV (bukan Henry Golding atau mamat lelaki yang ada mohawk tu), tapi chikaro yang ada tindik lidah tu...

DIA CUTEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!

happy weekend blads!

KT

Saturday, 16 May 2009

GM x Segway PUMA

Apa cerita readers BBLK? Ya aku tau aku dah lama tak post. Pertama sekali, syabas kepada Kwai dan Jack kerana kerap berkarya ko dua memang cool cats cats cats. Tidak lupa gak kepada Faizal Zakaria, selamat datang.

Anyways, aku rasa hari ini aku nak start light, cerita pasal projek PUMA. Aku pasti ko semua kurang-kurang pun pernah dengar pasal benda ni, jadi sini aku nak bagi lowdown sket.

Sebelum aku citer pasal PUMA, aku rasa aku patut citer sket ah pasal Segway untuk readers yang tak sure benda ni apa. Segway Personal Transporter ni adalah kenderaan persendirian yang direka oleh Segway ah sapa lagi. Basically benda ni memang hot ah kat negara-negara barat sampai Karl Lagerfeld pun ada design satu untuk Chanel blad.

PUMA (Personal Urban Mobility and Accessibility) adalah sebuah kenderaan berkuasa elektrik dua tayar macam Segway Personal Transporter tu. In fact projek PUMA ni hasil collabo Segway dengan General Motors.


PUMA direka untuk dua penumpang dan mampu bergerak selaju 56 KM/sejam. Ia juga mempunyai range dalam 56 KM. So kalau ko drive top speed je memanjang ko dapat bawak benda ni selama sejam je ah. Tu pun aku bajet optimistik.


Projek PUMA menggabungkan pelbagai teknologi termasuk dynamic stabilisation, electronic acceleration, komunikasi antara kenderaan, dan autonomous driving and parking.

Teknologi yang diaplikasikan bertujuan untuk pemanduan dalam bandar, mobility freedom so kepada ko yang takde kereta tu takyah berharap kepada public transport dan jugak mengurangkan pencemaran. Ye ah ko tau ah kan majoriti orang drive sorang je lastu time ko drive dalam bandar ah kereta ko paling inefficient dan dan paling banyak CO2 emission. Plus benda ni kecik so secara langsung mengurangkan congestion. Sebab size dia, aku rasa ko lalu pedestrian walkway pun tadahal bai.


Armaya 'Maverick' Maaroff

Tuesday, 12 May 2009

Beg Louis Vuitton: Apakah Dan Manakah?

Salam blads. Aku kat sini sihat sejahtera, kejap kejap depression, kejap- kejap okay. Mana tak, aku kan dalam lingkungan penganggur. Hidup atas saving sahaja. Anyway, enough pasal aku, hari ini aku nak cerita pasal something different pulak. Asyik serious je korang, ketat je korang. Aku nak menganalisa sesuatu yang aku alami kelmarin.

Sempena hari ibu dan hari jadi mak aku haritu, aku ronda- ronda la Kuala Lumpur kan, ngan adik- beradik aku, usya hadiah nak bagi kat mak aku. Aku ni bukannya tahu sangat nak bagi apa hadiah kat mak gua, jadi aku ikut kata orang 'follow the crowd' la kira.

Petang tu aku usya ah kedai jenama ni, gila ramai orang bai. Majoriti yang masuk kedai tu bangsa Cina, semua teman mak diorang shopping, atau nak beli untuk mak. Suasana di LV tu macam kedai emas bai, pak guard la, runner la, macam- macam lagi. Yang aku tahu, mak aku suka warna merah, dan aku suka beg LV atas kualitinya, tapi bukan model- model yang ada banyak logo tu, atau dikenali sebagai monogram.

Dengan macho-nya aku tengok bag di atas dan kata, "ni sesuai untuk mama ni, sure dier terkejut".

Jadi aku kata "Excuse mee (dengan loghat orang kaya) berapa harga beg ni?"

"RM 18,400"

Aku hampir terkencing dalam seluar. Walau apa jua, mak aku gembira malam tu.

So, apa pendapat you all huh?

KT

Dari mana?

Analytics