Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Wednesday, 19 August 2009

Cerita Pendek Sewaktu bulan Puasa


syahdu


Salam Guys,

Bulan puasa dah nak dekat. misi aku bulan ramadhan tahun ini adalah untuk beribadat, beribadah dan beriadah lebih sikit dari tahun lepas. Aku harap semua dah ganti puasa puasa yang lepas. Jangan la jadik macam aku, last aku puasa penuh masa aku form five. gila beb dah pergi belajar kat Manipal, macam mana seh nak puasa. Apatah lagi kerja kat kl menjadi abang abang urban, memang nafsu menyusuk kalbu.

Anyways, aku ada bahan baik punya nukilan nukilan cerita pendek untuk para para pembaca untuk bulan puasa kali ini. dari pada kita tahan tak mau telan air liur, apa kata kita kasik air liur kita meleleh tuk bulan puasa kali ini.

kalau nak usha cerita cerita pendek tuk bulan puasa tahun ini. tekan ar sini bai. dekat link tersebut, terdapat 100 nukilan pendek daripada independent writers. memang stim ah bila lu baca. ada yang over exegerated dan samtaims korang nak percaya pon 50-50. but have fun ar

selamat berpuasa

jack lingam

Thursday, 28 August 2008

Kepentingan Sarapan: Amat Penting?

Tak elok makan waktu subuh

Amacam semua, blog hari ni tak panjang, tapi sempena bulan kemerdekaan, aku nak bagitahu korang sikit tentang apa yang aku perhatikan oleh rakyat tanah air kita. Kita ni malas nak sarapan pagi, ye lah, suka lepak sampai lewat, dan kerja keesokan hari. Kita korbankan masa untuk kita sarapan pagi, dan cuba tidur lebih sikit, supaya kat tempat kerja nanti kita tak nampak la macam orang kalah bisnes. Tapi tahukah anda, yang tidak bersarapan adalah punca kepada


a) kegendutan ( ye, perut kita cam enjin la basically. Malam ko bagi rest, tapi esok kalau ko tak sarapan, ko terus makan lunch, enjin tu tetiba je dinyalakan, habis la lintang pukang. Tu yang ko rasa perut kembung, cepat ngantuk dan sebagainya. Ko bagi perut ko kejutan lalu dia tak mampu menghadamkan makanan tengah hari ko dengan betul)


b) darah tinggi ( macam punca pertama, ko bagi badan ko menggelabah, lagi la tekanan naik, betul?)


c) kolestrol tinggi ( ye, sebab perut ko kosong, jadi bila tengah hari, mesti ko nak bedal benda- benda mengenyangkan seperti mee kuning, nasi kandar dan sebagainya, sigh, perut kosong ko letak kolestrol tak baik-ye kolestrol ada bagus dan tak. Apa lagi, boom!)


Jadi, semperna bulan merdeka, amalkan sarapan, dan serious tak tipu hari ko akan berjalan dengan lebih lancar. Ingat, amalkan makanan yang berkhasiat seperti banyakkan gandum, roti coklat (brown bread), bijirin- bijirin dan kurangkan makanan yang berlebihan garam dan sebagainya. Sama- sama kita menjadi warganegara sharp cats! Jangan jadi tak berkhasiat lalu kreativiti kita tersekat atas makanan- makanan tak elok, lalu kita jadi bebal dan conform kepada suapan Barat.


Blog ini mungkin boleh menjadi inspirasi untuk korang mulakan hari anda dengan sarapan!


Sekian,

Kwaidan 'kerja banyak sial/esok presentation' Tarmizi

Thursday, 31 July 2008

Blog Boleh Bla: What I Saw Today

Untuk citarasa aku, kamera untuk aku adalah alat paling tidak menarik hati aku la dalam bab bab seni ini. Akan aku bincangkan segment seni dalam blog ni tak lama lagi, tapi seniman-seniman kegemaran aku termasuk Mark Rothko, Joseph Beuys, Ron Mueck dan ada la beberapa lagi , akan aku ingatkan nanti. Aku tak minat sangat jurukamera sebagai seni, tak tahu kenapa. Aku ada sebab- sebab aku tapi aku rasa itu adalah alat paling mudah untuk orang rasa diorang kreatif? Paham tak?

Sejak kebelakangan ni, ramai chikaro suka bawak kamera digital dan pergi ke disko-disko untuk menangkap gambar perempuan dan lelaki berpakaian tak senonoh, berpakaian yang sukar aku nak bawak jumpa ibu bapa aku dan kata, "Ayah, ni bakal isteri Kwaidan, ayah" sambil dia hisap rokok menthol, leggings kempam, dress ala vintage dan juga way-farers. Ew. Abang Kwai tak minat cam tu, abang Kwai lebih suka perempuan yang berpenampilan 'elegant' dan 'dark'

Walau bagaimanapun, aku nak tunjuk ko blog ni. Aku dulu ada idea nak buat cam ni, sebab aku pun suka gak lukis- lukis ni. Dari tangkap gambar pakaian orang, baik lukis diorang betul tak, saya rasa lukisan ringkas atau sketch tidak begitu popular berbanding dengan dulu, sebab skarang ko tau la, era fotoshop kamera digital ni, semua chikaro dan lelaki nak buat gaya hidup diorang cam poster. Jari tengah buat korang, Ibu jari untuk orang yang masih berjalan membawa kertas, pensil dan melukis apabila melihat sesuatu yang menarik perhatian korang. Lukisan adalah satu alat komunikasi peribadi yang menggunakan anggota tangan dan minda. Apa yang kau lihat, adalah lain apa yang orang lain lihat, jadi kalau lukisan ko buruk ke, cantik ke, aku rasa itu unik kerana setiap orang berlukis dengan cara yang berbeza. Untuk aku, kalau gambar, dia telah ditetapkan suatu situasi, tarikh , tempat, cuaca dan waktu. Kalau lukisan, dia bersuara banyak lagi. 

So apa pendapat you all huh? Mahu mulakan blog lukisan  dari pergambaran sahaja? Hidupkan semula roh-roh pensil dan pen dan art block? Cuma berkongsi pandangan saje. Tu lah, rakyat kita, susah nak kritik dan bagi pendapat. Kalau negara maju lain, skolah seni diorang, lecturer kutuk bukan main lagi, ko pun kena relek ah.Tapi kalau kat kl, lecturer sound ko terus "Jumpa kat luar Bar Blonde ar beraniiiii!"

Sekian

Kwaidan Tarrr

Monday, 28 July 2008

Blog Boleh Bla: Aku Tak Peduli

Blog ni ada bagi satu 'shout out' bak kata bahasa omputih kat kita. Jadi kami, dari anggota TOP BOYZ ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan blog ni. Aku tak tahu ah siapa mamat ni, aku budget handsome blad gak ah. sharp cat. Sebab bila aku baca blog ni, aku boleh rasa akan dinamiknya dan dia telah melihat dunia ni dari sudut yang menarik. Jadi sekali lagi, blog ni boleh bla! Dan sebab- sebab dia tulis pasal kenapa orang Melayu takleh jadi Batman tu lucu sekali.

Semoga korang terhibur!

Yang terharu,
Kwaidan Tarmizi Gordon

Dari mana?

Analytics