Thursday, 30 October 2008

AIS KRIM YANG DIBUAT DARI SUSU TETEK WANITA?! KO CRACK KE BLAD?!


PETA (People for the Ethical Treatment of Animals), sebuah organisasi yang tidak pernah lengang dengan controversy buat hal lagi baru-baru ni bila derang tulis surat kepada Ben & Jerry's. Tujuan mereka tulis surat kepada company ais krim ni adalah untuk menyuruh Ben & Jerry's menggunakan susu manusia menggantikan susu lembu dalam semua produk mereka. Sebelum derang tulis surat tu, derang ada terdengar akan citer sorang restaurateur berbangsa Swiss yang baru-baru ni memperkenalkan beberapa makanan istimewa yang dibuat menggunakan susu manusia. Lepas dah dengar citer mamat tu, PETA pun apa lagi, ambik kesempatan ah untuk tunjuk kat kita semua yang susu lembu bukan untuk kita minum.

Tapi ko boleh bajet ah apa reaksi jutaan manusia bila derang baca pasal 'cadangan' ni. Rata-rata orang menyuarakan yang mereka rasa geli nak makan benda yang mengandungi cecair yang keluar dari badan manusia. Yang pelik tu, cecair dari binatang ok pulak. Kenapa susu lembu yang memang bukan untuk manusia dapat diterima tapi susu manusia yang memang untuk manusia kita rasa geli? Logically, susu lembu sepatutnya untuk lembu dan susu manusia untuk manusia ah kan? So far dalam hidup aku, takde ah pulak aku nampak beruk nyonyot tetek kambing nak minum susu. Manusia je bai yang minum susu binatang lain.

Nak kata susu lembu tu penuh dengan zat-zat tak jugak. Majoriti susu-susu lembu kat dunia ni datang dari factory farms. Penternak-penternak kat factory farms ni semua, derang buat lembu-lembu betina sentiasa dalam keadaan mengandung untuk menghasilkan susu. Lembu-lembu ni mengandung bukan dengan cara semula jadi sebab derang takde masa nak bagi lembu-lembu semua orgy kat padang dan masih memenuhi demand untuk susu. Selalunya derang buat lembu mengandung dengan menginjectkan hormon supaya menghasilkan result dengan lebih pantas dan banyak berbanding cara semula jadi. Bila bayi lembu lahir, selalunya ia akan dipisahkan terus dari mak lembu nya, yang jantan selalunya jadi daging veal dan yang betina akan diternak sampai cukup matang untuk menghasilkan susu. Jadi bayi-bayi lembu pun tak dapat minum susu lembu mak dia sendiri. Susu yang dihasilkan yang penuh dengan hormon, akan dijual di supermarket untuk kita semua beli. Bila mak lembu ni dah tua dan tak dapat menghasilkan susu lagi, si mak lembu ni jadi burger ah blad apa lagi.

Memang ah susu manusia dijadikan untuk manusia, tapi adakah ini adalah satu alternatif yang beretika? Pernah tak ko nampak jumlah susu yang dihasilkan oleh seorang pompuan setelah teteknya dipam berjam-jam? Tak banyak ah. Jadi, kalau kita nak guna susu manusia dalam semua produk dairy yang dikomersilkan, berapa banyak pompuan nak kena pam tetek sendiri untuk memenuhi demand? Chances are, kena inject hormon gak bai. Cuba ko bayangkan situasi sekarang ni, tapi gantikan lembu dengan pompuan. Crack tak crack.

Walaubagaimanapun bawak bertenang, PETA bukan betul-betul nak kita ganti susu lembu dengan susu manusia, at least aku rasa tak ah. Aku pun bukan nak suruh ko gi makan koko crunch ngan susu manusia tiap-tiap pagi. Aku minum susu lembu gak. Point yang derang nak ketengahkan kat sini, susu lembu adalah untuk lembu. Kalau ko rasa salah bagi seorang pompuan untuk biarkan anak sendiri pastu susukan anak orang, camtu ah lembu-lembu ni. Bak kata pepatah melayu ah blad, 'anak jiran ko susukan, anak sendiri mati haus nye pasal'. 

Ni semua sebab mentality je bai, dari kecik kita dah diajar untuk minum susu supaya tulang, gigi semua kuat. Tapi sebenarnya, manusia dan binatang bila dah dewasa tak perlu susu untuk hidup. Banyak lagi benda-benda alternatif yang lebih menyihatkan yang dibuat dari soya, hemp, kelapa, beras dan sebagainya. Kalau ko takleh nak jadi vegan cam KT, aku syorkan ko beli dairy products yang organik dari penternak yang biar lembu-lembu dia hidup dengan cara bebas, semula jadi dan hati senang.

