Thursday, 30 October 2008

AIS KRIM YANG DIBUAT DARI SUSU TETEK WANITA?! KO CRACK KE BLAD?!


PETA (People for the Ethical Treatment of Animals), sebuah organisasi yang tidak pernah lengang dengan controversy buat hal lagi baru-baru ni bila derang tulis surat kepada Ben & Jerry's. Tujuan mereka tulis surat kepada company ais krim ni adalah untuk menyuruh Ben & Jerry's menggunakan susu manusia menggantikan susu lembu dalam semua produk mereka. Sebelum derang tulis surat tu, derang ada terdengar akan citer sorang restaurateur berbangsa Swiss yang baru-baru ni memperkenalkan beberapa makanan istimewa yang dibuat menggunakan susu manusia. Lepas dah dengar citer mamat tu, PETA pun apa lagi, ambik kesempatan ah untuk tunjuk kat kita semua yang susu lembu bukan untuk kita minum.

Tapi ko boleh bajet ah apa reaksi jutaan manusia bila derang baca pasal 'cadangan' ni. Rata-rata orang menyuarakan yang mereka rasa geli nak makan benda yang mengandungi cecair yang keluar dari badan manusia. Yang pelik tu, cecair dari binatang ok pulak. Kenapa susu lembu yang memang bukan untuk manusia dapat diterima tapi susu manusia yang memang untuk manusia kita rasa geli? Logically, susu lembu sepatutnya untuk lembu dan susu manusia untuk manusia ah kan? So far dalam hidup aku, takde ah pulak aku nampak beruk nyonyot tetek kambing nak minum susu. Manusia je bai yang minum susu binatang lain.

Nak kata susu lembu tu penuh dengan zat-zat tak jugak. Majoriti susu-susu lembu kat dunia ni datang dari factory farms. Penternak-penternak kat factory farms ni semua, derang buat lembu-lembu betina sentiasa dalam keadaan mengandung untuk menghasilkan susu. Lembu-lembu ni mengandung bukan dengan cara semula jadi sebab derang takde masa nak bagi lembu-lembu semua orgy kat padang dan masih memenuhi demand untuk susu. Selalunya derang buat lembu mengandung dengan menginjectkan hormon supaya menghasilkan result dengan lebih pantas dan banyak berbanding cara semula jadi. Bila bayi lembu lahir, selalunya ia akan dipisahkan terus dari mak lembu nya, yang jantan selalunya jadi daging veal dan yang betina akan diternak sampai cukup matang untuk menghasilkan susu. Jadi bayi-bayi lembu pun tak dapat minum susu lembu mak dia sendiri. Susu yang dihasilkan yang penuh dengan hormon, akan dijual di supermarket untuk kita semua beli. Bila mak lembu ni dah tua dan tak dapat menghasilkan susu lagi, si mak lembu ni jadi burger ah blad apa lagi.

Memang ah susu manusia dijadikan untuk manusia, tapi adakah ini adalah satu alternatif yang beretika? Pernah tak ko nampak jumlah susu yang dihasilkan oleh seorang pompuan setelah teteknya dipam berjam-jam? Tak banyak ah. Jadi, kalau kita nak guna susu manusia dalam semua produk dairy yang dikomersilkan, berapa banyak pompuan nak kena pam tetek sendiri untuk memenuhi demand? Chances are, kena inject hormon gak bai. Cuba ko bayangkan situasi sekarang ni, tapi gantikan lembu dengan pompuan. Crack tak crack.

Walaubagaimanapun bawak bertenang, PETA bukan betul-betul nak kita ganti susu lembu dengan susu manusia, at least aku rasa tak ah. Aku pun bukan nak suruh ko gi makan koko crunch ngan susu manusia tiap-tiap pagi. Aku minum susu lembu gak. Point yang derang nak ketengahkan kat sini, susu lembu adalah untuk lembu. Kalau ko rasa salah bagi seorang pompuan untuk biarkan anak sendiri pastu susukan anak orang, camtu ah lembu-lembu ni. Bak kata pepatah melayu ah blad, 'anak jiran ko susukan, anak sendiri mati haus nye pasal'. 

Ni semua sebab mentality je bai, dari kecik kita dah diajar untuk minum susu supaya tulang, gigi semua kuat. Tapi sebenarnya, manusia dan binatang bila dah dewasa tak perlu susu untuk hidup. Banyak lagi benda-benda alternatif yang lebih menyihatkan yang dibuat dari soya, hemp, kelapa, beras dan sebagainya. Kalau ko takleh nak jadi vegan cam KT, aku syorkan ko beli dairy products yang organik dari penternak yang biar lembu-lembu dia hidup dengan cara bebas, semula jadi dan hati senang.

Oh ya sebelum aku lupa, kepada kaum hindu, sikh dan jain, aku ucapkan happy diwali. Kepada yang menyambut halloween, aku ucapkan happy halloween!

Yang benar,
Pusaran

Apa masalah aku?? sini aku bagi sneak peek sket

Selamat pagi aku ucapkan kepada semua.

Pertama bagi pembaca yang menyambut Deepavali, selamat Deepavali aku ucapkan.

Kepada yang menyambut Hari Raya AIdilfitri, Selamat Hari raya dan minta maaf zahir dan batin. Mana la tau post lama aku ada yang terasa tersindir ke apa ke.

OK! Apasal aku tak menyumbang dalam progression blog ini???

Masalah aku ialah, semenjak dua menjak ni aku sangatlah ultra sibuk. Gila bai, aku tak pernah buat kerja cam anak anjing camni. Kebahagian aku pada waktu sekarang ialah time nak tido.

Aku tengah berushaha keras melakukan penyelidikan sebab aku tengah tulis satu paper yang bertajuk

"Human and Climate Change: are we to be blame?"

Kepada Abg Iz aku sorang aku ucapkan minta maaf aku tulis pasal ni (member sinsitif hal climate change)

Ada lecturer sorang ni dari Australia bernama Robert M.Carter buat research cakap

5 juta tahun dahulu, Bumi lagi panas dari sekarang

Mesti korang tanya apahal lak die tau 5 jatu tahun dahulu camana? Aku tahu camana tapi nak explain kat sini memang lost. Terus tak siap kerja kau karang.

Member ni memang tak percaya manusia adalah penyebab Climate change.

Lepas tu ada plak member cam Dr. Shaheen Rafi Khan yang percaya punca climate change ni adalah sebab population Pakistan adalah melampau lampau.

Gila crack bai. Nak salahkan orang satu hal tapi kalau dah nak salahkan orang yang ada anak ramai susah ah.

So benda ni la teaser aku kasi. Nanti bila paper aku siap aku posting ah so korang boleh baca.

Aku juga sedang berusaha keras untuk menyertai sekumpulan researchers dalam researching 

Oil and Gas Enterprise Management.

Iyalah, kalau tak buat semua benda ni, sapa nak suap anak anak kucing aku? Tunang aku sure lari ngan laki yang lagi on dari aku, aku pun dah tak boleh isap yao.

So kepada readerz.... be analytic!! 

Ciau Bella! 

uɐpɯɐɥ ǝ,ıɟɐɥs

P.s: Kwai, Jacky L, Armayya, aku mintak maaf, aku memang seorang internt tak berguna.

Wednesday, 29 October 2008

Apahal Dengan Blog? : Aku Terangkan

Pengumuman: Aku skarang kat workshop di Herzo, Germany dan minggu lepas aku prepare untuk workshop ni, kerja baru aku memang gila, tapi aku harap korang jangan ingat kita malas. Jacky L tengah sambut deepavali, Armaya Maarof ada cedera skit masa dia tengah test superbike ni, dan Shaf Hamdan, itu ko relek ah, dia intern je.

Aku akan cuba mulakan blog dengan segar tak lama lagi. Sementara menunggu, aku syorkan korang bagi komen-komen untuk tanya apa apa soalan. Lagi skali aku ulangkan, blog tak tamat, kita masih ada, tapi ko tahu ah blad, nak cari bahan power, kena selidik lama, bahan kena power, kalau tak, baik aku pos gambar cikaro aku dan citer apa aku makan hari ni, betul tak?

Ciuman Besar dari Kwai.

Sunday, 26 October 2008

salam deepavali

apa khabar fren.

hari ni hari besar untuk umat umat hindu, sikh dan jain. oleh itu kami, blogger blogger maut ingin mengucap kan selamat menyambut deepavali dan jangan main mercun dan makan banyak sangat.. pasal nanti lu orang jadi cam aku, banyak sangat pegi rumah terbuka sampai cirit bila nak pick up member yang lost dekat tengah bandar kuala lumpur.

apa apa pun. aku rasa lu orang pun tak tau apa itu deepavali dan siapa yang sambut. oleh di sebab kan -generalization dan ignorancia oleh semua orang, kita mengambil semua benda dengan sebulat bulat nya. apa apa pun aku pun baru tau deepavali ni apa dia. tapi memang lah sebuah perayaan cahaya "festival of lights".

setelah aku fikir fikir kan sebab sebab orang menyambut deepavali dan kaitan nya dengan pesta cahaya, aku pun mula mendapat idea untuk cerita kat lu orang.