Oh ya sebelum aku lupa, kepada kaum hindu, sikh dan jain, aku ucapkan happy diwali. Kepada yang menyambut halloween, aku ucapkan happy halloween!

Yang benar,
Pusaran

20 comments:

Anonymous said...

kesian lembu-lembu itu.
tapi,ramai ke perempuan yang sanggup bagi susu mereka tanpa memberi kepada anak mereka?

dina said...

ada ke yg sanggup bagi "nenen" (bahasa yg lembut sket) mereka di perah setiap masa?

Wansteddy Tales said...

ramai dh ibu2 skrg yg bukak mata. bg full bf pd ank2...yg penting ilmu kne bnyk. xsemestinya ibu bekerja xblh bg susu bdn.. alasan je kata susu xbnyk susu xde n menyusahkan tu.... setengah pompuan xmo bg susu bdn sbb xmo ubah bentuk bdn dorg...alasan! skrg bila kes susu tercemar bru la terhegeh2 nk cari susu len...kan dh menyusahkan diri je...

magenta said...

hahaha aku ingat lagi cerita pusaran masa kena belajar komsas form 4 dulu..

47 said...

sungguh menarik.

satu lagi option adalah, aku rasa macam pernah terbaca pasal ni, splice dna lembu dgn manusia.

bahagian gen yang menghasilkan susu dlm kod dna lembu, di ganti dengan manusia punya. last-last susu yang dihasilkan lembu kekal banyak, tapi komposisi sama dengan susu manusia.

tapi..tu lah..so far tak dengar apa-apa lagi pasal ni.

Anonymous said...

bukan ke kalau sesama manusia minum susu ibu2 lain, dia jadi ibu susuan kite ke?

eg : ibu susu Rasulullah s.a.w. lain.. ibu kandungnya tak menyusukan dia.. so bile dah jadi ibu susuan, anak2 ibu susuan jadi adik beradiknya juge..


kalau buat susu komersial.. kite pun tak sedar org2 lain jadi adik bradik kite.. kalau terkahwen ngn adik-bradik kan dah haram jadinye...


kalau tak silap aku laa... huhu

Anonymous said...

btol wahai anonymous.

Z said...

ayat yang buat aku gelak gila sampai rommate aku pelik :

" So far dalam hidup aku, takde ah pulak aku nampak beruk nyonyot tetek kambing nak minum susu. "

hahahahahahahahahaha

Armaya Maaroff said...

manusia dalam dunia ni macam-macam. banyak aku tengok wanita-wanita sekarang ni rather beli susu dumex ke apa ke kat supermarket bagi anak dia dari bagi susu sendiri. yang suka bagi susu kat semua orang pun ada gak. aku pernah tgk show reality tv ni, sorang mamat tua ni suka gila minum nenen pompuan lain.

Faisal Zakaria said...

Sharp ah blad!!

Kwaidan Tarmizi said...

hands down blog of the month.
konklusi: orang melayu jadi syoh bila dengar artikel pasal tetek
kalau pasal recession semua cam senyappp je.


big kiss!

Armaya Maaroff said...

safee blad

Anonymous said...

isap nenen ah best

K.O.N.T.R.A. K.I.R.I. said...

kalau hendak diikutkan melalui nutrisi, memang bagus cuma berapa ramai perempuan yang hendak digunakan nanti.

selain itu, faktor kesihatan perempuan yang hendak diberi susu juga harus diambil kira.

tepuk dada tanya selera.

p/s : setuju dengan kenyataan kwaidan itu. heheheh

Anonymous said...

not gonna comment on the post.
but haha..you sign off with pusaran..damn!spm is in a week!!

eryzal zainal said...

lu bikin wa senyum ar bro

haish.hahah

p/s- to anon: mejatuhkan hukum ditangan sendiri.murtad beb.mufti perak sebut byk kali pasal nih.wa dengar radio.

eryzal zainal said...

lu bikin wa senyum ar bro

haish.hahah

p/s- to anon: mejatuhkan hukum ditangan sendiri.murtad beb.mufti perak sebut byk kali pasal nih.wa dengar radio.better lu play safe.steady mate~!

Anonymous said...

TETEK...I like...

R.E zine said...

" So far dalam hidup aku, takde ah pulak aku nampak beruk nyonyot tetek kambing nak minum susu. "

hahahahahahahahahaha

"haha siot la ayat nih' anyway aku first time dtg tengok blog nih...

Wansteddy Tales said...

z...betul ckp kwn ko tu...beruk pun kalo bg susu botol je kat anak gimau... aku tgk tv3 smlm.
kesimpulannya berok pn xrela susunya dipergunakan utk haiwan len...
manusia? hurm....

Dari mana?

Analytics