Cuba banyang kan bila Teresa kok kena tahan masuk ISA, semua orang pegi ke bukit aman untuk memasang lilin tuk boikot. Selain itu, bila amerika masuk ke barat eropah ketika perang dunia ke dua, pada waktu siang bagi bunga, waktu malam pasang colok. Mau kasik terang ma.. kata waktu darurat dan waktu zaman dulu nak beli bulb kat ikea pon tak mampu maaa.

Apa apa pun cahaya memang bermaksud harapan. Iye la sebab tu ada pepatah “ada cahaya di akhir terowong”. Orang islam pun bila lepas semayang atau waktu semayang misti doa tuk dapat cahaya en? Harapan atau pun “hope” dalam bahasa omputih memang lah sebuah pengerak hidup yang serba modern atau pun kuno.

Selain itu cahaya juga boleh dikait kan dengan hidup. Pasal tanpa cahaya memang pokok pun tak boleh hidup bai. Bukan pokok aja., kalau takde cahaya memang kerja kita berhibernasi saja lah. Bandar yang gelap dan malap pun tak syiok pasal lu nak bawak kereta pun cuak bila trafik light tak berfungsi. Amacam?

Pendek kata cahaya ni memang sebuah pekara yang agak besar dan memainkan peranan besar semua umat di atas bumi ini. Bukan sahaja orang hindu, sikh dan jain sahaja patut sambut deepavali, tetapi secara war nya, semua orang patut goreng maruku malam semalam, main mercun dengan jiran jiran dan juga pasang pelita atau lilin malam semalam. Tetapi sedih sekali malam semalam wa sian tengok jiran aku main bunga api sorang sorang. Orang hindu, jain dan sikh menyambut fiesta ini kerana ia adalah sebuah simbol kemenangan menentang kegananasan, kejahatan , kejahilan dan memperterangkan kegelapan atau dalam bahasa orang putih nya “Celebration of victory over evil, and uplifting of spiritual darkness”. Jadi apa kita tak mau ke sambut?

So bai, apasal orang hindu sambut deepavali?

Orang hindu sambut pasal mereka menyambut kepulangan Raja Rama dari Ayodyha pulang setelah 14 tahun pergi merantau di dalam hutan. Kiranya dia buat macam Buddha lah, mencari erti dan maksud hidup di atas muka bumi ini. Atau dalam bahasa perancis “ re-naissance” atau pun reborn/rebirth/revive/. Pada sambutan itu, memang satu Bandar Ayodyha di terangi lampu lampu lilin atau cahaya – deepa. Lalu dapat la nama deepavali.

So bai apasal sikh sambut deepavali?

Orang sikh sambut deepavali sebab pada waktu itu, salah seorang guru termasyur mereka dibebaskan dari penjara. Sewaktu dibebas kan, dia terus pergi ke Dabar di Amritsar tu semayang kot. Ramai orang menyambut kepulangan si guru itu dengan memasang lilin . oleh sebabkan di india memang secara amnya memang hari deepavali, lalu orang sikh pon memnyambut deepavali tetapi atas sebab yang berbeza.

So bai, apasal orang jain sambut deepvali?
Diorang sambt paasal menyambut hari Lord Mahavira mendapat nirwana atau pun ketenangan minda. Aku pun tak tau nirwana ni mcm wahyu kot. Korang pegi la buat research.

Ok la, aku pun dah penat member info ini kepada korang..

Apa apa pun selamat menyambut deepavali kepada semua..kalu yang nak sambut boleh sambut agi… korang pasang ah lilin kat depan umah atau pun pasang lilin bila nak buat anak malam ni ataupun nak bersetubuh dengan sesiapa. Kalau lu orang nak bersetubuh dengan chikaro dekat dalam pusat istirehat, try la suruh kapten kapten spa tu pasang lilin. Kalau tak silap aku, kapten spa dekat cititel hotel (tingkat 3, boleh pilih chikaro bai!!) ada hantar SMS kat aku kata ada promotion deepavali!

Hehe

Jack lingam

Thursday, 23 October 2008

Salam Hari Jadi: Jack Lingam

PENGUMUMAN: Kami dari TOP BOYZ ingin mengucapkan salam hari jadi kepada Encik Jacky L dan juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas jasanya, dia ni heavy blad, baca buku tebal- tebal lalu terangkan kepada korang dengan bahasa pasar supaya korang dapat paham. Ye ah, zaman skolah dulu, cikgu sejarah terangkan sejarah secara bosan, sebab tu kita tak minat. Cuba kalau cikgu skolah cam Jacky L, pasti korang dapat masuk, betul tak. Jacky, ko kawan lama aku, dan aku rasa sejak dulu ko banyak tolong aku. Jadi, semoga bergembira selalu dan kita doakan ko panjang umur!

Kwaidan Tarmizi
C.E.O Top Boyz Sdn Bhd

Dari mana?

Analytics